Anda di halaman 1dari 5

Rujukan Kami:SMAN/01/01/02( )

Tarikh :10hb September 2015


Kepada:
Ibu Bapa/Penjaga
Pelajar Tingkatan 3 dan 5

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN 2015


Adalah dengan ini saya menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan kerjasama Kumpulan
Sarana Ibu Bapa (KSIB) serta pihak sekolah akan mengadakan majlis solat hajat dan bacaan yassin
pada ketetapan yang berikut:

2.1 Tarikh : 2hb Oktober 2015 (Jumaat)


2.2 Masa : 6.30 petang
2.3 Tempat : Surau Ar-Raudhah SMA Nilai

3. Bersama ini disertakan borang maklumbalas kehadiran ibu bapa/penjaga.Borang ini


hendaklah dikembalikan pada hari Isnin 28 September 2015 kepada setiausaha PIBG sekolah.

4. Pihak PIBG, KSIB dan sekolah amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat meluangkan
masa untuk hadir ke sekolah bagi menjayakan majlis ini. Sokongan dan sumbangan ikhlas demi
menjayakan majlis ini dalam apa jua bentuk sama ada fizikal atau kewangan sangatlah dialu-alukan
dan dihargai.

5. Semoga dengan doa dan kehadiran tuan/puan akan membawa keberkatan, ketenangan dan
kekuatan kepada anak-anak kita. Segala keprihatinan dan komitmen tuan/puan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………………………………..
(Prof.Dr.Mansor bin Mohd Nor)
Yang DiPertua PIBG,
SMA Nilai
TENTATIF PROGRAM

Masa Aturcara
6.30 pm Pendaftaran
7.00 pm Ucapan YDP PIBG
Solat Maghrib
Bacaan Yassin dan Tahlil
8.15 pm Solat Isya’
Solat Hajat
Majlis Restu Ilmu
9.15 pm Jamuan
10.00 pm Bersurai

BORANG JAWAPAN KEHADIRAN

-----------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------ Tarikh: / /2015

Kepada:

Yang DiPertua PIBG,


SMA Nilai.
Tuan,
JEMPUTAN MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN 2015
Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.
2. Sehubungan itu saya seperti nama di atas ibu bapa/penjaga kepada
……………………………… tingkatan ……………………………………..akan hadir/tidak hadir ke majlis
tersebut seramai………………. (nyatakan bilangan berapa orang akan hadir untuk anggaran
makanan).

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

T/tangan:

Nama :
Rujukan Kami:SMAN/01/01/02( )
Tarikh :9hb September 2015
Kepada:
Ibu Bapa/Penjaga Murid
SMA Nilai

Tuan/Puan,

JEMPUTAN PROGRAM CERAMAH SEMPENA EIDIL ADHA 2015


Adalah dengan ini saya menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah akan
mengadakan program ceramah sempena Eidil Adha pada ketetapan yang berikut:

2.1 Tarikh : 18hb September 2015 (Jumaat)


2.2 Masa : 8.00 mlm-10.00 mlm
2.3 Tempat : Surau Ar-Raudhah SMA Nilai
2.4 Penceramah : Ustaz Shaari Bin Ab.Rahman
Jemputan (Slot Ibrah Radio IKIM)

3. Pihak PIBG,dan sekolah amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat meluangkan masa
unuk hadir ke sekolah bagi menjayakan majlis ini. Ini kerana tokoh jemputan merupakan
personaliti hebat di Malaysia.

4. Bersama ini disertakan borang maklumbalas kehadiran ibu bapa/penjaga.Borang ini


hendaklah dikembalikan pada hari Isnin 14 September 2015 kepada setiausaha PIBG sekolah.

5. Sehubungan dengan itu, semua anak-anak tuan/puan samada yang tinggal di asrama atau di
luar akan dibenarkan pulang bersama tuan/puan selepas program tamat pada jam 10.00 malam.

6. Kerjasama dan keprihatinan dari tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………
(Pn.Noor Fazillah Bt Fisul)
Setiausa PIBG,
SMA Nilai
TENTATIF PROGRAM

Masa Aturcara
2.45 pm – 3.00 pm Pendaftaran Pelajar
Berkumpul di Surau Ar Raudhah
Minum petang (Pelajar sahaja)
3.00 pm – 4.30 pm Ceramah cara menangani stress
oleh penceramah jemputan
4.30 pm- 5.00 pm Solat Asar berjemaah
5.00 pm- 6.30 pm Riadah
Persiapan Diri
6.30 pm- 7.00 pm Makan Malam (Pelajar sahaja)
7.00 pm – 8.00 pm Pendaftaran Ibu Bapa di Surau Ar Raudhah
Mathurat
Solat Maghrib berjemaah
8.00 pm- 10.00 pm Ceramah Sempena Hari Raya Eidil Adha
Oleh Ustaz Shaari Bin Ab Rahman
Ibrah Paradigma
10.00 pm Bersurai
*Makanan tidak disediakan untuk ibu bapa

BORANG JAWAPAN KEHADIRAN

-----------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------ Tarikh: / /2015

Kepada:

Setiausaha PIBG,
SMA Nilai.
Tuan,
JEMPUTAN PROGRAM CERAMAH SEMPENA EIDIL ADHA 2015
Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.
2. Sehubungan itu saya seperti nama di atas ibu bapa/penjaga kepada
……………………………… tingkatan ……………………………………..akan hadir/tidak hadir ke majlis
tersebut seramai………………. (nyatakan bilangan berapa orang akan hadir untuk anggaran tempat).

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
T/tangan:

Nama :

Anda mungkin juga menyukai