Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSS ZON BARAT 2015

03 MAC 2015
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN
MSS ZON BARAT TAHUN 2015

PENGENALAN

Bola sepak merupakan satu sukan yang amat popular di negara kita Malaysia pada masa
kini. Keadaan ini juga dapat kita lihat turut menular dalam kalangan pelajar sekolah
rendah. Melalui sukan bola sepak ini dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan para
pelajar kita. Oleh yang demikian Sekolah Kebangsaan Padang Berampah telah
mengambil satu inisiatif untuk menyertai pertandingan bola sepak yang akan dianjurkan
oleh SK Pekan, Sipitang bertujuan bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili
Zon Barat dalam pertandingan bola sepak peringkat daerah Sipitang.

MATLAMAT

Matlamat menyertai pertandingan ini adalah untuk memupuk dan menyemai semangat
kesukanan dalam kalangan pelajar. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik para
pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam bidang
sukan.

OBJEKTIF

1. Melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi
juga dalam bidang ko-kurikulum.
2. Membina kesedaran tentang kepentingan bidang sukan terhadap pelajar Sekolah
Kebangsaan Padang Berampah.
3. Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri pengalaman dalam
menyertai sesuatu pertandingan amnya pertandingan bola sepak.
4. Membina, memupuk dan melahirkan pelajar yang kuat dari aspek fizikal dan jati
diri serta mampu bersaing dalam mana-mana pertandingan.
PERTANDINGAN

Pertandingan ini adalah merupakan Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 MSS Zon
Barat 2015 anjuran SK Pekan, Sipitang.

TARIKH, MASA, DAN TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 5 Mac 2015

Masa : 7.00 Pagi hingga 5.00 Petang

Tempat: Padang Majlis Daerah Sipitang.

KOS PERBELANJAAN

PERKARA NILAI

A. Makanan & minuman peserta 30 orang x RM 5.50 RM 165.00

B. Pengangkutan peserta SKPB » PDG RM 50.00

PDG » SKPB RM 50.00

Jumlah RM 265.00

PENUTUP

Diharapkan pertandingan ini dapat berjalan dengan lancar. Sekadar penyertaan sahaja
tidak akan memberi erti. Namun, semangat untuk bersaing dan semangat juang yang
tinggi akan memastikan para peserta beroleh kemenangan dan sekaligus dapat
mengharumkan nama sekolah.
Disediakan oleh,

(OSMAN BIN WAYDIN)


Penolong Kanan Kokurikulum
Sk. Padang Berampah,
Sipitang, Sabah.

Disahkan oleh,

(KHAMIS BIN NAYAN)


Guru Besar,
SK Padang Berampah,
Sipitang, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai