Anda di halaman 1dari 7

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TAJUK : “KELEBIHAN SERTA AMALAN PADA HARI RAYA


QURBAN DAN HARI TASYRIQ”
1 SEPTEMBER 2017M / 10 ZULHIJJAH 1438H

َ َّ ُ َ
:‫ل‬
ۡ ِ ‫ٱلۡحمد ِلل ِه الۡقا ِئ‬
               

             

( Surah al-Baqarah : 203 )

ً‫ َو َأش َه ُد َأ ان ُم َح امدا‬، ‫كَ ََ ُه‬ ُ ‫َأش َه ُد َأن ّٓل ِ ََ ـ َه ِ ال‬


َ ِ‫هللا َوح َد ُه َل َش‬
‫و‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫ل ل‬
ََ َ ‫اُ ا َ ّ َ َ ّ ََ َ ّ َ ُ َ ا‬ ُ ُ ُ ََ ُ ُ َ
‫ اَلهم ص لل وس للم على س لي لدنا محم ٍد وعلى لآَ له‬.‫عبدهو ورسوَهو‬
ّ ‫َو َأص َحابهۦ َو َمن َتب َع ُهم بإح َسان ِ َلى َيوم‬
َ.‫اَدين‬
‫ل ل‬ ‫ٍ ل‬ ‫لل‬ ‫ل‬ ‫لل‬
ُ ََ ‫ََ َ ُ ُ ا ا‬ َُ ‫َ َ ا‬ ُ ‫ا‬ َ َ َ َ ُ َ ‫َا‬
‫ ول تموتن لِل وأنتم‬،‫ لاتقوا هللا حق تقا لت لهۦ‬،‫ فيا لعباد هللا‬،‫أما بعد‬
َ
.‫ُّمس لل ُمون‬

1
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,
Marilah kita bertaqwa kepada Allah  dengan ketaqwaan yang

sebenar, iaitu melakukan segala perintah Allah  dan menjauhi segala


larangan-Nya. Peliharalah diri daripada melakukan perkara-perkara yang
dikhuatiri boleh merosakkan akidah dan ibadah kita. Kehidupan yang kita
nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan meningkatkan amal
ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Allah  serta
menjalin eratkan hubungan kita sesama manusia. Mudah-mudahan kita
tergolong dalam golongan mereka yang memperolehi keredhaan Allah
, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah  di dalam Surah Ali ‘Imran ayat 103:

      

Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada agama


Allah, dan janganlah berpecah belah”.

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk


“KELEBIHAN SERTA AMALAN PADA HARI RAYA QURBAN DAN
HARI TASYRIQ”.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,


Hari Tasyriq mengikut kalendar Hijrah jatuh selepas sambutan ‘Iduladha,
iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. ‘Iduladha dan hari-hari tasyriq adalah
hari yang penuh kemuliaan di sisi Allah  sebagaimana sabda

Rasulullah :

2
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
‫اَله َت َبا َر َك َو َت َع َالى َي ْو ُم ا‬
ِّ‫اَن ْحِ ُث ام َي ْو ُم ْاَ َق‬ ‫َْ ا‬ ‫ا‬ َ ََ ْ َ ‫ا‬
‫ل‬ ‫ل‬ ‫لِن أعظم األي لام لعند ل‬
Maksudnya: “Sesungguhnya hari yang paling mulia di sisi Allah adalah
hari ‘Iduladha dan hari qorr (hari Tasyriq).”
(Hadith riwayat Abu Daud)

‘Iduladha atau juga dikenali dengan nama Hari Raya Qurban yang
disambut oleh umat Islam seluruh dunia mempunyai kelebihan dan
amalan yang dituntut bagi umat Islam melaksanakannya sehingga ke
penghujung 13 Zulhijjah. Selain dilarang berpuasa sehingga 13 Zulhijjah,
hari-hari tersebut juga adalah hari yang dipenuhi dengan amalan yang
diberi kelebihan untuk dijadikan amalan oleh umat Islam.

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,


Antara kelebihan dan amalan yang dianjurkan pada Hari Raya Qurban
dan hari-hari tasyriq agar kita dapat meraih banyak manfaat adalah:

Pertama : Memperbanyakkan zikir dan laungan takbir mengingati


serta memuji Allah . Firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah, ayat 203:

                

            

Maksudnya: “Dan kamu sebutlah akan Allah (dengan takbir semasa


mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya.
Kemudian sesiapa yang bersegera (meninggalkan Mina) pada hari yang
kedua, maka dia tidaklah berdosa, dan sesiapa yang melambatkan
3
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
(meninggalkan Mina) maka dia juga tidaklah berdosa, (ketiadaan dosa
itu ialah) bagi orang yang bertaqwa. Dan hendaklah kamu bertaqwa
kepada Allah dan ketahuilah, sesungguhnya kamu akan dihimpunkan
kepada-Nya.

Umat Islam dilarang berpuasa pada hari-hari tasyriq, sebaliknya


digalakkan untuk memperbanyakkan zikir memuji Allah . Nabi 
bersabda:
‫َا ُ َ ْ َ ُ ْ َ ْ ا‬ ْ ‫َا ُ ا‬
‫أيام اَتش لِ لكق أيام أك ٍل وشِ ٍب و لذك ٍِ لَل له‬
Maksudnya: “Hari tasyriq adalah hari dibenarkan untuk makan, minum,
dan hari mengingati Allah.”
(Hadith riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasa’i).

Semarakkan zikir dan laungkan takbir memuji kebesaran Allah  pada


hari-hari tasyriq dengan pelbagai cara, antaranya ketika selesai solat
fardhu dan sunat, ketika melakukan ibadah qurban, ketika menjamu
hidangan ataupun ketika melontar jamrah yang dilakukan oleh jemaah
haji.

