Anda di halaman 1dari 12

PENGGUNAAN ‘SMART BOARD’ DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN KRETIVITI MURID

TAHUN 3 DALAM MENGHASILKAN KRAF TRADISIONAL ANYAMAN

ABSTRAK

Berdasarkan sepanjang pemerhatian yang dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan


pembelajaran Dunia Seni Visual disekolah, pengkaji mendapati murid mengalami
kesukaran dalam menghasilkan anyaman dalam bidang kraf tradisional. Sepanjang
pemerhatian pengkaji ramai murid tidak dapat menyiapkan tugasan anyaman dalam
tempoh masa mata pelajaran Dunia Seni Visual dan menyebabkan murid tidak
berpeluang membuat sesi apreasiasi di dalam kelas. Selain itu kesukaran dan keliru
semasa memasukkan dan menarik kertas warna pada bahagian bawah bingkai
anyaman apabila melibatkan proses selang dua dan tiga pada bingkai anyaman bagi
menghasilkan kelarai. Kajian tindakan ini mengkaji dan menggunakan kaedah alat
yang mudah sebagai satu bahan pemudahcara yang dikenali sebagai alat ‘smart
Board’. Oleh demikian, kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu
meningkatkan kemahiran anyaman murid dalam menghasilkan kraf tradisional
anyaman yang melibatkan tiga orang sempel kajian daripada murid tahun 3 sekolah
pengkaji. Sempel kajian terdiri daripada dua orang murid perempuan dan seorang
murid lelaki yang dipilih berdasarkan keputusan ujian pra yang telah dijalankan.
Kaedah pengumpulan data dilaksanakan menggunakan instrumen pemerhatian,
temu bual, ujian pra dan ujian pos serta analisis dokumen untuk menilai kemampuan
murid dalam meningkatkan minat dan kemahiran mereka dalam penghasilan
anyaman. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Kajian
dijalankan berkehendakkan pengkaji membaiki mutu amalan pengajaran bagi
membantu tiga orang sempel kajian yang telah dikenalpasti. Dengan kaedah inovasi
pengkaji telah mereka bentuk alat inovasi yang dinamakan ‘SMART BOARD’. Dalam
pemerhatian dan dapatan kajian mendapati inovasi yang telah digunakan
menunjukkan hasil yang positif dan membantu sempel kajian menguasai kemahiran
anyaman dengan baik serta menunjukkan peningkatan kemahiran dan minat dalam
bidang anyaman.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran


kelas tahap 1 dan tahap 2, pengkaji mendapati ramai murid yang kurang berminat
dengan aktiviti anyaman dan mengatakan aktiviti anyaman dalam bidang kraf
tradisional adalah terlalu susah dan sukar untuk disiapkan dalam tempoh masa
pengajaran dan pembelajaran. Ada segelintir murid menganggap aktiviti anyaman
membosankan dan kurang menarik minat. Semasa mengajar mata pelajaran Dunia
Seni Visual kepada murid-murid tahun 3 disekolah pengkaji iaitu berfokuskan
kepada bidang Mengenal Kraf Tradisional terdapat beberapa orang murid yang
kurang berminat dengan aktiviti yang dijalankan manakala ada juga yang sukar
untuk membuat dan menyiapkan anyaman dengan memasukkan kertas warna pada
bingkai anyaman.

Kelas yang diajar oleh pengkaji adalah kelas tahun 3 seramai 23 orang murid iaitu
terdiri daripada 15 orang murid Orang Asli, 6 orang murid Melayu dan 2 murid
Pakistan. Manakala bilangan mengikut jantina pula murid tahun 3 terdiri daripada 9
orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan. Jika diperhatikan murid tahun 3
merupakan murid orang asli lebih ramai dari murid berbangsa yang lain.
Kebanyakan murid tahun 3 lemah dalam pembelajaran dan ramai murid pemulihan.
Murid yang lemah dalam pembelajaran sebenarnya bukanlah murid yang tidak minat
dalam mata pelajaran Dunia Seni Visual, sebaliknya mereka adalah murid yang suka
mata pelajaran Dunia Seni Visual. Disebabkan kesukaran untuk menyiapkan
tugasan aktiviti yang diberikan menyebabkan murid yang lemah tidak mampu
mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan.

