Anda di halaman 1dari 5

1.

Faedah-faedah amalan berjimat cermat


Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan
sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan
menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada
selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan.
Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan
rawatan.

Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa


berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh
mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga
akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.

Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan


masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir
panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini
menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri
mereka sendiri.

Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan


sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan
menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada
selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan.
Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan
rawatan.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan


berjimat- cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan
menguntungkan kita. Tambahan lagi dapat mengelakkan kita ditimpa pelbagai
masalah. 1.Faedah-faedah amalan berjimat cermat.

2.Cara-cara memupuk semangat kejiranan


Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Jiran
memberi kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang
baik akan mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan
menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu,
sewajarnyalah kita sentiasa memupuk semangat kejiranan.

Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-


menegur dan kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan
semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan
mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara
satu sama lain.

Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-


royong. Melalui aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual
dan sebagainya. Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lalu
mengeratkan hubungan sesama jiran.

Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap


masalah jiran. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan
sebagainya, kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu jika
diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan
kasih.sayang.sesama.jiran.

Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga.


Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada
aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar
hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni. 2.Cara-cara
memupuk semangat kejiranan

3.Cara-cara menggembirakan/menghormati ibu bapa


Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa
mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih
sayang yang sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi
kebahagiaan kita. Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk
menggembirakan hati mereka.

Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka


belajar bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan
mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah
rajin belajar agar ibu bapa kita gembira serta memperoleh masa
depan.yang.lebih.cerah.

Di samping itu, kita juga haruslah membantu ibu bapa. Kita boleh
membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik
adik, mengemas rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan
beban mereka dan ini tentu menggembirakan hati mereka.

Selain itu, kita hendaklah berusaha menjadi anak yang taat dan patuh
kepada ibu bapa. Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati
mereka. Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar
teguran dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan
dengan mereka antara contoh kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini
agar ibu bapa kita sentiasa gembira bersama anak-anak.

Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu
bapa kita sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk
menggembirakan hati kedua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.

4.Cara-cara menceriakan kawasan sekolah


Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Kawasan sekolah
yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu. kita seharusnya
menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa
jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria.

Salah satu langkah cara untuk menceriakan kawasan sekolah adalah


mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus
diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu
melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan
setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah.

Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata
pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Seterusnya
adalah mengadakan taman bunga di sekolah. Program sekolah dalam taman
patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan
yang menghijau. Persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar.
Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-
gunungan buatan serta pondok untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa
dan minat untuk menuntut ilmu.

Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula.


Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa
seronok untuk datang ke sekolah yang berseri- seri. Cogan kata ada menyatakan ,
Sekolahku Syurgaku. Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak
sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Kelab atau persatuan kokurikulum
juga digalakkan melukis mural pada dinding sekolah. Suasana Nampak lebih
cantik.

Kesimpulannya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk


menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah
perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.

5.Faedah-faedah mempelajari Komputer


Komputer amat penting pada masa ini kerana banyak perkara terpaksa
dilakukan dengan menggunakan komputer. Oleh sebab itu, wajarlah murid-
murid berusaha menguasai ilmu komputer sejak dari sekolah rendah lagi, bagi
membantu mereka dalam pembelajaran.

Antara faedah mempelajari komputer ialah memudahkan kita


memperoleh pelbagai maklumat yang dikehendaki. Kita boleh mencari pelbagai
maklumat melalui komputer dengan melayari internet.

Selain itu, komputer juga membolehkan kita belajar dengan


menggunakan perisian tertentu atau secara dalam talian. Ini memudahkan
pelajar memahami pelajaran dan menambahkan minat mereka untuk terus
mengikuti pelajaran. Zoom Interaktif ialah suatu kaedah pembelajaran
berkomputer.

Di samping itu, kerja-kerja pendokumenan akan lebih mudah apabila


dilaksanakan oleh seseorang yang mahir komputer.Tambahan pula, dengan
komputer sebarang kesilapan semasa menaip dapat dibetulkan dengan lebih
mudah dan pantas. Kemahiran dalam penggunaan komputer juga dapat
membantu seseorang menguruskan fail atau data-data penting dengan lebih
mudah dan selamat. Ini penting untuk menghindari kita daripada masalah dan
kerugian akibat kehilangan data-data atau fail-fail tersebut.

Dalam pada itu, komputer juga boleh menghiburkan kita. Pelbagai aktiviti
yang menghiburkan dapat dilakukan seperti bermain melalui perisian komputer.
Ini boleh merehatkan minda kita setelah penat belajar, asalkan tidak dilakukan
secara berlebih- lebihan hingga mengabaikan pelajaran. Aktiviti secara santai ini
mampu memupuk emosi yang lebih stabil.

Kesimpulannya, mempelajari komputer mempunyai banyak faedahnya.


Tambahan pula, pada masa ini banyak perkara perlu dilakukan dengan
menggunakan komputer.Oleh itu, tanamkan sikap ingin mempelajari komputer
agar kita tidak ketinggalan dalam arus permodenan.