Anda di halaman 1dari 15

KESALAHAN-KESALAHAN TATABAHASA YANG SERING BERLAKU.

BIL KESALAHAN PEMBETULAN


1 Mini perpustakaan
2 Zila Restoran
3 Pertiwi Klinik
4 Tilam itu dibuat dari getah asli.
5 Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
6 Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
7 Sara mendapat markah yang tertinggi sekali /
tersungguh tinggi.
8 Husain ialah peserta yang termuda sekali dalam
pertandingan itu.
9 Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa
“Minggu Penyayang”.
10 Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
11 Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
12 Dia kata kepada saya.
13 Jangan lompat.
14 Dia senyum kepada saya.
15 Cili sos
16 Lembu itu mati. la dilanggar lori.
17 Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum.
18 Setengah orang tidak suka akan rambutan.
19 Tiap pelajar harus berdisiplin.
20 Kedua orang itu anggota bomba
21 Sudah dua suku jam dia menunggu
22 Harganya dua setengah ringgit.
23 Muthu suka durian.
24 Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai.
25 Kita mesti hormat guru
26 Tilam itu dibuat dari getah asli.
27 Suhaini lebih tinggi dari abangnya.
28 Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
29 Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
30 Latihan itu mesti dibuat oleh kau.
31 merbahaya
32 tauladan
33 keretapi
34 aturcara
35 mendokong
36 mempastikan
37 mengkebumikan
38 menyonteng
39 menyintai
40 mensasarkan
41 kasih-sayang
42 jawatan kuasa
43 keibu-bapaan
44 lebuhraya
45 mempastikan
46 anti-dadah
47 ko-kurikulum
48 perlantikan
49 urusetia
50 perabut
51 pelakun
52 tips
53 Ramadhan
54 hajjah
55 beterbangan
56 jurukur
57 mampan
58 muslimah
59 juru wang
60 Kereta baru ayah telah dicuri orang.
61 Dia baharu tiba dari Kota Bharu.
62 Rumah baru ayah telah dimasuki pencuri.
63 Baharu petang tadi dia meninggal dunia.
64 Baharu-baharu ini cikgu terpilih sebagai salah seorang
pembentang kertas kerja.
65 Baru-barunya buku kepunyaan cikgu
66 mertua
67 guris
68 mustika
69 istirehat
70 merbahaya
71 kerinting
72 serunding
73 pensil
74 kekanda
75 tips
76 sireh
77 selsema
78 agen
79 cincang
80 guris
68 mustika
69 istirehat
70 merbahaya
71 kerinting
72 serunding
73 pensil
74 kekanda
75 tips
76 sireh
77 selsema
78 agen
79 cincang
"BIASAKAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA"
KESALAHAN-KESALAHAN TATABAHASA YANG SERING BERLAKU.

