Anda di halaman 1dari 4

JIKA KITA SELALU BERFIKIR SECARA SERENTAK, TERLALU BANYAK YANG

MASUK DALAM OTAK.TETAPI DENGAN KAEDAH PEMIKIRAN SELARI


'PARALEL THINKING' KITA MELAKUKAN SATU CARA BERFIKIR SAHAJA.
KAEDAH INI DIGUNAKAN OLEH JURUTERA PEREKA TV WARNA. DALAM TV
ADA TIGA TIUB, TIAP-TIAP SATU TIUB MENGELUARKAN WARNA-WARNA
YANG BERLAINAN. TAPI PADA SKRIN TV TIAP-TIAP WARNA BERGABUNG
DAN MENGHASILKAN WARNA-WARNA YANG PENUH. DALAM PROSES
PERCETAKAN GAMBAR, PROSES YANG SERUPA JUGA DIGUNAKAN. KAEDAH
ENAM TOPI BERFIKIR PUN BEGITU.

TOPI-TOPI BERFIKIR YANG DICIPTAKAN IALAH:

HIJAU
PEMIKIRAN KREATIF. HIJAU OTAK YANG SUBUR DENGAN IDEA- GUNAKAN
TOPI APABILA BERFIKIR. SEWAKTU PAKAI TOPI INI JANGAN PEDULI SAMA
ADA IDEA ITU BETUL ATAU SALAH. LEBIH BANYAK LEBIH BAGUS. IDEA
GILA GILA PUN TAK APA. PAKAI TOPI INI WAKTU MULA-MULA BERFIKIR.
SITUASI SESUAI APABILA HENDAK MENYELESAIKAN MASALAH.TOPI HIJAU
PULA MEWAKILI KREATIVITI. IA MELAMBANGKAN TENAGA PEMIKIRAN YANG
MELIHAT SESUATU PERKARA DARI PERSPEKTIF YANG BARU DAN JUGA
MENGELUARKAN IDEA-IDEA YANG KREATIF DALAM KAEDAH PENYELESAIAN
MASALAH.TOPI HIJAU MEMBANTU KITA UNTUK BERGERAK KEHADAPAN
DENGAN MENJANAKAN IDEA-IDEA ALTERNATIF YANG LEBIH BAIK
BERBANDING IDEA ASAL. IA JUGA DIGUNAKAN UNTUK MENYELESAIKAN
ATAU MEMPERBAIKI MASALAH YANG DILIHAT MELALUI TOPI HITAM.

KUNING
LAMBANG PEMIKIRAN KONSTRUKTIF ATAU MEMBINA. KUNING LAMBANG
HARI CERAH. DIGUNAKAN UNTUK MENCARI FAEDAH DAN MANAFAAT
DARIPADA APA-APA IDEA YANG DITERBITKAN OLEH TOPI HIJAU. BAGI TOPI
KUNING SEMUA IDEA BOLEH DIPERBAIKI. TIDAK ADA YANG MUSTAHIL.
SEMUANYA BOLEH BELAKA. IDEA YANG COMOT SEKALIPUN BOLEH DIGILAP.
SITUASI YANG PALING BAIK UNTUK MEMAKAI TOPI INI IALAH APABILA
MENDENGAR IDEA-IDEA YANG BANYAK KELEMAHAN.

PUTIH
LAMBANG PEMIKIRAN OBJEKTIF. TUJUAN UNTUK MENCARI MAKLUMAT
SEMATA-MATA. BERAPA? SIAPA? DI MANA? BILA? BAGAIMANA? TIDAK
EMOSI. TIDAK PREJUDIS. TIDAK TIMBUL SOAL SUKA ATAU TIDAK SUKA.
GUNAKAN TOPI INI SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN MEMILIH MANA-MANA
ALTERNATIF. TOPI INI AKAN MEMASTIKAN KEPUTUSAN YANG DIAMBIL
ADALAH BERDASARKAN MAKLUMAT YANG BETULTOPI PUTIH DIGUNAKAN
UNTUK MENGUMPUL SECARA OBJEKTIF SEGALA MAKLUMAT YANG
BERKAITAN DENGAN APA YANG SEDANG KITA AMATI. SETIAP PENGGUNA
TOPI PUTIH TIDAK SEHARUSNYA MEMBERI SEBARANG PENILAIAN ATAU
PENDAPAT TERHADAP SESUATU MAKLUMAT.PENDAPAT SENDIRI TIDAK
AKAN DIBENARKAN SAMA SEKALI UNTUK DIMASUKKAN SEBAGAI
MAKLUMAT YANG HENDAK DIKUMPUL ATAU MENGUATKAN SESUATU
PENDAPAT. HAL INI AMAT BERTENTANGAN DENGAN PEMIKIRAN
TRADISIONAL YANG MANA LEBIH CENDERUNG KEPADA MEMBUAT
KEPUTUSAN TERLEBIH DAHULU DAN HANYA SELEPAS ITU SAHAJA BARULAH
MEMBUAT JANGKAAN FAKTA-FAKTA UNTUK MENYOKONG KEPUTUSAN
BERKENAAN.TOPI PUTIH SERINGKALI DIGUNAKAN PADA PERMULAAN
PERBINCANGAN UNTUK MENCORAKKAN LATAR BELAKANG SESUATU
MASALAH. IA JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEKALI LAGI PADA AKHIR
PERBINCANGAN BAGI MEMASTIKAN SESUATU CADANGAN ATAU
KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT ITU ADALAH BERDASAR KEPADA
MAKLUMAT YANG TELAH DIKUMPULKAN.

