Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN TAHUNAN PIBG 2017/2018

Tahun 2017/2018 PIBG terus melangkah seiring dengan visi dan misi sekolah . Dengan adanya
Sarana ibu Bapa dan Sarana sekolah yang terkandung dalam PPPM(2013-2025) sebagai suatu
inisatif untuk menyatukan pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi
melahirkan modal insan yang berkualiti. PIBG sekolah ini telah menyusun pelbagai program
dan aktiviti sepanjang tahun 2017 bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pihak
sekolah.

Aktiviti PIBG dirancang merangkumi perkara berikut:

A. Aktiviti meningkatkan sahsiah murid


B. Aktiviti meningkatkan pencapaian akademik
C. Aktiviti meningkatkan penggalakan murid dalam sukan dan kokurikulum
D. Program Motivasi Keibubapaan
E. Sudut info PIBG – Board LED, Laman WEB
F. Menambah kewangan PIBG
G. Sumbangan Kepada Keceriaan, Keselamatan dan Kemudahan murid.

Penglibatan dan Sumbangan PIBG sesi 2016/2017


1. PROGRAM SEKOLAH
 Sambutan Maulidur Rasul
 Majlis Aku Janji Tahun 6
 Program Jom Ke Sekolah
 Mesyuarat Agung PIBG ke-44
 Ceramah Matematik UPSR
 Sambutan Hari Guru
 Ceramah Bahasa Melayu UPSR
 Sambutan Hari Raya Aidilfitri
 Majlis Solat Hajat Perdana UPSR
 Kem Motivasi UPSR di Pasir Gudang
 Program Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 4 & 5
 Majlis penyerahan projektor LCD daripada Forest City
 Majlis bacaan yaasin dan solat hajat UPSR
 Makanan untuk calon-calon UPSR
 Temasya Sukan ke-56
 Program Bimbingan SK Sg Melayu (pemberian projektor LCD - 1 unit)
 Majlis Graduasi Tahun 6
 Majlis Anugerah Kecemerlangan
2. AKTIVITI KOKURIKULUM :
 Sumbangan tahunan kepada MSS Zon Bandar 2017
 Yuran penyertaan Kejohanan Memanah Sirkit 2 Remaja
 Hadiah Pertandingan Memanah peringkat sekolah
 Program Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 5 di UTM
 Yuran pendaftaran Majlis Tadarus al-Quran
 Pertandingan Pantun negeri Johor di Muar
 Pertandingan English Carnival zon bandar
 Fiesta Kokuria SBT kebangsaan di SK Bertam Indah
 Pameran Seni Visual Alegori di Medini Mall
 Pertandingan International Club Open Taekwondo
 Karnival Kokurikulum SBT kebangsaan di SK Putrajaya Presint 11 (1)
 International Story Telling Festival di SK Minden Height
 Karnival Rakyat Pergerakan Puteri Islam Malaysia
 Karnival Pendidikan Kesihatan & Doktor Muda SBT antarabangsa di Kuantan
 Festival Kesenian Islam SBT kebangsaan di SK Convent Kota, Taiping
 Karnival Kemahiran Pengakap SBT kebangsaan di SK St Thomas, Kuantan
 Festival Ekspresi Bakat SBT kebangsaan di SK Seri Bintang Utara, KL
 Pertandingan Language Exploration SBT kebangsaan di SK Puteri, Seremban

3. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


 Bayaran bil Streamyx
 Kerja penyelenggaraan desktop di makmal computer
 Pembelian projektor LCD untuk Dewan Srikandi
 Pembelian mesin pencetak
 Pembelian cartridge mesin-mesin pencetak
 Bayaran domain & web hosting laman web sekolah

Disediakan oleh :

(KHIRIL NIZAM BIN ABU BAKAR)


Setiausaha PIBG
SK(P)Sultan Ibrahim

Anda mungkin juga menyukai