Anda di halaman 1dari 1

Karangan: Cara-cara untuk menjaga keselamatan diri ketika di rumah

Kerap kali kita mendengar tentang kemalangan yang berlaku di rumah.


Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara untuk menjaga
keselamatan diri ketika di rumah.

Rumah merupakan tempat perlindungan bagi semua orang. Walau


bagaimanapun, rumah juga boleh menjadi tempat yang paling
berbahaya jika tidak berhati-hati. Hal ini adalah kerana banyak
kelengkapan rumah yang boleh mendatangkan bahaya kepada seluruh
isi rumah.
Sebagai langkah untuk menjaga keselamatan di rumah, kita
mestilahmenyimpan segala peralatan yang tajam di tempat yang
selamat. Peralatan tajam seperti pisau, gunting, paku dan jarum
hendaklah disimpan ditempat khas selepas digunakan. Kanak-kanak
berkemungkinan menjadikan alatan tersebut sebagai permainan yang
boleh mengakibatkan kecederaan.
Selain itu, lantai bilik air dan dapur hendaklah kerap diberus agar
tidak licin. Lantai yang licin boleh menyebabkan penghuni rumah
tergelincir dan jatuh. Sebagai kesannya, kemungkinan berlaku
pendarahan di kepala atau patah pada anggota badan.
Bahan berbahaya seperti semburan serangga dan racun rumpai
perlu diurus dengan baik. Tempat simpanan khas perlu disediakan agar
tidak terdedah dan mudah dicapai oleh kanak-kanak. Kegagalan
menguruskan bahan beracun dengan baik boleh meragut nyawa.
Seterusnya, jika terdapat tangga yang tinggi, kita bolehlah
memasangi selusur tangan. Hal ini supaya penghuni rumah tidak mudah
terjatuh dan tercedera. Pagar keselamatan bayi di atas dan di bawah
tangga juga perlu dipasang bagi keluarga yang mempunyai anak-anak
kecil.
Keselamatan perlu dipertingkatkan walau di mana-mana kita
berada waima di rumah sekalipun. Jika kita berhati-hati kemalangan
dapat dielakkan.