Anda di halaman 1dari 16

MODUL AKTIVITI

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN


PERTANDINGAN

PERTANDINGAN
GREEN TECHNOLOGY SHOW
1.0 PENGENALAN
Pertandingan Green Technology Show merupakan satu pertandingan
berbentuk persembahan berkonsepkan Teknologi Hijau. Tema persembahan
adalah berdasarkan mana-mana sektor Teknologi Hijau (TH) iaitu Tenaga,
Pengangkutan, Bangunan, Industri, Pertanian dan Perhutanan, Pengurusan
Sisa dan Air Sisa dan ICT. Persembahan hendaklah mengandungi sekurang-
kurangnya tiga (3) isu berkaitan tema (sektor Teknologi Hijau) dipilih.
Persembahan pentas disampaikan secara kreatif, ‘hands-on’, praktikal dan
menyeronokkan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mempromosikan Teknologi Hijau melalui persembahan yang
menyeronokkan.
2.2 Menjadi platform bagi peserta mengaplikasi pengetahuan Teknologi
Hijau mengikut kreativiti sendiri.
2.3 Melatih Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam mengaplikasikan
Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian.
2.4 Memupuk dan menyemarakkan minat murid terhadap sains dan
teknologi melalui Teknologi Hijau.
2.5 Memupuk sifat positif seperti, kerjasama dan bertolak ansur dalam
pasukan.
2.6 Melatih murid berkomunikasi secara berkesan dalam persembahan
menyeronokan.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid sekolah menengah
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

3.2 Penyertaan adalah secara berpasukan dengan tiga (3) murid dan
seorang (1) guru pembimbing.

3.3 Storyboard hendaklah dapat menjelaskan sekurang-kurangnya 3 isu yang


dipilih daripada satu sektor Teknologi Hijau.

3.4 Storyboard persembahan hendaklah disediakan sama ada dalam Bahasa


Malaysia atau Bahasa Inggeris dan bersifat karya asli. Peserta tidak

GREEN TECHNOLOGY SHOW | 1


dibenarkan mencampuradukkan kedua-dua bahasa dalam satu
persembahan.

3.5 Masa yang diberikan adalah 14 minit. 2 minit masa untuk persediaan
peralatan dan bahan di atas pentas. 2 minit masa untuk mengemas
alatan dan bahan (turun pentas).

Persiapan Persembahan Mengemas


Alatan Alatan
Bahan atas Bahan
Pentas Pentas

2 minit 10 minit 2 minit

L1 L2 L3

Loceng 1 [L1] : Sebaik peserta naik ke pentas untuk persiapan alat dan
bahan – 1x
Loceng 2 [L2] : Pada minit ke-10 – 1x (Persembahan berbaki 2 minit)
Loceng 3 [L3] : Pada minit ke-12 – 2x (Persembahan tamat)

3.6 Minimum 3 segmen persembahan diperlukan untuk mencapai objektif


yang telah ditetapkan oleh setiap pasukan.

3.7 Para peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif seperti


keagamaan, perkauman dan politik dalam persembahan.

3.8 Pemakaian kostum oleh peserta tertakluk kepada daya kreativiti masing-
masing dan tidak mengganggu kelancaran persembahan.

3.9 Guru pembimbing dan penyokong hendaklah memakai pakaian yang


kemas, sopan dan bersesuaian dengan program berkaitan pendidikan.

3.10 Semua peralatan persembahan dan bahan disediakan oleh pasukan


masing-masing. Penganjur hanya menyediakan ruang persembahan
(dewan) yang sesuai, kerusi dan meja, serta punca kuasa elektrik.

3.11 Peserta tidak digalakkan menggunakan bahan yang berbahaya, mudah


terbakar, meletup atau beracun. Langkah keselamatan hendaklah
dititikberatkan semasa penggunaan bahan-bahan tersebut. Jika terdapat
keperluan, pemakluman kepada JK Teknikal pengelolaan adalah menjadi

GREEN TECHNOLOGY SHOW | 2


tugas guru pembimbing. Kegagalan memaklumkan (Borang Pengistiharan
Altan/Bahan) perkara ini membolehkan demonstrasi berkenaan tidak
dibenarkan untuk persembahan.

3.12 Semua alatan dan bahan yang akan digunakan dalam persembahan
hendaklah diistiharkan melalui borang yang disediakan.

3.13 Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan pertunjukan yang


dijalankan adalah selamat dan mematuhi syarat-syarat pertandingan.