BIL KESALAHAN PEMBETULAN


1 Mini perpustakaan Perpustakaan mini
2 Zila Restoran Restoran Zila
3 Pertiwi Klinik Klinik Pertiwi
4 Tilam itu dibuat dari getah asli. Tilam itu dibuat daripada getah asli.
5 Sukarmi lebih tinggi dari abangnya. Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
6 Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama. Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
7 Sara mendapat markah yang tertinggi sekali / Sara mendapat markah yang tertinggi .
tersungguh tinggi.
8 Husain ialah peserta yang termuda sekali dalam Husain ialah peserta yang termuda / teramat muda /
pertandingan itu. tersangat muda dalam pertandingan itu.
9 Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa Sekolah itu telah menjalankan pelbagai aktiviti semasa
“Minggu Penyayang”. "Minggu Penyayang"
10 Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan. Beribu-ribu peniaga tidak membayar cukai
pendapatan.
11 Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya. Sesetengah remaja suka membuang masa di pasar
raya.
12 Dia kata kepada saya. Dia berkata kepada saya.
13 Jangan lompat. Jangan melompat.
14 Dia senyum kepada saya. Dia tersenyum kepada saya.
15 Cili sos Sos cili
16 Lembu itu mati. la dilanggar lori. Lembu itu mati dilanggar lori.
17 Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. Mereka yang bersalah akan dihukum.
18 Setengah orang tidak suka akan rambutan. Setengah-setengah orang tidak suka akan rambutan.
19 Tiap pelajar harus berdisiplin. Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin.
20 Kedua orang itu anggota bomba Kedua-dua orang itu anggota bomba
21 Sudah dua suku jam dia menunggu Sudah dua jam suku dia menunggu.
22 Harganya dua setengah ringgit. Harganya dua ringgit setengah.
23 Muthu suka durian. Muthu suka akan durian.
24 Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai.
25 Kita mesti hormat guru Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru.
26 Tilam itu dibuat dari getah asli. Tilam itu dibuat daripada getah asli.
27 Suhaini lebih tinggi dari abangnya. Suhaini lebih tinggi daripada abangnya.
28 Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama. Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
29 Cerpen itu telah dikarang oleh saya. Cerpen itu telah saya karang.
30 Latihan itu mesti dibuat oleh kau. Latihan itu mesti kaubuat.
31 merbahaya berbahaya
32 tauladan teladan
33 keretapi kereta api
34 aturcara atur cara
35 mendokong mendukung
36 mempastikan memastikan
37 mengkebumikan mengebumikan
38 menyonteng menconteng
39 menyintai mencintai
40 mensasarkan menyasarkan
41 kasih-sayang kasih sayang
42 jawatan kuasa jawatankuasa
43 keibu-bapaan keibubapaan
44 lebuhraya lebuh raya
45 mempastikan memastikan
46 anti-dadah antidadah
47 ko-kurikulum kokurikulum
48 perlantikan pelantikan
49 urusetia urus setia
50 perabut perabot
51 pelakun pelakon
52 tips tip
53 Ramadhan Ramadan
54 hajjah hajah
55 beterbangan berterbangan
56 jurukur juruukur
57 mampan mapan
58 muslimah muslimat
59 juru wang Juruwang
60 Kereta baru ayah telah dicuri orang. Kereta baharu ayah telah dicuri orang.
61 Dia baharu tiba dari Kota Bharu. Dia baru tiba dari Kota Bharu.
62 Rumah baru ayah telah dimasuki pencuri. Rumah baharu ayah telah dimasuki pencuri.
63 Baharu petang tadi dia meninggal dunia. Baru petang tadi dia meninggal dunia.
64 Baharu-baharu ini cikgu terpilih sebagai salah seorang Baru-baru ini cikgu terpilih sebagai salah seorang
pembentang kertas kerja. pembentang kertas kerja.
65 Baru-barunya buku kepunyaan cikgu Baharu-baharunya buku kepunyaan cikgu
66 mertua mentua.
67 guris gores
68 mustika mestika
69 istirehat istirahat
70 merbahaya berbahaya
71 kerinting keriting
72 serunding serondeng
73 pensil pensel
74 kekanda kakanda
75 tips tip
76 sireh sirih
77 selsema selesema
78 agen ejen
79 cincang cencang
80 guris gores
68 mustika mestika
69 istirehat istirahat
70 merbahaya berbahaya
71 kerinting keriting
72 serunding serondeng
73 pensil pensel
74 kekanda kakanda
75 tips tip
76 sireh sirih
77 selsema selesema
78 agen ejen
79 cincang cencang
PENGGUNAAN ‘ KALA DAN KALI’
Penggunaan kala dan kali kerap menimbulkan kesilapan kepada pengguna bahasa Melayu, lebih-lebih lagi
yang kurang prihatin. Lihat perbezaan penggunaan kala dan kali di bawah:-

KALA
kadangkala
sediakala
tatkala
apakala
dahulukala
manakala
senjakala
KALI
sering kali
acap kali
kerap kali
beberapa kali
dua kali

