Anda di halaman 1dari 2

TINGKATAN 1

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan-soalan yang berikut.

TEMA : 2 HUBUNGAN KEKELUARGAAN

1. Mengapakah kita perlu menghormati kedua-dua orang ibu bapa kita?

A Kerana mereka lebih tua daripada kita.


B Kerana mereka membesarkan dan mendidik kita.
C Kerana mereka menghabiskan banyak wang untuk kita.
D Kerana mereka menyediakan tempat tinggal untuk kita.

2. Bagaimanakah kita hendak menunjukkan bahawa kita menghormati


ibu bapa?

A Memberi wang yang banyak kepada mereka.


B Melakukan sesuatu tanpa meminta izin daripada mereka.
C Memberi hadiah yang mahal-mahal terhadap mereka.
D Tidak melawan apabila mereka menegur perbuatan kita.

3. Anak-anak yang mendapat pendidikan yang sempurna akan

A mengenang jasa ibu bapa.


B memastikan ibu bapa tidak memalukan mereka.
C menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua.
D membiarkan ibu bapa tinggal bersendirian.

4. Peribahasa seperti kacang lupakan kulit sesuai untuk anak-anak yang

A tidak tahu berdikari


B tinggal berjauhan daripada
C sering menyusahkan ibu bapa
D tidak mengenang jasa ibu bapa

5. Apakah tindakan yang perlu kita lakukan apabila dimarahi oleh ibu
bapa kita?

A Memarahi ibu bapa kembali.


B Berjanji akan membalas dendam.
C Merajuk dan mengurungkan diri di dalam bilik.
D Mendiamkan diri, kemudian meminta maaf daripada mereka.
6. Apakah yang patut dilakukan sekiranya ahli keluarga ditimpa
masalah?

A Bertanyakan masalahnya dan mencuba membantunya.


B Menceritakan masalah ahli keluarga kepada orang lain.
C Mengetawakan ahli keluarga yang menghadapi masalah.
D Membiarkan ahli keluarga menyelesaikan sendiri masalahnya.

7. Apakah yang akan berlaku terhadap keluarga yang tidak mengamalkan


kasih sayang terhadap keluarga mereka?

A Keluarga tersebut akan porak-peranda.


B Keluarga tersebut akan hidup dalam keadaan harmoni.
C Keluarga tersebut akan menjadi buah mulut orang lain.
D Keluarga tersebut akan gagal dalam kehidupan mereka.

8. Sebagai ketua keluarga, apakah tanggungjawab utama bapa?

A Mengawal pergerakan anak-anak.


B Menyediakan wang yang banyak untuk keluarga.
C Menyediakan keperluan anak-anak secukupnya.
D Menghukum anak-anak yang melakukan kesalahan.

9. Penyataan yang manakah antara berikut benar?

A Ibu bapa harus memastikan anak-anak mendapat kebebasan


sepenuhnya.
B Setiap individu perlu mementingkan diri tanpa mempedulikan orang
lain.
C Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan anak-
anak berjaya dalam hidup.
D Anak-anak yang berjaya hanya perlu menikmatinya bersendirian
tanpa perlu berkongsi dengan ibu bapa.

10. Apakah yang perlu diamalkan dalam sesebuah keluarga untuk


mengekalkan keharmonian keluarga?

A Setiap keluarga perlu berdikari.


B Setiap keluarga perlu bersikap adil.
C Setiap keluarga perlu mementingkan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai