Anda di halaman 1dari 4

SETIAP BORANG PELANCONGAN 1957 MESTI DISAHKAN OLEH PENGETUA /GURU BESAR ATAU PENOLONG

KANAN DAN COP

KERTAS KERJA LAWATAN

Tajuk : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKITAR KUALA LUMPUR

1.0 PENDAHULUAN

Program lawatan sambil belajar merupakan satu program yang diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid
tentang keadaan persekitaran sebenar sebagaimana yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Program lawatan ini
dapat menarik minat murid bagi subjek yang dipelajari dan memberi manfaat untuk mereka serta menambah
pemahaman mereka dalam proses pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa program telah dibentuk untuk merangka dan merancang aktiviti yang
bersesuaian dengan murid bagi memenuhi objektif lawatan. Program lawatan sambil belajar ke sekitar Kuala Kumpur
ini dirangka untuk mendedahkan murid-murid dengan keindahan alam semulajadi, mengenali sains dan teknologi, serta
pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur. Lawatan ini amat menarik dan dapat memberi input
yang berguna kepada murid-murid khususnya dan kepada guru amnya.

2.0 RASIONAL

Murid-murid perlu melawat ke tempat menarik yang berkaitan dengan topik-topik yang telah dipelajari dalam kelas.
Murid dapat mengeratkan hubungan serta dapat melihat hidupab flora semulajadi di samping dapat menimba ilmu
pengetahuan. Selain itu murid-murid dapat mengetahui proses hidupan semulajadi flora dan fauna.

3.0 MATLAMAT

Murid-murid dapat menimba ilmu dan idea untuk memantap dan memperkukuhkan lagi pengetahuan mereka dalam
mata pelajaran yang berkaitan. Selain itu, murid dapat mengenali tempat menarik di negara sendiri, melihat dan
berpeluang untuk turut serta melakukan aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta semangat setiakawan dan saling
menghargai di antara satu sama lain.
4.0 OBJEKTIF

1. Menambahkan ilmu pengetahuan sedia ada dan memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai suasana
dan aktiviti yang dijalankan.
2. Membolehkan murid-murid dan guru-guru mengadaptasi dan menggabungjalin kemudahan dan pengetahuan yang
sedia ada bagi meningkatkan lagi kualiti pembelajaran dan pengajaran.
3. Memupuk semangat setiakawan dan saling menghargai di antara satu sama lain.
4. Mengeratkan hubungan silaturrahim diantara murid dan guru.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh lawatan dan Hari


18 Mei 2017/ Khamis

5.2 Tempat
1. Zoo Negara Malaysia
2. Planetarium Negara
3. Tugu Negara

5.3 Bilangan Peserta


40 orang

5.4 Bilangan Guru


4 orang

5.5 Negara Yang Dilawati


Malaysia

6.0 KUMPULAN SASARAN


Murid Tahun 3 Bestari dan Pengawas Pusat Sumber Tahun 4 dan 5.

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En Nadzri bin Ismail (Guru Besar)


Tim. Pengerusi : En. Tuan Mohd Hanafiah bt Tuan Ibrahim (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : Pn. Rosita bt md Jali (GPK Kurikulum)
Penyelaras : Pn Nurul Afni bt Zulkifly (Guru Sains)
Setiausaha : Pn Maisarah bt Ayub (Guru Kelas 3 Bestari)
Bendahari : Pn Siti Shuhada bt Kamali (Guru PSS)
Ahli Jawatankuasa : 1. Puan Nurul Afni bt Zulkifly
2. Puan Siti Shuhada bt Kamali
3. Puan Maisarah bt Ayub
4. En. Ezaruddin bt Mohd Othman

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En Nadzri bin Ismail (Guru Besar)


Tim. Pengerusi : En. Tuan Mohd Hanafiah bt Tuan Ibrahim (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : Pn. Rosita bt md Jali (GPK Kurikulum)
Penyelaras : Pn Nurul Afni bt Zulkifly (Guru Sains)
Setiausaha : Pn Maisarah bt Ayub (Guru Kelas 3 Bestari)
Bendahari : Pn Siti Shuhada bt Kamali (Guru PSS)
Ahli Jawatankuasa : 1. Puan Nurul Afni bt Zulkifly
2. Puan Siti Shuhada bt Kamali
3. Puan Maisarah bt Ayub
4. En. Ezaruddin bt Mohd Othman

9.0 PENGISIAN PROGRAM

9.1 18.5.2017 (ISNIN)

7.30 Pagi : Bertolak dari sekolah ke Zoo Negara

8.30 pagi : Tiba di Zoo Negara


: Kudapan

9.00 pagi : Melawat Zoo Negara dan menyertai aktiviti dan pertunjukan haiwan.

1.00 petang : Makan tengah hari


: Solat

2.00 petang : Bertolak ke Planetarium Negara

2.45 petang : Tiba di Planetarium Negara


Melawat pameran dan menyaksikan tayangan.
4.00 petang : Bertolak ke Tugu Negara

5.00 petang : Solat Asar

6.00 petang : Pulang ke sekolah

7.00 petang : Tiba di sekolah

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 Tambang 40 orang pelajar X RM. 15.00 = RM. 600.00

10.2 Penginapan - orang Pelajar X RM. - = RM. -

10.3 Makan 40 orang pelajar X RM 15.00 = RM 600.00

10.4 Lain-lain bayaran 40 orang pelajar X RM 20.00 = RM. 800.00

JUMLAH BESAR RM 2000.00

11.0 PENUTUP
Semoga lawatan ini berjaya menghasilkan dokumentasi dan laporan yang berinformasi, menarik dan bersesuaian sebagai
bahan rujukan untuk murid-murid khasnya dan guru-guru amnya dalam melaksanakan pengajaran luar bilik darjah yang
lebih efektif. Di samping itu, lawatan ini dapat meninggalkan kenangan manis kepada murid-murid sebelum menjejakkan
kaki ke sekolah menengah.
Lawatan ini juga diharap dapat memberi pengalaman kepada murid-murid dan guru di samping dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim di antara mereka.

Disediakan oleh Disahkan oleh

…………………………………. ………………………………………
( ) ( )
Guru Penyelaras Pengetua/Guru Besar

Nota: Cetakan komputer ini tidak memerlukan tandatangan.

Anda mungkin juga menyukai