Anda di halaman 1dari 4

Kuantiti dan Unit Elektrik

Kuantiti yang diukur dalam elektrik ialah cas, kuasa, arus, voltan dan rintangan.

Cas

Tenaga elektrik terdiri daripada cas positif yang dibawa oleh proton dan negative oleh
elektron. Suatu objek dikatakan bercas positif jika mempunyai lebih bilangan proton, dan
bercas negative jika mempunyai lebih bilangan elektron. Jika bilangan proton dan elektron
sama bilangan, maka dikenali sebagai neutral. Kuantiti cas elektrik yang dibawa oleh satu
proton dan satu elektron adalah sama besar. Kuantiti cas elektrik (Q) ini disukat dalam unit
Coulomb. Satu coulomb cas ialah jumlah cas yang dipunyai oleh 6.25 ×
1018 elektron. Contoh: Seutas dawai tembaga mempunyai 25.96 x 1016 elektron bebas.
Berapakah jumlah cas yang terdapat dalam dawai tersebut? Hitung nilai arus yang mengalir
dalam satu litar elektrik apabila 75 coulomb cas elektrik melalui titik tertentu selama 30 saat.

Voltan

Voltan ialah tenaga keupayaan yang membolehkan arus mengalir dalam litar. Tenaga
keupayaan ini dikenali sebagail daya gerak elektrik (DGE). DGE memberi tekanan berbentuk
medan elektrik yang membolehkan arus mengalir melalui beban dalam litar. Arus akan
mengalir dari titik tekanan tinggi ke titik tekanan rendah.
Daya gerak elektrik dan beza upaya diukur dalam unit volt. Simbolnya adalah V.

Rintangan

Rintangan merupakan kuantiti yang menghadkan pengaliran arus elektrik dalam sesuatu
litar. Jumlah pengaliran arus dalam litar adalah bergantung kepada nilai rintangan yang
terdapat pada litar tersebut. Nilai rintangan yang rendah dalam litar membolehkan
pengaliran arus yang tinggi manakala nilai rintangan tinggi hanya membenarkan pengaliran
arus yang rendah. Pengalir yang panjang dan mempunyai luas permukaan yang lebar akan
menghasilkan rintangan yang tinggi berbanding dengan pengalir yang pendek dan
mempunyai luas permukaan kecil. Unit bagi rintangan ialah ohm (Ω). Simbolnya ialah R.

Penyelesaian:

Diberi : bilangan elektron dawai tembaga ialah 25.96 x 1018


1 coulomb ialah 6.25 × 1018 elektron.

Oleh itu: Cas (Q) = 24.96 x 1018


6.25 × 1018

= 4 coulomb
Arus
Arus elektrik ialah pergerakan elektron bebas di antara atom-atom. Unit pengukuran arus
elektrik ialah ampere (A). Satu ampere bersamaan satu coulomb cas elektrik yang bergerak
melalui satu titik dalam satu saat. Di sini, satu coulomb(Q) cas bersamaan dengan 6.25 ×
1018elektron.

Di sini, I adalah mengaliran arus, Q ialah cas elektrik dan t ialah masa dalam saat.
Simbol arus ialah I dan unitnya adalah ampere (A).

Contoh:

Penyelesaian:

Diberi: Q = 75 c dan t = 30 s

Arus (I) = Cas (Q)


Masa (t)

= 75 /30
= 2.5 c/s
= 2.5 A

pengalir dan Penebat


Pengalir adalah bahan yang boleh membenarkan pengaliran arus elektrik melaluinya
dengan mudah. Biasanya, pengalir terdiri daripada logam. Pengalir yang baik biasanya
mempunyai elektron valensi kurang daripada 4 elektronnya. Contoh bahan pengalir adalah
seperti di Jadual 1.1.

Bilangan Elektron
Kumpulan Elemen Simbol
Atom valensi

Pengalir Emas Au 79 +1

Perak Ag 47 +1

Kuprum Cu 29 +1

Besi Fe 26 +2

Aluminium Al 13 +3
Sumber: Basic Electronics, (1987)

Jadual 1.1: Contoh Elemen Pengalir


Daripada Jadual 1.1, jelas menunjukkan bahawa pengalir yang baik seperti emas,
perak dan kuprum mempunyai elektron valensi +1 . Elektron valensi ini akan mudah
digerakkan atu dialirkan dari satu atom ke atom yang lain. Aliran arus dalam suatu
pengalir tidak dapat bergerak bebas disebabkan halangan daripada electron dan
atom-atom dalam pengalir tersebut. Halangan ini dikenali sebagairintangan. Suatu
bahan pengalir yang mempunyai rintangan yang rendah adalah pengalir yang baik.