3.14 Format penulisan storyboard:

i. ‘Font’ : CALIBRI
ii. ‘Size’ : 12
iii. ‘Spacing’ : DOUBLE SPACING

3.15 Storyboard diperlukan penganjur bagi tujuan berikut;

i. Penilaian aspek keselamatan persembahan


ii. Kesesuaian demonstrasi dengan objektif
iii. Persiapan dan kemudahan tempat (dewan/pentas)
3.16 Rakaman persembahan mengikut format berikut:
i. Sudut : dari pandangan hadapan
ii. Format fail : AVI, VLC, MOV, MP4
3.17 Keputusan hakim adalah muktamad.
3.18 Peserta dan seorang guru sahaja yang dibenarkan naik ke pentas untuk
penyediaan alatan dan bahan. Bantuan teknikal disediakan atas
permintaan pasukan.

4.0 KAEDAH PENGHAKIMAN


4.1 Tiga (3) orang hakim akan dilantik untuk Peringkat Kebangsaan.
4.2 Kriteria pemilihan hakim :
Kepelbagaian latar belakang kepakaran, agensi berkepentingan seperti
KeTTHA, USM, KPM dan sebagainya.
4.3 Penghakiman dibuat berdasarkan persembahan pentas pasukan.
4.4 Penghakiman dibuat mengikut kriteria ditentukan pada Borang
Penghakiman.

GREEN TECHNOLOGY SHOW | 3


5.0 KAEDAH PERTANDINGAN
i. Setiap negeri/JPN hanya diwakili oleh satu pasukan.
ii. Penghakiman dilakukan oleh tiga (3) orang panel hakim.
iii. Giliran persembahan adalah mengikut undian yang dijalankan pada sesi
taklimat pertandingan.
iv. Setiap pasukan berpeluang mengikuti sesi penyesuaian pentas mengikut
ketetapan pihak penganjur.
v. Penilaian berdasarkan persembahan.
vi. Ketiga-tiga peserta perlu mengambil bahagian (aktif) sepanjang
persembahan.

GREEN TECHNOLOGY SHOW | 4


6.0 KRITERIA PENILAIAN
6.1 Borang Penilaian
SEKOLAH
TAJUK PERSEMBAHAN
NO. GILIRAN MASA PERSEMBAHAN

JUMLAH
KOMPONEN KRITERIA SKALA %
MARKAH
Pengetahuan …/10
TEKNOLOGI HIJAU Kefahaman …/15
50% Aplikasi …/15
(HAKIM A) Kesan …/5 ------ X 50

Keaslian …/5 50

Kreativiti …/5
PERSEMBAHAN Susun atur …/5
25% Kelancaran …/5
(HAKIM B) Penonton …/5 ------ X 25

Penggunaan Pentas …/5 25

Suara …/5
PENYAMPAIAN …/5
Kerjasama sepasukan
15 % …/5 ------ X 15
Intonasi & Ekspresi
(HAKIM C) Hubungan mata/eye 20
…/5
contact
Peralatan …/5

EXTRAS Visual tambahan/Visual …/5


aid ------ X 10
10%
Costume / Pemakaian …/5 20
(HAKIM C)
Kesan Khas / Special …/5
effects
JUMLAH

JUMLAH

%
GREEN TECHNOLOGY SHOW | 5
Tidak mengemukakan dokumen berikut
pada tarikh ditetapkan :
i. Borang Pengistiharan -1
Alatan & Bahan
PEMOTONGAN ii. Storyboard -1
MARKAH iii. Rakaman Video -1
Melebihi masa ditetapkan :
i. 1 minit -1

ii. 2 minit -2

ii. 3 minit -3

TOTAL / JUMLAH

%
6.2 RUANG KOMEN HAKIM

1)
…………………………………………………………………………………………………...........

2)..............................................................................................................................................

3)……………………………………………………………………………………………….............

GREEN TECHNOLOGY SHOW | 6


7.0 PANDUAN PENGELOLA
7.1 Hebahan pendaftaran penyertaan pertandingan kepada sekolah-
sekolah.
7.2 Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola
7.3 Jawatankuasa Kerja perlu ada :
i. Pengacara (memenuhi Kriteria dan kreatif) - seorang
ii. Pengelola Alatan dan bahan – 2 orang
iii. Pengurus Peserta – 2 orang
iv. Penjaga masa – 2 orang
v. Pengurus pentas - seorang
vi. Pendaftaran
vii. Persiapan tempat
viii. Hadiah/Sijil
ix. Peralatan
x. PA Sistem – 2 orang
xi. Rakaman (Video dan fotografi)
xii. Persiapan Pentas/Dewan
xiii. Backdrop

8.0 KEPERLUAN PERTANDINGAN


i. Kerusi Meja panel hakim (3 set)
ii. Meja banquet untuk bahan persembahan – 3 unit atas pentas
iii. Poster promosi di meja alatan/bahan persembahan
iv. Meja penjaga masa – 1 unit
v. Meja laptop peserta – 1 unit
vi. Meja MC – 1 unit
vii. Ruang Tertutup Persiapan Peserta – Semua alat dan bahan-bahan yang
akan digunakan diletakkan dalam susunan mengikut giliran persembahan.
viii. PA Sistem (8 unit head mic / peserta, 1 pengacara, 1 hakim)
ix. Jam randik – 3 unit
x. Loceng – 1 unit
xi. Skrin Layar Putih – 2 unit
xii. LCD projector – 2 uni

GREEN TECHNOLOGY SHOW | 7


9.0 GARIS MASA
PERKARA KETERANGAN TINDAKAN
 Borang Daftar Alatan & Bahan
Penyerahan  Storyboard
Semua pasukan.
dokumen  Rakaman video
 3 minggu sebelum pertandingan

 2 minggu sebelum
pertandingan.
 Boleh/tidak boleh digunakan
Jawatankuasa
Penilaian dalam persembahan.
Teknikal Pertandingan
 Saranan penambahbaikan
langkah keselamatan
(‘storybord’)

 Perbincangan dan agihan


bidang kriteria penghakiman
(Hakim A, Hakim B dan Hakim C)
Jawatankuasa
 Susunan giliran persembahan
Taklimat Panel Teknikal Pertandingan
 Edaran Senarai Borang
Hakim dan
Pengistiharan Alatan dan Bahan
Panel Hakim
semua pasukan.
 Edaran storyboard semua
pasukan.

 Sehari sebelum pertandingan.


 Taklimat pertandingan kepada Jawatankuasa
Penyesuaian Guru Pembimbing (1 pasukan Teknikal Pertandingan
Pentas seorang sahaja) dan
 Susun atur fizikal atas pentas Semua pasukan
(alatan & bahan)

 Persembahan mengikut giliran


Persembahan
yang telah diundi.

MINGGU 3

MINGGU 2

MINGGU 1 TARIKH PERTANDINGAN


(Rujuk Surat Jemputan Penganjur)

GREEN TECHNOLOGY SHOW | 8


10.0 CONTOH STORYBOARD PERTANDINGAN
SEKOLAH :

PESERTA: 1.
2.
3.
GURU
PENGIRING:

NAMA KUMPULAN LAUTAN BIRU


Tajuk Persembahan Udara Kehidupan
Objektif 1. Peserta dapat menjelaskan tentang bahaya kesan pembebasan gas
Persembahan karbon dioksida yang tidak terkawal
2. Menjelaskan kaedah dan cara mengurangkan pembebasan gas
karbon
3. Memupuk kesedaran dan rasa tanggungjawab
Sektor TH Pengangkutan Awam di Malaysia
Bahan (prop) Model kereta solar, carta peratusan pembebasan gas rumah hijau.
Konsep Kembara Masa Depan, Retro, Drama, Drama Muzikal, Bercerita,
Persembahan Multimedia, Demonstrasi (Contoh)
Isi Persembahan 1. Penjelasan bahaya atau kesan-kesan pembebasan gas karbon
dioksida
i. Tayangan video kesan-kesan rumah hijau.
ii. Statistik pembebasan gas karbon pengangkutan awam
negara.
iii. Kesan memudaratkan kesihatan manusia, pertanian,
penerbangan dan lain-lain.
2. Cadangan kaedah-kaedah mengurangkan pembebasan gas
karbon dioksida daripada sektor pengngkutan awam negara.
i. Kurangkan penggunaan bahan bakar disel/fosil
ii. Menggunakan sumber tenaga TH
iii. Popularkan pengangkutan awam…
3. Pengangkutan awam impian
i. Murah
ii. Cekap
iii. Popular

Perhatian:
1. Tidak dibenarkan menulis storyboard dalam bentuk “dialog”
2. Storyboard hendaklah ditaip mengikut format berikut (seperti contoh diatas):
i. Font : Calibri
ii. Saiz : 12
iii. Line Spacing : Double Spacing
iv. Minimum : 3 isi persembahan

GREEN TECHNOLOGY SHOW | 9


11.0 PELAN LANTAI

 Semua susun atur di dalam dewan pertandingan adalah tetap dan tertakluk
kepada tempat dan penganjur.

GREEN TECHNOLOGY SHOW | 10


BORANG PENGISYTIHARAN PERALATAN/BAHAN

BIL. PERKARA KUANTITI NOTA


A ALATAN :

B BAHAN :

Setelah penelitian storyboard, didapati bahawa peralatan yang dinyatakan di atas


adalah peralatan yang akan digunapakai dalam persembahan ini dan selamat
untuk digunakan mengikut garis panduan pihak penganjur.