Masalah yang lain dihadapi oleh pengkaji adalah murid-murid tidak membawa dan
menyediakan bahan dan alatan yang diminta oleh pengkaji untuk aktiviti yang akan
dilakukan. Apabila ditanya murid akan berkata tiada duit untuk membeli dan ibu
bapa tidak mengambil berat tentang keperluan anak mereka bersekolah. Tidak
dinafikan terutama murid orang asli yang sering tidak membawa bahan dan alatan
yang diminta bawa kesekolah dan memyebabkan murid tidak dapat melakukan
aktiviti dan merasa rendah diri. Tetapi tidak semua murid orang asli yang sebegitu,
namun ada yang membawa dan menjalankan aktiviti dengan sebaiknya.

Masalah seterunya yang dialami oleh murid-murid ialah masih belum menguasai
cara membuat anyaman dengan memasukan kertas warna pada bingkai anyaman.
Oleh yang demikian murid berlaku kesukaran untuk menyelitkan kertas warna pada
bahagian bawah bingkai anyaman tambahan pula anyaman yang dihasilkan
memerlukan murid mengikut kepada kelarai yang diberikan. Sebelum ini murid
hanya menghasilkan anyaman mudah dengan berpandukan anyaman biasa namun
kini murid perlu mencapai dan menguasai kemahiran membuat anyaman kelarai
yang sedikit sukar berbanding dengan anyaman biasa. Pada pandangan pengkaji
dengan adanya masalah sedemikian murid tidak dapat mencapai standard
pembelajaran yang ditetapkan oleh pengkaji.

TINJAUAN LITERATUR

Merujuk Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahap 1, dokumen ini disediakan
bagi memberi peluang kepada murid memupuk daya imaginasi melalui seni Visual
berasaskan budaya setempat dan persekitaran. Dokumen ini digubal untuk
rnewujudkan pembelajaran yang dapat mencetuskan kreativiti dan keseronokan
melalui aktiviti dalam bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk
dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional bersesuaian dengan
kecenderungan mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menjurus kepada fokus pengkaji dalam bidang Mengenal Kraf Tradisional, Peter
Dormer (1997) menyatakan kraf tangan dikaitkan dengan aktiviti kreativiti
berkemahiran yang berkait dengan proses niembuat dekorasi atau rnernbuat
sesuatu ke atas objek dengan menggunakan tangan. Kraf tangan merujuk kepada
penciptaan sesuatu objek yang asli melalui kebolehan artis melakukan perubahan
terhadap bahan dan sejarah kewujudan kraf tangan dikenal pasti kerana
keperluannya dalam kehidupan. Pengertian ini ada kaitannya dengan pendapat
Edward Lucie—Smith (1981) yang rnenyatakan bahawa semua proses pembuatan
menggunakan tangan sama ada untuk tujuan ritual atau tujuan hiasan semata—
mata adalah objek kraf tangan. Menurut Rose Slivka (1968) pula, kraf didefinisikan
sebagai suatu tindakan pengubahsuaian bahan menurut kehendak pandai tukang
yang dapat mengekalkan realiti kehendak manusia. Alam sebenar kewujudan objek
menjadi sebagai seni dan mempunyai fungsinya. Melalui sejarahnya yang panjang,
kraf telah menjadi objek yang mempunyai nilai dan kerangka terhadap tujuan
manusia mernbuat dan menggunakannya.

Dalam penyelidikan tindakan ini, anyaman menjadi fokus utama dan ianya dilihat
sebagai seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu.
Pernyataan ini disokong oleh Marzita Puteh, Sadiah Baharom dan Janiilah Omar
(2007) yang rnenjelaskan bahawa anyaman adalah kesenian yang bersifat lahiriah,
mempunyai makna yang dalam dan kewujudannya merupakan wadah pemaparan
idea yang melibatkan pancaindera penglihatan, pendengaran, pemikiran dan
kesedaran secara seimbang sebagai simbol yang memberi makna yang tersendiri
dalam masyarakat berhubung dengan adat, agama, kepercayaan, adab, perasaan,
corak pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu. Seni kraftangan dilihat sebagai
satu hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan
unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan rnenarik hati. Penciptaan
kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan—
bahan asas yang teratur sej ak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan
itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi
untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada cara
hidup tradisional masyarakat Melayu dan rumpun nusantara. Daripada tikar hingga
kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk
persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana
tumbuh—tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan
anyaman. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi
untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung
saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk. Di sesetengah
tempat kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang diperbuat daripada buluh dan
digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah. Sementara di sesetengah
tempat lain anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan bertam yang disebut
sebagai tupas. Ciptaan kelarai atau tupas lebih kukuh, tegas dan kasar bersesuaian
dengan fungsinya sebagai penyekat ruang. Tiada bukti yang jelas untuk menetapkan
tarikh bermulanya penciptaan kelarai. Melalui kajian yang dibuat dapat dikatakan
bahawa penciptaan kelarai dalam anyaman merupakan satu perlakuan yang telah
lama berlaku. Ringkasnya, kelarai merupakan ‘corak’ atau “motif” yang berbentuk
dan terhasil daripada proses menganyam. Anyaman yang tidak mempunyai kelarai
dipanggil anyaman ‘ghadas’ atau anyaman biasa. Anyaman kelarai biasanya
terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman. Dua jenis wama kontra
digunakan bagi menunjukkan kesan. Susunan wama sesuatu anyaman biasanya
dinamakan ‘corak’.