IMBUHAN SANSKRIT...!
Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ini telah lama terserap ke dalam sistem bahasa Bahasa
Melayu.Imbuhan Sanskrit ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu:-
=Imbuhan Awalan - { maha-, tata-, swa-, panca-, tuna-, eka-, dwi-, tri-,}
=Imbuhan Akhiran - { -wan, -man, -nita }
Awalan maha-
maha + rani > maharani
maha + dewa > mahadewa
maha + guru > mahaguru
maha + siswa > mahasiswa
maha + raja > maharaja
Namun apabila awalan maha- digandingkan dengan kata adjektif, imbuhan tersebut dieja berasingan.
Lihat contoh di bawah:-
maha + mulia > maha mulia
maha + besar > maha besar
maha + agung > maha agung
maha + adil > maha adil
Awalan tata-
tata + bahasa > tatabahasa
tata + adat > tataadat
tata + tertib > tatatertib
tata + hukum > tatahukum
tata + negara > tatanegara
KEKELIRUAN KOSA KATA...!
Dalam Bahasa Melayu, terdapat banyak perkataan yang hampir sama dari segi bunyi sebutan dan
maknanya. Hal ini demikian boleh menimbulkan kekeliruan kepada pengguna bahasa itu sendiri
menyebabkan penggunaannya menjadi tidak gramatis.
Untuk melihatkan perbezaan penggunaan perkataan-perkataan tersebut, sila teliti penggunaannya dalam
ayat-ayat di bawah:-
1. setengah / sesetengah
Setengah daripada kuih itu telah dimakannya.
Sesetengah pelajar tidur ketika guru mengajar.
2.jarang / jarang-jarang
Rambut orang tua itu semakin jarang.
Dia jarang-jarang ke rumah saya.
3.menjemput / mengundang
Saya pergi menjemput ayah di lapangan terbang.
Pihak sekolah mahu mengundang pakar motivasi tersohor itu.
4.pelanggaran / perlanggaran
Pelanggaran hukum Allah berlaku sewenang-wenangnya pada masa ini.
Perlanggaran kereta dengan lori itu menyebabkan dua orang terbunuh.
5.boleh / dapat
"Awak boleh balik awal hari ini", beritahu guru kepada Ali.
Adik saya sudah dapat menyelesaikan masalah Matematik itu.
6.ramai / banyak
Majlis persandingan itu sungguh ramai.
Banyak pelajar yang belum menjelaskan yuran pendaftaran.
7.agung / agong
Mesyuarat agung PIBG akan diadakan pada minggu hadapan.
DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong akan mencemarkan duli ke majlis itu.

DIKESAMPINGKAN...!
Perkataan dikesampingkan wujud atau tidak?
Perkataan ini yang kata dasarnya ialah 'samping' telah mengalami proses pengimbuhan imbuhan awalan
berangkap 'dike-' dan akhiran '-kan'. Hal ini demikian juga berlaku kepada perkataan-perkataan di bawah:-
diketepikan
diketengahkan
dikeluarkan
dikemukakan
Maksud dikesampingkan ialah diketepikan atau sesuatu yang ditolak atau kurang mendapat perhatian
disebabkan sesuatu perkara.
PUN 'JAUH', PUN 'DEKAT'...!
Penggunaan 'pun' dalam penulisan bahasa Melayu juga boleh menimbulkan permasalahan besar kepada
sesetengah pengguna bahasa, terutamanya yang tidak begitu endah tentang hukum bahasa. Sepertimana
bunyi tajuk di atas'pun jauh dan pun dekat', sebenarnya penggunaan 'pun' terbahagi kepada dua cara,
iaitu :
i.satu yang dieja jauh (terpisah)
ii. satu lagi yang dieja dekat (rapat).
Perbezaan cara penggunaannya yang menyebabkan timbulnya kekeliruan.

Untuk makluman pembaca, 'pun' dieja secara rapat apabila kata 'pun' itu tergolong
daripada kata hubung atau penanda wacana. Lihat contoh di bawah:-
sungguhpun
sekalipun
walaupun
biarpun
ataupun
bagaimanapun
kendatipun

Manakala 'pun' yang membawa makna juga dieja secara jauh atau terpisah. Lihat
makna pun dalam ayat contoh di bawah:-
Saya pun seorang guru.
Saya juga seorang guru

Penggunaan 'pun' dan juga dalam ayat di atas boleh ditukar ganti kerana mempunyai makna
yang sama. Maka apabila menggunakan kata 'pun' yang membawa makna juga/jua hendaklah dijauhkan
atau dijarakkan. Lihat contoh di bawah:-
Alipun seorang pekerja kilang. X
Kereta itupun kepunyaan ayah saya. X
Merekapun berasal dari Kelantan. X
Sepatutnys penggunaan 'pun' dalam ayat-ayat di atas mestilah dijarakkan kerana membawa makna juga.
Pembetulannya ialah:-
Ali pun seorang pekerja kilang.
Kereta itu pun kepunyaan ayah saya.
Mereka pun berasal dari Kelantan.
PT3: KESALAHAN EJAAN...!

