Anda di halaman 1dari 10

KANDUNGAN BUKU PERATURAN SEKOLAH

BUKU PERATURAN SEKOLAH


1. Pendahuluan
2. Definisi
3. Matlamat
4. Hari Persekolahan
5. Pakaian Seragam Sekolah
6. Rambut / Kuku
7. Tatatertib
8. Masa Rehat
9. Kebersihan
10. Sumbangan PIBG
11. Kehadiran
12. Surat Rawatan
VISI 13. Langkah Keselamatan
Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan 14. Aktiviti Kokurikulum
pembelajaran bermotivasi, kreatif dan professional
15. Lawatan Pelawat
dalam menjalankan tugas.
16. Kebakaran / Kecemasan
17. Ketua Darjah / Pengawas
18. Surat Menyurat
MISI
19. Kegiatan Luar
Menuju ke arah kecemerlangan dalam pendidikan, mewujudkan
pelajar yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan
20. Amalan Mulia
dan berwawasan melalui pelbagai program dan aktiviti 21. Jenis-Jenis Kesalahan
berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. 22. Hukuman
23. Khidmat Nasihat
24. Maklumat Umum
MOTTO 25. Borang Pengakuan
Hidup Berbakti
PENDAHULUAN HARI PERSEKOLAHAN
Sekolah adalah sebuah institusi masyarakat. Di sinilah disemai, dipupuk dan 1. Hari persekolahan mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan ialah Hari Ahad
disuburkan ciri-ciri baik bagi pembentukan sikap peribadi serta pertumbuhan fizikal hingga Khamis.
yang sempurna. Beberapa peraturan dan undang-undang perlu bagi kesejahteraan
2. Hari Sabtu boleh diisi dengan kelas tambahan, aktiviti Kokurikulum dan lain-lain
individu masyarakat sekolah ini. Hayati dan patuhilah undang-undang dan peraturan-
aktiviti yang difikirkan perlu.
peraturan berikut bagi kepentingan diri, kebaikan masyarakat sekolah dan
keharmonian hidup bangsa dan negara. 3. Waktu persekolahan:
3.1 Semua murid mesti berada di sekolah selewat-lewatnya 10 minit sebelum
DEFINISI loceng pertama (7.30 pagi).
3.2 Bagi murid yang menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan
Menurut Kamus Dewan Edisi 1989, disiplin ditakrifkan sebagai latihan terutamanya
(RMT), mereka mesti berada di sekolah seawal 7.00 pagi dan mesti selesai
pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri, tatatertib seseorang
makan makanan RMT sebelum loceng pertama dibunyikan.
supaya boleh berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang telah
3.3 Murid tidak boleh datang lewat daripada masa loceng pertama dibunyikan.
ditetapkan, hukuman atau denda kerana telah melanggar sesuatu peraturan yang
3.4 Waktu tamat persekolahan adalah seperti berikut:
telah ditetapkan.
 Tahap 1 – Ahad dan Isnin (1.15 petang)
Selasa, Rabu dan Khamis (12.45 pagi)
MATLAMAT
 Tahap 2 – Ahad (1.45 petang)
1. Berusaha meningkatkan mutu pencapaian akademik dan sahsiah semua murid. Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis (1.15 petang)
2. Penglibatan murid dalam semua bidang Kokurikulum supaya menjadi
warganegara yang aktif, kreatif, berdisiplin dan bertanggungjawab. 4. Waktu perhimpunan:
3. Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara mengikut acuan Kementerian 4.1 Hari perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah. Semua guru dan
Pendidikan. murid diwajibkan hadir.
4. Memastikan penguasaan murid dalam 4M iaitu Membaca, Mengira, Menulis dan 4.2 Hari perhimpunan rasmi adalah pada setiap hari Ahad dan perhimpunan
Menaakul. tidak rasmi pula adalah bermula dari hari Isnin hingga Khamis.
