Anda di halaman 1dari 7

KEM BESTARI SOLAT KEM 1 / j-QAF SK KIPAKU, TAMBUNAN

1.0 PENDAHULUAN

Bestari Solat merupakan salah satu modul aktiviti yang terkandung di


dalam program pelaksanaan j-QAF yang telah dilaksanakan bermula tahun
2005. Program j-QAF ini adalah cetusan idea daripada YAB Dato‟ Seri Abdullah
Ahmad Badawi , Perdana Menteri Malaysia. Dengan adanya program ini,
matlamat kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia akan memastikan
murid–murid di tahun satu yang berumur 7 tahun akan dapat menguasai dan
mendalami pengetahuan Agama Islam secara berperingkat – peringkat.
Program perintis ini akan berterusan sehingga murid – murid di tahun satu hingga
ke tahun 6.
Menyedari hakikat bahawa golongan remaja merupakan aset yang
paling berharga kepada negara pada masa hadapan, maka pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui guru–guru j-QAF telah mengambil
langkah drastik bagi mendidik dan membimbing murid–murid bermula dibangku
sekolah rendah lagi. Ini bertepatan dengan ajaran Islam yang menggalakkan
umatnya agar dapat mendidik anak-anak ketika umur 7 tahun lagi. Bak kata
pepatah “ melentur buluh biar dari rebungnya.” Hal ini diperkuatkan lagi melalui
hadis Nabi Shallallahu ‟Alaihi Wa Sallam yang bermaksud “ anak–anak itu
dilahirkan ibarat kain putih, maka ibu bapa yang akan mencorakannya ”.
Kami berharap melalui program ini, murid–murid akan dapat menghayati
dan menjiwai pengajaran yang terkandung dalam Agama Islam melalui solat
dan amalan–amalan lain yang dituntut oleh Islam. Selain daripada itu,mereka
akan terdidik supaya menjadi insan soleh yang taat kepada perintah Allah, Rasul
serta ibubapa dan seterusnya menjadi warganegara yang patuh dan taat
kepada undang–undang negara.

2.0 MATLAMAT

Kem bestari solat adalah salah satu program j-Qaf yang dilaksanakan
bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tatacara berwudhuk dan
pelaksanaan solat, di samping memastikan murid-murid boleh berwudhuk dan
menunaikan solat dengan betul dan sempurna dari segi bacaan dan
perbuatan.

3.0 RASIONAL

Solat merupakan tuntutan yang yang telah diperintahkan oleh Allah


Subhanahu Wa Ta‟ala ke atas seluruh umat Islam, tanpa mengira bangsa, paras
rupa dan warna kulit. Sebagaimana firmanNya di dalam Al-Quran Al-Karim;
“Tunaikanlah solat dan tunaikanlah zakat serta taatlah kepada Allah dan Rasul-
Nya.” [Surah Al-Mujadilah:13] Maka sudah menjadi kewajipan bagi setiap orang
Islam menunaikan solat sehari semalam lima waktu, kerana ia merupakan
perintah Allah yang wajib dilaksanakannya sebagaimana termaktub dalam Al-
Quran Al-Karim. Oleh itu, program ini bertujuan memberi kesedaran kepada
para pelajar tentang kewajipan menunaikan perintah Allah tersebut yakni solat.
KEM BESTARI SOLAT KEM 1 / j-QAF SK KIPAKU, TAMBUNAN

Di samping memberikan pendedahan tentang hukum-hakam dan tatacara


pelaksanaannya yang betul supaya para pelajar dapat melaksanakanya
mengikut tatacara solat yang betul sebagaimana yang telah dicontohkan oleh
Rasulullah Shallallahu „Alaihi Wa Sallam.

4.0 OBJEKTIF

Objektif Umum ;
4.1 Pelajar dapat mengambil wudhu‟ dengan cara yang betul dan dapat
memahami segala perbuatan wudhu‟.

4.2 Pelajar dapat memahami segala perbuatan solat, samada dari segi rukun,
syarat–syarat sah sembahyang, sunat dan juga perkara yang membatalkan
solat.

4.3 Pelajar dapat melaksanakan solat dengan sempurna, samada secara


individu mahupun berjemaah.

4.4 Pelajar dapat menguasai bacaan dan mengaplikasikannya dalam solat


dengan betul dan lancar.

Objektif Khusus ;

Murid-murid tahun 1 dapat :


Berwudu‟ dengan sempurna.

Mengetahui perlakuan solat dengan sempurna.



Mengetahui bacaan-bacaan di dalam solat.

Murid-murid tahun 2 dapat:


Membezakan anggota rukun dan sunat wudu‟

Menguasai bacaan dan perlakuan dalam solat

Mengetahui cara-cara menunaikan solat.

Murid-murid tahun 3 dapat:


Melafazkan niat solat berjemaah dengan betul dan lancar.

