Anda di halaman 1dari 6

Majlis Perkahwinan Suku Bugis

Upacara Akad Nikah, selalunya berlangsung di rumah pengantin perempuan dan


turut disaksikan oleh saudara terdekat kedua-dua pengantin. Pengantin perempuan
tidak akan keluar dan hanya menunggu di dalam bilik ketika majlis akad nikah
dijalankan.
Assalam,
Entri kali ini mulia nak tunjukan suasana majlis perkahwinan orang Bugis di Sabah. Ini adalah majlis
yang diadakan secara sederhana berbanding dengan yang pernah Mulia hadiri. Adat Bugis yang Mulia
nak paparkan hanya merangkumi upacara akad nikah dan bersanding. Adat-adat yang sebelum dan
seterusnya tidak dapat disertakan kerana waktu yang terbatas, ada rezeki lain kali Mulia paparkan
yek.

Pengantin lelaki di iringi oleh seseorang yang membawa bungkusan kain putih yang
digantung pada leher dikenali sebagai pa'bawa sompa. Individu yang dipilih untuk
membawa sompa adalah dari keluarga terdekat yang boleh dipercayai kerana i
seumpama membawa harga diri dan perlu dijaga sesempurna mungkin. Sompa
membawa makna yang terlalu mendalam ketika upacara perkhawinan. Didalam
bungkusan kain putih terdiri daripada beras, jarum, kayu manis dan duit. Kesemua
bahan2 tersebut membawa pengertian tertentu.

Para pengiring pengantin lelaki turut membawa hantaran dikenali sebagai Pappere'
Botting. Ketika dahulu, mereka yang dipilih untuk membawa hantaran terdiri
daripada gadis dan teruna sahaja sebagai simbolik mereka akan bertemu jodoh
dengan cepat.

Jika mengikut adat, para pembawa hantaran perlu memakai persalinan baju bodo'
Antara barang hantaran untuk pengantin perempuan - dilengkapi dengan berus gigi,
ubat gigi, sabun mandi, talkum dan mengetip kuku. Ini membawa maksud
kehidupan pengantin di masa mendatang perlu saling melengkapi.

Anak baju jugak diturut diberikan kepada pengantin perempuan.


Busara' tempat yang digunakan untuk meletakkan makanan selalunya berupa
(beppa' rica atau beppa' rakko') kuih kering atau kuih basah
Adat Mappasikarawa (membatalkan air wuduk) akan dijalankan setelah akad nikah
selesai. Ketika ini seorang yang telah dilantik akan memengang jari pengantin lelaki
dan disentuhkan ke beberapa bahagian tubuh pengantin perempuan seperti pipi,
hidung, dagu, dahi dan lengan. Sebelum pengantin lelaki bertemu dengan pengantin
perempuan, mak andam akan menutup pintu dan meminta pengantin lelaki
menghulurkan duit dikenali sebagaiPa'bukka tange' (duit pembuka pintu ataupun
tol dalam masyakat Melayu). Pintu hanya akan dibuka bila mak andam berpuas hati
dengan nilai yang dihulurkan di bawah pintu.

Kedua-dua pengantin akan disarungkan dengan kain pelikat yang perbuat daripada
sutera (lipa' tenung sabbe) sebanyak bilangan angka 7, 9 atau 11 helai. Bilangan kain
selalunya melambangkan kedudukan sosial pengantin. Kain yang digunakan pula
adalah daripada koleksi terbaik yang dipunyai oleh keluarga pengantin perempuan.
Kedua-dua pengantin akan melepaskan kain tersebut satu persatu dari bawah ke
atas.
Pelamin moden turut digunakan sebagai adaptasi daripada budaya setempat - Kerusi
yang disediakan di hadapan pelamin di sebelah kiri dan kanan adalah untuk ibu bapa
atau saudara terdekat pengantin yang akan menyambut tetamu yang hendak
bersalaman dengan pengantin.

Ongroang Passolo' (tong yang disediakan untuk tetamu meletakkan sampul yang
berisi wang sebagai hadiah kepada pengantin) kebanyakkan tetamu akan memberi
hadiah berupa wang yang diletakkan di dalam sampul (dan mereka akan menulis
nama di atas sampul tersebut). Acara membukapassolo' akan dilakukan selepas
majlis selesai dan setiap nama yang memberi hadiah akan dicatat sebagai ingatan
dan panduan bahawa setiap tetamu yang telah hadir dan memberi hadiah perlu
dikunjungi kemudian hari ketika mereka mengadakan majlis perkahwinan atau
sebarang majlis seumpamanya.
Peredaran masa, menyaksikan suku kaum bugis turut mengalami perubahan melalui
cara menghidang makanan secara buffet kepada tetamu. Yang masih kekal adalah
kerjasama yang ditunjukkan ketika menyediakan juadah kerana sangat jarang
mereka yang mengunakan khidmat katering, semua juadah dimasak bersama-sama
keluarga dan jiran tetangga.

Mengikut adat Bugis yang asal hantaran dari pihak pengantin lelaki tidak dibalas
seperti yang diamalkan pada masa kini. Pihak pengantin perempuan hanya akan
menyediakan makanan dan set kelengkapan pinggan mangkuk untuk kegunaan
mereka kelak. Maaf, Mulia tidak dapat merakamkan gambar pengantin bersanding
di pelamin kerana kami perlu bergerak balik segera....wassalam.

Anda mungkin juga menyukai