Anda di halaman 1dari 4

Konsep Pengurusan Bilik Darjah

PENGENALAN

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi


pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau
menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah
yang teratur merupakan sebahagian daripada
pengajaran yang berkesan.

Selain daripada aktiviti mengajar, guru-guru


berperanan sebagai pengurus di dalam bilik darjah
iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus bahan-
bahan sumber pembelajaran, mengurus disiplin dan
masalah peribadi pelajar, dan mengurus keadaan
fizikal bilik darjah. Dengan perkataan lain, pengurusan
bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai sejenis
kerjasama antara guru dengan pelajarnya bagi
menjaga dan mengurus segala aktiviti, alatan dan
kemudahan yang berada di dalam bilik darjah.
Kecekapan guru dalam menjalankan tugas
sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang
selesa, disiplin kelas yanag baik dan keadaan bilik
darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses


yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar
aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang berkesan
dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah
termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan
mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan
pelajar dan guru.

Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan


sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang
digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan
memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat
membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang
berkesan.

 Lemlech (1988):
a. Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra
dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan
pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder
dan sumber pengajaran.
b. Menekankan kepentingan penyusunan suasana
bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan,
pemantauan perkembangan murid serta
tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih
dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.

 Lee Shok Mee(1995) :


a. Pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai
semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya
mewujudkan suasana persekitaran yang
tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.

 Guey R. Lefroncis (1999) dalam bukunya


Psychology for Teaching :
a. Pengurusan bilik darjah merupakan ‘sesuatu konsep
yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang
dirancang dengan tujuan memudahcarakan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah,
merangkumi tindakan disiplim, rutin harian,
penyusunan tempat duduk, dan memperuntukkan
masa pelajaran.’

 Hall (2000) :
a. Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu
usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi
penyelenggaraan.
b. Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek
memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan
arahan dan maklumat yang bersesuaian dan
menguruskan kerja murid.
c. Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah
bersifat proaktif, responsif dan menyokong.

 Levin dan Nolan (2004):


a. Menurut mereka adalah mudah membezakan
antara dimensi arahan dan pengurusan dalam
pengajaran dan memberikan tumpuan kepada
pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan
bilik darjah itu sendiri

Anda mungkin juga menyukai