Anda di halaman 1dari 8

FOLIO

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


TAHUN 3 / 2017

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
NAMA : AYESHA IRDINA BINTI MOHD SYAHRILL
KELAS : 3 CEMERLANG
TAJUK : ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN
NAMA GURU : MUHAMAD HAFIZ BIN IDRUS

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
BIODATA SAYA

NAMA : AYESHA IRDINA BINTI MOHD SYAHRILL


TARIKH LAHIR : 7 NOVEMBER 2017
HOBI : BERMAIN CATUR
CITA – CITA : DOKTOR VETERINAR
IDOLA : DR SHEIKH MUZAFFAR
ALAMAT : 47, JALAN PRIA 2, TAMAN MALURI, 55100 KL
EMEL : AYESHASM@Yes.My
ASAL USUL ROKOK

Rokok pada pertama kalinya dihisap di dunia ini adalah oleh suku bangsa Indian di
Amerika Syarikat yang bertujuan untuk memuja dewa atau roh nenek moyang mereka
sebagai suatu keperluan ritual bangsa tersebut.

Pada abad ke-16, ketika bangsa Eropah menemui benua Amerika, mereka telah cuba
untuk menghisap rokok dan telah membawa tembakau ke Eropah. Bermula daripada
situ, bangsa Eropah telah mula menghisap rokok sebagai suatu hobi atau habit untuk
mengisi masa lapang.

Di abad ke-17, para pedagang Sepanyol pula telah memasuki Turki bagi tujuan
perdagangan dan akhirnya telah mengembangkan kebiasaan merokok ini ke negara-
negara Islam yang lain sedikit demi sedikit.

Suku bangsa Indian sedang menghisap rokok untuk tujuan ritual


APA ITU ROKOK

Rokok berbentuk silinder yang diperbuat daripada kertas berukuran panjang antara 70mm
hingga 120mm (bervariasi bergantung pada sesebuah Negara) dengan diameter sekitar
10mm. Di dalamnya berisi daun-daun tembakau yang telah dilumatkan.

Rokok dibakar di salah satu hujungnya dan dibiarkan membara kemudian dihisapnya pada
penghujung satu lagi.

Kebanyakan orang yang mula berjinak dengan menghisap rokok, lazimnya bermula dengan
sifat ingin tahu “bagaimana rasa rokok tersebut”. Namun, kebanyakannya menjadi ketagih
disebabkan oleh kesan nikotin yang terdapat di dalam rokok tersebut.

KANDUNGAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA YANG ADA DI DALAM ROKOK


JENIS ROKOK

Rokok dapat dibezakan jenisnya melalui beberapa cara berdasarkan antaranya:

a) Bahan pembungkus rokok


b) Bahan yang digunakan sebagai isi rokok
c) Proses pembuatan rokok
d) Penggunaan filter pada rokok
e) Kandungan kadar nikotin dan tar di dalam rokok

a) Rokok berdasarkan bahan pembungkus antaranya:

Cerut
bahan pembungkusnya berupa
daun tembakau.

Rokok daun nipah


bahan pembungkusnya berupa
daun nipah
b) Rokok berdasarkan bahan yang digunakan sebagai isi rokok

Rokok putih atau dikenali juga sebagai rokok filter. Ia adalah jenis rokok tanpa
campuran cengkeh seperti pada rokok kretek

Rokok kretek adalah rokok yang menggunakan tembakau asli yang dikeringkan dan
dicampur dengan cengkih. Dikatakan saat dihisap, terdengar bunyi kretek-kretek. Rokok
kretek adalah berbeza dengan rokok yang menggunakan tembakau buatan. Ia tidak
menggunakan mesin tetapi mengguanakan tangan untuk membuatnya. Lazimnya
didapati di Negara Indonesia.
KESAN ROKOK

Perokok boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:


a) Perokok aktif – orang yang menghisap rokok itu sendiri

b) Perokok Pasif – orang yang tidak meghisap rokok tetapi terdedah kepada
asap rokok di sekelilingnya. Kepekatan bahan kimia beracun yang
terkandung dalam asap rokok adalah lebih jika dibandingkan dengan
kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang
didedahkan pada asap rokok boleh mengalami risiko lebih tinggi untuk
mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk
mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan
telinga.

Tidak kira sama ada seseorang itu adalah perokok aktif atau pasif, terdapat pelbagai kesan
negatif dan penyakit yang timbul akibat daripada terdedah dengan rokok antaranya:
a) Sakit jantung
b) Kanser paru-paru / kerongkong / perut
c) Menyebabkan mati pucuk bagi lelaki
d) Muka menjadi kedut
e) Nafas berbau dan gigi berkarat disebabkan oleh kandungan TAR yang ada pada rokok
f) Penyempitan saluran darah
g) Angin ahmar (strok)
h) Kerosakan sistem pernafasan
i) Bagi ibu mengandung, bayi di dalam kandungan boleh menjadi cacat
KESIMPULAN

Tugasan folion Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini telah mengajar saya tentang asal usul
rokok, apakah itu rokok dan kesannya kepada kesihatan kita. Selain itu, saya juga dapat
mempelajari bahawa perokok pasif adalah lebih terdedah kepada kemudaratan jika
dibandingkan dengan perokok aktif. Terdapat pelbagai bahan kimia yang berbahaya di dalam
rokok yang boleh membahayakan kesihatan dan menyebabkan kematian.

Anda mungkin juga menyukai