Anda di halaman 1dari 30

SENARAI KANDUNGAN

BAHAGIAN A: ESEI MUKA SURAT


PENDAHULUAN
DEFINISI I’JAZ AL-QURAN
CIRI-CIRI I’JAZ AL-QURAN
SUDUT I’JAZ AL-QURAN
1. Al-I’jaz Al-I’lmi(Kemukjizatan dari segi Sains),
2. Al-I’jaz Al-Bayani (Kemukjizatan dari segi Bahasa)
3. KHABAR MASA DEPAN
Perkhabaran mengenai kemenangan kaum Muslimin dalam
peperangan Badar
BAHAGIAN B:
AL-QURAN
HADIS QUDSI
KHABAR MUTAWATIR
HADIS SAHIH
HADIS HASAN
HADIS DA’IF
BAHAGIAN C: PENULISAN REFLEKSI
SEBELUM
SEMASA
PENGALAMAN BARU SETELAH SELESAI
PENUTUP
RUJUKAN

1
BAHAGIAN A: ESEI

PENDAHULUAN

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi


Muhammad SAW untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kufur
kepada cahaya keimanan. Ia tertulis di mana-mana lembaran bahawa al-
Quran juga merupakan sumber rujukan yang utama bagi menentukan hukum
fiqh Islam.

Kitab suci al-Quran atau kalam Allah yang diturunkan kepada Baginda
SAW ini, melalui malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat selama 23
tahun, penurunannya adalah mengikut suasana semasa yang berlaku ketika
itu, yang memerlukan istinbat hukum. Kandungan Al-Quran merangkumi ayat-
ayat yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia seperti mengatur
cara hidup bermasyarakat, cara beribadat, pembahagian harta pusaka,
urusan kekeluargaan, urusan pentadbiran dan pembangunan negara, urusan
pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Kesemua kandungan ini menjadi
sumber rujukan yang unggul dan abadi sehingga ke hari kiamat.

Ingin ditegaskan juga di sini bahawa selain al-Quran, as-Sunnah turut


menjadi pegangan seluruh umat Islam di dunia ini sebagai dua sumber utama
perundangan Islam. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menerima kedua-duanya
tanpa menolak salah satu daripadanya kerana kedua-duanya adalah sumber
rujukan yang menjadi penunjuk arah dalam kehidupan. Firman Allah :

ُ ‫ث ِفي أاْل ُ ِم ِيينَ َر‬


‫سوالً ِم أن ُه أم َيتألُو َعلَ أي ِه أم آ َيا ِت ِه َويُزَ ِكي ِه أم َويُ َع ِل ُم ُه ُم‬ َ ‫ُه َو الَّذِي َب َع‬
ٍ ‫ض ََل ٍل ُّم ِب‬
‫ين‬ َ ‫اب َو أال ِح أك َمةَ َو ِإن َكانُوا ِمن قَ أب ُل لَ ِفي‬
َ َ ‫أال ِكت‬
Maksudnya :

"Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang


ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri,
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan

2
keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka (daripada
iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan
hikmat (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat). Dan
sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah
dalam kesesatan yang nyata".(Surah al-Jumuah: 2)
Demikianlah, al-Quran merupakan sumber utama hukum namun ayat-
ayatnya tidaklah menjelaskan semua jenis masalah kecil dan tidaklah
menerangkan semua hukum serta menyatakan nas mengenainya.
Disebabkan itu, selain al-Quran, terdapat juga sumber-sumber lain yang
disepakati boleh digunakan untuk mengistinbat hukum.

Oleh itu, di dalam kertas pengkajian ini akan menumpukan dan


membincangkan dengan lebih lanjut mengenai al-Quran sebagai sumber
hukum Islam yang pertama daripada segi kehujahannya, kedudukannya,
kemukjizatannya dan dalalahnya.

DEFINISI I’JAZ AL-QURAN

Al-Quran merupakan kalamullah yang bermukjizat yang diturunkan


kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril secara mutawatir dalam
bahasa Arab dan membacanya adalah suatu ibadah. Al-quran telah
diturunkan untuk umat seluruh alam dan sesiapa sahaja yang mengikut apa-
apa yang terkandung dalamnya akan mendapat kejayaan. Al-quran juga
meliputi semua aspek kehidupan sama ada dari segi dunia dan akhirat.

Selain kitab suci Al-Quran, Allah SWT juga telah menurunkan


beberapa kitab yang lain iaitu Zabur, Taurat dan Injil. Kitab Al-quran berbeza
dengan kitab samawi yang lain iaitu Zabur, Taurat dan Injil. Di dalam kitab Al-
Quran terdapat 114 surah dan 29 surah daripada 114 surah tersebut bermula
dengan huruf al-muqaththa’ah (potongan-potongan huruf dalam Al-Quran)
seperti alif-lam-mim, berbeza dengan kitab samawi yang lain tidak terdapat
potongan huruf tersebut. Al-Quran terpelihara sampai akhir zaman,
sedangkan kitab samawi yang lain hanya berlaku pada masa dahulu sahaja.(
Abdul Karim Ali dan Mohd Noor Deris, 2007).

3
Dari segi bahasa perkataan mukjizat berasal daripada perkataan i’jaz
yang diambil daripada kata kerja a’jaza-i’jaza yang bermaksud melemahkan
atau menjadikan tidak mampu. Manakala dari segi istilah pula ialah sesuatu
yang luar biasa yang dapat melemahkan manusia dan diluar kemampuan
serta tidak mampu dilakukan oleh mana-mana manusia pun. (Abdul Ghani
dan Azmi Idris, 1999).

Selain itu, mukjizat juga boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang luar
biasa yang dianugerahkan oleh Allah melalui para nabi dan rasul sebagai
bukti kenabian dan kerasulan. Menurut Imam Jalaludin al-Sayuti, mukjizat
adalah suatu hal atau peristiwa luar biasa yang disertai halangan dan tidak
ada orang biasa yang sanggup menghadapi halangan itu.

Menurut Sheikh Mannan al Qattan, mukjizat ialah membuktikan


kebenaran nabi dalam pengakuannya sebagai seorang Rasul, dengan
membuktikan kelemahan orang-orang Arab jahiliyah yang menentang
kemukjizatan al-quran.

