Anda di halaman 1dari 19

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 1

TEMA BAHASA DAN KESUSASTERAAN

TAJUK PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


i. Membaca dan mendapatkan maklumat daripada bahan teks.
OBJEKTIF
ii. Menyatakan maksud keseluruhan pantun.
iii. Membanding beza pantun dan syair.

i. Teknik Bacaan : CHATT

STRATEGI / ii. KBAT : Mengingat, memahami dan mencipta


PENDEKATAN
iii. Nilai : Cinta akan bahasa kebangsaan

iv. Strategi P&P Abad ke-21 : Didik Hibur

i. Audio / Komputer
MEDIA ii. Peta / Grafik,
* mengikut kesesuaian
SITUASI Peribadi dan Awam

FORMAT TEKS Teks tidak berurutan (petikan,carta)

JENIS TEKS Keperihalan

PROSES Mengimbas dan mengenal pasti


KOGNITIF

453
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1
a. Melihat dan mendengar pantun Petikan Youtube pantun dua kerat
b. Melafazkan pantun dua kerat. (SUPER SPONTAN 2012-Sorotan
Minggu 3)
c. Mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran.
https://youtu.be/VWHqRwJq8dM
(lihat folder video)
LAMPIRAN 1
-Pantun Dua Kerat
*Mengimbas & mengenal pasti

LANGKAH 2 LAMPIRAN 1
- Edaran Pantun Dua Kerat
a. Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi
yang betul. LAMPIRAN 2
b. Berdasarkan edaran pantun dua kerat, murid - Peta Pemikiran
dikehendaki menyatakan ciri-ciri pantun dua
kerat secara berkumpulan. -Pembelajaran Secara Koperatif
dan Kolaboratif

LANGKAH 3
LAMPIRAN 3
a. Berdasarkan teks: *Teknik CHATT
i. Nyatakan maksud pantun dua kerat.
Pembentangan hasil kerja. -Pembelajaran Secara Koperatif
dan Kolaboratif

LANGKAH 4 LAMPIRAN 4

a. Melengkapkan pantun dua kerat secara -Melengkapkan Pantun Dua Kerat


berpasangan.

LANGKAH 5 LAMPIRAN 5
-Peta Pemikiran
Membanding beza pantun dan syair.

454
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

LAMPIRAN 1

Pantun Dua Kerat


Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa

Paku dulang paku serpih


Mengata orang dia yang lebih

Siakap senohong gelama ikan duri


Bercakap bohong lama-lama mencuri

Lain dulang lain kakinya


Lain orang lain hatinya

Banyak udang banyak garam


Banyak orang banyak ragam

Tak tumbuh tak melata


Tak sungguh orang tak kata

455
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

LAMPIRAN 2

Ciri-ciri Pantun Dua Kerat


Lengkapkan Peta Pemikiran berikut.

Bilangan baris

Bilangan perkataan

Bentuk
Ciri-Ciri
Pantun Dua
Kerat

Bilangan suku kata

Rima akhir

456
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

LAMPIRAN 3
Nyatakan maksud setiap rangkap pantun di bawah.

Pantun Dua Kerat

Kerana pulut santan binasa Paku dulang paku serpih Siakap senohong gelama ikan duri
Kerana mulut badan binasa Mengata orang dia yang lebih Bercakap bohong lama-lama mencuri
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN
LAMPIRAN 4

Lengkapkan pantun dua kerat di bawah dengan perkataan berikut.

bengkok suruh kecapi tiada bimbit perut


berbudi siang rosak titi nangka pekat merasa

Daripada cempedak biarlah ________


Daripada ________ baiklah ada

Orang ___________ kita berbahasa


Orang memberi kita ____________

Gendang gendut tali ___________


Kenyang __________ suka hati

Kayu ___________ di balik tiang


Ayam berkokok alamat nak ___________
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

LAMPIRAN 5

Bandingkan bentuk pantun dan syair.

PANTUN SYAIR
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 2

TEMA BAHASA DAN KESUSASTERAAN

TAJUK LAGU JASA BONDA

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


OBJEKTIF i. Membaca dan mendapatkan maklumat daripada lagu.
ii. Mengintegrasi bahan untuk menjana inferens.

i. Teknik Bacaan : KWLH

ii. KBAT : Memahami, menganalisis, mengaplikasi dan mencipta


STRATEGI /
PENDEKATAN iii. Nilai: menghargai jasa ibu

iv. Strategi P&P Abad ke-21 : Pembelajaran koperatif dan


kontekstual

i. Audio / Komputer
MEDIA ii. Peta / Grafik,
*mengikut kesesuaian
SITUASI Peribadi dan Awam