Rintangan pada pengalir bergantung kepada empat faktor;

i. Panjang pengalir: Semakin panjang suatu bahan pengalir, semakin tinggi


rintangannya.
ii. Luas muka keratan Pengalir : Semakin luas permukaan suatu bahan,
semakin rendah rintangannya
iii. Jenis Bahan : Bahan yang berlainan mempunyai rintangan yang berbeza
iv. Suhu : Kebiasaannya semakin tinggi suhu bahan, semakin tinggi rintanganya

Penebat ialah bahan yang menghalang pengaliran arus elektrik melaluinya. Penebat boleh
dikelaskan sebagai unsur bukan logam. Biasanya penebat mempunyai 8 elektron valensi. Ini
menyebabkan atom tersebut stabil dan elektronnya susah digerakkan atau dialirkan dari
orbit valensi. Keadaan ini menyebabkan penebat mempunyai rintangan yang sangat tinggi
dan ini menyebabkan arus elektrik tidak dapat mengalir melaluinya. Penebat digunakan
sebagai pelindung pengalir. Ini dapat mengelakkan pengalir daripada memintas atau
bersentuhan sesama sendiri. Contoh penebat ialah kaca, mika, getah, seramik, plastik dan
kayu.

Struktur Atom
Semua jirim terddiri dari atom. Rajah 9 dibawah menunjukkan struktur asas suatu atom.
Dibahagian tengah ialah nukleus dan dikelilingi oleh elektron. Nukeus terdiri dari zarah-
zarah yang dinamakan proton dan neutron. Proton bercas positif manakla neutron tidak
bercas. Kedua-dua zarah ini sentiasa kekal pada kedudukannya.

Struktur Asas Atom

Atom mempunyai electron yang sentiasa bergerak mengelilingi nucleus dalam orbit
atau shell. Elektron membawa cas negative dan beratnya ialah 1/1840 berat proton.
Bilangan proton bergantung kepada jenis atom, misalnya karbon mempunyai 6 elektron,
kuprum mengandungi 29 elektron dan sebaginya. Dalam keadaan biasa bilangan elektron
sesuatu atom adalah sama dengan bilangan proton.
Atom mempunyai orbit berlapis. Setiap orbit mempunyai bilangan elektron dan paras tenaga
tertentu. Orbit paling luar sekali dikenali sebagi orbit valensi. Elektron pada orbit valensi
dikenali sebagai elektron valensi. Bilangan maksimun yang boleh ditampung oleh setiap orbit
ditentukan dengan menggunakan formula 2n2, dimana n mewakili nombor orbit mengikut
keduudkan nukleus. Bagi memudahkan penentuan bilangan elektron, orbit ditandakan
dengan huruf K,L,M,N dan seterusnya.

Elektron akan bergerak mengelilingi nuklues dalam orbitnya. Elektron-elektron ini kekal
beredar dalam orbitnya kerana kesan daya tarikan di antara proto dengan elektron. Elektron
yang berada hampir dengan nukleus lebih kuat ikatannya Ianya sukar untuk dikeluarkan dari
orbitnya berbanding elektron yang berada jauh dari nukleus. Oleh itu jika elektron pada orbit
valensi dikenakan dengan tenaga luar maka ia akan keluar dari orbitnya dan menjadi
elektron bebas. Terdapat beberapa cara untuk mengeluarkan elektron valensi dari orbitnya.
Antaranya ialah tindakan haba, aruhan magnet, kimia, cahaya, tekanan dan elektrik.
Bilangan elektron valensi sesuatu atom menentukan ciri bahan atom itu.

Elektron Valensi Bahan Unsur


1,2 dan 3 Pengalir Kuprum, emas, alluminium
4 Separa pengalir Karbon, Silikon, Germanium
2,6 atau 7 Penebat Posferus, sulfur

Jadual 1: Kategori Bahan berdasarkan Bilangan elektron Valensi

Jika dua objek yang berlainan cas dihampirkan,objek tersebut akan menarik antara satu
sama lain. Sebaliknya, jika dua objek mempunyai cas yang sama ianya akan menolak antara
satu sama lain. Ini dikenali sebagai Hukum cas elektrik dan menjadi asas dalam memahami
bagaimana aliran arus elektrik terjadi.

Anda mungkin juga menyukai