HITAM
LAMBANG PEMIKIRAN YANG KRITIKAL DAN NEGATIF. HITAM LAMBANG
MALAM YANG GELAP. SEGALANYA TIADA HARAPAN. APABILA MEMAKAI TOPI
INI CARI SEMUA YANG SALAH, YANG SILAP, YANG SUKAR, YANG BERISIKO
DAN BERBAHAYA. TOPI INI SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN
PELAN KECEMASAN. SITUASI INI SESUAI MEMAKAI TOPI, SEBELUM
MEMBUAT SEBARAANG TINDAKAN. FIKIRKAN APA YANG BURUK DAN YANG
BAIK.TOPI HITAM DIGUNAKAN UNTUK MENGANALISIS IDEA ATAU MENELITI
SESUATU CADANGAN SECARA LOGIKAL DARI ASPEK UNDANG-UNDANG,
KESELAMATAN DAN LAIN-LAIN AGAR KITA LEBIH BERHATI-HATI SEBELUM
MENERIMA SESUATU KEPUTUSAN ATAU CADANGAN. DALAM ERTI KATA
LAIN KITA MELIHAT SESUATU KEPUTUSAN ITU DARI SUDUT NEGATIF.
NEGATIF DI SINI BERMAKSUD BERHATI-HATI ATAU MELINDUNGI
KEPENTINGAN SENDIRI. INI PENTING KERANA IA DAPAT MENONJOLKAN
KELEMAHAN SESUATU KEPUTUSAN YANG AKAN DIAMBIL. IA JUGA
MEMBENARKAN KITA UNTUK MENYINGKIR, MENGUBAH DAN MENYEDIAKAN
PELAN KECEMASAN UNTUK MENGATASI SEBARANG KEMUNGKINAN.TOPI
HITAM JUGA DAPAT MEMBANTU KITA MENJADIKAN PERANCANGAN YANG
DIBUAT ITU LEBIH KUKUH DAN FLEKSIBEL. IA JUGA MEMBANTU KITA
DALAM MENJANGKAKAN RISIKO-RISIKO YANG MUNGKIN BERLAKU
SEBELUM MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN.
MERAH
TOPI MERAH LAMBANG PEMIKIRAN EMOTIF DAN NILAI. WARNA MERAH
LAMBANG GHAIRAH DAN NAFSU. TOPI INI MEMBENARKAN KITA
MENGAMBIL KIRA EMOSI SEMASA BERFIKIR. SITUASI YANG SESUAI
MEMAKAI SELEPAS MENGAMBIL SEMUA FAKTA YANG ADA.MENGGUNAKAN
TOPI MERAH KITA AKAN MELIHAT SESUATU MASALAH ITU DENGAN
MENGGUNAKAN EMOSI ATAU INTUISI SAMA ADA SECARA POSITIF ATAU
NEGATIF TANPA PERLU MENJELASKAN SEBABNYA DAN BUKAN DIGUNAKAN
UNTUK MENGUBAH SESUATU PERKARA ATAU IDEA YANG TELAH DIBUAT. IA
JUGA CUBA UNTUK MEMAHAMI MACAM MANA ORANG LAIN AKAN
BERTINDAK DENGAN EMOSI.

BIRU
TOPI BIRU LAMBANG LANGIT. TOPI DIATAS SEKALI. MENGAWASI TOPI-
TOPI LAIN BEKERJA. TOPI BIRU MEWAKILI KAWALAN PROSES BERFIKIR
SECARA KESELURUHANNYA ATAUPUN DALAM BAHASA YANG LEBIH MUDAH
IA DIGUNAKAN UNTUK MENGAWAL KEGUNAAN TOPI BERFIKIR YANG LAIN.
KEBIASAANNYA, IA DIGUNAKAN OLEH PENGERUSI MESYUARAT ATAU
KETUA PERBINCANGAN.IA BOLEH DIGUNAKAN PADA AWAL PERBINCANGAN
UNTUK MENJELASKAN PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN,
MENJELASKAN TUJUAN SESUATU PERBINCANGAN DAN MERANCANG CORAK
PEMIKIRAN YANG AKAN DIGUNAKAN DALAM PERBINCANGAN TERSEBUT.
PEMIKIR YANG MEMAKAI TOPI BIRU BOLEH BERSUARA SEMASA
PERBINCANGAN SEDANG BERLANGSUNG UNTUK MENGAWAL
PERBINCANGAN AGAR TIDAK KELAM KABUT DAN PENGUNAAN TOPI LAIN
ADALAH MENGIKUT PERATURAN.
SECARA RINGKASNYA...

TOPI HIJAU - MELAMBANGKAN PEMIKIRAN KREATIF.


TOPI KUNING - MELAMBANGKAN PEMIKIRAN KONSTRUKTIF ATAU
MEMBINA.
TOPI PUTIH - MELAMBANGKAN PEMIKIRAN OBJEKTIF.
TOPI HITAM - MELAMBANGKAN PEMIKIRAN KRITIKAL DAN
NEGATIF.
TOPI MERAH - MELAMBANGKAN PEMIKIRAN EMOTIF DAN NILAI.
TOPI BIRU - TOPI YANG PALING DOMINAN DAN BERTINDAK
SEBAGAI PEMBUAT KEPUTUSAN.