Melafazkan bacaan Tahiyat Awal dan Akhir dengan betul

Membaca dan menghafaz surah-surah pendek ( al-Masad, al-Kafirun, al-

Kauthar )
KEM BESTARI SOLAT KEM 1 / j-QAF SK KIPAKU, TAMBUNAN

Menyatakan perkara-perkara yang membatalkan wudu dan solat.

Murid-murid tahun 4 dapat :


Menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah.

Menyatakan anatara muafik dan masbuk.

Membaca dan menghafaz surah al-qariah, al-adiat dan al-zalzalah dengan

betul dan lancar.

Berwudu‟ dengan sempurna.

Melafazkan azan.

Murid tahun 5 dapat :


Menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah.

Menyatakan anatara muafik dan masbuk.

Membaca dan menghafaz surah al-qariah, al-adiat dan al-zalzalah dengan

betul dan lancar.

Berwudu‟ dengan sempurna.

Melafazkan azan.

Murid tahun 6 dapat :

5.0 PELAKSANAAN

Hari : Sabtu

Tarikh : 18 April 2009

Masa : 08.00 pm – 6.00 pm

Tempat : Dewan SK Gurun (P).

6.0 KUMPULAN SASARAN

:: Pelajar-pelajar j-QAF Tahun 1, 2, 3, 4 , 5 & 6 sesi 2013.


KEM BESTARI SOLAT KEM 1 / j-QAF SK KIPAKU, TAMBUNAN

7.0 SUMBER KEWANGAN

:: Sumber Kewangan Sekolah = RM1624.00


:: Duit Tabung Kutipan Guru j-QAF = RM500.00

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1.

JUMLAH KESELURUHAN : RM

9.0 ATUR CARA PROGRAM


MASA PERKARA
KEM BESTARI SOLAT KEM 1 / j-QAF SK KIPAKU, TAMBUNAN

10.0 PENUTUP

Kem Bestari Solat ini amatlah penting untuk dilaksanakan oleh pihak sekolah
kerana ia merupakan salah satu program j-QAF yang telah diperkenalkan oleh
kerajaan demi untuk memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi
negara, di samping memastikan setiap pelajar- pelajar yang beragama Islam
mampu menunai dan melaksanakan solat dengan cara yang betul dan
sempurna. Sehubungan itu, program ini juga adalah untuk merealisasikan hasrat
serta matlamat kerajaan dalam pelaksanaan program j-QAF di peringkat
sekolah rendah. Sekaligus, dapat melahirkan pelajar-pelajar yang beriman dan
bertakwa kepada Allah.

Disediakan oleh;

………………………………………….

(________________________________)
Penyelaras Kem Bestari Solat,
Sekolah Kebangsaan Gurun (Pusat),
08300 Gurun,
Kedah Darul Aman.
KEM BESTARI SOLAT KEM 1 / j-QAF SK KIPAKU, TAMBUNAN

11.0 LAMPIRAN

11.1 PELAKSANAAN AKTIVITI PROGRAM


* Taklimat & Penerangan

* Latihan amali wuduk

* Amali solat

* Tayangan Video Amali Wudhuk & Solat

* Solat Berjemaah

* Jamuan

* Penutup

11.2 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : Tn. Haji Ridzuan Bin Haji Husein


Penasihat : En. Fauzi Bin Ibrahim
Pengerusi : En. Mohd Asri Bin Hussain
Pengarah : En. Muhammad Yasir Bin Fakhrurazi
Setiausaha : Pn. Shaukiah Hanim Binti Azizan
Pen. Setiausaha : En. Mohamad Syahmi Bin Harun
Bendahari : Pn. Norhaniza Binti Mohd Noor
Pen. Bendahari : Cik Nur Hazwani Binti Hasseim
Urusetia : En. Mohamad Syahmi Bin Harun : Cik Nur Hazwani Binti Hasseim
Jamuan : Pn. Hasnah Binti Salleh : Pn. Shaukiah Hanim Binti Azizan
Disiplin : Pn. Norhaniza Binti Mohd Noor

Dokumentasi : En. Pauzi Bin Abd. Latiff

URUSETIA / FASILITATOR
1) Ustaz Md. Asri Bin Md. Hussein

2) Ustaz Muhammad Yasir Bin Fakhrurazi

3) Ustaz Mohamad Syahmi Bin Harun

4) Ustazah Norhaniza Binti Mohd Noor

5) Ustazah Shaukiah Hanim Binti Azizan

6) Ustazah Nur Hazwani Binti Hasseim


KEM BESTARI SOLAT KEM 1 / j-QAF SK KIPAKU, TAMBUNAN

7) Ustazah Latipah Binti Musa

8) Ustazah Hjh. Haton Binti Haji Din

9) Ustazah Hasnah Binti Salleh

10) Ustazah Maizun Binti Majid

11) Ustazah Siti Alpah Binti Ani

12) Ustazah Mardziah Binti Gani

Anda mungkin juga menyukai