Tandatangan Tandatangan Cop Sekolah


Guru Pembimbing Pengetua

……………………………………………… ………………………………………………

Nama: Nama:

GREEN TECHNOLOGY SHOW | 11


SPESIFIKASI TUGAS DAN PERANAN
PERTANDINGAN GREEN TECHNOLOGY SHOW (GTS)

TUGAS SPESIKASI TUGAS DAN PERANAN

1. Membuat semakan dokumen : Borang Pengistiharan Alatan


& Bahan, Storyboard dan Rakaman Video GTS semua
pasukan bagi tujuan tapisan keselamatan. Pasukan-
pasukan yang dikenalpasti menggunakan alatan atau
bahan berbahaya diminta mengemukakan prosedur dan
langkah keselamatan berkaitan penggunaan.
2. Memastikan tempat pertandingan sesuai untuk
pertandingan GTS, selamat serta bersih sebelum dan
selepas pertandingan.
3. Memastikan lokasi pertandingan ada bahagian pentas dan
penonton.
Pegawai Teknikal 4. Memastikan keperluan hakim dan pertandingan
disediakan.
5. Memberi taklimat penghakiman kepada hakim yang
dilantik.
6. Mengurus, mengatur dan melaksanakan pertandingan
secara keseluruhannya.
7. Mengendalikan pertandingan mengikut format yang telah
ditetapkan.
8. Memberi taklimat pertandingan kepada guru pembimbing
dan peserta pertandingan pada hari pertama
pertandingan.
9. Menjalankan sesi penyesuaian pentas mengikut giliran yang
diundi.

1. Membuat semakan dokumen : Borang Pengistiharan Alatan


& Bahan, Storyboard dan Rakaman Video GTS semua
pasukan selepas taklimat bersama pasukan pada hari
pertama pertandingan.
2. Agihan tugas penghakiman mengikut bidang.
Hakim 3. Membuat penilaian berdasarkan Borang Penilaian GTS
dibekalkan.
4. Melakukan proses verifikasi dan penjumlahan markah untuk
menentukan pemenang setelah tamat pertandingan
dengan kehadiran kehadiran Pegawai Teknikal (Pegawai
JPN) selaku pemerhati.

GREEN TECHNOLOGY SHOW | 12


1. Membantu menjalankan proses undian pasukan.
2. Membantu hakim semasa sesi pembentangan.
3. Membantu pegawai teknikal semasa GTS berlangsung.
4. Menyediakan bahan dan keperluan penghakiman semasa
pembentangan dan perlumbaan pertandingan
berlangsung.
5. Menyediakan peralatan dan kawasan kuarantin pada hari
pertama pertandingan.
Pembantu Teknikal
6. Mengurus pendaftaran peserta pertandingan sebelum
taklimat.
7. Membuat undian giliran untuk pasukan bertanding.
8. Membantu dalam pengendalian pertandingan.
9. Membuat semakan dokumen : Borang Pengistiharan Alatan
& Bahan, Storyboard dan Rakaman Video GTS semua
pasukan selepas taklimat bersama pasukan pada hari
pertama pertandingan

GREEN TECHNOLOGY SHOW | 13


BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN GREEN TECHNOLOGY SHOW
TAINABLE ENERGY AND BUILT ENVIRONMENT ”
NEGERI:

BUTIRAN SEKOLAH
NAMA SEKOLAH ALAMAT NO TEL / FAKS E-MAIL

GURU PEMBIMBING
SAIZ
NAMA JANTINA BANGSA MYKAD NO TEL
TSHIRT

PESERTA
BANGSA SAIZ
BIL NAMA JANTINA MYKAD
M C I L TSHIRT

BILANGAN VEGETARIAN

GURU MURID

Dengan ini pihak kami mengesahkan peserta tersenarai adalah murid sekolah ini dan segala maklumat
yang dinyatakan adalah benar dan tepat. Berdasarkan skrip juga, konsep persembahan adalah asli
dan selamat.

Pengesahan Pengetua: Cop Rasmi :


...........................................................
( ) Tarikh :

Untuk Kegunaan Urusetia Penganjur


TARIKH TERIMA PENERIMA TANDATANGAN

GREEN TECHNOLOGY SHOW | 14


BORANG MAKLUM BALAS
PERTANDINGAN GREEN TECHNOLOGY SHOW

NAMA PERTANDINGAN :
NEGERI PASUKAN :
NAMA PEGAWAI/GURU :
NO. TELEFON :

KELEMAHAN / ISU :

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

_____________________________
NAMA :
NO. TEL :

GREEN TECHNOLOGY SHOW | 15

Anda mungkin juga menyukai