5. Memberi tunjuk ajar dan bimbingan agar murid dapat membentuk sikap 4.3 Apabila loceng isyarat perhimpunan dibunyikan, murid-murid hendaklah
berdikari dan mempunyai jati diri. segera ke tempat perhimpunan dalam barisan, tenang dan terkawal.
6. Menyediakan kemudahan fizikal dan mewujudkan suasana pembelajaran 4.4 Murid beratur mengikut kelas masing-masing. Murid yang rendah di
sebagai motivasi kepada murid-murid. hadapan dan yang tinggi di belakang.
7. Meningkatkan tahap disiplin, kebersihan dan keselamatan di sekolah. 4.5 Semua murid diwajibkan menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri
8. Melahirkan murid yang berpotensi, berwibawa, berilmu, beriman, beramal soleh Terengganu, lagu Sekolah dan lagu patriotik dengan bersemangat sambil
dan berakhlak mulia. memandang bendera sebagai tanda hormat.
9. Melahirkan insan yang penyayang, bertoleransi, bekerjasama serta berbakat ke 4.6 Murid-murid tidak dibenarkan bercakap semasa acara perhimpunan
arah masyarakat penyayang. berlangsung.
4.7 Bagi murid Islam dikehendaki menadah tangan apabila doa dibacakan.
4.8 Setelah tamat perhimpunan, murid akan bergerak dalam barisan ke kelas 4.2 Semua murid diwajibkan memakai pakaian sukan ini lengkap berkasut
masing-masing. ketika mata pelajaran Pendidikan Jasmani diajar.

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 5. Pakaian Kokurikulum


5.1 Murid-murid yang terlibat (Tahun 3 – 6) hendaklah memakai pakaian unit
1. Murid Lelaki
beruniform sebagaimana yang telah ditetapkan oleh guru penasihat
1.1 Seluar panjang berwarna biru gelap. Sekiranya bertali pinggang, kepala tali
masing-masing.
pinggang adalah tidak besar dan tidak berhias.
5.2 Murid-murid hendaklah memakai pakaian tersebut pada hari Badan
1.2 Baju putih lengan pendek yang dipakai sempurna dan mengikut peraturan
Beruniform iaitu hari Selasa pada setiap minggu.
sekolah. Baju singlet / dalam putih sahaja yang dibenarkan.
1.3 Kasut putih, tidak berjalur / berbelang warna, tidak mempunyai hiasan /
RAMBUT / KUKU
tulisan dan stoking putih tanpa hiasan.
1.4 Murid-murid diwajibkan memakai tali leher di sekolah. 1. Murid tidak dibenarkan berambut tebal / panjang sehingga mencecah kolar baju
atau cuping telinga dan tidak dibenarkan sama sekali memotong rambut mengikut
2. Murid Perempuan sebarang fesyen terkini yang dilarang oleh pihak sekolah.
2.1 Baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna biru gelap (murid 2. Murid-murid dilarang mewarnakan rambut dan warna rambut harus kekal dengan
Islam) atau baju putih dan skirt biru gelap (murid bukan Islam). warna asal. Rambut hendaklah bersih dan disikat kemas.
2.2 Diwajibkan memakai anak tudung bersama telekung mini berwarna putih 3. Murid juga dilarang menyimpan kuku panjang.
segi tiga yang sesuai dengan murid (murid Islam).
2.3 Kasut putih, tidak berjalur / berbelang warna, tidak mempunyai hiasan / TATATERTIB
tulisan dan stoking putih tanpa hiasan.
1. Di kelas
1.1 Semua murid yang berada di dalam kelas hendaklah sentiasa dalam
3. Lencana dan Tanda Nama
keadaan senyap dan bersopan santun.
3.1 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama
1.2 Murid-murid dilarang meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru atau ketua
sepanjang masa.
kelas.