Selain itu, kemukjizatan Al-quran ialah kelemahan manusia untuk


mendatangkan sesuatu yang sejenis dengan Al-quran dan sebagai bukti kitab
ini ialah kitab yang Haq dan Rasul iaitu Nabi Muhammad SAW adalah rasul
yang benar yang diutuskan oleh Allah SWT. Bukan bermaksud kemukjizatan
itu melemahkan. Bahkan ia bermaksud mencabar manusia namun mereka
tidak mencapai kemampuan tersebut.

Dalam kemukjizatan Al-quran mengandungi beberapa aspek iaitu


bermukjizat dengan tahap ketinggian balaghah yang tiada tolok bandingnya.
Kemudian pemberitaannya mengenai alam ghaib yang akan datang dan tidak
dapat diketahui melainkan melalui wahyu. Al quran itu mukjizat kerana
terkandung pelbagai ilmu dan hikmah yang meliputi seluruh aspek kehidupan
kita.

Secara kesimpulannya, mukjizat adalah sebuah peristiwa atau perkara


luar biasa yang hadir seiring dengan cabaran dan tidak mampu dilawan dan
ditandingi oleh sesiapapun. Al- Quran mencabar orang-orang Arab dan
mereka tidak pula mampu menentang walaupun mereka merupakan orang

4
yang fasih dalam bahsa arab. Ini sekaligus membuktikan kemukjizatan al-
quran.

CIRI-CIRI I’JAZ AL-QURAN

Daripada takrif-takrif di atas dapat disimpulkan beberapa ciri-ciri khusus al-


Quran :

1. Al-Quran merupakan kalam Allah Taala. Setiap ayatnya saling


berkaitan dan mempunyai kesesuaian balaghah yang mengagumkan.
Sehingga ia tidak mampu ditandingi oleh sekalian manusia, lebih-lebih lagi
kerana kemampuan manusia yang terbatas.

2. Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam bahasa Arab


seperti yang diterangkan dalam al-Quran itu sendiri. Firman Allah SWT:

‫ين‬
ٍ ‫ان َع َر ِبي ٍ ُّم ِب‬
ٍ ‫س‬َ ‫ين ِب ِل‬ ُّ ‫َعلَى قَ أل ِب َك ِلت َ ُكونَ ِمنَ أال ُمنذ ِِرينَ نَزَ َل ِب ِه‬
ُ ‫الرو ُح أاْل َ ِم‬

“Ia dibawa turun oleh Malaikat Jibril yang amanah ke dalam hatimu, supaya
engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang daripada pemberi-pemberi
ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa
Arab yang fasih serta terang nyata” (al-Syu’ara’:193-195).

3. Makna al-Quran dan lafaznya dibawa turun dari sisi Allah. Ini
membezakannya daripada hadis-hadis yang keluar daripada Rasulullah SAW
sama ada hadis Qudsi atau hadis Nabawi, kerana hadis-hadis tersebut
adalah ilham daripada Allah, tetapi lafaznya daripada Rasulullah SAW sendiri.

4. Al-Quran dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi


secara mutawatir. Pemindahan secara mutawatir ini memberi makna
keyakinan tentang kesahihan dan ketulenan al-Quran, ia tidak mengalami
sebarang perubahan, kerana itu tidak ada keraguan bahawa semua nasnya
adalah daripada Allah. (Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, 1994).

5
5. Al-Quran adalah mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad
SAW. Allah mencabar bangsa Arab keseluruhannya supaya mencipta satu
surah yang boleh menyamai al-Quran, namun mereka tidak mampu. Maka ia
adalah satu hujah ke atas mereka (bangsa Arab) yang mendakwa bahawa
wahyu (al-Quran) yang disampaikan Rasulullah SAW adalah rekaan Baginda
semata-mata. Firman Allah yang berbunyi :

‫آن الَ يَأأتُونَ بِ ِمثأ ِل ِه‬


ِ ‫نس َو أال ِج ُّن َعلَى أَن يَأأتُواأ بِ ِمثأ ِل هَـذَا أالقُ أر‬
ُ ‫اإل‬
ِ ‫ت‬ ‫قُل لَّئِ ِن أ‬
ِ ‫اجت َ َم َع‬
ً ‫ظ ِهيرا‬
َ ‫ض‬ ُ ‫َولَ أو َكانَ بَ أع‬
ٍ ‫ض ُه أم ِلبَ أع‬

Katakanlah (wahai Muhammad) : Sesungguhnya jika sekalian manusia dan


jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding
dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan
yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama
sendiri (al-Isra’:88).

6. Membaca al-Quran itu diberi pahala oleh Allah S.W.T, sama ada bacaan itu
berasal daripada hafalan sendiri mahupun dibaca langsung daripada mushaf
al-Quran. Raasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Siapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka ia akan mendapat
satu kebaikan, satu kebaikan itu bernilai sepuluh kali. Saya tidak akan
mengatakan alif lam mim itU satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf,
dan mim satu huruf.” (hadith riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim dari ‘Abdullah
ibn Mas’ud)

SUDUT I’JAZ AL-QURAN


1. Al-I’jaz Al-I’lmi(Kemukjizatan dari segi Sains),
Al-I’jaz Al-i’lmi ialah kemukjizatan dari segi sains. Bukan bermaksud
ilmu sains mendahului Al-quran. Akan tetapi, penemuan sains telah wujud di
dalam al-quran. Al-quran terlebih dahulu menceritakan perkara tersebut
sebelum ditemui oleh ahli-ahli sains. Mereka telah banyak meneroka alam
semesta ini dengan penemuan-penemuan baru. Akan tetapi hakikatnya

6
mereka tidak sedari sebenarnya semua perkara tersebut terkandung dalam
al-Quran. Tidak ada satupun kitab-kitab terdahulu di dunia memberi jaminan
seperti al-Quran. Allah berfirman:

  ............