SIDANG JUM‘AT YANG BERBAHAGIA,


Amalan kedua : Melaksanakan ibadah qurban. Ia adalah tuntutan
mulia yang mendekatkan diri kepada Allah  dan merapatkan
silaturahim sesama umat Islam. Melalui ibadah ini, umat Islam bersama-
sama bergotong royong menyembelih daging binatang qurban, melapah
dan mengagihkan kepada golongan fakir miskin. Bagi yang akan

4
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
melakukan ibadah qurban, sunat bagi mereka sejak awal Zulhijjah tidak
memotong rambut dan kuku sehingga binatang qurbannya disembelih.

Daripada Ummu Salamah bahawa Nabi  bersabda:


َْ
‫فل ُي ْم لس َْ لم ْن‬ َ ‫َأ َح ُد ُك ْم َأ ْن َي‬
ْ‫ض ل ّحى‬ َ‫ِ َذا َ َرأ ْي ُت ْم ه َل َل ذى ْالح اجة َو َأ َراد‬
‫ل ل‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ل‬
ً ْ َ
َ ‫َش ْعِه َوأظ َفا ه َش ْيأ َح اتى َي‬
.‫ض ل ّح ْى‬ ‫لر ل‬ ‫لل‬
Maksudnya: Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada
dalam kalangan kamu yang ingin melakukan qurban, hendaklah dia
menahan dirinya daripada (memotong) rambut dan kukunya.
(Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Memperbanyakkan doa kepada Allah .

Doa adalah satu bentuk peringatan kita sebagai hamba kepada Allah .
Pujian dan harapan manusia kepada Tuhan-Nya. Manfaatkanlah hari-
hari yang istimewa ini dengan berdoa kepada Allah .

Penuhilah hari raya dan hari-hari tasyriq dengan ketaatan kepada Allah
, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya dan mendekatkan
diri kepada-Nya. Semoga kita akan mendapat rahmat dan keampunan
.

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,


Umat Islam sunat menzahirkan kegembiraan pada hari raya ini tetapi
tidak dengan melibatkan perkara-perkara yang haram dan ditegah oleh
5
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
Allah . Adalah lebih bermanfa’at jika waktu-waktu ini, iaitu sehingga
hari ke 13 Zulhijjah dipenuhi dan dilengkapi dengan amalan yang
membawa kepada ganjaran pahala berlipatganda.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, antara kesimpulannya adalah:


1. ‘Iduladha dan hari-hari tasyriq mempunyai beberapa kelebihan dan
amalan dalam melahirkan kesyukuran kepada Allah , iaitu
amalan berzikir, bertakbir, berdoa, menunaikan ibadah qurban dan
sebagainya.
2. Umat Islam sunat menzahirkan kegembiraan pada hari raya ini
tetapi tidak dengan melibatkan perkara-perkara yang haram dan
ditegah oleh Allah .
3. Penuhilah hari raya dan hari-hari tasyriq dengan ketaatan kepada
Allah , menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya dan
mendekatkan diri kepada-Nya.

Firman Allah  dalam Surah al-Hajj ayat 32:

         

Maksudnya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati


syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana
sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat-sifat taqwa hati
orang mukmin.

6
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
‫هللا لي َو َل ُكمۡ في الۡ ُقرۡ َءان الۡ َعظيم‪َ ،‬و َن َف َعني َوإ َّي ُاكمۡ ب َما فيه منَ‬ ‫َبا َر َك ُ‬
‫ِ ِ ِ ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫نكمۡ ت ََل َو َت ُه إ َّن ُه ُه َو َّ‬
‫الس ِم ُيع‬
‫َ َ َ َّ َ ك َ ُ‬
‫م‬‫و‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫ب‬ ‫ق‬ ‫ت‬ ‫و‬ ‫‪،‬‬ ‫يم‬ ‫ك‬ ‫الِّكۡر الۡ َ‬
‫ح‬
‫َ َ ك‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫اِ و ِ‬ ‫الي ِ‬‫ۡ‬
‫ََ ُ َ َ ۤ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ َ ََ َ‬ ‫َ ُ َُ ُ َ‬
‫الۡع ِليم‪ ،‬أقول ق ۡو ِلي ۡهِّا وأسۡتغۡ ِفر هللا الۡع ِظيم ِلي ولكمۡ‪ ،‬و ِلسا ِئ ِر‬
‫َ َ ُ ُ ََ َ َ‬ ‫َ َ ُ َ‬ ‫َ ُ‬ ‫َ‬ ‫َ َ ُ‬ ‫ُ‬
‫اِ‪ ،‬فاسۡتغۡ ِفروه فيا ف ۡوز‬ ‫ن‬
‫ِ ِ‬‫م‬ ‫ؤ‬
‫ۡ‬ ‫ۡ‬
‫ال‬ ‫و‬ ‫ين‬ ‫ن‬
‫ِِ‬‫م‬ ‫ؤ‬
‫ۡ‬ ‫ۡ‬
‫ال‬‫و‬ ‫‪،‬‬ ‫اِ‬
‫ِ ِ‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫س‬
‫ۡ‬ ‫ۡ‬
‫ال‬‫و‬ ‫ين‬ ‫م‬
‫ال ِ ِ‬
‫ل‬ ‫س‬
‫ۡ‬ ‫ۡ‬
‫َ َ َّ ۤ َ‬ ‫الُسۡ َتغۡفر َ‬
‫ين َو َيا ن َجاة الت ۡا ِئ ِبين‪.‬‬ ‫ِ ِ‬ ‫ۡ‬

‫‪7‬‬
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬

Anda mungkin juga menyukai