3.2 Lencana hendaklah dipakai dan dijahit pada bahagian atas poket dan
1.3 Sentiasa menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan seperti
tanda nama pula berada di bawah lencana tersebut pada bahagian dada
menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah.
sebelah kiri baju.
1.4 Dilarang makan atau minum, bermain dan berlari, bergurau dan lain-lain di
3.3 Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan
dalam kelas.
segera.
1.5 Sentiasa menjaga dan tidak merosakkan peralatan dan alat bantuan
mengajar yang terdapat di dalam kelas.
4. Pakaian Pendidikan Jasmani
1.6 Tutup suis lampu dan kipas sebelum meninggalkan kelas dan hanya
4.1 Baju T sukan dan seluar trek yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Seluar
menggunakannya bila perlu.
trek yang berwarna hitam atau biru gelap (blue black).
1.7 Murid-murid hendaklah sentiasa bersedia untuk belajar sebagaimana
jadual belajar yang telah ditetapkan walaupun semasa ketiadaan guru.
1.8 Murid-murid dikehendaki beratur di luar kelas selepas loceng akhir 5. Alatan sukan
persekolahan dibunyikan dan bergerak ke surau untuk menunaikan solat 5.1 Mengambil dan menggunakan peralatan Pendidikan Jasmani / permainan
Zohor berjemaah. / sukan dengan mendapat kebenaran guru yang terlibat terlebih dahulu.
1.9 Murid-murid dibenarkan ke tandas tidak lebih 2 orang dari setiap masa 5.2 Alatan sukan yang rosak atau hilang semasa digunakan adalah menjadi
dengan kebenaran guru dan memakai kad kebenaran keluar kelas. tanggungjawab mereka yang berkenaan.
5.3 Menyimpan semula semua peralatan yang digunakan ke dalam stor dengan
2. Dalam kawasan sekolah keadaan baik.
2.1 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru 5.4 Murid-murid yang uzur (kurang sihat) dan tidak boleh mengikuti Pendidikan
Besar atau wakilnya. Jasmani juga dikehendaki berada di Lapangan Pendidikan Jasmani (di
2.2 Tidak dibenarkan berlari, membuat bising atau meronda di kawasan padang).
bangunan sekolah.
2.3 Sentiasa membuat barisan dan berjalan dalam keadaan senyap ketika 6. Pusat Sumber Sekolah (PSS)
masuk dan keluar kelas terutamanya pada masa ke tempat perhimpunan, 6.1 Pinjaman atau pemulangan buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan
kantin, padang, makmal komputer, PSS, Makmal Sains, bilik Kemahiran mestilah mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Hidup dan waktu pulang. 6.2 Murid-murid hendaklah sentiasa senyap ketika berada di dalam
2.4 Dilarang menghampiri atau masuk ke bilik Guru Besar, pejabat, bilik guru, perpustakaan.
bilik cetak, bilik alatan, tandas guru, stor sukan dan lain-lain tanpa keizinan
guru. MASA REHAT
1. Murid-murid dikehendaki membeli makanan di kantin sekolah dan dilarang
3. Harta benda sekolah
membeli makanan di kedai-kedai luar / penjaja.
3.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah seperti
2. Murid-murid dikehendaki membeli makanan di tempat yang disediakan dalam
kerusi, meja, papan kenyataan, peralatan dan lain-lain. Sekiranya berlaku
keadaan beratur dan tidak berebut-rebut.
sebarang kecurian, kehilangan, kerosakan dan lain-lain, hendaklah
3. Mengamalkan doa sebelum dan selepas makan bagi murid-murid Islam.
dilaporkan kepada guru kelas atau guru bertugas. Mereka yang terlibat
4. Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat kecuali
boleh dikenakan denda atau perlu memberi ganti rugi yang sepatutnya.
dengan kebenaran guru.
5. Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan kantin dengan membuang
4. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
semua sampah sarap dan sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan.