ARAHAN SOALAN:
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan itu dan tulis ejaan
yang betul pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1.Beliau amat mengagumi bakat serba boleh dan populariti lagenda seni tanah air itu.
2.Setiap sekolah mestilah memamerkan pelan lokasi bilik kelas di tempat yang strategik.
3.Amin mengerjakan solat Dzohur di surau sekolahnya kerana terpaksa balik lewat kerana kegiatan
kokurikulum.
4.Segelintir atlit negara diberikan latihan intensif di seberang laut untuk mempertingkatkan kemahiran
mereka.
5.Projek perumahan raksaksa akan dibina secepat mungkin di kawasan petempatan baharu itu.
6.Penceramah subjek Bahasa Melayu PT3 itu suka memberikan tips panduan belajar kepada bakal calon
PT3 2015.
7.Mutakhir ini kebanyakkan pelajar sibuk mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan semakin dekat.
8.Rambut adik yang kerinting itu bertambah cantik apabila dipakaikan skaf oleh ibu.
9.Saya tidak dapat masuk ke kelas kamu pada hari ini kerana ada mesyuarat panatia Sains.
10.Analisa keputusan percubaan PT3 baru-baru ini tidak begitu memuaskan Tuan Pengetua.

Jawapan:-
............................
............................
............................
............................
............................
............................
............................
............................
............................
............................
KATA HAMPIR SAMA...!

Dalam bahasa Melayu, terdapat golongan kata yang sama, hampir sama dari segi ejaan dan bunyi sebutan
namun mempunyai makna atau maksud yang berbeza. Hal ini kadang-kadang memberikan masalah
kepada sesetengah pelajar membezakan makna atau maksudnya dan bagaimana penggunaannya dalam
ayat.

Contoh kata hampir sama:-


hemah dengan hemat
jarang dengan jarang-jarang
pekarangan dengan perkarangan
setengah dengan sesetengah / setengah-setengah
taksir dengan tafsir
pandang dengan pindang
perah dengan peras
pucuk dengan pecut
merentas dengan meretas
telur dengan telor
meramaskan dengan merimaskan
pura dengan pura-pura
mendudukkan dengan menduduki
sedat dengan sendat
mulus dengan tulus
tunggal dengan tunggul
merasa dengan berasa
betul dengan betul-betul
oleh dengan oleh-oleh
ada dengan ada-ada
sangga dengan sanggah
carik dengan calit
asuh dengan asah
lewat dengan lewah
baru dengan baharu
para dengan para-para
jemput dengan jemputan
apa dengan apa-apa
tembak dengan tembuk

Banyak lagi perkataan yang tergolong dalam kategori seperti yang disebutkan di atas. Jika berkesempatan,
Cikgu akan menjelaskan maksud dan bagaimana cara penggunannya dalam ayat melalui 'post' yang akan
datang.
SOALAN EJAAN...!

2. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kami berdoa kepada Allah semuga mengampunkan dosa-dosa yang pernah kami lakukan.

______________

(ii) Setengah-setengah atlit negara menerima latihan intensif di luar negara untuk memastikan

mereka beroleh kemahiran dan keyakinan yang tinggi.

_________________

(iii) Ibu singgah di Pasaraya Cermat untuk membeli sos cili, sos bilis dan rempah kari daging.

________________

[ 3 markah ]

KESALAHAN EJAAN IMBUHAN

kebanyakkan > kebanyakan


mempercepatkan > mempercepat / mencepatkan
memperolehi > memperoleh
perlantikan > pelantikan
mensasarkan > menyasarkan
mententeramkan > menenteramkan
menyintai > mencintai
juru cakap > jurucakap
pra-sekolah > prasekolah
anti dadah > antidadah
mempastikan > memastikan
60an > 60-an
merbahaya > berbahaya
menghadkan > mengehadkan
KESALAHAN EJAAN KATA MAJMUK
kuatkuasa > kuat kuasa
janakuasa > jana kuasa
campurtangan > campur tangan
campuraduk > campur aduk
tanggung jawab > tanggungjawab
jawatan kuasa > jawatankuasa
keretapi > kereta api
matapelajaran > mata pelajaran
ulangkaji > ulang kaji
wawan cara > wawancara
ibupejabat > ibu pejabat
hari bulan > haribulan
kata-kata aluan > kata alu-aluan

KESALAHAN EJAAN KATA PINJAMAN


perabut > perabot
pelakun > pelakon
lanskap > landskap
tips > tip
ibadah > ibadat
masaalah > masalah
pamiran > pameran
dzuhur > zuhur
redha > reda
ramadhan > ramadan
stesyen > stesen
kontingen > kontinjen
hadith > hadis
maksima > maksimum
minima > minimum
hajjah > hajah
KESALAHAN EJAAN KATA SENDI
ke60 > ke-60
ke -V > ke V
KESALAHAN EJAAN GANTI NAMA
diri mu > dirimu
kepada Mu Tuhan > kepada-Mu Tuhan
ku ambil > kuambil
MENGUBAH / MERUBAH / MEROBAH...!