 
 

Maksudnya: ........Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami


satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar
daripadanya. (surah Yunus ayat 24)

Dalam ayat ini menjelaskan bahawa Allah menjadikan al-Quran agar


kita mengkaji seberapa banyak untuk melahirkan umat yang mampu menjana
kemajuan berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Terdapat beberapa contoh
dimana teori-teori sains sudah wujud dalam al-Quran sejak dahulu.

Permulaan kepada alam diceritakan dalam al-Quran:

  


 
 
 
 
  
    
 

Maksudnya: Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai


bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum
(sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami

7
jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak
mahu beriman? (surah Anbiya ayat 30)

Seterusnya, kita melihat bagaimana Teori Darwin yang menunjukkan


kebatilannya dan membuktikan bahawa kekuasaan Allah tiada tolok
bandingnya. Teori evolusi yang amat primitif dan hanya berlandaskan minda
manusia yang amat terbatas hampir memesongkan aqidah umat Islam di
seluruh dunia. Allah telah berfirman:

  


  
 
  

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia


bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan
perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan);
oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
Kemudian di dalam firman Allah:

  


 
 
 
 
  
   
  
 

Maksudnya: Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah
beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian

8
Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut
tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk
ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan
ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.(surah Al-Mukminin ayat 14)

Secara keseluruhannya hampir semua teori sains yang telah direka


sebenarnya hanyalah menurut al-Quran namun atas dasar kepentingan pihak
tertentu mereka mengubah maksud untuk memastikan aqidah umat Islam
tercalar. Al-Quran juga sebagai membuktikan bahawa segala yang
terkandung di alam semesta adalah milik Allah dan hanya Allah yang Maha
Mengetahui.

2. Al-I’jaz Al-Bayani (Kemukjizatan dari segi Bahasa)


Al-i’jaz Al-bayani ialah kemukjizatan dari segi bahasa. Bahasa amat
penting dalam komunikasi sehingga bahasa yang baik akan menjadikan kita
memahami kehendak seseorang.

Kehebatan bahasa yang digunakan dalam al-quran begitu hebat dan


tinggi sehingga orang arab sendiri kagum dengan bahasa yang terlalu indah
dan tinggi dalam Al-quran. Ahli-ahli sastera arab pun tunduk mengalah
dengan kehebatan dan keindahan bahasa yang terdapat dalam Al-quran.

Bahasa yang dikandung oleh al-Quran tidak mampu ditandingi dan


bahasa itu tidak pula terkeluar dari gaya bahasa kalam mereka. Setiap
manusia memfokuskan perhatiannya pada al-Qur’an, ia tentu akan
mengenalpasti rahsia-rahsia kemukjizatan aspek bahasanya tersebut. (Abdul
Hamid Muhammad Tahir dan Fauziah Sani, 1987),

Kemukjizatan melalui keindahan bunyi melalui nada huruf-hurufnya


ketika diperdengarkan harakat dan sukunnya, madd dan ghunnahnya, fasilah
dan maqta’nya, sehingga telinga tidak pernah merasa bosan, bahkan ingin
senantiasa terus mendengarnya. Buktinya hingga kini tiada sesiapapu pun
mampu untuk mencabar al-Quran. Allah berfirman dalam Al-quran:

  


  

9
   
  
  
  


Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian


manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan
mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat
membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka
bantu-membantu sesama sendiri. (Al-Isra,88)

Selain itu, orang arab gagal menandingi ayat-ayat al-Quran seperti


dalam firman Allah :

 
   
   
 
  

Maksudnya: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi


Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya
mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
(An-nisa ayat 82)

Keindahan bahasa Al-Quran sangat menarik perhatian orang Arab


pada zaman dahulu sehingga ramai cerdik pandai ingin mendatangkan
seumpamanya, namun tetap menemui kegagalan. Sebagai contoh, seorang
sasterawan terkenal pada masa itu iaitu Al-Walid Bin Mugirah tertarik dengan
dan terpesona apabila mendengar nabi membaca Al-Quran dengan katanya:

‫وهللا ما هو با لشعر ولما بالسحر ولما بالكهان‬

10
“Demi Allah! Perkataan tersebut bukan Syair, bukan Sihir. Bukan Kahanah
(Mentera yang biasa dibaca oleh Dukun.)”

Inilah merupakan tanda kemukjizatan Al-quran dari sudut bahasa yang


membuktikan kebenaran Al-quran dan kehebatannya dapat dilihat dari sudut
pemilihan kata, kalimah dan hubungan antara keduanya, kesan fonologi
terhadap nada dan irama dan lain-lain.

3. KHABAR MASA DEPAN

1. Perkhabaran mengenai kemenangan kaum Muslimin dalam


peperangan Badar

Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-Qamar ayat 43-45:

‫صر‬ ُّ ‫ار ُك أم َخي ٌأر ِم أن أ ُ أولَئِ ُك أم أ َ أم لَ ُكم َب َراءة ٌ فِي‬


ِ َ ‫الزبُ ِرأ َ أم َيقُولُونَ ن أَح ُن َج ِمي ٌع ُّمنت‬ ُ َّ‫أ َ ُكف‬
‫سيُ أهزَ ُم أال َج أم ُع َويُ َولُّونَ الدُّبُ َر‬ َ

“Adakah orang-orang Kafir kamu (wahai kaum Musyrik Mekah) lebih baik
(kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum Kafir yang
tersebut itu ? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam kitab-kitab
suci tentang kebebasan kamu (dari azab) ? (Mereka tidak mempunyai
sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata dengan angkuhnya: “Kami satu
kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri”. Kumpulan mereka
yang bersatu sudah tentu dapat dikalahkan, dan mereka pula akan berpaling
lari”.

Ketika surah Al-Qamar ini diturunkan, jumlah kaum Muslimin pada saat
itu masih terlalu sedikit serta masih belum memiliki kekuatan yang padu
sehingga Saidina Umar Al-Khattab sendiri merasa hairan lalu berkata :
“Pasukan manakah yang diberitakan Al-Qur’an dapat kita kalahkan, sedang
kita melindungi diri sendiri sahaja tidak mampu”. (Abdul Halim El-
Muhammady, 1995),

11
Pemberitahuan kemenangan ini disokong pula oleh satu ayat lain iaitu ayat 9
dari surah Al-Anfal:

َ‫اب لَ ُك أم أ َ ِني ُم ِمدُّ ُكم بِأ َ ألفٍ ِمنَ أال َمآل ِئ َك ِة ُم أر ِد ِفين‬
َ ‫ِإ أذ ت َ أست َ ِغيثُونَ َربَّ ُك أم فَا أست َ َج‬

“Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu


diperkenankanNya bagimu : “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala
bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”.