4.1 Buku teks yang dipinjamkan hendaklah dijaga dengan cermat dan disampul
6. Murid-murid dikehendaki berhenti makan / minum setelah loceng dibunyikan dan
dengan plastik supaya tidak rosak atau hilang. Setiap buku teks yang hilang
perlu segera kembali ke kelas masing-masing.
atau rosak perlulah diganti dengan buku yang baru atau dibayar dengan
7. Bekas-bekas makanan seperti piring, mangkuk dan gelas hendaklah
harga buku tersebut.
dikumpulkan di tempat yang telah disediakan.
4.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan buku teks di sekolah.
8. Murid-murid hanya dibenarkan makan / minum di kantin dan duduk di tempat yang
4.3 Murid-murid diwajibkan menulis nama di buku pinjaman (SPBT).
disediakan. Dilarang makan di tepi longkang atau sebagainya.
9. Murid-murid hanya boleh makan di kantin sahaja sekiranya ada ibu bapa yang 4. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa alasan atau surat akuan dari doktor/ ibu
menghantar makanan. bapa/ penjaga dianggap ponteng. Jika tidak hadir lebih daripada tiga kali berturut-
turut, pihak sekolah akan mengeluarkan surat peringatan kepada penjaga.
KEBERSIHAN Setelah tiga kali surat peringatan dihantar tetapi masih juga tidak hadir, murid
berkenaan boleh diambil tindakan tegas sehingga boleh digantung sekolah atau
1. Kebersihan bilik darjah adalah menjadi tanggungjawab kelas masing-masing.
dibuang sekolah.
2. Buang sampah ke dalam tong sampah dan dilarang keras membuang sampah di
5. Jika murid terpaksa pulang lebih awal daripada waktu persekolahan atas sebab-
merata-rata tempat atau diselit pada celah-celah pokok dan sebagainya.
sebab tertentu, hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Guru Besar atau
3. Tidak dibenarkan menconteng atau mengotori mana-mana bahagian pada
wakilnya dan direkodkan ke dalam buku yang disediakan di pejabat sekolah.
bangunan sekolah.
4. Gunakan tandas dengan sebaik-baiknya dan pam tandas setelah digunakan.
SURAT RAWATAN
Jangan sesekali memasukkan kertas atau sebarang benda lain ke dalam lubang
tandas supaya lubang tandas tidak tersumbat. 1. Murid-murid yang memerlukan rawatan doktor bolehlah mendapatkan surat
5. Segera menutup paip selepas digunakan. rawatan yang disediakan di sekolah.
6. Tidak dibenarkan mencuci kaki dan memasukkan sampah atau lebihan makanan 2. Murid yang memerlukan rawatan kecemasan semasa sesi pembelajaran
ke dalam sinki. berlangsung mesti mendapat kebenaran Guru Besar / GPK sebelum dirujuk
7. Tidak dibenarkan meludah di merata-rata tempat. kepada pihak kesihatan dan memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu bapa
8. Kelas perlulah dibersihkan pada waktu terakhir sesi pembelajaran setiap hari. murid seberapa segera.

SUMBANGAN PIBG LANGKAH KESELAMATAN


1. Jumlah sumbangan yang telah dipersetujui bersama dalam Mesyuarat Agung 1. Murid-murid dilarang membawa buku komik / pisau / benda-benda berbahaya /
PIBG hendaklah dijelaskan dalam jangka masa yang ditetapkan. alat permainan / telefon bimbit / kamera ke sekolah.
2. Bayaran hendaklah dibuat melalui guru kelas masing-masing. Resit yang 2. Murid-murid dilarang berbasikal di kawasan sekolah. Basikal hendaklah disorong
dikeluarkan hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran. semasa berada dalam kawasan sekolah. Letakkan basikal di tempat yang telah
disediakan dan dikunci.
KEHADIRAN 3. Kawasan letak basikal adalah kawasan larangan. Murid-murid tidak boleh berada
atau bermain di kawasan tersebut.
