Anda di halaman 1dari 36

EDU 3106

BUDAYA PEMBELAJARAN
Pengenalan

• Suasana pembelajaran jauh berubah


• Terdedah dengan pelbagai perkembangan
• Berjaya mengangkat martabat pendidikan negara ke
persada dunia.
• Pembelajaran di dalam bilik darjah – wujud pelbagai
kaum
• Pelbagai latar budaya
• Untuk dedahkan hal ini, pendidik perlu mengetahui
konsep budaya di Malaysia
• Termasuk kepelbagaian kelompok untuk membentuk 1
Malaysia

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Pengertian dan Konsep Budaya

• Budaya-merangkumi setiap aspek kehidupan


masyarakat
• Tidak kira agama, bangsa dan kaum.
• Perkataan budaya berasal daripada cantuman
perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa
pengertian berikut:
• Budhi (Sanskrit); kecergasan fikiran dan akal

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Konsep Budaya

• “Suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan


tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam,
sikap dan nilai”.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


• Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit
iaitu buddhayah yang merupakan bentuk jamak dari
buddhi (budi atau akal) diertikan sebagai hal-hal yang
berkaitan dengan budi dan akal manusia.
• Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut culture
yang berasal dari perkataan Latin, colere, iaitu
bermaksud mengolah atau mengerjakan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


• Membawa maksud :

• Budaya itu adalah kecergasan akal fikiran seseorang


yang akan menentukan tahap pemikiran mereka dalam
menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya
mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan
tersebut.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


• Daya (Melayu) ; kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh

• Memberi maksud seseorang individu itu menggunakan


segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh yang
semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


• Bila digabungkan menjadikan maksud :
• Budaya merupakan kebolehan seseorang individu
menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fkiran ke
arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi
menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya
berupaya menyelesaikan permasalahan tersebut.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


• Penyelesaian yang diambil tersebut boleh diterima oleh
semua ahli masyarakat dan menjadi amalan bersama.
• Amalan yang diterima ini akan dijadikan budaya dalam
kehidupan mereka.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


• Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai:
• Keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi
cara bertindak, berkelakuan dan berfikir.
• Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok
yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.
• Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke
masyarakat lain
• Namun ada beberapa persamaan dalam beberapa
aspek seperti bahasa, objek kebendaan, amalan
agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dll.
• Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola
kebudayaan sejagat.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


• Nik Safiah Haji Abdul Karim:
• Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa
menggerakkan jiwa. Penggerak ini dimiliki oleh semua
individu dan melaluinya sesuatu perkara itu dapat
dilaksanakan.
• Ini bermaksud bahawa kemampuan seseorang
menggunakan segala tenaga sama ada berbentuk
fizikal mahupun rohani, kearah menggerakkan jiwa bagi
mencapai hasrat yang diingini.
• Hasrat dan nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak
bercanggah dengan kehendak masyarakat dan diterima
serta dipersetujui untuk diamalkan bersama.
• Nilai tersebut akan membentuk norma dalam
masyarakat.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Menurut Kamus Dewan (2005):
• Kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir) berkelakuan
dsb.
• Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup
yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi
sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik,
agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


• Kebudayaan sangat erat hubungannya dengan
masyarakat.
• Segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat
ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh
masyarakat itu sendiri (Melville J. Herskovits &
Bronislow Malinowski)

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


• Menurut Andreas Eppink, kebudayaan
mengandungi keseluruhan pengertian, nilai,
norma, ilmu pengetahuan serta keseluruhan
struktur sosial, agama dan termasuk juga
segala pernyataan intelektual dan astistik yang
menjadi ciri khas sesuatu masyarakat.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


• Ahli Antropologi Edward B. Tylor memberikan definisi:-
• “Culture is that complex whole which includes knowledge, belief, arts, morals, law,
custom and any other capabilities and habits acquired by man as a member of
society”

• Menurut Edward B. Taylor, kebudayaan merupakan keseluruhan


yang kompleks yang di dalamnya terkandung pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan
kemampuan-kemampuan lain yang diperolehi seseorang sebagai
anggota masyarakat.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


• Sebagai insan sosial, manusia mempelajari tentang
peranannya dalam masyarakat melalui proses
pembudayaan (enculturation).
• Proses ini bukanlah proses biologi di mana budaya itu
diturunkan dari generasi ke generasi secara genetik.
• Hakikatnya, budaya itu dipelajari melalui interaksi sosial
antara ahli-ahli masyarakat.
• Budaya itu suatu cara hidup yang dikongsi bersama
yang merangkumi nilai-nilai, kepercayaan dan pantang-
larang yang diperturunkan dalam sesebuah masyarakat
daripada satu generasi ke generasi melalui proses
pembudayaan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


• Sebagai kesimpulan:
• Dari segi bahasa merupakan satu cara hidup yang
diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat pada masa
kini.
• Dari segi istilah : merujuk kepada satu cara hidup yang
diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran,
nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir
seseorang dalam menghadapi sesuatu perkara atau
situasi.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


