Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL 1

Oleh Johnathan Chua Kheng Yew

Soalan Tutorial 1:
Rizal merupakan seorang murid berbadan besar dan tegap berbanding dengan rakan-rakan sekelasnya.
Rizal selalu meminta dan memaksa rakan sekelasnya memberi wang kepadanya. Kejadian ini berlarutan
hampir dua bulan tanpa disedari oleh rakan-rakan yang lain di kelasnya. Disebabkan terlalu tertekan salah
seorang mangsa peras ugut tersebut melaporkan kepada guru mata pelajaran dan perkara tersebut
dipanjangkan kepada guru disiplin dan pentadbir.
Selepas melalui proses disiplin, Rizal dirujuk kepada kaunselor untuk menjalani sesi kaunseling
individu. Pada permulaan sesi, Rizal menunjukkan reaksi tidak memberi kerjasama dengan kaunselor. Dia
berdiam diri dan tidak mahu bercakap dengan kaunselor.

Aplikasikan Teori Pembelajaran Behaviouris untuk menyelesaikan masalah tersebut ?

Kita sedia maklum bahawa Teori Pembelajaran Behaviouris adalah sesuai digunakan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta sesi kaunseling individu mahupun kelompok.
Teori Pembelajaran Behaviouris merupakan satu pendekatan yang memberi fokus kepada
sesuatu tingkah laku yang diperhatikan, menumpukan kepada faktor-faktor yang
menyebabkan wujudnya suatu tingkah laku, pengalaman pembelajaran yang boleh membawa
kepada perubahan, menentukan strategi rawatan yang sesuai untuk klien secara individu serta
membuat penilaian yang teliti terhadap tingkah laku sasaran (Kazdin 2001; Wilson 2008). Oleh
itu, saya akan mengaplikasikan Teori Pembelajaran Behaviouris dalam sesi kaunseling
individu dengan Rizal untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Rizal merupakan seorang pembuli dan selalu peras ugut rakannya untuk memberi
wang kepadanya kalau kita perhatikan kes atau petikan di atas. Oleh itu, jika saya sebagai
seorang kaunselor di sekolah tersebut saya akan mengaplikasikan Teori Pembelajaran
Behaviouris untuk menyelesaikan masalah Rizal. Pertama sekali, saya akan membina
hubungan dengan Rizal dalam sesi kaunseling individu yang pertama dan kedua supaya Rizal
boleh rapat, tidak segan dan mempercayai saya sebagai seorang kaunselor yang profesional
dan menyimpan rahsia Rizal.

Seterusnya, dalam sesi kaunseling individu dengan Rizal yang seterusnya saya akan
meneroka masalah dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh Rizal. Kemudian, saya
akan mula mengaplikasikan Teori Pembelajaran Behaviouris dalam fasa perbincangan
alternatif dan membuat tindakan. Dalam mengaplikasikan Teori Pembelajaran Behavioris
dalam sesi kaunseling individu ini, kaunselor dan klien kena masing-masing memainkan
peranan yang penting iaitu kaunselor perlu mengenal pasti apa punca yang menyebabkan
Rizal mempunyai tingkah laku begitu. Klien pula perlu sedar bahawa punca yang
menyebabkan Rizal itu bertindak dengan agresif. Salah satu teknik atau alternatif yang klien
boleh lakukan adalah teknik modeling iaitu Rizal perlu mengikut cara atau seseorang yang
mempunyai contoh teladan yang baik seperti kaunselor, guru atau rakan-rakan yang
mempunyai sifat yang sabar. Rizal perlu meniru gaya mereka yang bersifat baik dan sabar.

Dengan itu, saya mengharapkan Rizal boleh berubah tingkah lakunya yang agresif
kepada seorang yang penyabar.

Anda mungkin juga menyukai