Justeru, dalam penyelidikan tindakan ini pengkaji menekankan penguasaan


kemahiran dalam membuat anyaman yang melalui beberapa langkah dalam
penghasilannya. Penghasilan anyaman kelarai ini adalah berpandukan contoh
kelarai sedia ada namun dibantu dengan penciptaan alat yang memudahkan
penghasilan kelarai dalam anyaman tersebut. Pernyataan ini disokong oleh Marzita
Puteh, Sadiah Baharom dan Jamilah Omar (2007) yang mana masyarakat Melayu
dahulu tidak didedahkan kepada sebarang teknologi moden dalam menghasilkan
produk mereka. Pengetahuan mereka adalah berasaskan apa yang diturunkan oleh
nenek moyang mereka selain dari penerokaan melalui ‘trial and error’ dan
pengalaman konkrit yang dilalui. Latihan tidak formal ini telah memungkinkan
mereka merekacipta dan membentuk produk yang bukan hanya sesuai untuk
kegunaan harian mereka malah merupakan penciptaan yang kreatif dan penuh daya
estetika. Di sebalik kreativiti dan nilai estetika yang terpancar pada sesuatu produk
hasil anyaman, tidak dinafikan bahawa ia terhasil dari pemikiran penggubahnya dan
pr0ses—pr0ses tertentu yang perlu dilalui untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Produk anyaman yang terhasil sudah cukup membuktikan bahawa masyarakat
melayu mempunyai daya pemikiran yang bukan hanya mampu mengenalpasti
bahan dan proses malah menjalankan perkiraan mental (mental arithmetic) secara
tepat dan terperinci dan menaakul secara saintifik di dalam penghasilan produk.

Oleh itu seiring dengan kemajuan pesat dan teknologi terkini yang semakin canggih,
pengkaji melihat generasi baru khasnya murid-murid pada zaman global ini
seharusnya menyedari kepentingan seni warisan yang unik ini kerana ianya wajar
diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan
dimanfaatkan bersama. Memetik kata-kata AD Pirous (2001) yang ditulis oleh
Ahamad Tarmizi Azizan dan Zoolcaphly Sahib (2009) iaitu:

“...seni tradisional dianggap seni lapuk dan hanya layak dimasukkan ke dalam muzium.
Generasi baru lebilz rakus mempelajari bentuk—bentuk seni baru yang dianggap lebih
mantap dan bersandar atas nama ‘kebebasan ’. Jati diri warisan bangsa kian terhakis. ”
(AD Pirous, 2009)

Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya. Namun
begitu, usaha untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar
tidak ditelan peredaran zaman. Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui
bahasa pertuturan dan adat resam bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui
kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Dalam merealisasikan penyelidikan tindakan
tentang pengajaran dan pembelajaran kraf tradisional ini, pengkaji menjalankan
penyelidikan tindakan berkaitan anyaman yang menjadi satu inisiatif memartabatkan
kembali kraf tradisional di Malaysia. Pernyataan ini disokong oleh Ahamad Tarmizi
Azizan dan Zoolcaphly Sahib (2009) yang mengaitkan guru dan pembaharuan yang
mana guru akan bertindak sebagai agen perubahan dan pembaharuan yang
membantu pelajar sedar tentang sesuatu. Malahan ianya menerusi pendekatan
kontekstual yang menjadi fokus kurikulumnya yang mengkaji sesuatu berdasarkan
situasi semasa dan masa depan secara menyeluruh.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran menganyam dalam


bidang kraf tradisional anyaman dalam kalangan murid-murid tahun 3 di sekolah
pengkaji dengan kaedah menggunakan ‘Smart Board’.

