Anda di halaman 1dari 2

Bidang Kurikulum

Written by Administrator

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

- Menjalankan  tugas Pengetua semasa ketiadaannya.


- Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
- Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan
masyarakat dan keselamatan.
- Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
- Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

Kurikulum

- Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya.


- Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
- Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan
bengkel.
- Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
- Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang
baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.

- Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan
tindakan susulan.
- Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan.
- Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.
- Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.

Pengurusan

- Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah


- Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf
sokongan.
- Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.
- Membantu merancang takwim sekolah.

1/2
Bidang Kurikulum

Written by Administrator

- Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.


- Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan.
- Menyelaras semua jenis kutipan yuran
- Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
- Menjadi penandatangani kedua cek sekolah.
- Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.

Pembangunan Diri Pelajar

- Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan


kebersihan sekolah.
- Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar.
- Mengadakan kursus kemahiran pelajar.

Pembangunan Organisasi.

- Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
- Mengadakan kursus/latihan personal.

Pembangunan Kendiri.

- Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.


- Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
- Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
- Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
perguruan.

2/2