1. Murid-murid mesti hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan kecuali sakit.
4. Murid-murid yang menaiki kenderaan seperti bas sekolah / van / kereta /
Surat Akuan Doktor/ Ibu bapa/ Penjaga hendaklah dihantar kepada pihak sekolah
motosikal hendaklah beratur dan mengikut peraturan.
sebagai bukti ketidakhadiran ke sekolah.
5. Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berhati-hati ketika di jalanraya.
2. Murid-murid dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya 10 minit
6. Murid-murid mesti beratur semasa hendak pulang selepas loceng akhir. Murid-
sebelum loceng pertama dibunyikan.
murid tidak dibenarkan membuat bising seperti bersorak, menjerit, berlari,
3. Murid-murid yang hadir lewat melebihi tiga kali, mengikut catatan rekod dalam
bertolak-tolak, bergurau dan bermain ketika berjalan pulang.
Buku Kehadiran Lewat oleh pengawas akan dihantar satu surat kepada penjaga
untuk memaklumkan perkara tersebut sebelum tindakan seterusnya diambil.
7. Jika murid-murid ketinggalan bas / van atau ibu bapa / penjaga datang lambat, KEBAKARAN / KECEMASAN
mereka hendaklah menunggu di dalam kawasan sekolah atau memberitahu
1. Murid-murid dikehendaki mematuhi segala arahan dan peraturan – peraturan
kepada GPK atau guru bertugas atau ke pejabat sekolah.
semasa berlaku kecemasan atau semasa latihan kebakaran yang dijalankan.
8. Jika kehilangan sesuatu barang, segera beritahu guru dan jika terjumpa barang-
2. Murid-murid harus menyelamatkan diri sendiri terlebih dahulu.
barang bukan milik sendiri hendaklah diserahkan kepada guru bertugas.
3. Sekiranya murid terlibat dengan sebarang kemalangan yang serius dan perlu
9. Semua murid tidak dibenarkan memakai sebarang jenis barang kemas atau
dirujuk dengan segera ke klinik kesihatan, guru akan menghantar murid tersebut
perhiasan yang berharga pada waktu persekolahan.
ke klinik selepas mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau GPK dan ibu
10. Murid juga dilarang membawa wang tunai yang berlebihan daripada keperluan
bapa akan dimaklumkan untuk hadir ke klinik tersebut seberapa segera untuk
perbelanjaan harian mereka.
tindakan lanjut pihak kesihatan.
11. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan dompet, wang atau barang-barang
4. Sekiranya murid terlibat dengan kes yang tidak serius pula, ibu bapa akan
berharga di dalam kelas. Seeloknya disimpan dengan guru, jika perlu.
dihubungi untuk datang mengambil murid sama ada dibawa pulang atau dibawa
/dirujuk ke klinik kesihatan.
AKTIVITI KOKURIKULUM
1. Setiap murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 diwajibkan menyertai ketiga-tiga aktiviti tersebut: KETUA DARJAH / PENGAWAS
 Pakaian Seragam
1. Memakai tali leher dan lencana jawatan pada setiap masa, berkeadaan kemas
 Persatuan / Kelab dan rapi sepanjang masa.
 Permainan 2. Bertanggungjawab terhadap segala tugas yang diserahkan dan memahami
2. Setiap kali diadakan aktiviti, kehadiran adalah diwajibkan dengan berpakaian peranan masing-masing di sekolah.
lengkap dan kemas mengikut unit beruniform masing-masing serta membawa 3. Sentiasa memberi kerjasama kepada guru-guru dan membantu rakan-rakan yang
bersama buku catatan / log aktiviti masing-masing. memerlukan bantuan.
