Anda di halaman 1dari 1

TAENIA

Oleh : Salleh Dermawan

“ ANA nak kurus…” tiba-tiba terdengar suatu yang menyentuh gegendang telinga umi.

Umi tidak terkejut sangat namun begitu agak teruja juga. Selama ini Fauzana Asira

tidak peduli tentang berat badannya langsung. Degil. Tiba-tiba kali ini dia membuat

pusingan u 360 darjah.

“ Dah mula diet dah,” kata Fauzana. Sudah lama fauzana mengidamkan tubuh langsing

dan menawan seperti artis kegilaan dan pujaannya itu. Dia pun sudah tidak tahan asyik

diejek dan disindir oleh rakan-rakan. Kali ini dia akan pastikan ejekan itu hanyalah

pemangkin semangat dia untuk terus berusaha dan membuktikan bahawa dia boleh.