OBJEKTIF

i) Pengetahuan murid dapat ditingkatkan dengan pelbagai jenis kelarai melalui


kaedah penggunaan ‘Smart Board’.
ii) Minat murid dapat ditingkatkan dalam menghasilkan anyaman dengan
menggunakan ‘Smart Board’.
iii) Kemahiran murid dapat ditingkatkan denga penghasilan anyaman yang
kemas dengan mengggunakan ‘Smart Board’.

Soalan Kajian

i) Sejauh manakah penggunaan ‘Smart Board’ dapat meningkatkan


pengetahuan murid terhadap cara membuat anyaman dengan betul dan
kemas?
ii) Bagaimanakah penggunaan ‘Smart Board’ dapat meningkat minat murid
dalam menghasilkan kraf tradisional anyaman kertas?
iii) Bagaimanakah penggunaan ‘Smart Board’ dapat membantu meningkatkan
kemahiran murid membuat anyaman kertas yang kemas dan kreatif?

KUMPULAN SASARAN

Penyelidikan kajian ini melibatkan sepuluh oang murid tahun 3 disekolah pengkaji
yang terdiri dari empat orang murid lelaki dan enam orang murid perempuan. Murid
yang dipilih merupakan murid-murid yang belum dapat menghasilkan anyaman
dengan betul dan kurang memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Sempel yang dipilih adalah dari keputusan ujian pra
dan pemerhatian berdasarkan ciri-ciri unik murid. Kaedah pengumpulan data adalah
dengan menggunakan instrumen pemerhatian, temubual, ujian pra dan ujian pos
serta analisis dokumen untuk menilai kemampuan murid dalam meningkatkan
pengetahuan dan minat murid dalam penghasilan anyaman kertas.

Empat jenis instrumen yang digunakan bagi tujuan pengumpulan data-data dalam
kajian ini. Instrumen yang diguna pakai adalah ujian (ujian pra dan ujian pos),
pemerhatian, temu bual dan juga analisis dokumen. Dalam kajian, pengkaji
membahagikan kepada dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Dalam kajian ini,
pengkaji mengguna pakai ujian pra dan pos dengan menggunakan satu set soalan
ujian mudah untuk melihat sejauh mana peningkatan penguasaan peserta kajian
dalam kemahiran murid membuat anyaman kertas. Ujian pra dijalankan terlebih
dahulu untuk mengetahui tahap penguasaan murid tentang tajuk yang dipelajari.
Ujian ini dilaksanakan selama 15 minit dengan melibatkan 10 orang peserta kajian
dari Tahun 3. Satu set ujian bertulis diberikan kepada peserta kajian yang terbahagi
kepada dua bahagian. Pada bahagian satu, peserta kajian dikehendaki meneliti dan
melorekkan petak berdasarkan gambar kelarai asas mengikut turutan. Manakala
pada bahagian dua, peserta kajian dikehendaki meneliti dan melorekkan petak
berdasarkan gambar kelarai siku keluang mengikut turutan. Setelah murid diberi
pendedahan intervensi, ujian pos pula dijalankan ke atas murid-murid. Pengkaji
sekali lagi memberikan satu set ujian bertulis kepada peserta kajian selepas sesi
intervensi dijalankan tetapi kali ini set ujian bertulis tersebut telah diubah dari segi
warna gambar kelarai yang ditunjukkan dalam soalan. Kaedah ujian bagi kedua-dua
ujian pra dan pos ini, pengkaji menggunakan yang sama bagi menambahkan
kebolehpercayaan data terhadap kajian ini.

Kaedah pemerhatian yang digunakan ialah pemerhatian berstruktur. Pemerhatian


yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji minat dan penglibatan peserta kajian
dalam menghasilkan kraf tradisional anyaman. Pemerhatian dijalankan oleh pengkaji
sendiri dan direkod menggunakan borang senarai semak pemerhatian. Terdapat dua
bahagian pemerhatian iaitu pemerhatian skor minat murid dan pemerhatian tingkah
laku murid. Pemerhatian ini juga dijalankan berdasarkan kepada aspek individu
murid tersebut. Pemerhatian ini direkodkan pada perinkat sebelum dan selepas sesi
intervensi dijalankan. Pengkaji melihat bagaimana aktiviti membuat anyaman
menggunakan ‘Smart Board’ mampu meningkatkan minat murid-murid terhadap kraf
tradisional tersebut.