3. Selipar dan baju T yang pelbagai tidak dibenarkan. 4. Sentiasa peka dengan persekitaran dan bertanggungjawab agar dihormati dan
4. Sekiranya tidak hadir 3 kali berturut-turut tanpa sebab, tindakan disiplin akan dipatuhi oleh murid-murid lain.
dikenakan.
5. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran guru sehingga SURAT MENYURAT
aktiviti selesai dijalankan.
1. Surat yang dikirim kepada murid sekolah ini menggunakan alamat sekolah akan
LAWATAN PELAWAT ditapis oleh Guru Besar atau wakilnya.
2. Sekiranya terdapat surat yang isi kandungannya menyeleweng dan tidak sesuai
1. Murid-murid dikehendaki menghormati mana-mana pelawat yang hadir ke dengan taraf sebagai murid, tindakan akan diambil.
sekolah ini dengan memberi ucapan bertatasusila.
2. Segera membuat laporan kepada guru-guru jika disyaki atau melihat orang yang KEGIATAN LUAR
mencurigakan masuk ke kawasan sekolah.
3. Jika pelawat atau ibu bapa / penjaga yang datang berhajat membawa keluar 1. Murid-murid dilarang menyertai atau melibatkan diri dalam kegiatan luar yang
murid kerana sesuatu sebab kecemasan / darurat, maka kebenaran Guru Besar tiada kaitan dengan aktiviti sekolah kecuali telah mendapat kebenaran bertulis
/ GPK hendaklah diperolehi terlebih dahulu. daripada guru / ibu bapa / penjaga.
AMALAN MULIA  Memeras ugut guru/pengawas/murid.
 Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya.
1. Murid-murid hendaklah sentiasa patuh pada arahan / pesanan / nasihat / amanah
 Melakukan buli ((pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
yang diberikan oleh guru.
 Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
2. Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan perilaku yang baik di sekolah atau
 Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
di luar sekolah.
 Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana,
3. Bersopan santun semasa bercakap / berbicara dengan guru, kakitangan sekolah majalah atau rakaman dan multimedia terlarang.
dan rakan-rakan seperti memulakan perbualan dengan ucapan salam hormat.  Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
4. Sentiasa menghormati lagu Negaraku, lagu Negeri Terengganu, lagu Sekolah  Mencabul kehormatan guru/murid.
dan bendera-bendera Negara dan Negeri.  Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
5. Sentiasa menjaga nama baik sekolah.  Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan.
6. Sentiasa memberi ucapan salam dengan guru-guru atau orang-orang yang lebih  Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
tua.  Mengintai murid lelaki/perempuan.
7. Sentiasa menyiapkan kerja-kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru.  Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
 Merosakkan harta benda sekolah/guru.
JENIS-JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN  Membawa atau menggunakan bahan letupan.
Bil Jenis Kesalahan Jenis Hukuman  Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan
Rotan di punggung dengan dilapik pakaian lucah.
1 * Kesalahan Berat dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3  Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
kali sebatan).  Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau
2 ** Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan mengganggu pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian.
rotan ringan (maksima 3 kali sebatan).  Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang
3 *** Kesalahan Ringan Diberi amaran dan sesi kaunseling. bertentangan dengan masyarakat Malaysia.
 Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa
1. * Kesalahan Berat kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.  Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau
 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari selama 1 tahun sesi
dadah. persekolahan.
 Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.  Mengganggu/menjejaskan kuasa Guru Besar/Pengetua atau guru yang
 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau menjalankan tugas.
sebarang benda yang memabukkan/mengkhayalkan.  Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
 Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan.  Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
 Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan  Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
guru/pengawas/murid.  Melakukan hubungan yang dicurigai.
 Biadab terhadap guru/pengawas/murid.  Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
2. ** Kesalahan Sederhana  Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
 Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
 Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
 Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik
 Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
sekolah tanpa kebenaran.
 Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
 Mengganggu kawasan.
 Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan.
 Mengganggu guru.
 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
 Lewat masuk kelas.
 Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
 Mengotorkan kelas.
 Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna.
 Tidak duduk setempat.
