Anda di halaman 1dari 3

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD

42700 BANTING, SELANGOR

KERTAS KONSEP FESTIVAL SKIL RAYA


2015

1.0 PENGENALAN

Program pendidikan dan latihan kemahiran di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad
(KVSAS), Banting dilaksanakan mulai tahun 2013. Pada tahun berkenaan sebanyak 2
kursus peringkat diploma telah diperkenalkan, iaitu Kursus Seni Kulinari dan Pengurusan
Perniagaan. Seramai 64 orang pelajar telah diambil untuk mengikuti kursus tersebut. Pada
tahun 2015, pelajar ini telah berada di semester 6 dan hanya tinggal lagi sebanyak 2
semester sahaja untuk melengkapkan keseluruhan pengajiannya.

Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad merupakan sebuah kolej vokasional yang
dinaik taraf dari sebuah SMK pertama di Malaysia. Pada tahun 2013, pengambilan pelajar
baru bagi kumpulan pertama telah dijalankan. Dalam masa yang sama proses ‘soft landing’
pelajar SMKSAS yang asal telah digerakkan ke sekolah berhampiran serta ubahsuai kelas
asal untuk dijadikan bengkel kursus kemahiran dilaksanakan. Cabaran ini membolehkan
warga KV Sultan Abdul Samad lebih kental untuk menterjemahkan transformasi pendidikan
teknik dan vokasional seperti yang digagaskan oleh KPM. Pada tahun ini, KVSAS
mempunyai tiga kumpulan pelajar, iaitu pelajar pra diploma tahun 1 (204 orang), pelajar pra
diploma tahun 2 (60 orang) dan pelajar diploma tahun 1 (64 orang).

Mulai tahun 2015, pelajar diploma tahun 1 ini telah mula didedahkan dengan
persekitaran industri bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap kompetensi pelajar serta
penerimaan industri terhadap latihan oleh kolej vokasional melalui kaedah ‘Short On Job
Training’, ‘Product Base Education’ dan ‘School Enterprise’. Pada umumnya, pelajar-pelajar
dilihat dapat menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan sebenar di industri dan industri
pula bukan sahaja yakin dengan tahap kemahiran pelajar malah bersedia menerimanya
sebagai bakal pekerja mahir.

Ke arah penjaminan kualiti serta penerimaan industri kepada pelajar keluaran


KVSAS, langkah pro aktif dijalankan dengan menggerakkan hubungan dan pendekatan

1
kerjasama antara industri dengan kolej, di samping pendekatan kolej dengan industri.
Pendekatan industri dengan kolej bermaksud, pihak kolej cuba mengadakan program dan
aktiviti yang mempamerkan kemahiran serta kebolehan pelajar di dalam kolej dengan
melibatkan penyertaan pihak industri. Sebelum itu, dalam fasa pertama, pihak kolej telah
mengadakan interaksi dengan pihak industri melalui program lawatan serta jelajah ke
industri-industri berkaitan.

2.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

1. Membangunkan hubungan dua hala dalam bidang latihan, guna sama


kepakaran, peluang kerjaya dan penyelidikan antara industri- kolej serta kolej-
industri.
2. Membentuk persefahaman antara kepimpinan sektor industri dengan kepimpinan
tertinggi KPM/JPN/Daerah/Kolej ke arah pembentukan dasar, visi, misi dan
program pengajian.
3. Mengeratkan kerjasama antara agensi, institusi pendidikan, dan komuniti
setempat ke arah menyebarkan maklumat tentang kepentingan pendidikan
vokasional dalam pembangunan kerjaya masa depan.

3.0 PENDEKATAN PROGRAM

Program ini menekankan kepada pendekatan:

1. Penterjemahan kemahiran pelajar melalui penghasilan produk, perkhidmatan dan


perniagaan
2. Pameran dan demonstrasi hasil serta produk pelajar secara langsung (SE/PBE)
3. Demonstrasi kolaborasi dan kerjasama tenaga pengajar industri dan kolej melalui
sesi amali pelajar serta produk industri.

4.0 SASARAN

Program ini bertujuan mendapatkan kerjasama semua pihak, iaitu kepimpinan KPM,
JPN, PPD, insititusi pendidikan setempat, industri, komuniti, PIBG, warga kolej dan ibu bapa
dalam satu majlis berbentuk kemasyarakatan. Dianggarkan seramai 500 orang jemputan
termasuk pelajar akan menghadiri program ini.

2
5.0 BUTIR-BUTIR PROGRAM

Tarikh : 13 Ogos, 2015


Masa : 10.00 pagi hinggga 1.00 petang
Tempat : Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting
Perasmi dan Tetamu Utama : YB Datuk Mary Yap Kain Ching
Timbalan Menteri Pendidikan 1

6.0 BAJET

Program ini akan dibiayai melalui dana PIBG dengan kerjasama pihak kolej serta pemimpin
setempat.

7.0 PENUTUP

Program ini diharap menjadi pemangkin kepada kejayaan transformasi pendidikan


teknik dan vokasional khususnya untuk melahirkan tenaga kerja mahir bagi memacu
Malaysia menjadi Negara maju tahun 2020. Melalui usaha ini masyarakat menjadi lebih
yakin untuk menggalakkan anak-anak mereka mengikut kursus-kursus berorientasikan
kemahiran yang dilaksanakan di kolej vokasional serta lain-lain ILKA/ILKS.

Beri Nilai