Anda di halaman 1dari 4

TAJUK : 6.

1 Jelaskan peringkat pembinaan ujian


: 6.2 Bina jadual spesifikasi ujian (jsu) bagi matapelajaran anda di sekolah

6.1 Jelaskan peringkat pembinaan ujian

Membina Item Ujian

Terdapat lima langkah am dalam pembinaan item ujian iaitu yang menyediakan
JSU, menulis item ujian, menyemak item ujian, menilai item ujian dan membuat
kajian rintis terhadap keseluruhan item.
Keseluruhan langkah am penyediaan item ujian ini dapat disimpulkan seperti rajah
berikut ;

Rajah 1 : Langkah penyediaan item ujian

1. Menyediakan JSU
Langkah awal dalam pembinaan item ujian adalah dengan menyediakan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU). Hal ini bertujuan untuk memastikan item-item ujian yang
dibina ini meliputi keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat
objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan
awal ini akan dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat
mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang guru ingin pelajarnya kuasai.
Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada guru tentang bentuk soalan yang
digunakan.

2. Menulis Item Ujian

Setelah siap menyediakan JSU, guru boleh bersedia bagi membina atau menulis
item-item ujian. Terdapat beberapa prinsip bagi pembinaan item ujian yang sama
dan boleh digunakan untuk menulis item-item ini, iaitu;

 Arahan menjawab bagi setiap stem hendaklah ringkas dan mudah difahami
pelajar.
 Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat
memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang
seterusnya akan membantu pelajar memberikan jawapan seperti yang
dikehendaki soalan.
 Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/ kemahiran
yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk
pengetahuan atau kepintaran am.
 Sekiranya soalan dalam bentuk item betul atau salah/ pernyataan yang "tidak
benar", arahan bagi soalan tersebut hendaklah jelas. Contohnya dengan
menggunakan huruf besar.
 Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan
ukuran yang dikehendaki.

3. Menyemak Item Ujian


Selepas semua item ujian siap ditulis, guru perlu menyemak semula item-item
tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
 Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat
dan mudah difahami oleh murid.
 Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan
mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.
 Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan
objektif pengajaran.
 Soalan yang diberi, terutamanya soalan objektif tidak mengandungi petanda
(clue) kepada jawapan yang dikehendaki.

4. Menilai Item Ujian

Selepas semua item disemak oleh penggubalnya, item-item ini perlu disemak oleh
pakar mata pelajaran. Semakan ini perlu dilakukan bagi menentukan perkara-
perkara berikut;
 Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan mudah difahami
oleh murid.
 Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi
maklumat yang cukup untuk murid menjawabnya.
 Soalan-soalan yang dibina mencukupi dan seimbang untuk mengukur
kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.
 Jawapan yang diberikan oleh penggubal soalan adalah mengikut kehendak
soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item


Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya
kajian rintis dilakukan terhadap keseluruhan item ujian. Kajian ini bermaksud kajian
awal tentang kesesuaian item-item kepada murid yang setara dari segi keupayaan
dengan pelajar sasaran. Tujuannya adalah untuk menentukan perkara-perkara
berikut;
 Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami
pelajar dan tidak terdapat kesilapan ejaan/ istilah yang digunakan.
 Soalan yang kehendak soalan adalah jelas dan soalan yang mengandungi
maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.
 Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran
yang diajar guru dan tidak ada soalan yang terkeluar daripada kandungan
tersebut.
 Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan
mengikut kehendak soalan.