Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM
PENDIDIKAN SENI VISUAL 2017
“DEORAMA”

NAMA PROGRAM : “DIORAMA KELAB/PERSATUAN BERTEMAKAN ALAM


SEKITAR”

Tarikh : 18 OKTOBER 2017


Masa : 8.00 pg – 2.00 petang

1.0TUJUAN MENGEMUKAKAN KERTAS KERJA

Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran untuk
mengadakan program minggu Pendidikan Seni Visual SK Jengka 11.

2.0 PENDAHULUAN
Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Seni
Visual Sekolah Kebangsaan (Felda)Jengka 11. Ia merupakan satu program tahunan
Panitia Pendidikan Seni Visual. Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar
Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 11 terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual. Program-program yang telah dirancang mampu memberi perangsang
kepada pelajar Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 11 supaya minat terhadap
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan dapat melahirkan pelajar yang
berketerampilan, kreatif dan inovatif.

3.0 MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan
asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah

1
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM

 Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan

 Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
meyeronokkan

 Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.

 Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.

 Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.

 Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.

 Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab.

 Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.

 Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.

 Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang
berfaedah.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran bagi program ini adalah Kelab dan Persatuan Sekolah
Kebangsaan (Felda) Jengka 11
6.0 TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh : 18 oktober 2017
Hari : Rabu

Masa : Waktu Kokurikulum persekolahan


Tempat : Foyer Sekolah Kebangsaan Jengka 11

2
7.0 JADUAL PELAKSANAAN

Tarikh Aktiviti Masa Guru


Bertanggungjawab

18 oktober Majlis Perasmian 7.35 – 8.05 pg Pn Murizan bt Yusoff


2017 Pembukaan

Semua Guru
18 oktober Pertandingan Diorama 11.30 – 1.00 ptg
2017
Semua guru dan murid
1.00 – 2.00 ptg
18 oktober Pameran Hasil Kerja
2017 Murid

Majlis Penutup dan Pn Murizan bt Yusoff


penyampaian hadiah

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Peruntukan kewangan : Wajib ( Pendidikan Seni Visual)

Tarikh Aktiviti Perkara Kos (RM)

Percetakan buku RM 50.00


06 Ogos 2012 Majlis Perasmian
( Isnin ) Pembukaan program
Hadiah
09 Ogos 2012 Pertandingan Diorama
(Khamis) Johan RM 30.00
Tahun 1 : Kad Ucapan Naib Johan RM 20.00
Tahun 2 : Kolaj
Tahun 3 : Topeng Muka Ketiga RM 10.00

Pertandingan
Merekacipta Tahap 2 RM 60.00
(Kumpulan)

Tahun 4 : Kenderaan
Tahun 5 : Alat Muzik
Tahun 6 : Kasut / Selipar

3
10 Ogos 2012 Majlis penutup dan - -
(Jumaat) penyampaian hadiah
Perbelanjaan runcit RM110.00
Jumlah Keseluruhan RM110.00

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

PENASIHAT
EN. SUHAIMI BIN ABDUL RAHIM @
NORDIN
GURU PENOLONG KANAN 1

PENGERUSI
ROSLAN BIN OMAR
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PENYELARAS
FARIZSHAM SYAHRIL BIN MUSTAFA
KETUA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

SETIAUSAHA
SITI HAJAR BINTI MOHAMAD
BENDAHARI
WAN SALMI BINTI WAN NAZRI
AHLI JAWATANKUASA
SEMUA GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

10.0 Penutup

Program ini adalah salah satu rancangan bagi Panitia Pendidikan Seni Visual bagi
tahun 2017 dan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan

4
dari pelbagai pihak terutama dari guru-guru SK (Felda) Jengka 11 dan murid-murid.
Semoga rancangan ini dapat membantu mencungkil bakat dan menarik minat
semua murid dalam mendalami bidang seni.

Disediakan oleh,
Disemak oleh,

..................................................
…………………………….
( FARIZSHAM SYAHRIL BIN
(AISHAH BINTI OTHMAN)
MUSTAFA )
Guru Penolong Kanan HEM
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka
Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka
11
11

Diluluskan oleh,

…………………………….
(SUHAIMI BIN ABDUL RAHIM @ NORDIN)
Guru Penolong Kanan 1
Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 11

Anda mungkin juga menyukai