 Menconteng pada harta benda sekolah.
 Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai  Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
subang berlebihan pada satu cuping telinga. KHIDMAT NASIHAT
 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
1. Mana-mana murid yang mempunyai masalah boleh pada bila-bila masa berjumpa
3. *** Kesalahan Ringan dengan Guru Bimbingan/Kaunseling untuk mendapatkan bantuan khidmat
nasihat. Murid-murid tidak harus segan, malu atau takut untuk menyuarakan
 Menyimpan misai, janggut atau jambang. masalah yang dihadapi walaupun agak peribadi.
 Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
 Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. MAKLUMAT UMUM
 Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan
1. Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada masa/keadaan yang diputuskan
sekolah tanpa kebenaran.
oleh Lembaga Tatatertib Sekolah atau atas nasihat Guru Besar.
 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
 Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa 2. Murid-murid sebagai manusia yang Allah S.W.T kurniakan akal fikiran hendaklah
kebenaran. memahami bahawa hidup ini penuh dengan peraturan walau di mana kita berada.
 Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa Oleh itu, setiap orang yang berakal mesti mengikuti dan mematuhinya pada
kebenaran. setiap masa demi keharmonian dan kesejahteraan hidup di dunia mahupun
 Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran. akhirat.
 Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas. 3. Apabila manusia yang berakal tidak mematuhi peraturan maka jadilah manusia
 Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam. itu tidak ubah seperti haiwan yang sememangnya ditakdirkan oleh Allah hidup
 Memasuki bilik khas tanpa kebenaran. tanpa berperaturan.
 Makan dan minum di bilik darjah. 4. Justeru itu, semua murid mestilah mematuhi dan menghormati peraturan sekolah
 Melakukan pembaziran air/elektrik. yang telah ditetapkan pada bila-bila masa, selagi mereka menjadi murid Sekolah
 Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap. Kebangsaan Jambu Bongkok.
 Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, 5. Sesungguhnya, kesempurnaan hidup tidak akan dapat dinikmati walaupun
tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain). memiliki ilmu yang tinggi melangit andainya iman, amal, akhlak dan disiplin
 Datang lewat ke sekolah. diabaikan.
BORANG PENGAKUAN CATATAN PENTING
Guru Besar,
.....................................................................................................................................
Sekolah Kebangsaan Jambu Bongkok,
.....................................................................................................................................
21610, Merchang, Marang, Terengganu.
.....................................................................................................................................
Tarikh:............................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
Melalui,
.....................................................................................................................................
Guru Kelas
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
BUKU PERATURAN TATATERTIB / DISIPLIN MURID
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
1. Saya telah memiliki buku tersebut di atas untuk dijadikan bahan rujukan dan
.....................................................................................................................................
panduan saya sendiri.
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
2. Saya faham segala isi kandungan dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya
.....................................................................................................................................
segala yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarang.
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
3. Saya sedar bahawa saya akan dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh
.....................................................................................................................................
pihak sekolah sekiranya saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela
.....................................................................................................................................
menerima hukuman yang setimpal di atas setiap perbuatan saya.
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
Tandatangan :............................................................................................
.....................................................................................................................................
Nama (Huruf Besar) :............................................................................................
.....................................................................................................................................
Kelas :............................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
Saya, sebagai ibu/bapa/penjaga sedia maklum akan perkara yang tersebut di
.....................................................................................................................................
atas.
.....................................................................................................................................
Tandatangan :............................................................................................ .....................................................................................................................................
Nama (Huruf Besar) :............................................................................................ .....................................................................................................................................
Alamat :............................................................................................ .....................................................................................................................................
Pekerjaan :............................................................................................ .....................................................................................................................................
No. Telefon :............................................................................................ .....................................................................................................................................
Pakaian Seragam Rasmi Murid / Pemakaian Lencana Sekolah

Potongan Rambut Yang Betul

Potongan Rambut Yang Dilarang