Pengimbuhan untuk kata 'ubah' sedikit mengelirukan pengguna bahasa, terutamanya pengguna bahasa
yang kurang prihatin. Kata ubah boleh menggunakan imbuhan-imbuhan seperti:-

ubah + ber- = berubah / berubah-ubah

ubah + meng- = mengubah

ubah + meng -kan = mengubahkan

ubah + ter- = terubah

ubah + per-an = perubahan

ubah + peng- = pengubah

ubah + peng-an = pengubahan

ubah + memper-kan = memperubahkan

Ada sesetengah pengguna bahasa yang menggunakan imbuhan yang 'tidak wujud' sesuka hati sehingga
wujudlah perkataan baharu yang terbukti SALAH dari segi ejaannya. Sila perhatikan perkataan yang
dimaksudkan di bawah:-

merubah X

Wujudnya perkataan di atas hasil pengimbuhan ubah + mer = merubah. Perkataan merubah tidak BETUL
dari segi ejaan kerana tidak wujud sebenarnya imbuhan 'mer' dalam bahasa Melayu. Kes ini juga berlaku
pada ejaanmerbahaya, iaitu bahaya + mer = merbahaya. Jadi jelaslah bahawa ejaan
perkataan merubah dan merbahayaadalah SALAH.
Bagaimana pula dengan ejaan perkataan merobah? Adakah ejaan ini betul atau salah?

Untuk kes ini, mungkin banyak yang tidak tahu atau sedar. Sebenarnya ejaan perkataan merobah yang
juga membawa maksud mengubah adalah BETUL.

Perkataan robah wujud dan sama erti dengan ubah. Jika diimbuhkan dengan imbuhan awalan me- akan
terbentuklah perkataan merobah.

robah + me- = merobah

Contoh ayat:-

Munculnya dia dalam hidup telah merobah peganganku tentang agama Islam.

RAMADAN / RAMADHAN...!
Contoh kesalahan ejaan...!
Perkara ini agak mengelirukan jika kita tidak merujuk buku panduan atau orang yang prihatin akan ejaan
bahasa Melayu. Sebenarnya, semua ejaan bagi perkataan bahasa Arab yang dimelayukan telah
mengalami proses tertentu, dan biasanya bunyi sebutan perkataan Arab tersebut telah dimelayukan juga.
Maka ejaan-ejaan perkataan tersebut mestilah dieja dengan betul. Misalnya:-

Ramadan bukannya Ramadhan


Zuhur bukannya Dzohor / Dzuhur / Zohor
ibadat bukannya ibadah
hajah bukannya hajjah
masalah bukannya masaalah
muhibah bukannya muhibbah
azab bukannya adzab
fardu bukannya fardhu
sunat bukannya sunnat
azan bukannya adzan
reda bukannya redha
hijab bukannya hijab
Aidilfitri bukannya Aidil Fitri / Idulfitri / Aidul Fitri

2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1.Pemuda itu dicalonkan sebagai juru pandu dalam ekspedisi itu kerana beliau anak jati kawasan tersebut.
______________________________________

Bagi ayat di atas, kesalahan ejaannya ialah perkataan juru pandu. Juru pandu sepatutnya dieja rapat
kerana 'juru' merupakan kata imbuhan yang semestinya dieja rapat dengan semua kata dasar. Contoh lain
seperti:-
juruselam
juruterbang
juruukur
jurucakap
jururunding dll.
Contoh perkataan lain yang mungkin disoal dalam PT3 nanti ialah:-
sireh sepatutnya [>] sirih
analisa > analisis
patriotism > patriotisme
jimat-cermat > jimat cermat
memperolehi > memperoleh
memperdalamkan > memperdalam / mendalamkan
redha > reda
samada > sama ada
pasaraya > pasar raya
pensil > pensel
mengenepi > mengetepi
baru > baharu
datuk ku > datukku
masaalah > masalah
50an > 50-an
eletrik > elektrik
seringkali > sering kali
pelakun > pelakon
INTERNET, WHATSAPP...!