• Dalam konteks pendidikan;
• Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada
budaya masyarakat.
• Murid-murid dididik untuk berbudaya sebagaimana
dikehendaki oleh masyarakat.
• Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi
budaya di sesebuah sekolah

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


• Sebagai pendidik:
• Menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan
pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan
bukan material mengikut acuan Malaysia.
• Penting bila murid keluar dari sistem persekolahan
mempunyai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh
pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai
kaum

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Guru harus terap nilai budaya melalui:
• Pendidikan formal
• Kurikulum
• Ko-kurikulum

Dalam kelompok murid di Malaysia,meliputi semua aspek;


• Lokasi
• Pekerjaan ibu bapa
• Pendidikan yang diterima
• Status ekonomi
• Sosial
• Keturunan
• Kuasa politik
• Bangsa,
• Bahasa
• Adat resam
• Kepercayaan
• jantina Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Pola dalam budaya dikategorikan kepada beberapa
aspek yang boleh dinyatakan seperti berikut;
(a) Wajib-individu hanya mempunyai satu cara untuk
melakukannya. Tiada pilihan lain dan hanya perlu patuh
kepada pola yang tersedia ada
(b) Prefered- yang lebih digemari. Kita mempunyai
pilihan untuk melakukan budaya yang ada tetapi satu
daripadanya lebih digemari.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


(c) Tipikal- ada beberapa cara melakukannya tetapi
tidak satupun digemari tetapi satu daripadanya lebih
kerap dilakukan
(d) Alternatif- ada beberapa cara melakukannya tanpa
ada sesuatu yang digemari
(e) Terhad – cara melakukan sesuatu itu dibenarkan
tetapi untuk orang tertentu sahaja.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Ciri-Ciri budaya:
• (a) Boleh dipelajari
• (b) Boleh dikongsi
• (c) Bersifat sejagat
• (d) Boleh diwarisi
• (e) Sentiasa berubah
• (f) Mempunyai unsur simbolik
• (g) Mempunyai pandangan semesta

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Ciri-ciri Budaya

• Ferraro (2006) menyenaraikan lapan ciri-ciri


budaya:
• (a) Budaya dikongsi
• (b) Budaya dipelajari
• (c) Budaya “tidak kelihatan”
• (d) Budaya mempengaruhi proses-proses
biologi
• (e) Budaya saling berubah (Inovasi/Difusi)
• (f) Kesejagatan budaya
• (g) Budaya adaptif dan maladaptif
• (h) Budaya bersifat integratif
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
(a) Budaya Dikongsi

• Budaya adalah sesuatu fenomena sosial yang dikongsi


oleh sekumpulan ahli masyarakat dan masing-masing
maklum tentang maksud sesuatu objek, idea atau
kelakuan dalam konteks budaya tersebut.
• Contohnya, masyarakat Melayu di sini mengamalkan
adab bersopan-santun ketika menziarahi rumah orang
lain. Lazimnya, kita akan memberi salam ketika sampai
ke rumah jiran dan menghulurkan tangan untuk
bersalaman.
• Perkara ini difahami antara orang Melayu sebagai adab
sopan ketika menziarahi rumah orang.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


(b) Budaya Dipelajari

• Budaya itu tidak diwarisi secara genetik.


• Budaya itu dipelajari ketika kita berinteraksi dengan
persekitaran sosial melalui proses enkulturasi.
• Budaya dipelajari ketika kita sedang membesar dalam
masyarakat di mana kita dilahirkan.
• Budaya itu penting kerana ia membantu kita menangani
cabaran-cabaran kehidupan yang bakal kita lalui.
Sebenarnya, apa-apa masalah yang kita hadapi telah
pun dihadapi dan ditangani oleh orang-orang terdahulu
yang lebih berpengalaman.
• Kanak-kanak cuma perlu mempelajari cara-cara
menangani masalah tersebut daripada “senior-senior”
mereka.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
(c) Budaya Tidak Kelihatan

• Budaya itu sebenarnya sudahpun sebati dengan jiwa


kita sebagai insan sosial sehinggakan ia “tidak
kelihatan.”
• Kita tidak menyedari bahawa budaya sentiasa
mempengaruhi tindak-tanduk dan pemikiran kita kerana
ia telah menjadi tabiat yang dilakukan secara automatik.
• Contohnya, semua orang pasti memberus gigi pada pagi
hari. Ini sudah menjadi kelakuan biasa dalam rutin
harian sehinggakan kita tidak perlu berfikir tentangnya
dan mengarah diri kita; “Saya perlu gosok gigi pada pagi
ini.”

