Anda di halaman 1dari 3

Majlis Sukan Sekolah Larut, Matang & Selama

Kejohanan Sofbol MSSDaerah 2018

Peraturan Pertandingan
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Sofbol Antarabangsa
(ISF-Fast Pitch) Terkini.
1.2 Tertakluk kepada Peraturan Am MSSM terkini.
1.3 Peraturan untuk kategori umur 12 & 18 tahun ke bawah tertakluk kepada pindaan yang
telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Teknikal MSSPk.

2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan berpasukan antara sekolah 12 tahun dan ke bawah bahagian lelaki dan
perempuan.
2.2 Pertandingan berpasukan antara sekolah 18 tahun dan ke bawah bahagian lelaki dan
perempuan.

3. KELAYAKAN PEMAIN
3.1 Semua pemain mestilah mematuhi Peraturan Am (3) & (4) MSSM
3.2 Kategori 12 tahun dan ke bawah
3.2.1 Semua pemain bagi pertandingan adalah berumur 12 tahun dan ke bawah dan
kiraan umur adalah pada 1 Januari 2018 atau dilahirkan pada atau selepas 1
Januari 2006.
3.2.2 Semua peserta peringkat umur 12 tahun & ke bawah hendaklah bersedia
menunjukkan salinan sijil kelahiran / MyKid / Kad Pengenalan yang disahkan
oleh Guru Besar / Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan.

3.3 Kategori 18 tahun dan ke bawah


3.3.1 Semua pemain bagi pertandingan adalah berumur 18 tahun dan ke bawah dan
kiraan umur adalah pada 1 Januari 2017 atau dilahirkan pada atau selepas 1
Januari 2000.
3.3.2 Semua pemain diwajibkan membawa kad pengenalan asal.

4. PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN


4.1 Setiap pasukan mesti mempunyai tidak lebih dari 15 pemain dan tidak melebihi 2
jurulatih dan seorang pengurus pasukan.
4.2 Setiap pasukan mesti disertai oleh PENGURUS PASUKAN pada masa perlawanan
dijalankan.
4.3 Hanya pegawai yang terdaftar dalam borang pendaftaran dibenarkan masuk ke dalam
padang permainan.
4.4 Pendaftaran: Sebarang perubahan atau pindaan pada borang pendaftaran dibenarkan pada
hari pertama pertandingan dengan borang pendaftaran yang ditandatangani oleh
Pengetua/Guru besar atau PK Koko sekolah masing-masing dengan cop rasmi.
4.5 Semua proses pendaftaran pemain mesti mematuhi Peraturan Am (4) MSSM.

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Sila rujuk Peraturan Am (11) MSSM.
5.2 Tempoh perlawanan:
5.2.1 Kategori 12 tahun dan ke bawah
5.2.1.1 Semua perlawanan pusingan awal, kedua
5.2.1.1.1 Adalah selama 1 jam atau 7 inning.
5.2.1.1.2 Tiada inning baru akan dibuka selepas 50 minit perlawanan
dijalankan.
5.2.1.2 Jika mana-mana pasukan melebihi lawannya dengan 15 larian dalam
inning pertama, 10 larian dalam inning kedua atau 7 larian dalam
inning ketiga selepas tamat giliran memukul, perlawanan itu hendaklah
ditamatkan dan pasukan tersebut dikira menang.
5.2.1.3 Perlawanan akhir adalah selama 1 jam 10 minit atau 7 inning.
Perlawanan tempat ke3 & 4 adalah 1 jam
5.2.2 Kategori 18 tahun dan ke bawah
Majlis Sukan Sekolah Larut, Matang & Selama
Kejohanan Sofbol MSSDaerah 2018
5.2.2.1 Semua perlawanan pusingan awal
5.2.2.1.1 Adalah selama 1 jam atau 7 inning.
5.2.2.1.2 Tiada inning baru akan dibuka selepas 50 minit perlawanan
dijalankan.
5.2.2.2 Jika mana-mana pasukan melebihi lawannya dengan 15 larian dalam
inning pertama, 10 larian dalam inning kedua atau 7 larian dalam
inning ketiga selepas tamat giliran memukul, perlawanan itu hendaklah
ditamatkan dan pasukan tersebut dikira menang.
5.2.2.3 Perlawanan pusing kedua adalah selama 1 jam 10 minit atau 7 inning.
5.2.2.4 Perlawanan akhir adalah selama 1 jam 30 minit atau 7 inning.
Perlawanan tempat ke3 & 4 adalah 1 jam sahaja
5.2.3 Setelah tamat tempoh masa perlawanan, permainan mestilah ditamatkan jika
pasukan memukul kedua (second-at-bat) mendahului lawan.

