Anda di halaman 1dari 1

MELAKA, 24 Julai (MalaysiaAktif) – “Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya” itulah ungkapan sesuai

untuk menggambarkan Program Kem Motivasi Jati Diri yang di anjurkan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling SJK (C) Sungai Udang semalam.
Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling SJK(C) Sungai Udang, Tan Chiou Shing berkata rasional
perlaksanaan program ini adalah sebagai medan utama yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid
semasa menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR.

“Murid juga diberi aktiviti berkumpulan dan bekerjasama antara mereka supaya matlamat perpaduan
1Malaysia diperkukuh, selain itu mereka didedahkan dengan aspek kehidupan sebenar, seperti
kepentingan ilmu pengetahuan dalam menongkah arus kehidupan masa hadapan, persediaan fizikal,
mental dan spritual murid itu ditekankan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, langkah ini sudah pasti akan meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid dan
dapat membentuk sikap bertanggungjawab melalui aktiviti berkumpulan.

Anda mungkin juga menyukai