Demikianlah Al-Qur’an mengkhabarkan mereka bahawa kaum Muslimin akan


menang dan pasukan dari Mekah yang keluar menyerbu kaum Muslimin akan
kalah dan melarikan diri. Siapakah yang dapat menceritakan hal yang
sedemikian itu kalau bukan Allah S.W.T. yang Maha Berkuasa ? Ternyata
apa yang telah dikhabarkan benar-benar berlaku tepat sebagaimana yang
disebut di dalam Al-Qur’an.( Budah @ Audah bin Mohsin, 1995).

BAHAGIAN B:

ISTILAH DEFINISI
AL-QURAN Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengeluarkan
manusia daripada kegelapan kufur kepada cahaya
keimanan. Kitab suci al-Quran yang diturunkan kepada
Baginda SAW ini, melalui malaikat Jibril secara
berperingkat-peringkat selama 23 tahun, penurunannya
adalah mengikut suasana semasa yang berlaku ketika itu,
yang memerlukan istinbat hukum.
Kandungan Al-Quran merangkumi ayat-ayat yang
menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia seperti
mengatur cara hidup bermasyarakat, cara beribadat,
pembahagian harta pusaka, urusan kekeluargaan, urusan
pentadbiran dan pembangunan negara, urusan
pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Kesemua
kandungan ini menjadi sumber rujukan yang unggul dan
abadi sehingga ke hari kiamat.

12
Para nabi dan rasul tidak akan sama sekali
mengubah wahyu Allah SWT ketika berdakwah tidak kira
dengan siapa dan apapun situasinya.Tidak juga akan
tunduk pada factor pangkat atau kedudukan mahupun
kekuasaan individu atau sesuatu kumpulan. Dakwah para
nabi dan rasul hanya menurut wahyu dan perintah dari
Allah SWT dan tidak akan di tokok tambah.
Kalimah wahyu yang terdapat di dalam al-Quran
mempunyai banyak pengertian bergantung kepada siapa
arahan itu ditentukan oleh Allah SWT. Wahyu membawa
pengertian yang lebih umum dan lebih luas daripada
pengertian al-Quran. Hal itu kerana al-Quran merupakan
wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
SAW, tapi tidak semua wahyu itu, berupa Al-Quran. Di
mana ada yang berupa hadis, kitab Zabur, Taurat dan Injil
adalah juga wahyu Allah.

HADIS QUDSI  Lafaz daripada Rasulullah SAW dan maknanya


daripada Allah Taala
 Wahyu Allah yang diungkapkan kembali oleh
Rasulullah SAW
 Sumber hukum kedua
 Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak
membaca dan menyentuhnya
 Boleh membaca ketika berhadas besar
 Tidak boleh dibaca dalam solat

KHABAR MUTAWATIR Mutawatir secara istilah didefinisikan sebagai apa yang


diriwatkan oleh banyak orang, yang menurut kebiasaan
mustahil mereka semua bersepakat untuk berbohong

(‫الكذب‬ ‫)ما رواه عدد كثير تحيل العادة تواطؤهم على‬.

Maksud dari definisi ini adalah khabar atau hadits

13
mutawatir adalah khabar atau hadits yang diriwayatkan

oleh banyak rawi pada setiap tingkatan (‫ )طبقة‬dari seluruh

tingkatan sanadnya, yang menurut kebiasaan mustahil


mereka semua bersepakat untuk berbohong atau
menyelisihi khabar ini.

Syarat-Syarat Hadits Mutawatir

Dari definisi di atas, dapat disimpulkan bahwa sebuah


khabar atau hadits tidak bisa disebut khabar atau hadits
mutawatir kecuali memenuhi empat syarat berikut ini:

1. Diriwayatkan oleh banyak rawi. Ada yang menyebutkan


jumlah minimalnya adalah 10 orang rawi.

2. Jumlah rawi –sebagaimana yang disebut di poin 1–


tersebut terdapat di setiap tingkatan sanad.

3. Menurut kebiasaan mustahil mereka bersepakat untuk


berbohong. Misalnya karena mereka berada di negeri-
negeri yang berbeda, bangsa yang berbeda, atau dari
berbagai madzhab yang berbeda.

4. Penyandaran khabar tersebut dilakukan melalui indra


(‫)الحس‬, seperti kami mendengar (‫)سمعنا‬, kami melihat (‫)رأينا‬,
atau kami menyentuh (‫)لمسنا‬. Adapun jika penyandaran
khabar tersebut berdasarkan akal, seperti perkataan ‘alam
ini baru’, maka khabar seperti ini tidak bisa disebut
sebagai khabar mutawatir.

HADIS SAHIH 1. Hadith Sahih ialah hadith yang mempunyai sanad


yang berhubung daripada seorang yang lain
sehingga akhir sanad melalui perawi-perawi yang
adil dan dhobit, tiada syaz dan tidak cacat (syaz).