Kesempatan kali ini, cikgu akan berkongsi pendapat tentang kecuaian pelajar ketika mengarang dari aspek
kesalahan ejaan. Sebahagian besar daripada pelajar dapat menguasai sistem ejaan dengan baik, namun
kadangkala disebabkan kecuaian, kesilapan mengeja sesuatu perkataan yang mudah boleh berlaku.
Misalnya kesilapan ejaan dari segi penggunaan huruf besar atau huruf kecil di permulaan setiap perkataan
kerana ketidakpastian pelajar sama ada sesuatu perkataan tersebut tergolong dalam kategori kata nama
am atau kata nama khas.

Cuba lihat contoh kesalahan ejaan di bawah:-


internet sepatutnya dieja Internet (nama khas)
twitter sepatutnya dieja Twitter (nama khas)
facebook sepatutnya dieja Facebook (nama khas)
blogspot sepatutnya dieja Blogspot (nama khas)
whatsapp sepatutnya dieja Whatsapp (nama khas)
google sepatutnya dieja Google (nama khas)
mata pelajaran sejarah sepatutnya dieja mata pelajaran Sejarah (nama khas)

Kesilapan lumrah yang lain pula seperti penggunaan tanda baca (" ") atau (' ') pada frasa peribahasa,
seperti:-
"bagai menangguk di air keruh" sepatutnya bagai menangguk di air keruh.
"melentur buluh biarlah dari rebungnya" sepatutnya melentur buluh biarlah dari rebungnya.
'seperti anjing dengan kucing' sepatutnya seperti anjing dengan kucing.
IMBUHAN PINJAMAN

BIL SALAH BETUL

1. ko-kurikulum kokurikulum

2. ko-akademik koakademik

3. dwi-tahunan dwitahunan

4. dwi-bahasa dwibahasa

5. dwi-jurusan dwijurusan

6. anti-dadah antidadah

7. anti-sosial antisosial

8. anti-kerajaan antikerajaan

9. anti merokok antimerokok

10. antiYahudi anti-Yahudi

11. tata tertib tatatertib

12. tata-hukum tatahukum

13. tata adat tataadat

14. pro-kerajaan prokerajaan

15. pro pembangkang propembangkang

16. Juru bahasa jurubahasa

17. Juru-jurubahasa Jurubahasa-jurubahasa

18. pra-universiti prauniversiti

19. pra sekolah prasekolah

20. praRamadan Pra-Ramadan

21. sub golongan subgolongan

22. auto-biografi autobiografi

23. panca delima pancadelima

24. eka bahasa ekabahasa


EJEN / AGEN / EJENSI / AGENSI...?

Empat bentuk perkataan di atas sering memeningkan kepala pengguna bahasa Melayu yang prihatin akan
makna dan cara penggunaannya yang betul. Bagi pengguna bahasa yang tidak begitu prihatin, perkara
sebegini dianggap remeh sahaja.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan kata 'ejensi' sebenarnya SALAH dan tidak gramatis jika
diguna pakai. Contoh kesalahan penggunaan kata 'ejensi' dalam ayat, ialah:-

Semua ejensi kerajaan terlibat dalam program itu.

Ejensi swasta diminta memberikan kerjasama yang positif menangani gejala dadah dalam masyarakat.

Sebenarnya kata 'ejensi' yang merujuk maksud badan, pertubuhan atau syarikat sepatutnya dieja sebagai
agensi. SEPATUTNYA ayat di atas ditulis begini:-

Semua agensi kerajaan terlibat dalam program itu.

Agensi swasta diminta memberikan kerjasama yang positif menangani gejala dadah dalam masyarakat.

Bagi kata 'ejen' dan 'agen' pula, kedua-duanya BETUL tetapi membawa makna yang berbeza.

Ejen bermakna wakil atau orang yang mewakili sesuatu badan, syarikat atau pertubuhan, contoh ayat:-

Ayah saya bekerja sebagai ejen insurans.

Ejen FBI itu ditangkap kerana terlibat dalam komplot menjatuhkan kerajaan.

Agen pula membawa makna sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas atau proses,
contohnya:-

Serangga dan angin juga menjadi agen pendebungaan yang besar pengaruhnya.

Ombak, angin, hujan dan glasier merupakan agen hakisan yang boleh mencorakkan bentuk muka bumi.

Anda mungkin juga menyukai