Anda di halaman 1dari 2

Kota A Famosa atau Porta de Santiago bermaksud ‘yang termashur’ dalam bahasa

Portugis. Kota ini telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka
pada tahun 1511. Seterusya, A Famosa terletak betul-betul di Bandar Hilir, Melaka
bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Di samping itu,
bangunan A Famosa dibina bagi menangkis serangan orang-orang melayu dan
mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina. Seterusnya, bahan binaan kota
tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan-bangunan lain yang musnah
akibat peperangan pembinaan Kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque.

Selain itu, Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia dapat membantu
Portugis untuk menghadapi sebarang bentuk serangan musuh untuk menakluk
Melaka. Justeru itu, semasa Belanda mahu menakluki Belanda, pasukan itu telah
mengepong Kota tersebut selama 5 bulan. Sementara penduduk yang terperangkap
di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus dan ada juga seorang wanita sanggup
memakan bayinya yang telah mati. Walaubagaimanapun, Kota A Famosa Melaka
masih utuh sehingga kini dan makin ramai pelancong dari dalam dan luar sanggup
berhabis duit bagi melihat struktur-struktur bangunan yang masih kekal di Melaka.
Kebanyakkannya pelancong-pelancong sangat memuji tempat bersejarah ini dan
tempat ini akan dikekalkan bagi memperingati sejarah yang berlaku di Negeri
Melaka.
Pernah rasai pengalaman menjadi lanun dan sukakan debaran seperti
di Penang Escape Theme Park? Inginkan sesuatu yang mencabar? Maka anda
wajib ke The Pirate Adventure yang terletak di Jalan Parameswara, Bandar
Hilir Melaka.

The Pirate Adventure ini adalah ilham daripada Nuevo Attraction &
Destination Sdn. Bhd yang ingin menyediakan indoor attraction yang
menggunakan 5 element dalam hidup kita. Anda sebagai pengunjung
berpeluang untuk merasakan bagaimana menjadi lanun untuk selama 1 hari,
anda akan mencari arah di Lautan Selat Melaka sebelum sampai di hutan
belantara untuk mencari harta karun yang tersembunyi. Dengan peredaran
teknologi dan kecanggihan teknologi masa kini, anda memang akan dapat
merasai sendiri kegerunan ribut dan ombak di lautan luas.
The Pirate Adventure di Melaka pastinya sangat menyeronokkan jika anda
semua dapat pergi bersama-sama dengan rakan atau keluarga. Cuba
bayangkan pelbagai pengalaman, cabaran dan pengembaraan yang bakal
anda lalui bersama mereka yang tersayang. Memang menyeronokkan!

Anda mungkin juga menyukai