14
2. Apa yang dimaksudkan dengan syaz ialah suatu
hadith yang diriwayatkan oleh seorang yang thiqah
tetapi hadith ini bertentangan dengan hadith-hadith
yang diriwayatkan oleh beberapa orang yang
thiqah.
3. Ilah pula ialah kecacatan yang terdapat dalam
sesuatu hadith yangmenjadikan hadith itu tidak
boleh diterima.
4. Bagi menentukan sesuatu hadith itu sahih atau
tidak, hadith tersebut mestilah memenuhi syarat-
syarat.
5. Syarat-syarat tersebut merangkumi perawi,
sanad dan matan hadith. Antara syarat-syarat hadith sahih
ialah:
a. Perawinya bersifat adil. Maksud adil ialah seseorang
yang soleh, beriman,
bertakwa, tidak melakukan dosa besar, menjauhi perkara
merosakkan iman
dan tidak mengikut mana-mana hadith yang bertentangan
dengan syarak
serta menjaga akhlak dan maruah diri.
b. Dhabit atau penjagaannya baik. Maksudnya perawi
mempunyai kekuatan
ingatan, cerdik dan faham sama ada dalam bentuk
hafalan atau tulisan.
Perawi juga dapat menjaga tulisan -tulisannya daripada
sebarang
penambahan, pengurangan atau perubahan dengan
sebab lupa atau cuai.
c. Hadith diterima daripada perawi-perawi yang sama
sifatnya. Jika ada di
antara perawi yang tiada sifat-sifat yang boleh diterima,
maka hadithnya

15
ditolak.
d. Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir iaitu tidak
terputuspada manamana
tabaqat atau peringkat hingga sampai kepada Rasulullah
saw.
e. Tidak terdapat kejanggalan atau syaz. Menurut Imam
Syafi’e hadith tersebut
diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi menyalahi
riwayat ramai.
f. Tidak terdapat sebarang kecacatan yang
merosakkannya iaitu keadaan yang
berupa kecacatan yang boleh menghalang sesebuah
hadith itu untuk diakui
sebagai hadith sahih.
6. Semua yang disebutkan di atas merupakan syarat-
syarat yang menjadikan sesuatu riwayat itu benar-
benar sahih (sahih lizatihi).
7. Bagaimanapun, terdapat satu kategori lain di mana
riwayat berkenaan tidak memenuhi syarat-syarat
tersebut sebagaimana sepatutnya.
8. Namun kerana terdapat riwayat atau riwayat-
riwayat lain di dalam nilai yang sama
memperkukuhkannya, ia boleh disifatkan sebagai
‘sahih lighirihi’. Misalnya apabila suatu hadith hasan
itu diriwayatkan melalui berbagai salsilah
periwayatan, ia boleh bertukar menjadi hadith
sahih.
HADIS HASAN 1. Hadith Hasan ialah hadith yang diriwayatkan oleh
seorang yang bersifat adil, tetapi tidak begitu kuat
ingatannya. Sanadnya berurutan dan tidak terdapat
kecacatan serta kejanggalan pada matannya. Sesuatu
hadith itu diiktiraf hadis hasan apabila memenuhi lima
perkara berikut iaitu:

16
a. Perawi setiap hadith itu mestilah berhubung
antara satu sama lain.
b. Perawi itu mestilah adil
c. Perawi itu tidak mempunyai kekuatan ingatan
yang sempurna. Misalnya hadith sahih memerlukan
kekuatan menghafaz tidak kurang daripada 95%.
Oleh itu, hadith yang diriwayatkan oleh orang yang
mempunyai kekuatan menghafaz hanya 85%
sahaja adalah hasan. Manakala hadith yang
diriwayatkan oleh orang yang memiliki kekuatan
menghafaz kurang daripada jumlah tersebut adalah
lemah (dhaif).
d. Hadith itu tidak syaz.
e. Hadith itu tidak mempunyai illah.
2. Hadith Hasan terbahagi kepada dua martabat iaitu
hasan lizatihi dan hasan lighairihi. Untuk memahami lebih
lanjut lagi perbandingan antara hasan
lizatihi dan hasan lighairihi, anda perlu meneliti dan
memahami huraian jenis-jenis hadith hasan berikut:
1. Hadith Hasan Lizatihi
1. Hadith Hasan Lizatihi ialah hadith yang
bersambung sanadnya dari awal hingga akhir,
perawinya juga bersifat adil dan tidak terdapat
cacat serta tidak syaz iaitu tidak janggal dari sudut
matannya.
2. Cuma ia kurang kuat sifat dhabitnya. Dalam
konteks lain, Hadith Hasan Lizatihi juga dinamakan
sahih lighairihi iaitu hadith yang mempunyai syarat
penerimaan yang cukup, tetapi darjat dhabitnya
kurang baik.
3. Ia dinamakan Lizatihi kerana ia menjadi hasan
dengan sendirinya iaitu memenuhi syarat khas
pada hadis hasan, bukan sebab atau sesuatu

17
natijah daripada luar.

2. Hadith Lighairihi

1. Hadith Lighairihi adalah hadith yang tidak diketahui


dengan jelas keadaan sanadnya dari sudut sifat
dan kelayakan perawi, sama ada perawi itu kuat
atau lemah.
2. Walaubagaimanapun, perawi hadith Hasan
Lighairihi bukanlah seorang perawi yang lupa, juga
tidak banyak kesalahan yang dilakukannya dalam
periwayatan hadith, ia juga tidak illah atau cacat,
tidak dicela melakukan pemalsuan atau
pembohongan pada hadis serta tidak sabit sebagai
seorang yang fasiq.
3. Justeru itu, Hadis Hasan Lighairihi ini disokong oleh
riwayat lain yang muktabar dan sama dari sudut
lafaz serta maknanya, sama ada melalui almutabi’
atau al-syahid.
4. Dalam konteks lain, hasan lighairihi adalah hadis
yang tidak jelas hal-hal sanadnya sama ada kuat
atau lemah hafalan perawinya, tetapi tidak cuai,
tidak banyak kesalahan dan tidak dituduh
pembohong.
HADIS DA’IF Kata dha’if menurut bahasa berasal dari kata
dhuifun yang bererti lemah lawan dari kata qawiy yang
berarti kuat.
Sedangkan dhaif bererti hadits yang tidak
memenuhi hadits hasan. Hadits dhaif disebut juga hadits
mardud (ditolak). Contoh hadits dhaif ialah hadits yang
berbunyi:

‫لى أال َج أو َر‬ َ ‫ضأ َ َو َم‬


َ ‫س َح َع‬ َ ‫ي صلى هللا علىه وسلم ت َ َو‬
َ ‫اِنَ النَ ِب‬
‫َبي ِأن‬

18
Ertinya: “Bahwasanya Nabi SAW wudhu dan beliau
mengusap kedua alas kakinya”.
Hadits tersebut dikatakan dhaif karena diriwayatkan
dari Abu Qais al-Audi. Seorang perawi yang masih
dipersoalkan.
B.
Kriteria hadits dhaif
Para ulama memberikan batasan bagi hadits dhaif iaitu:

‫صفَا تُ أال َح ِد‬


ِ ‫ِى لَ أم يُ أج َم أع‬
‫أث الَذ أ‬ُ ‫أف ُه َو أال َح ِدي‬
ِ ‫ض ِعي‬
َ ‫أث ال‬ُ ‫ا َ أل َح ِدي‬
ِ ‫ت أال َح ِد أي‬
‫ث‬ ِ ‫صفَا‬ َ َ‫ص ِحيأحِ َوال‬
َ ‫ث ال‬ ِ ‫أي‬
Ertinya: “Hadits dhaif adalah hadits yang tidak
menghimpun sifat-sifat shahih, dan juga tidak
menghimpun sifat-sifat hadits hasan”.
Kriteria hadits dhaif yaitu hadits yang kehilangan
salah satu syaratnya sebagai hadits shahih dan hasan.
Dengan demikian, hadits dhaif itu bukan tidak memenuhi
syarat-syarat hadits shahih, juga tidak memenuhi
persyaratan hadits-hadits hasan. Para hadits dhaif
terdapat hal-hal yang menyebabkan lebih besarnya
dugaan untuk menetapkan hadits tersebut bukan berasal
dari Rasulullah SAW.
C.
Secara garis besar yang menyebabkan suatu
hadits digolongkan menjadi hadits dhaif dikarenakan dua
hal, yaitu gugurnya rawi dalam sanadnya dan ada cacat
pada rawi atau matan.
Hadits dhaif karena gugurnya rawi adalah tidak
adanya satu, dua atau beberapa rawi, yang seharusnya
ada dalam sanad, baik para pemulaan sanad,
pertengahan ataupun akhirnya.

19
BAHAGIAN C: PENULISAN REFLEKSI

SEBELUM
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi
peluang dan kesempatan untuk saya menyiapkan tugasan yang pada saya
cukup berharga walaupun banyak tenaga dan masa dihabiskan.

Pada peringkat awal penerangan yang diberikan semasa taklimat agak


jelas tetapi saya kurang faham kehendak soalan yang diutarakan untuk
menulis esei ini. Selepas meneliti semula soalan beberapa kali dan
berbincang dengan pensyarah dan kawan-kawan, akhirnya segala kekeliruan
dapat saya atasi.

Perkara pertama yang saya lakukan ialah membuat pembacaan


tentang tajuk esei ini dalam buku, jurnal, artikel dalam internet dan
sebagainya. Setelah itu saya meneruskan proses mengumpul maklumat ini
sebelum saya mula menulisnya. Pada mulanya, tugasan ini dirasakan
sebagai satu beban yang besar memandangkan tajuk ini adalah berat bagi
saya untuk menulis eseinya,.

Saya tidak mempunyai pengalaman membuat tugasan ilmiah dengan


sempurna membuatkan saya gementar dan tidak yakin terhadap kemampuan
diri sendiri. Saya juga tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang
luas dalam bidang Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis. Namun, dengan berkat
usaha dan dorongan yang berterusan terutama dari rakan-rakan yang sam

20
belajar saya merasakan beban yang dipikul semakin ringan dan ia
sebenarnya adalah rahmat dan pengalaman yang tidak dapat dijual beli.
Selain itu guru-guru di sekolah juga memainkan peranan yang amat
penting, ini kerana merekalah yang akan memberikan pandangan dan
pengisian untuk tugasan ini. Kesungguhan yang mereka tunjukkan serba
sedikit telah dapat memberikan keyakinan kepada kami untuk lebih
berkeyakinan dalam usaha kami untuk merialisasikan impian dan wawasan
yang diimpikan.

Dari segi peruntukan masa bagi menyiapkan esei ini, secara jujur saya
mengatakan tidak cukup memandangkan banyak aktiviti yang perlu dilakukan
pada masa yang sama. Antaranya ialah saya terpaksa mengajar di sekolah
dengan tugas-tugas rutin yang lain.. Namun, masalah ini telah berjaya diatasi
kerana saya telah menggunakan pelbagai strategi dalam mengurus masa.
Sebagai contoh, saya mengambil lebih masa pada waktu malam untuk
menulis esei ini.

SEMASA

Pada mulanya saya berasa sangat teruja kerana ada beberapa rakan
seperjuangan agak mahir dalam bidang ini. Saya mendapati mereka juga
tidak lokek berkongsi maklumat terutama bahan dan buku rujukan. Saya
mengambil masa 2 minggu untuk mendapatkan maklumat dari buku, rencana,
artikel dan internet.

Saya bertanya ramai rakan guru untuk mendapat maklumat tentang


tugasan ini. Setelah maklumat diperolehi, saya mendapat sedikit sebanyak
kefahaman dan agak bersedia .Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran
yang saya nyatakan di atas, saya telah mengambil inisiatif berbincang dan
berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing.

Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu


saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang
untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara

21
melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan.
Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah saya mulakan
semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu sekali.

Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang


tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan
pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah
banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.

PENGALAMAN BARU SETELAH SELESAI

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil


beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk
menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan
tugasan dan amali-amali dalam subjek ini, saya mempelajari bahawa
seseorang guru haruslah menguasai Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis dan
mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan komputer.

di samping itu pemilihan bahan yang autentik di dalam internet juga


turut menjadi keutamaan bagi saya. Saya amat takut maklumat yang
diperolehi akan jauh tersasar dari yang sebenarnya. Selain itu, saya juga
telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak dan kreatif dalam
memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah aktiviti
pembelajaran

Berdasarkan hasil kajian saya faham bahawa memang sukar untuk


memahami kesemua konsep Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis ini tanpa
bimbingan guru yang berpengalaman luas dalam bidang ini. Menerusi
tugasan ini, sedikit sebanyak telah membuka minda saya sebagai seorang
guru yang perlu memainkan peranan yang penting dalam mencari maklumat
terkini untuk digunakan sepenuhnya di dalam pembelajaran dan pengajaran.
Dalam hal ini, saya insaf sebagai seorang guru, kita perlulah memikirkan jalan
penyelesaian yang terbaik untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid-
murid

22
PENUTUP

Al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang terakhir yang Allah s.w.t


turunkan kepada Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan inilah yang
dikatakan mukjizat yang utama kepada seorang Nabi,sedangkan Nabi-nabi
sebelum baginda pun Allah s.w.t ada turunkan kitab tetapi kehebatan al-
Quran mengatasi semuanya itu sehingga dikatakan mukjizat yang paling
utama dan besar.

Kita disuruh membaca dan mengamalkan apa yang terkandung


didalam al- Quran kerana ianya adalah satu pedoman,petunjuk dan pengubat
yang terhebat .Begitu banyak rahsia yang terkandung didalamnya,setiap

23
huruf dan ayat mengandungi hikmah yang amat besar.Kebanyakan diantara
kita hanya membacanya tanpa mengetahui isi maknanya .

I’jaz (kemukjizatan) adalah menetapkan kelemahan. Kelemahan


menurut pengertian umum ialah ketidakmampuan mengerjakan sesuatu,
lawan dari kemampuan. Apabila kemukjizatan telah terbukti, maka nampaklah
kemampuan mu’jiz (sesuatu yang melemahkan). Yang dimaksud dengan i’jaz
ialah menampakkan kebenaran Nabi dalam pengakuannya sebagai Rasul
dengan menampakkan kelemahan orang Arab untuk menghadapi
mukjizatnya yang abadi, iaitu al-Quran dan kelemahan generasi-generasi
sesudah mereka. Mukjizat adalah sesuatu hal yang luar biasa yang disertai
tentangan dan selamat dari perlawanan.

Maksud kemukjizatan al-Quran bukan semata mata untuk melemahkan


manusia atau menyedarkan mereka atas kelemahanya untuk mendatangkan
seumpama al-Quran akan tetapi tujuan yang sebenarnya adalah untuk
menjelaskan kebenaran al-Quran dan Rasul yang membawanya dan
sekaligus menetapkan bahwa sesuatu yang dibawa oleh mereka hanya
sekadar menyampaikan, mengkhabarkan dan menyerukan risalah Allah
s.w.t

Mukjizat (Al-Quran) yang dikurniakan kepada nabi Muhammad SAW.


sangatlah berbeza dengan mukjizat-mukjizat yang diberikan kepada nabi-nabi
terdahulu. Jika para nabi sebelumnya bersifat Hissiy-Matrial sedangkan Al-
Quran bersifat maknawi. Perbezaan tersebut berdasarkan perutusan para
nabi sebelum Muhammad s.a.w. ditugaskan pada masyarakat dan masa
tertentu. Oleh kerana mukjizat tersebut hanya sementara. Sedangkan al-
Quran tidak terbatas pada masyrakat dan masa tertentu , malahan berlaku
sepanjang masa

24
RUJUKAN

Abdul Ghani Azmi Idris, (1999), Mengenal Al-Quran dan Asas-Asas Ulumul
Quran,Kuala Lumpur:Al-Hidayah Publishers.

Abdul Halim El-Muhammady, (1995), Islam dan Al-Hadith, Kuala Lumpur:


Angkatan Belia Islam Malaysia.

Abdul Hamid Muhammad Tahir, Fauziah Sani, (1987), Al-Hadith dan


Mustolah Al-Hadith, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

25
Abdul Karim Ali, Mohd Noor Deris, (2007), Pengajian Al-Sunnah, Kuala
Lumpur:Intel Multimedia And Publication.

Abdul Majid Jaafar, (2007), Isu-isu Dalam Tafsir dan Hadith, Kuala Lumpur:
Pustaka Haji Abdul Majid.

Al-Qattan, Manna’ Khalil, (1976). Mabahith Fi Ulum al-Quran, Beirut:


Mu’assasah al- Risalah.

Budah @ Audah bin Mohsin, (1995), Ulum Al-Hadith, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Jalal al-Din Abd. al-Rahman Ibn Abu Bakr, al-Suyuti:al-Itqan Fi Ulum al-
Quran, Kaherah: Mustafa al-Halabi.

Jalal al-Din Abd. al-Rahman Ibn Abu Bakr, al-Burhan Fi Ulum al-Quran,
Kaherah: Mustafa al-Halabi.

Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, (1994), Ulum Al-Hadith, Kuala
Lumpur:Cahaya Pantai, Sdn. Bhd.

petunjuk kepada manusia supaya kembali Allah untuk menerima tugas


utamanya

sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Kedua: Tidak melampau dan terabai.

Tidak melakukan penyelidikan secara berlebih-lebihan tentang ayat-ayat


Kawniyyat

26
dan sebaliknya pula tidak mengabaikan aspek-aspek positif yang terdapat
dalam alam

ini yang dianugerahkan Allah untuk keperluan manusia.

Ketiga: Pendekatan Al-Qur’an adalah fleksibel.

Pendekatan Al-Qur’an dalam membentangkan ayat-ayatnya bersifat fleksibel


yang

boleh menerima pelbagai tafsiran yang sesuai.

Keempat: Hakikat sains adalah asas pembuktian.

Kita hendaklah elakkan daripada andaian-andaian dan teori-teori sains yang


tidak

sampai ke tahap hakikat sains.

Kelima: Tidak menentukan makna satu ayat atas satu hakikat sahaja.

Kadang-kadang satu hakikat sains yang kita tentukan maksud kepada satu
ayat,

padahal ia adalah salah satu maksud kepada ayat.

Keenam: Mustahil berlaku pertembungan antara hakikat Al-Qur’an dan hakikat

sains.

Mustahil berlaku pertentangan antara hakikat Al-Qur’an dan hakikat sains


kerana

kedua-duanya daripada sumber yang satu.

Ketujuh: Hendaklah mengikut metode Al-Qur’an dalam mencari ilmu


pengetahuan.

Kita mesti memahami bahawa segala hal itu bergantung kepada masanya.
Justeru itu

dikatakan bahawa sebaik-baik pentafsir bagi Al-Qur’an adalah masaPertama:


al-I’jaz al-Bayani (Kemukjizatan Dari Segi Kebahasaan)

27
Dalam membincangkan aspek ini, ia sekaligus melibatkan aspek al-Fasahah
dan al-Balaghah

al-Qur’an.

