Anda di halaman 1dari 5

NORHAYATI MOHD (GA03703)

SOALAN 4.A3 : LATIHAN 3

Soalan 1 : Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?

Terdapat beberapa kesan impak globalisasi iaitu :

1. Corak Hidup
Pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat. Jika
dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju
melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta
pentadbiran yang sistematik.m Ini mewujudkan pelbagai unsur-unsur
yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning.

2. Ekonomi
Terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan
ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Etnik
Melayu menguasai sektor pertanian yangmemerlukan banyak tenaga
sumber manusia dan berteknologi rendah. Etnik Cina menguasai
sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan
menggunakan teknologi moden. Etnik India pula banyak terlibat
dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Terdapatnya
jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam
ekonomi Negara.

3. Politik
Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati
dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan
diambil tanpa mendapatkata sepakat oleh semua pihak. Semua etnik
akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri
tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk
mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama
rata.

4. Agama, Bahasa dan Budaya


Etnik Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan
kebudayaan yang berlainan. Justeru itu, sukar apabila setiap kaum
terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri.
Anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang
sama dalam memilih sahabat serta mendapatkan perkerjaan.

5. Sosial
Menyebabkan terdapat pemisahan fizikal, berlakunya sistem
pendidikan yang berasingan dan menyebabkan polarisasi dalam
kalangan pelajar serta kontrak sosial.
Soalan 2 : Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan
(affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?

Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan dimana


perhubungan menjadi semakin pantas dan cepat. Kita boleh
mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala
maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan. Globalisasi membawa
masuk pengaruh dari Barat dari segi ideologi, budaya hedonism dan nilai
negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan
sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia.

Impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative


action) dan hubungan etnik di Malaysia ialah mengakibatkan lenyapnya
nilai luhur dan pemikiran barat diterima secara senang ke dalam
masyarakat. Hal ini demikian kerana wujudnya kuasa Barat yang
mengeksport segala macam keburukan yang merosakkan negara dan
alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber manusia dan
bahan mentah.

Keadaan ini sekaligus memberi kesan negatif terhadap hubungan


etnik di Malaysia, integrasi perpaduan serta konflik yang lebih parah iaitu
mengundang kepada rusuhan kaum di Malaysia.

Soalan 3 : Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi


dalam kalangan pelajar?

Pada pendapat saya, pihak universiti perlulah memberi tanda aras


yang mengikut piawaian antarabangsa. Untuk menangani cabaran
globalisasi pada masa kini, langkah yang harus dilakukan adalah
mewujudkan universiti yang bertaraf antarabangsa. Pihak universiti
perlulah menjalinkan kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat
antarabangsa agar mendapat pertukaran idea dan ilmu yang dapat
terlaksana dalam kalangan pelajar.

Peningkatan taraf teknologi harus sentiasa mengikuti masa agar


tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. Pihak universiti juga haruslah
mampu menetapkan kuota bagi setiap applikasi dalam sesuatu
pembangunan. Contohnya, penggunaan wifi harus ditetapkan kuota
penggunaan yang sama rata bagi setiap pelajar dalam kawasan
universiti tersebut. Hal ini dapat bagi mengelakkan pelajar leka
menggunakan sesuatu kemudahan yang diberikan kepada mereka.
Soalan 4 : Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan
dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah
dan Sarawak?

Konsep kesaksamaan atau kesamarataan boleh dilihat dari segi


kemajuan pembangunan. Kita dapat lihat bahawa wilayah
Semenanjung sangat canggih dari segi teknologi manakala wilayah
Sabah dan Sarawak masih lagi membangun dan mempunyai teknologi
canggih yang terhad. Hal ini berkemungkinan besar kerana
perkembangan ekonomi Sabah dan Sarawak masih lagi membangun
walhal ekonomi di Semenanjung boleh dikatakan sudah stabil.

Tambahan pula, masyarakat Sabah dan Sarawak masih lagi


kekurangan dari segi pendidikan terutamanya di kawasan pendalaman
kerana faktor kewangan serta muka bumi yang kurang baik. Namun
begitu, usaha kerajaan mampu menaikkan taraf hidup masyarakat
Sabah dan Sarawak supaya setaraf serta setanding dengan masyarakat
Semenanjung.