6. KAEDAH MENENTUKAN KEPUTUSAN


6.1 Pemberian mata dalam pusingan awal adalah seperti berikut:
Menang - 2 mata
Kalah - 1 mata
Kalah tanpa bertanding - 0 mata
6.2 Jika dua atau lebih mempunyai jumlah mata yang sama, kedudukan pasukan akan ditentukan
mengikut prosedur berikut:
6.2.1 Keputusan perlawanan-perlawanan pasukan-pasukan terbabit diambilkira.
Pasukan yang mempunyai bilangan kalah yang paling rendah akan diletakkan
dikedudukan yang lebih tinggi.
Jika seri,
6.2.2 Keputusan perlawanan antara pasukan terbabit diambilkira.
6.2.2.1 Jika dua pasukan terbabit, pasukan yang menang akan diletakkan pada
kedudukan yang lebih tinggi.
atau,
6.2.2.2 Jika 3 atau lebih pasukan terbabit, larian kena pada semua perlawanan
semasa pusingan tersebut akan diambilkira. Pasukan yang mempunyai
larian kena yang paling rendah akan diletakkan pada kedudukan yang
paling tinggi.
Jika seri,
6.2.3 Larian kena dalam perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan-pasukan
terbabit akan diambilkira. Pasukan yang mempunyai larian kena yang paling
rendah akan diletakkan pada kedudukan yang paling tinggi.
Jika seri,
6.2.4 Melalui cabutan undi. Pasukan pertama yang dipilih akan diletakkan pada
kedudukan yang paling tinggi.
Definisi ‘larian kena’ – Jumlah larian yang diperolehi oleh pihak lawan.

7. PAKAIAN / PERALATAN
7.1 Sila rujuk Undang-undang Antarabangsa Permainan Sofbol.
7.2 Pemain mesti memakai pakaian seragam. Nombor pemain mestilah disematkan di
belakang pakaian seragam itu. Dua pasukan yang bertanding tidak boleh memakai
pakaian seragam yang sama warna KECUALI pada pendapat Pengadil Plet kedua-dua
pasukan dapat dibezakan semasa pertandingan.
7.3 Face Mask, Catcher’s Helmet, Throat Protector, Chest Protector dan Legguard adalah
wajib untuk catcher semasa pertandingan.
7.4 Batter’s Helmet adalah wajib dipakai oleh pemukul menunggu, pemukul, pelari bes dan
pemain yang menjadi jurulatih di petak jurulatih.

7.5 Pasukan lelaki wajib memakai topi yang seragam semasa memadang.

8. KELEWATAN
8.1 Hanya 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawan
akan diberi kemenangan percuma dengan 2 mata dan larian 7-0 untuk perlawanan
tersebut sahaja.
Majlis Sukan Sekolah Larut, Matang & Selama
Kejohanan Sofbol MSSDaerah 2018
8.2 Pengecualian kepada perkara 8.1 boleh diberikan oleh Jawatankuasa Penganjur jika pada
pendapatnya kelewatan adalah diatas sebab-sebab yang munasabah dan tidak dapat
dielakkan.

9. BANTAHAN
9.1 Bantahan keatas perkara-perkara teknikal hendaklah diselesaikan di atas padang dan
keputusan Ketua Pengadil adalah muktamad.
9.2 Perkara-perkara berkenaan hal kelayakkan pemain akan diselesaikan oleh Lembaga
Rayuan.
9.3 Bantahan atas perkara 9.2 hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan dengan
wang pertaruhan sebanyak RM300.00 tidak lewat dari 1 jam selepas tamat perlawanan.
Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan yang dibuat ditolak.

10. LEMBAGA RAYUAN


10.1 Sila rujuk Peraturan Am (14) MSSM
10.2 Terdiri daripada:
10.2.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya
10.2.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
10.2.3 Penyelaras Teknik dan Pembangunan Sukan (Sofbol) MSS Daerah
10.2.4 Ketua Pengadil Kejohanan
10.2.5 Seorang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat

11. BOLA PERTANDINGAN


Bola Rasmi Kejohanan adalah Bola optic warna hijau.

12. SPESIFIKASI PADANG


12.1 Jarak antara bes dan jarak picing adalah seperti berikut:

Kategori Jarak Antara Bes Jarak Picing


Lelaki 12 Tahun & ke bawah 50 kaki 38 kaki
Lelaki 18 Tahun & ke bawah 60 kaki 46 kaki
Perempuan 12 Tahun & ke bawah 50 kaki 35 kaki
Perempuan 18 Tahun & ke bawah 60 kaki 40 kaki

13. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Perkara yang tidak dinyatakan dalam PERATURAN AM MSSM dan PERATURAN
PERTANDINGAN ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan
adalah muktamad.

Disediakan oleh:
CHARLES ALEXANDER LESSLAR
PTPS Sofbol MSSDaerah
Larut, Matang & Selama

Anda mungkin juga menyukai