Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM PERJUMPAAN WARIS MURID TAHUN 6

SJKT LADANG MAYFIELD 13300 TASEK GELUGOR.

1.0 PENDAHULUAN

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah merupakan satu penilaian khusus

yang diwajibkan kepada pelajar sekolah rendah sebelum menamatkan persekolahan

darjah enam. Peperiksaan ini dianggap penting kerana ia menggambarkan kesemua apa

yang dipelajari di sekolah rendah. Maka dengan itu, perjumpaan ibu-bapa telah dijadikan

satu program wajib bagi sekolah pada tahun ini. Perjumpaan ibu-bapa tahun 6 adalah satu

medium yang diguna bagi melaporkan prestasi murid-murid tahun 6 disamping

dijadikan satu medan untuk membincangkan isu-isu pembelajaran murid tahun 6.

Perkongsian pintar ini mampu dijadikan landasan memperbaiki pendidikan anak-anak mereka malah ibu-bapa juga
boleh memastikan dan mengenalpasti kelemahan dan juga kekuatan anak-anak mereka dalam menghadapi peperiksaan
UPSR 2017.

Program ini bukan sahaja menumpukan perbincangan daripada segi perancangan

dan pengurusan murid-murid tahun 6, ia juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan

intelek murid-murid tahun 6 selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin

melahirkan insan yang seimbang dalam semua aspek JERI (Jasmani, Emosi, Rohani &

Intelektual). Program ini dilihat sebagai satu program yang amat sesuai dijalankan dan

sewajarnya mendapat perhatian yang lebih daripada ibu-bapa kerana ia sedikit sebanyak

mampu memberikan perangsang kepada murid-murid tahun 6 untuk terus

berjaya di dalam UPSR. Oleh itu, penganjuran program ini diharapkan mampu meningkatkan prestasi murid.

5
2.0 RASIONAL

2.1 Untuk Kecemerlangan murid tahun 6/ 2017

3.0 MATLAMAT

Perjumpaan ibu bapa adalah satu wadah yang dapat membantu sekolah dari segi;

3.1 Melaporkan kepada ibu-bapa mengenai prestasi semasa pelajar semasa

sepanjang proses pembelajaran di sekolah.

3.2 Ibu-bapa dapat memberikan tindakan sewajarnya kepada anak di bawah

jagaannya agar seiring dengan targat sekolah.

4.0 OBJEKTIF

Di akhir setiap program perjumpaan ibu-bapa, diharapkan semua ibu-bapa dapat;

4.1 Berkongsi pengalaman di dalam perancangan program-program UPSR dalam meningkatkan prestasi anak anak
mereka.

4.2 Mempelajari serta memahami serba sedikit tentang format kertas peperiksaan yang diduduki oleh anak
mereka.

4.3 Menasihatkan dan memastikan anak terus berusaha dan mematuhi arahan guru dalam meningkatkan prestasi
pencapaian anak mereka

5.0 TARIKH

3.8.2017

6.0 LOKASI

Bilik Darjah Tahun 6

7.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini diikuti oleh ibu,bapa murid murid tahun 6. Berikut ialah bilangan ibubapa yang hadir ke program ini.

8.1 Ibu/Bapa/Penjaga murid : 18 orang

Jumlah sasaran : 18 orang

5
AHLI JAWATANKUASA INDUK BENGKEL PENULISAN YANG BAIK 2017

Guru Besar:Pn.Sumothy

Timbalan Pengerusi : En.M.Kumar

Guru Penolong Kanan Kurikulum

Naib Pengerusi I : Pn. Letcumi (PK HEM)

Setiausaha : Pn. G.Sarojini

Ahli Jawatankuasa : Semua murid tahun 1-6

Tentatif Program

8.30 : Pendaftaran waris

9.00 : Ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar

10.00 :Makan dan minum petang

12.00 :Bersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut ialah anggaran perbelanjaan kasar yang dianggarkan di sepanjang program :

Bil Perkara Anggaran

1. Makan dan minum Minum pagi

RM 3.00 x 90orang = RM 210

2. Photostat Kertas =RM 30

JUMLAH RM240

SUMBER PERUNTUKKAN : PIBG

5
12. PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak pengelola agar program ini mendapat kelulusan daripada

pihak pentadbiran sekolah agar matlamat asal pelaksanaan program ini dapat dicapai.

Pihak kami juga menaruh harapan yang amat tinggi agar program ini mendapat sokongan

dan pertolongan yang sepenuhnya daripada pihak pentadbiran sekolah kerana dengan

adanya program ini, maka akan lahirlah ibu-bapa yang lebih sensitif dan juga peka

terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.

Disediakan oleh; Disemak oleh:

……………………………….. ………………………………

(THAMAYANTHI KANAGASAWAI) (SUTHMOTHY PAPPU PILLY)

Setiausaha Guru Besar

Program Perjumpaan Waris SJKT LADAMG MAYFIELD

SJKT LADANG MAYFID

Anda mungkin juga menyukai