Pengertian al-Fasahah ) ( : pada bahasa ialah jelas dan terang. Manakala dar
!

ipada segi

istilah ia bermaksud mudah difahami 21

Adapun al-Balaghah ("#

) pula: pada bahasa bererti sampai kepada sesuatu. Pada istilah ia

bermaksud menyampaikan sesuatu pengertian ke hati dengan cara yang


sebaik-baiknya. 22

Perbezaan antara al-Fasahah dan al-Balaghah sepertimana disebut oleh al-


Khafaji dalam

karyanya “Sirr al-Fasahah” bahawa al-Fasahah yang berkait langsung dengan


lafaz,

sementara al-Balaghah sesuatu yang berkait dengan makna atau pengertian.

Sebagai contoh firman Allah s.w.t. :

Ï !$t±ósx1ø9$# Ç tã 4‘sS÷Ζtƒuρ 4†n1öà)ø9$# “ÏŒ Ç›!$tGƒÎ)uρ Ç ≈|¡ômM}$#uρ


ÉΑô‰yèø9$$Î/ ããΒù'tƒ ©!$# ¨βÎ) *

∩ ⊃∪ šχρã©.x‹s? öΝà6¯=yès9 öΝä3ÝàÏètƒ 4 Ä øöt7ø9$#uρ Ìx6Ψßϑø9$#uρ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat

kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang

28
daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta

kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya

kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

Tujuan utama Al-Qur’an al-Karim adalah untuk memandu dan memimpin tingkah
laku
manusia. Justeru itu, dakwah dan panduan Al-Qur’an muncul dalam pelbagai bentuk
dan cara.
Ada yang menjurus kepada fitrah asal kejadian manusia, Kadang-kadang dalam
bentuk
pembuktian yang berdasarkan sesuatu yang boleh dikesan melalui pancaindera,
kadangkadang
melalui dialog ilmiah, ada kalanya dengan cara mengambil pengiktibaran terhadap
apa yang yang berlaku pada umat terdahulu dan lain sebagainya.
Apabila kita meneliti tujuan dan metode Al-Qur’an dalam perbincangannya kita dapati
banyak ayat-ayat yang berkaitan dengan penciptaan alam semesta termasuk langit,
bumi dan
diri manusia sendiri. Para pengkaji telah mengenal pasti bahawa didapati ratusan
ayat Al-
Qur’an yang membicarakan tentang hukum alam yang telah ditentukan oleh Allah
s.w.t. serta
9
sistem yang berlaku kepada segala ciptaannya ini. Sebahagian pengkaji
menganggarkan ayatayat
tersebut lebih daripada 900 ayat terdapat di dalam surah-surah Al-Quran.23
Namun begitu, para ulama dahulu dan masa kini tidak mempunyai kata sepakat
sama ada
bolehkah ayat-ayat Al-Qur’an ditafsirkan dengan secara sains. Dalam hal ini, mereka
boleh
dikategorikan dalam dua kumpulan. Kumpulan pertama, mereka yang menentang
tafsiran Al-
Qur’an secara sains. Kumpulan ini diketuai oleh salah seorang tokoh pemikir Islam
yang
ulung iaitu al-Imam Abu Ishaq al-Shatibi Ibrahim bin Musa al-Lakhmi al- Gharnati (m.
790H). Sementara ulama masa kini yang sependapat dengan kumpulan ini ialah al-
Shaykh
Amin al-Khuli –suami Dr. Bint al-Shati’. Demikian juga, al-Shaykh Mahmud Shaltut –
mantan Shaykh al-Azhar.24
Kumpulan kedua, mereka yang berpendapat bahawa Al-Qur’an boleh ditafsirkan
secara sains.
Mereka ini diketuai oleh tokoh sufi terkenal iaitu al-Imam al-Ghazali, al-Imam al-Razi,
al-
Shaykh Muhammad Rashid Rida, Mustafa Sadiq al-Rafi`i dan lain-lain. 25
Walau apapun, mereka yang mengatakan bahawa pentafsiran Al-Qur’an secara
sains itu boleh
dilakukan dengan mengambilkira beberapa ketetapan asas sebagai berikut: 26
Pertama: Al-Qur’an adalah Kitab Hidayah.
Sesungguhnya Al-Qur’an al-Karim sebuah kitab hidayah yang berperanan memberi
petunjuk kepada manusia supaya kembali Allah untuk menerima tugas utamanya

29
sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Kedua: Tidak melampau dan terabai.
Tidak melakukan penyelidikan secara berlebih-lebihan tentang ayat-ayat Kawniyyat
dan sebaliknya pula tidak mengabaikan aspek-aspek positif yang terdapat dalam
alam
ini yang dianugerahkan Allah untuk keperluan manusia.
Ketiga: Pendekatan Al-Qur’an adalah fleksibel.
Pendekatan Al-Qur’an dalam membentangkan ayat-ayatnya bersifat fleksibel yang
boleh menerima pelbagai tafsiran yang sesuai.
Keempat: Hakikat sains adalah asas pembuktian.
Kita hendaklah elakkan daripada andaian-andaian dan teori-teori sains yang tidak
sampai ke tahap hakikat sains.
Kelima: Tidak menentukan makna satu ayat atas satu hakikat sahaja.
Kadang-kadang satu hakikat sains yang kita tentukan maksud kepada satu ayat,
padahal ia adalah salah satu maksud kepada ayat.
Keenam: Mustahil berlaku pertembungan antara hakikat Al-Qur’an dan hakikat
sains.
Mustahil berlaku pertentangan antara hakikat Al-Qur’an dan hakikat sains kerana
kedua-duanya daripada sumber yang satu.
Ketujuh: Hendaklah mengikut metode Al-Qur’an dalam mencari ilmu pengetahuan.
Kita mesti memahami bahawa segala hal itu bergantung kepada masanya. Justeru
itu
dikatakan bahawa sebaik-baik pentafsir bagi Al-Qur’an adalah masa

30