Pengkaji telah menjalankan sesi temu bual separa berstruktur untuk meningkatkan
kebolehpercayaan dan kesahan data kajian. Temu bual separa berstruktur ini
dijalankan terhadap kesepuluh-sepuluh sempel kajian pengkaji. Pengkaji telah
menjalankan temu bual melalui enam soalan kajian. Prosedur temu bual
dilaksanakan secara tidak formal.

Dalam konteks penyelidikan tindakan ini, pengkaji akan mendapatkan hasil katya
sempel kajian melalui proses pengajaran dan pembelajaran sebelum dan selepas
intervensi dijalankan. Manakala hasil dapatan borang soal selidik pula diperoleh
setelah peserta kajian mengisi borang soal selidik sebelum dan selepas intervensi
dijalankan. Pengkaji turut membuat analisi dokumen melalui fail peribadi murid di
mana terdapat rekod laporan prestasi ujian bulanan murid dan rekod peribadi murid
yang diperolehi daripada guru kelas murid.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Kajian ini pengkaji menggunakan seramai 10 sempel kajian dari murid tahun 3.
Pengkaji telah memilih murid tahun 3 sebagai sempel kajian bagi dapatan kajian
melalui ujian, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Sempel yang dipilih
merupakan dipilihan pengkaji kerana pengkaji mendapati bahawa sempel keliru
untuk menyelit dan menarik jalur anyaman pada bahagian bawah bingkai anyaman
kertas. Kemungkinan hal ini terjadi kerana sempel A kurang pasti sama ada kaedah
dan teknik memasukkan jalur anyaman tersebut betul atau pun tidak berdasarkan
contoh kelarai yang diberikan. Dari pemerhatian pengkaji sempel sering bertanya
dan kerap memanggil pengkaji untuk meminta kepastian tentang anyaman kerana
kurang yakin untuk menghasilkan karya anyaman. Disebabkan tidak berjaya
menghasilkan anyaman dengan baik sempel berasa kecewa dan tidak menyiapkan
anyaman.

5.1 Cara mengumpul data.

Jadual 1

Instrumen Pengumpulan Data Fasa 1

Fasa 1 Intervensi Cara Pengumpulan Data


Tinjauan dan Analisis intervensi belum dilaksanakan Ujian Pra
Masalah dalam fasa ini Ujian diagnostik (20 soalan objektif)
Ujian amali (Membuat anyaman)
Soal selidik
Pemerhatian

Jadual 2

Instrumen Pengumpulan Data Fasa 2

Kitaran Bilangan sampel kajian Intervensi Cara Pengumpulan Data


1 10 1 Ujian Pos (i)
Ujian Objektif (20 soalan)
Ujian Amali (Menbuat anyaman dengan
menggunakan ‘Smart Board’)
Soal Selidik
Pemerhatian

2 4 2 Ujian Pos (ii)


Ujian Objektif (20 soalan)
Ujian Amali (Menbuat anyaman dengan
menggunakan ‘Smart Board’)
Soal Selidik
Pemerhatian
5.2 Analisis tinjauan masalah
Jadual 3
Skor Ujian Diagnostik (Ujian Membuat Anyaman) bagi 10 Sampel Kajian.
BIL SUBJEK KAJIAN MARKAH % GRED
1. S1 42 C
2. S2 34 D
3. S3 36 D
4. S4 20 E
5. S5 32 D
6. S6 18 E
7. S7 40 C
8. S8 34 D
9. S9 26 D
10. S10 36 D

5.3 Tindakan menangani masalah.

Ujian

Dalam kajian ini sempel telah menjalani ujian pra dan pos yang dijalankan sebelum
dan selepas intervensi dilaksanakan. Hasil dapatan markah pencapaian sempel A
dalam ujian pra dan pos direkodkan dan dianalisis melalui jadual dan graf. Jadual 1
menunjukkan data yang diperoleh hasil daripada ujian pra dan ujian pos sempel A:

Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra dan Pos Kemahiran Sempel Memahami Jenis-
Jenis Kelarai Dalam Anyaman ( Sempel A)

Sempel Kajian (SK) Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)

Sempel A 56 94

Jadual 1 menunjukkan tahap penguasaan sempel A dalamkemahiran memahami


jenis-jenis kelarai dalam anyaman semasa ujian pra dan pos. paparan data
menunjukan peningkatan pada tahap pencapaian sempel A dalam memahami jenis-
jenis kelarai dalam anyaman. Jadual tersebut menunjukkan sempel A memdapat
markah 94% dalam ujian pos berbanding hanya 56% dalam ujian pra yang
sebelumnya. Sempel A adalah merupakan satu-satunya sempel kajian yang
mencapai tahap penguasaan dalam kemahiran yang diuji. Prestasi ini merupakan
satu keputusan yang amat memberangsangkan dan membuktikan peningkatan
dalam pemahaman dan pengetahuan sempel A terhadap jenis-jenis kelarai dalam
anyaman. Pengkaji mendapati sempel A melakukan kesilapan dengan hanya
mewarna pada satu baris akhir kelarai anyaman siku keluang pada soalan ujian
Bahagian 2 dalam set ujian pra. Hal ini berbeza jika dibandingkan dengan ujian pos
di mana sempel A dengan mudah mewarna atau melorek petak anyaman kelarai
dengan betul pada kedua-dua bahagian soalan ujian pos. Setelah melalui ujian pra
dan pos, Adila juga sudah mampu memahami dan mengetahui sekaligus mengingati
jenis-jenis kelarai yang cuba diperkenalkan kembali oleh pengkaji.

Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang direkodkan sepanjang sebelum dan selepas intervensi


diperkenalkan, pengkaji mendapati murid menunjukkan sikap dan sahsiah yang
positif dan masih berminat dalam menyertai dan melalukan aktiviti seni yang
dijalankan. Menjawab persoalan tentang permasalahan yang dihadapi oleh murid
yang tidak dapat menghasilkan anyaman kertas dengan baik, selepas alat intervensi
‘Smart Board’ diperkenalkan dan diterapkan dalam membantu murid membuat
anyaman pengkaji mendapati sempel A dapat membuat anyaman dalam tempoh 45
minit di mana awal 15 minit dari tempoh masa 60 minit yang diberikan. Pengkaji
menganggap alat inovasi ini memudahkan murid membuat anyaman setelah melihat
pada peningkatan minat dan tingkah laku sempel A dalam Jadual 2.

Skor
Bil. Kriteria sebelum selepas
1. Menunjukkan minat dengan penggunaan alat dan bahan. 1 3
2. Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan. 2 3
3. Keseronokan yang ditunjukkan semasa menggunakan alat dan bahan. 1 3
4. Menunjukkan sikap ingin mencuba membuat tugasan. 2 3
5. Memberi tumpuan terhadap tugasan. 1 3
Jadual 2 : Skor Minat Sempel A Sebelum dan Selepas Penggunaan ‘Smart Board’

 Skor : 1-(kurang minat)


2-(minat)
3-(sangat minat)

Skor minat Adila sebelum dan selepas penggunaan alat ‘Smart Board’ telah
dipaparkan dalam jadual di atas. Jadual 2 menunjukkan perubahan respon sempel
A sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti membuat anyaman kertas.
Kriteria 1, 3 dan 5 mencatatkan skor 1, manakala kriteria 2 dan 4 masing-masing
mencatat skor 2 sebelum penggunaan ‘smart Board’ diketengahkan. Selepas
intervensi dijalankan, skor berubah kepada skor 3 keseluruhan kriteria yang
menunjukkan peningkatan minat dan keseronokan sempel A dalam penggunaan
‘Smart Board’ semasa menghasilkan karya anyaman kertas. Pemerhatian terhadap
perubahan minat sempel A sebelum dan selepas intervensi dijalankan turut disokong
dengan pemerhatian tingkah laku sempel A sepanjang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Keputusan Pemerhatian tingkah laku Sempel A Sebelum dan


Selepas Penggunaan ‘Smart Board’

Catatan
Bil. Item Tingkah Laku Sebelum Selepas
Ya Tidak Ya Tidak
1. Mendengar dan mematuhi arahan guru / /
2. Membuat tugasan yang diberikan / /
3. Memberikan tumpuan terhadap tugasan yang dilaksanakan / /
4. Membuat tugasan dalam tempoh yang ditetapkan / /
5. Menggunakan alat dan bahan dengan baik / /

Temu bual

Temu bual yang dijalankan terhadap sempel A mengambil masa 5 hingga 7 minit.
Berdasarkan dua lagi sesi temu bual yang dijalankan oleh pengkaji dengan peserta
kajian 1 dan 2,

Anda mungkin juga menyukai