Anda di halaman 1dari 8

SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (1)

“ MODUL INSTA ME ”

MENINGKATKAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS


DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
MELALUI EKSPRESI DIRI DI KEPSYEN INSTAGRAM

Disediakan oleh :
PN HAJARIAH BT KASRAN

PN MUNAUWARAH BT MORNI
MENINGKATKAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DI KALANGAN PELAJAR
SEKOLAH MELALUI EKSPRESI DIRI DI KEPSYEN INSTAGRAM

ABSTRAK

Tugas seorang guru matapelajaran Bahasa Inggeris (B.I) bukan mudah, tambah-tambah lagi bila
ditugaskan untuk mengajar pelajar yang berbilang tahap penguasaan bahasaa Inggeris itu sendiri.
Hakikat ini juga dirasai oleh penyelidik itu sendiri, sebagai guru matapelajaran B.I Tingkatan 4, 3 dan
2 di SMK Putrajaya Presint 9(1), Putrajaya. Banyak faktor yang mempengaruhi keadaan demikian.
Antaranya, pengaruh media sosial untuk mengekspresi diri, terutamanya instagram dan muka buku.
Ini sangat jelas kelihatan semasa menanda kertas peperiksaan dan ujian. Oleh itu, penyelidik
membuat keputusan untuk mengkaji sejauh mana Instagram memberi kesan kepada kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) Bahasa Inggeris dikalangan pelajar. Kajian tindakan ini akan berfokus
kepada keberkesanan penggunaan instagram sebagai wadah mengekspresi diri sekaligus
meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam Bahasa Inggeris.

ISU KAJIAN

Majoriti pelajar yang sederhana dan lemah dalam B.I mengelak untuk menjawab soalan KBAT
Bahasa Inggeris kerana kurang motivasi diri. Mereka secara amnya mempunyai perbendaharaan kata
yang luas namun kurang bermotivasi untuk mempersembahkan dalam penulisan akademik. Oleh itu
mereka memilih untuk mempersembahkannya dalam media Instagram yang sememangnya menjadi
bahan bualan dikalangan pelajar masa kini. Dengan menggunakan instagram, pengguna boleh
mengambil gambar dan terus memuat naik ke laman – laman sosial media lain seperti Facebook,
Twitter dan Flickr. (Lux 2011).

FOKUS KAJIAN

Semenjak kemahiran berfikir aras tinggi diperkenalkan dalam setiap peperiksaan awam di negara ini,
murid seringkali gagal untuk memberi jawapan tepat dalam setiap peperiksaan peringkat sekolah
mahupun dalam peperiksaan awam. Ini menyebabkan mereka gagal untuk mendapat markah
cemerlang atas. Oleh itu, penyelidik memfokuskan komponen KBAT dalam mengekspresi diri sebagai
kajian tindakan untuk membantu pelajar menguasai aspek tersebut.

OBJEKTIF KAJIAN

Diakhir kajian, diharapkan murid-murid akan mencapai objektif berikut:


i. Mengekspresi diri dalam bahasa inggeris dalam laman sosial instagram
ii. Menjawab soalan berunsurkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
KUMPULAN SASARAN

Responden kajian terdiri daripada 4 orang pelajar tingkatan 4, 4 orang pelajar tingkatan 3 dan 5
orang pelajar tingkatan 2 dengan pelbagai tahap penguasaan Bahasa Inggeris.

PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Tinjauan Awal Masalah


Langkah awal yang diambil oleh penyelidik ialah mengenal pasti masalah utama murid untuk
mengekspresi diri dalam soalan KBAT. Pelajar gagal mendapat markah penuh dalam bahagian
tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data peperiksaan pertengahan tahun 2017 untuk
bahagian tersebut.

5.2. Tindakan Yang Dijalankan

Pemerhatian dijalankan. Guru mengikuti perkembangan laman sosial Instagram setiap responden.
Fokus diberi kepada ekspresi diri pelajar dalam Bahasa Inggeris. Gambar skrin diambil sebagai data
sebelum tugasan kajian diberikan di laman Instagaram. Pemerhatian kali kedua dijalankan.
Perkembangan ekspresi diri pelajar dalam bahasa inggeris diambil. Gambar skrin diambil sekali lagi.

5.3. Refleksi kajian

Hasil dapatan kajian, terdapat peningkatan markah untuk bahagian soalan KBAT dalam peperiksaan
percubaan PT3 dan Ujian 2, 2017.
LAMPIRAN A

SENARAI MARKAH

MARKAH
BIL NAMA TING
SEBELUM (PPT) SELEPAS (UB2) JULAT
1 KHAYRIN IZZAH BT MOHD HUSSEIN 4 FIKRAH 0 3 3
2 MUHAMMAD NABIL IRFAN BIN ABD RAHMAN 4 FIKRAH 0 3 3
3 MUHAMMAD NUR HAFIZ BIN MOHD ZAID 4 FIKRAH 1 4 3
4 ULFAH THAQIFAH BINTI AZMI 4 FIKRAH 1 4 3
5 AKMAL ASYRAF B AZZAMAN 3 AMANAH 2 4 2
6 MUHAMMAD HAKIMI B RAMLI 3 AMANAH 1 4 3
7 NAJWA BT ABD HAMID 3 AMANAH 1 3 2
8 NURIN AISYAH 3 AMANAH 2 3 1
9 ILLIYA SHAFIKA PEARL BINTI NOORHISHAM PEARL 2 AMETHYST 3 4 1
10 DINA DURRAH BT TOP YOUNOS 2 EMERALD 3 4 1
11 MUHAMMAD SYARMIN AIMAN BIN MUHD SAFIROL 2 EMERALD 2 4 2
12 NUR ATHILAH FUADAH BINTI AHMAD FUAZ 2 EMERALD 2 4 2
13 SITI ROSALINDA BINTI RUZLAN 2 EMERALD 2 4 2
LAMPIRAN B

MODUL :

TASK 1

What I want to learn today?

TASK 2

Lessons of the day.

TASK 3

Update a status;

An appreciation of the Independence Day celebration on 31st August in about 30 words.


LAMPIRAN C

Catatan harian Instagram Responden 3 sebelum tugasan diberikan;

Ekspresi diri pelajar dalam Bahasa Inggeris yang terhad dan berciri kemahiran berfikir aras rendah .
LAMPIRAN D

Catatan harian Instagram Responden 3 selepas tugasan diberikan;

Ekspresi diri pelajar dalam Bahasa Inggeris yang terperinci dan berciri kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT).
RUJUKAN

Lux. K. 2011 What is instagram & Why is it so popular?doi:

https://ischool.syr.edu/infospace/2011/12/15/what-is-instagram-and-why-is-it-so-popular/

Anda mungkin juga menyukai