Anda di halaman 1dari 2

Disediakan oleh: Joanne Sim (P3D)

Mini Grass House

Bahan-bahan yang perlu disediakan

 Span biasa (size yang sama dan pelbagai warna)

• Marker Pen

• Pembaris

• Bekas besar / Container (jenis plastik)

• Gunting

• Pisau kecil

• Fast-growing grass seed

Langkah-Langkah:

1. Pastikan span baru yang digunakan adalah bersih dan dibasuh dengan air. Kemudian, perah span
tersebut dalam keadaan separa kering.
2. Lukiskan bentuk yang ingin dipotong pada span dengan menggunakan marker pen. (Seperti yang
ditunjukkan dalam gambar rajah 1)

3. Kemudian, potongkan bentuk yang dilukis menggunakan gunting.

4. Mula membina sebuah rumah di atas penutup bekas plastik.

5. Seterusnya, sembur air pada rumah tersebut dengan baik agar ia lembap pada seluruh bahagian.

6. Sewaktu rumah span tersebut berada dalam keadaan basah, ambil segenggam benih rumput yang
cepat tumbuh dan taburkan di seluruh span.

7. Menyemburkan sedikit lagi air pada seluruh bahagian span dan kemudian mengeluarkan benih yang
berlebihan dari penutup bekas.

8. Seterusnya, menutupkan rumah hijau mini tersebut dengan menggunakan bahagian bawah bekas dan
meletakkannya di tempat yang banyak cahaya.

9. Sentiasa memastikan rumah tersebut disembur dengan air dan memotong rumput tersebut sekiranya
ia bertumbuh panjang.