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


(d) Budaya Mempengaruhi Proses Biologi

• Sebagai insan biologi, manusia mempunyai kehendak-


kehendak biologi yang sama seperti perlu makan,
minum, tidur, berlindung, berkumuh, dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, cara kita memenuhi kehendak-
kehendak tersebut bergantung kepada adat resam
budaya kita tersendiri.
• Sebagai insan sosial, kita merujuk kepada budaya kita
untuk melaksanakan proses-proses biologi menurut
norma-norma yang diterima pakai oleh masyarakat kita.
• Contohnya, masyarakat Melayu mementingkan sama
ada makanan mereka halal atau tidak.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


(e) Budaya Saling Berubah
• Budaya saling berubah melalui proses perubahan dari masa ke
semasa dan berlaku melalui dua cara:
i. Inovasi
• Ini merujuk kepada idea-idea baru yang boleh digunakan untuk
memajukan sesebuah masyarakat. Jika sesuatu inovasi itu diterima
pakai oleh masyarakat secara meluas, ia akan mencetus perubahan
budaya. Contohnya, penciptaan kereta sebagai kenderaan utama
yang digunakan untuk pengangkutan telah mengubah cara hidup
dan budaya masyarakat moden.
ii. Difusi Budaya
• Ini berlaku apabila elemen-elemen dalam sesuatu budaya merebak
kepada budaya-budaya yang lain. Contoh, budaya MTV, yang
berasal daripada industri muzik Amerika Syarikat, telah banyak
mempengaruhi tingkah laku remaja secara global
• Difusi budaya lebih kerap mempengaruhi perubahan budaya
berbanding inovasi kerana ianya lebih mudah untuk meniru corak
hidup budaya lain daripada mencipta sesuatu yang baru.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
(f) Kesejagatan Budaya
• Semua bangsa mempunyai sistem kepercayaan
yang menggariskan nilai-nilai moral dan cara hidup
yang tersendiri.
• Agama mungkin berbeza, tetapi yang penting
mereka mempunyai panduan tentang moraliti dan
perlakuan baik, iaitu mereka mempunyai „agama.‟
• Keteraturan hidup mengikut apa yang yang telah
ditentukan oleh sistem moraliti, nilai dan norma
dalam setiap budaya.
• Peraturan inilah yang menjadi garis panduan bagi
seseorang itu bertindak dalam pergaulannya
sebagai individu sesama insan sosial yang lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
(g) Budaya Adaptif dan Maladaptif
• Salah satu sifat budaya yang memastikan kelangsungan
masyarakat manusia ialah sifat adaptifnya.
• Pada zaman dahulu, manusia primitif perlu
mendapatkan sumber-sumber daripada alam semula
jadi seperti makanan, air, kayu api, kulit binatang dan
sebagainya untuk terus hidup.
• Budaya memungkinkan manusia mengawal dan
menggunakan alam persekitarannya untuk kepentingan
diri sendiri. Contohnya, manusia telah mencipta
peralatan untuk memburu binatang, menebang pokok,
menghidupkan api dan sebagainya.
• Sifat adaptif budaya memastikan manusia terus kekal
dan dominan di muka bumi.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


(g) Budaya Adaptif dan Maladaptif
• Budaya juga boleh bersifat maladaptif, iaitu tidak
menyumbang kepada kelangsungan masyarakat
manusia.
• Aspek negatif boleh membawa kepada kehancuran
masyarakat manusia dalam jangka masa panjang.
contohnya, tabiat merokok adalah suatu budaya
yang agak meluas dan diterima secara global.
Tetapi jika kita merenung sejenak tentang fenomena
sosial ini, sudah tentu kita akan bersetuju bahawa
merokok merupakan budaya yang maladaptif
kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan
mencemarkan udara.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


(h) Budaya Bersifat Integratif
• Budaya merangkumi pelbagai aspek yang saling berkait
rapat antara satu sama lain seperti ekonomi, pendidikan,
keluarga, agama, kerajaan, kepimpinan, teknologi,
keluarga, sistem perubatan, seni hiburan dan
keupacaraan.
• Aspek-aspek ini tidak berdiri sendiri tetapi saling
mempengaruhi antara satu sama lain.
• Sesuatu perubahan kepada mana-mana aspek budaya
akan mencetuskan perubahan pada aspek-aspek yang
lain.
• contohnya, apabila sesebuah negara mengalami
kemelesetan ekonomi, ini akan turut menjejaskan aspek-
aspek budaya yang lain. Institusi keluarga mungkin
goyah kerana ramai orang akan berasa tertekan akibat
dibuang kerja.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Terdapat tujuh unsur kebudayaan sebagai cultural
Universal iaitu:-
1. Peralatan dan kelengkapan hidup manusia
2. Mata pencarian hidup dan sistem ekonomi
3. Sistem kemasyarakatan
4. Bahasa
5. Kesenian
6. Sistem pengetahuan
7. Sistem kepercayaan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Rujukan

Ferraro, Gary. (2006). Cultural anthropology: An applied


perspective (6th ed.). Belmont: Thomson Wadsworth.

Kottak, Conrad Phillip. (2006). Anthropology: The exploration of


human diversity (11th ed.). Boston: McGraw Hill Higher
Education.

Scupin, Raymond & DeCorse, Christopher R. (2004).


Anthropology: A global perspective (5th ed.). New Jersey:
Pearson Education, Inc.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Anda mungkin juga menyukai