Anda di halaman 1dari 4

1.

BASIC THERMAL LOAD AND SOURCE

1.1 PRINSIP BEBAN HABA

SUMBER BEBAN HABA

Sumber beban haba terdiri daripada dua sumber iaitu sumber haba luar dan sumber haba
dalam.

i. Sumber haba luar

Sumber haba luar terdiri daripada pengaliran haba, haba suria dan gantian udara.

a) Pengaliran haba

 Haba yang mengalir melalui dinding, siling dan tingkap pada bangunan bergantung
pada perbezaan suhu, keluasan permukaan dan faktor U.

 Udara luar memasuki ruang bilik melalui tingkap, pintu dan lubang yang tidak ditutup
rapat.

b) Haba suria

 Haba ini juga dikenali sebagai haba matahari.

 Haba suria menyerap masuk ke dalam ruang bilik melalui tingkap, dinding dan siling.
Haba ini akan memanaskan lantai, dinding, perabot dan sebagainya di dalam ruang
bilik dan akan dibebaskan melalui proses olakan haba.

 Oleh itu, jumlah haba yang masuk ke dlaam ruang bilik bergantung pada luas, jenis
bahan binaan, pelindung cahaya dan warna permukaan dinding.

c) Gantian udara

 Ruang bilik yang dinyamankan memerlukan gentian udara untuk pengalihudaraan


dalam ruang pendinginan.

 Udara boleh masuk melalui penyusupan melalui rongga bilik atau melalui celah-celah
pintu dan tingkap.

 Bagaimanapun, jika kadar penyusupan udara melebihi gentian udara, maka


penyusupan udara mestilah dikurangkan atau dikawal sekiranya perlu. Gentian
udara ini bergantung pada jumlah penghuni, luas dan isipadu bilik tersebut.

 Udara yang menyusup masuk seelok-eloknya mestilah bersih dan segar.


ii. Sumber Haba Dalam

a) Haba dari perkakas bilik

Perkakas dan lampu yang terdapat dalam ruang bilik seperti televisyen, radio, lampu,
computer dan sebagainya akan menghasilkan haba.

b) Haba dari manusia

 Pertambahan haba di dalam bilik yang hendak didinginkan juga bergantung pada
aktiviti dan bilangan penghuni bilik.

 Sekiranya manusia melakukan aktiviti fizikal yang berat, maka haba yang terhasil
adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan melakukan aktiviti ringan.

LOKASI

 Kedudukan matahari dan kedudukan tingkap (tingkap yang terkena pancaran atau
terlindung dari pancaran matahari) perlu diambil kira semasa pemasangan unit
penyaman udara.

 Lokasi bilik diperlukan kerana pancaran matahari menentukan jumlah beban haba.
Contohnya, bilik yang mempunyai tingkap yang menghadap pancaran matahari
mempunyai beban haba bilik yang lebih tinggi berbanding dengan tingkap yang
terlindung dari pancaran matahari.

BAHAN BINAAN

 Bahan binaan mempengaruhi pengiraan kehilangan haba. Terdapat dinding yang


diperbuat daripada bata merah, kayu atau gabus yang mempunyai ketebalan
berlainan. Lantai bilik juga diperbuat daripada pelbagai jenis bahan binaan seperti
mortar, parker, konkrit atau jubin. Oleh itu, pengaliran dan kebocoran haba juga
berlainan mengukut jenis bahan binaan lantai.

 Siling adalah penyumbang kepada penyumbang kepada penambahan haba yang


tinggi kerana sentiasa terdedah pada sinaran matahari secara terus terutamanya
pada waktu siang. Penambahan haba melalui siling perlu dikira pada siling di tingkat
paling atas kerana terdeddah pada sinaran matahari secara terus.

 Pintu dan tingkap yang diperbuat daripada kaca menghasilkan penambahan haba
yang tinggi berbanding pintu dan tingkap yang diperbuat daripada bahan binaan lain
seperti kayu.

 Jadual berikut menunjukkan Faktor U bagi struktur binaan.

2
Jadual 1.1 Jadual Faktor U bagi struktur binaan

Struktur Faktor U (W/m2K)

Dinding:

Dinding bata (terdedah) 2.84

Dinding bata (dilepa pada satu bahagian) 2.61

Dinding konkrit 3.18

Batu bata (venir) 2.2

Batu bata (venir) + kerajang aluminium 1.1

Dinding tindih kasel 2.2

Polystrene + asbestos 1.2

Lantai:

Jubin berongga 2.27

Konkrit 3.5

Kayu 2.9

Siling:

Geledak logam penebatan 0.52

Geledak logam + kerajang + dinding gypsum 0.95

Bumbung jubin + dinding gypsum 3.4

Bumbung jubin + kaca gentian 0.69

Tingkap:

Kaca tunggal 6.0

Kaca kembar 3.2

3
BEBAN-BEBAN LAIN

 Manusia yang berada di dalam bilik akan menghasilkan penambahan beban haba
penyamanan udara. Penambahan haba ini terhasil daripada haba deria yang
menyebabkan kenaikan suhu dlaam runag bilik dan juga haba pendam yang
berbentuk kelembapan, tetapi haba pendam tidak akan melibatkan kenaikan suhu.
Jumlah beban haba manusia bergantung pada bilangan manusia dan aktiviti yang
dilakukan di dalam ruang dab jumlah penghuni bilik tersebut.

Jadual 1.2: Jadual persamaan haba manusia

Bil Aktiviti Watt

1 Duduk berehat 114

2 Berehat sambil melakukan aktiviti ringan 132

3 Bekerja di pejabat 139

4 Berjalan perlahan, berdiri, bekerja (aktiviti 161


sederhana)

5 Bekerja di kilang 234

6 Tarian moden 264

7 Melakukan kerja berat 293

8 Bermain boling 440

 Lampu akan mengeluarkan haba, oleh itu lampu perlu dihitung dalam pengiraan beban
haba penyamanan udara. Jumlah haba yang dikeluarkan oleh lampu adalah berlainan
mengikut jenis dan kuasa lampu tersebut.

 Pergerakan peralatan elektrik yang terdapat di ruang bilik juga perlu dikira. Contoh
alat-alat kelengkapan elektrik ialah televisyen, radio, computer, motor elektrik kecil
dan telefon.