Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

PROGRAM MAJU DIRI ( PMD ) bertujuan untuk membantu murid


menimbulkan kesedaran dan memberikan pendedahan dan mampu bertindak
terhadap suasana yang baru sama ada persekitaran atau pun pembelajaran.
Program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan
sebagai seorang murid dengan lebih berkesan dan sempurna di samping dapat
mengekalkan motivasi serta memanfaatkan penerapan nilai-nilai murni daripada
input yang diberikan.
Program ini memberi fokus kepada pembentukan diri dan sahsiah murid agar
ianya dapat mencapai hasrat KPM bagi menghasilkan kemenjadian murid dalam
semua aspek terutamanya disiplin murid. PMD juga selaras dengan PELAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025 yang mensasarkan
untuk melahirkan murid yang lebih kreatif mampu menjadi seorang warga global
yang mempunyai nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh dan
kreatif serta mempunyai semangat jati diri yang utuh.

RASIONAL

PROGRAM MAJU DIRI (PMD) adalah bagi membolehkan para murid


menyedari, merasai dan seterusnya mampu bertindak untuk menghayati nilai-
nilai murni yang terkandung dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan
seterusnya dapat menghasilkan sahsiah diri yang terpuji dalam semua aspek
bukan sahaja rohani malahan dari aspek lain juga iaitu emosi, jasmani dan
intelek.

MATLAMAT

PROGRAM MAJU DIRI ( PMD ) memfokuskan kepada pembangunan diri


secara komprehensif para murid yang mana pada akhirnya menjadi tunjang
kepada pembentukan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan
matlamat yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara dan juga ke arah
hasrat kerajaan untuk menghasilkan kemenjadian murid dalam semua aspek
terutamanya disiplin murid.

OBJEKTIF

mengembalikan 'mood' dan minat murid terhadap pembelajaran di sekolah setelah bercuti
panjang.
1 Membimbing dan menyedarkan murid tentang tanggungjawab mereka
sebagai hamba Allah, murid, dan anak agar mereka mampu menjadi insan
dan generasi yang bukan hanya cemerlang dari segi akademik bahkan
bahkan melahirkan murid yang seimbang kecemerlangannya dari sudut
rohani, jasmani, kreativiti, emosi dan intelektual.
2 Membentuk murid-murid agar mempunyai sahsiah dan disiplin yang
cemerlang, azam, iltizam semangat, kekuatan mental dan emosi agar
mampu mencapai kecemerlang bidang akademik.
3 Membina keterampilan diri dan kewibawaan murid dan pelajar sebagai
pemimpin yang akan mewarisi kepimpinan Negara di masa akan datang.
4 Memupuk semangat kerjasama, setia kawan dan menerapkan nilai kasih
sayang sesama insan dikalangan murid.

KUMPULAN SASARAN
1. Untuk sekolah rendah, kumpulan sasaran PROGRAM MAJU DIRI ( PMD )
adalah semua murid tahun 4,5 dan 6.

MODUL PROGRAM

PROGRAM MAJU DIRI ( PMD ) mengambil masa selama 6 jam untuk setiap tahun
yang merangkumi aktiviti-aktiviti berunsurkan kreativiti dan penyelesaian serta Latihan
Dalam Kumpulan (LDK). Fokus modul dan aktiviti PROGRAM MAJU DIRI ( PMD )
adalah berasaskan TIGA yang menekankan 3 perkara utama iaitu :

1. Membina Rohani dan Jati Diri Yang Mantap

Murid akan melakukan beberapa aktiviti bagi mengenali diri mereka sebagai insan dan
hamba Allah. Aktiviti yang dilaksanakan adalah untuk menimbulkan kesedaran siapa diri
mereka yang sebenarnya.

2. Membina Emosi dan Fizikal Yang Stabil

Murid akan dicanai hatinya supaya dapat membentuk emosi yang stabil dan tenang
dalam apa jua keadaan melalui pelbagai aktiviti seperti slot Latihan Dalam Kumpulan
( LDK ), permainan yang berbentuk penyelesaian dan 'team building games'.

3. Membina Intelek Yang Cemerlang

Murid diberikan penekanan mengenai kepentingan mempunyai intelek atau ilmu yang
tinggi bagi bersaing untuk menghadapai cabaran yang mendatang melalui aktiviti
berbentuk cabaran fizikal dan minda.

Anda mungkin juga menyukai