Anda di halaman 1dari 3

BERSAHABAT HINGGA KE SYURGA

‫ة ُأ ع‬ ‫ع عن ُأ ع‬
‫ه‬ ‫ي ُالل ل ه‬
‫ه ُع عن ن ه‬ ‫ع‬ ‫ض‬
‫ض‬ ‫ر‬
‫ع‬ ُ ‫ك‬ ‫ك‬ ‫ض‬ ‫ل‬ َ‫ما‬
‫ع‬ ُ ‫ن‬ ‫ض ض‬ ‫ن‬ ‫ب‬ ُ ‫س‬ ‫ع‬ ‫ن‬ ‫ع‬ ‫ز‬‫ع‬ ‫م‬
‫ن‬ ‫ح‬
‫ع‬ ُ ‫بي‬ ‫ض‬ ‫ن‬
‫ي‬
‫ن ُالن لب ض ي‬‫م ُع ع ض‬ ‫سل ل ع‬
‫ه ُوع ع‬ ‫ه ُع عل عي ن ض‬ ‫صللىَّ ُالل ل ه‬ ‫ه ُ ع‬ ‫ل ُالل ل ض‬ ‫سوُ ض‬ ‫م ُعر ه‬ ‫خاَد ض ض‬ ‫ع‬
‫م ُعقاَ ع‬
‫ل‬ ‫سل ل ع‬ ‫ه ُوع ع‬ ‫ه ُع عل عي ن ض‬ ‫صللىَّ ُالل ل ه‬ ‫ ع‬:
‫ب ُضل ع‬ ‫ه‬ ‫ل ُيؤ نمن ُأ ع‬
ُ ((‫ب‬ ‫ح ب‬ ‫ماَ ُي ه ض‬
‫ع‬ ُ ‫ه‬
‫ض‬ ‫خي‬ ‫ض‬ ‫ل‬ ‫ح‬
‫ض‬ ‫ه‬ ‫ي‬ ُ َّ‫تى‬‫ل‬ ‫ح‬
‫ع‬ ُ ‫م‬
‫ن‬ ‫ك‬ ‫ه‬ ‫د‬ ‫ح‬
‫ع‬ ‫ع ه ض ه‬
‫سه ض‬‫ف ض‬ ‫))ل ضن ع ن‬
[ُ 45ُ :ُ ‫ ُومسلم ُ] ُرقم‬،ُ [ُ 13ُ :ُ ‫رواه ُالبخاَري ُ] ُرقم‬

MAKSUDNYA:

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi
SAW, Baginda bersabda:

"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya


sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Hadis di atas menerangkan bahawasanya betapa pentingnya berkasih sayang


sesama manusia sehinggakan iman seseorang itu tidak sempurna jika dia tidak
mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.Lihatlah betapa hebat
dan indahnya ajaran Islam.Semua manusia berhak dikasihi dan mengasihi.Sifat ingin
dikasihi dan mengasihi ini sudah sebati dalam diri kita.

Cuma manusia kadang-kadang terlalu ego untuk menunjukkan kasih sayangnya


kepada seseorang atau sahabatnya.Manusia yang ego ini hanya ingin dikasihi tetapi
tidak mahu mengasihi.Malang sekali jika kita bersikap sedemikian.Pepatah Barat ada
mangatakan ‘The more you give,the more you get’.Maksudnya ‘jika kamu memberi
lebih,lebih jugalah kamu akan dapat’.Apa yang dapat disimpulkan melalui pepatah ini
ialah jika kita memberikan kasih sayang dengan sepenuhnya kepada seseorang,maka
sudah pastilah kita akan mendapat semula balasan kasih sayang itu malah lebih
berganda.

Tak rugi jika kita menunjukkan kasih sayang antara kita.Dalam konteks
persahabatan,apabila kita ingin bersahabat dengan seseorang,kita perlulah
menyayangi sahabat kita dengan sepenuh hati dan ikhlas dengannya kerana
Allah.Kehilangan sahabat yang baik sentiasa dirindui dan dikenangi.Sahabat yang baik
ibarat sebutir permata di celahan kaca.Sukar sekali untuk bertemu sahabat yang
sentiasa menutup keaiban kita.Kebanyakkannya suka menceritakan keaiban
sahabat.Semoga kita termasuk dikalangan sahabat yang baik.InsyaAllah.

Apa yang anda faham mengenai sahabat yang baik?Adakah sahabat yang baik itu
adalah apabila dia sentiasa memuji kita?atau adakah sahabat yang baik itu adalah
apabila dia selalu belanja kita makan?atau anda merasakan sahabat yang baik itu
adalah apabila dia sentiasa menurut segala arahan kita?Jika ada diantara persoalan-
persoalan di atas jawapannya adalah ‘ya’,maka anda silap sama sekali.

Sesungguhnya sahabat yang baik itu adalah sahabat yang dapat memberi manfaat
kepada orang lain.Kenalilah sahabat anda dengan sentiasa cuba mendalami perasaan
dan hatinya.Bersahabat hingga ke syurga itu adalah dengan meletakkan syariat Islam
sebagai cara hidup.Kita tidak mahu melihat sahabat yang kita sayang melangkah
menuju ke neraka.Nauzubillah.Sudah pasti kita mahu sama-sama menuju ke Jannah
Ilahi.InsyaAllah.Akhir kata,tegurlah sahabat yang telah jauh daripada jalan Allah dengan
cara yang penuh berhikmah.Bimbinglah mereka menuju redha Ilahi.Syurga semestinya
cita-cita kita yang pasti.Semoga Allah permudahkan.InsyaAllah.Wallahualam.
DISEDIAKAN OLEH:
-NUR NASUHA BINTI SHUHAIMI
-F3E
-SPMI
-0135829902
-srikandi_annur92@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai