Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM KEBERSIHAN DAN KECERIAAN TANDAS 2018


SK SILIBIN, IPOH, PERAK

1.0 PENGENALAN

Tandas sekolah menjadi tempat yang sangat penting kepada murid. Tandas menjadi
tempat untuk membuang air kecil, air besar dan pelbagai fungsi lain. Boleh dikatakan
bahawa tandas akan dikunjungi oleh murid sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.
Sebaliknya murid yang tidak mengunjungi tandas akan menghadapi risiko masalah
kesihatan, akibat menahan keperluan melepaskan hajat.

Sehubugan dengan itu, keadaan fizikal dan aspek kebersihan, keselamatan serta
kesihatan seharusnya diberi perhatian. Sesuai dengan hasrat ini kerajaan Malaysia telah
menyahut seruan Pertubuhan Tandas Sedunia atau ‘’World Toilet Organization’’ untuk
merayakan “Hari Tandas Sedunia”. Sambutan ini merupakan sebahagian daripada program
Kempen Tandas Bersih yang telah dijalankan sejak tahun 2001 bagi mencapai sasaran sifar
tandas kotor di Malaysia menjelang tahun 2020.

Sambutan ini bertujuan bagi mengingatkan rakyat mengenai amalan penjagaan


tandas yang baik dan bersih dan seterusnya meningkatkan imej kebersihan tandas awam
dan tandas sekolah di negara kita. Isu kebersihan tandas ini kelihatan sebagai perkara
remeh tetapi amat perlu diberi perhatian kerana implikasinya besar ke atas kesihatan dan
kesejahteraan rakyat. Sebagai tanda sokongan, kami jawatankuasa unit kesihatan sekolah
telah mengambil beberapa langkah penambah baikan bagi mencapai sasaran tersebut.
Kebersihan tandas mencerminkan keperibadian diri.

2.0 MATLAMAT

Mewujudkan tandas beridentiti (bersih, ceria dan wangi) dan berinformasi melalui
penerapan ilmu dan amalan kebersihan yang berterusan melibatkan seluruh warga sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membina perlakuan amalan kebersihan tandas sebagai budaya hidup yang
berterusan dalam kehidupan seharian melalui penerapan ilmu.

3.2 Meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,


keindahan dan keceriaan tandas serta menghargai kemudahan yang disediakan.

3.3 Memupuk semangat kepunyaan serta kekitaan dalam kalangan murid.

3.4 Melaksanakan aktiviti-aktiviti amalan kebersihan tandas bagi mencapai kebersihan


maksimum.

1
4.0 CADANGAN AKTIVITI

Beberapa cadangan akiviti telah dirangka sebagai langkah penambahbaikan dan seterusnya
bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Antara cadangan aktiviti
tersebut adalah;

i- Mengecat Tandas
Pemilihan warna cat yang terang dan ceria adalah tindakan yang dirasakan
wajar kerana warna memepengaruhi suasana sesuatu tempat. Melalui pemilihan
warna yang terang dan ceria ini, murid dan guru lebih berasa selesa seolah-olah
seperti berada di tandas rumah mereka sendiri.

ii- Pewangi Tandas


Bahan pewangi yang diletakkan di dalam tandas adalah merupakan salah
satu kaedah yang dapat meningkatkan lagi identiti tandas sekolah kita. Tandas yang
wangi dapat meningkatkan imej tandas kerana dapat mengnyahkan bau busuk
tandas.

iii- Pencuci Tangan


Seperti mana yang kita ketahui, tandas merupakan tempat berisiko untuk
pembiakan baktiria. Sebagai langkah menjaga kebrsihan dan kesihatan, pencuci
tangan diperlukan bagi memastikan tahap kebersihan tangan mereka sentiasa bersih
selepas menggunakan tandas.

iv- Hiasan Dalaman


Hiasan dalaman juga diperlukan bagi memastikan suasana tandas itu lebih
menarik dan mempunyai imej yang tersendiri. Ini dapat memberikan identiti kepada
tandas tersebut yang membezakan dengan tandas lain. Hiasan dalaman di sini boleh
diambil kira seperti pasu bunga, kain lap tangan, dekorasi dinding, dan tong sampah.

v- Penyampaian Maklumat
Tandas bukan sahaja tempat melepaskan hajat ataupun tempat menyalin
pakaian, malah boleh juga dijadikan tempat penyampaian maklumat. Penyampaian
maklumat di sini bermaksud makluman berkaitan dengan etika penggunaan tandas,
label-label peralatan yang ada di tandas, signage, dan poster. Maka dengan ini
tandas boleh dijadikan medium informasi.

vi- Pertandingan Melukis Poster


Bagi meningkatkan lagi sensetiviti murid dengan tandas, maka aktiviti
pertandingan melukis poster bertemakan kebersihan tandas boleh dijalankan.
Pertandingan ini boleh dijalankan di dalam kelas Pendidikan Seni Visual dan poster
yang diiktiraf menang akan dibingkaikan dan di letakkan di dalam tandas sebagai
melengkapkan hiasan dalaman.

2
5.0 SASARAN PROJEK

5.1 Sasaran Sumber Manusia


5.1.1 Semua murid lelaki dan perempuan
5.1.2 Semua guru lelaki dan perempuan
5.1.3 Semua pekerja pembersihan
5.1.4 PIBG SK Silibin

5.2 Sasaran Tandas

5.2.1 Tandas murid lelaki


5.2.2 Tandas murid perempuan
5.2.3 Tandas guru

6.0 TARIKH
27 Januari 2018 (Gotong-royong PIBG)

7.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Silibin, Ipoh, Perak

8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : En Badrul Hisam B Yusoff (Guru Besar)


Naib Pengerusi : En Zulfikri B Yusoff (PK HEM)
Setiausaha : En Hafiz B Shaik Hussin
Pen Setiausaha : Pn.Rosmidayati Bt Yahaya

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK : Pn Hasnah bt Abu Hashim


Pn Marial Sujatha a/p Retnam Selvam
En Nor Alhafiz bin Nasir
Pn Tina Henry Fernando
Pn. Badiah bt Mohamed
Pn Siti Hasnida Salwa bt Mohd Shariff

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Kuaniti
Perkara Unit RM

Cat dinding, syelek, berus, masking tape 9 set 700


Pewangi tandas, pencuci tangan, aksesori 6 set 500
Bunting, poster, signage, label 6 set 400
Kertas warna dan filem liminate 100
Alatan membaik pulih 1 set 200
Jumlah 1,900

3
11.0 RUMUSAN

Hasrat untuk menyediakan sekolah yang kondusif memerlukan usaha yang


berterusan khususnya oleh guru-guru dan murid sekolah. Diharapkan program ini mendapat
sokongan dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat agar usaha mendidik dan
membudayakan amalan baik akhirnya dapat membentuk murid yang berjaya.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh, Disokong oleh,

……………………… …………………………..
(Hafiz bin Shaik Hussin) (En Zulfikri B Yusoff)
Setiausaha PK HEM
Unit Kebersihan dan Keceriaan Tandas SK Silibin, Ipoh
SK Silibin, Ipoh Perak
Perak

Diluluskan oleh:

…………………………………
(En Badrul Hisam B Yusoff )
Guru Besar,
SK Silibin, Ipoh, Perak

4
5