FORMAT TEKS Teks Pelbagai

JENIS TEKS Pendedahan

PROSES i. Mengintegrasi dan mentafsir


KOGNITIF

460
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1
LAMPIRAN 1
a. Menonton Video. -Video Youtube
Warisan Bonda
b. Arahan semasa menonton video.
 Hayati dan dapatkan kosa kata daripada
lagu yang terdapat dalam video tersebut. LAMPIRAN 2
-Edaran lagu Jasa
Bonda
* Mengintegrasi dan
mentafsir

LANGKAH 2 LAMPIRAN 3
-Banding beza
a. Menyenaraikan perilaku ibu dan perilaku anak
daripada puisi. *Mengintegrasi dan
mentafsir

LANGKAH 3 LAMPIRAN 4

a. Baca dan fahami teks yang diberikan, kemudian -Teknik KWLH


nyatakan cara-cara menghargai jasa ibu bapa. Edaran teks

b. Jelaskan perkara yang akan berlaku sekiranya *Mengintegrasi dan


anak-anak tidak menghargai ibu bapa . mentafsir

c. Bentangkan hasil kerja anda. *Kaedah Gallery Walk

461
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

LAMPIRAN 1
Klip Video Lagu Jasa Bonda.

Warisan - Jasa Bonda.mp4

LAMPIRAN 2
Jasa Bonda
Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untukmu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

(1)
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan- pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

(2)
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

( ulang 2 & 1 )

462
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

LAMPIRAN 3
Peta Pemikiran

TINGKAH LAKU IBU TINGKAH LAKU ANAK

BANDING
BEZA

LAMPIRAN 4

http://blogbahasamelayusmkjelaif.blogspot.my/2012/03/karangan-b-cara-cara-
menunjukkan-kasih.html

Hargai Jasa Ibu bapa Anda


Ibu bapa merupakan merupakan insan terpenting dalam hidup setiap
manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Oleh hal yang demikian,
sebagai anak, kita haruslah menghargai jasa ibu bapa kita dan membalas jasa dan
budi mereka. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk kita membalas jasa mereka.
Salah satu cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa ialah kita
hendaklah menyayangi mereka. Ibu bapa kita mengandung, melahir, menyusu,

463
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

mendidik, mengasuh serta membesarkan kita dengan baik bagai menatang minyak
yang penuh. Sebagai tanda kita menghargai usaha dan penat lelah mereka, kita
haruslah menyayangi ibu bapa kita sebagaimana mereka sentiasa menghadapi ujian
kesabaran ketika mendidik kita. Sebagai contohnya, ibu bapa menjaga dan
membesarkan kita dalam keluarga yang bahagia dan sebagai anak pula, kita perlu
mencurahkan kasih sayang kita kepada mereka terutamanya apabila mereka sudah
tua dan uzur.

Selain itu, kita boleh menunjukkan sayang kepada ibu bapa kita dengan
cara menghormati dan mentaati mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana setelah
kita boleh berfikir, ibu bapa kita menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kita. Mereka
telah mendidik kita sejak kecil bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari
rebungnya.” Apabila kita sudah dewasa, kita telah menjadi modal insan yang
berkualiti dengan nilai-nilai murni hasil daripada didikan mereka. Secara tidak
langsung, kita bertanggungjawab untuk mengamalkan nilai-nilai murni yang telah
kita peroleh. Sebagai contohnya, kita bercakap dengan nada yang rendah apabila
berkomunikasi dengan orang tua terutamanya ibu bapa dan menundukkan badan
apabila melalui hadapan mereka.

Seterusnya, kita boleh membalas jasa ibu bapa dengan menjaga mereka.
Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa telah membesarkan kita dengan penuh
kasih sayang. Sebelum kita diwajibkan sekolah, ibu bapa telah mengajar kita
tentang asas kehidupan seperti berjalan, berlari dan pelbagai perkara dalam
kehidupan. Ibu bapa juga sering kali menasihati kita agar pandai membezakan yang
mana intan dan yang mana kaca. Sebagai anak pula, kita yang merupakan tempat
bergantung hidup mereka apabila mereka sudah tua dan uzur. Sebagai contohnya,
kitalah yang bertanggungjawab dan berkemampuan untuk menjaga dan memelihara
mereka dengan penuh kasih sayang. Tindakan anak-anak pada masa ini yang
menghantar ibu bapa ke rumah warga tua pula tidak harus dicontohi kerana ibu
bapa yang sudah tua dan uzur akan berasa terisisih dan sakit hati.

Di samping itu, cara lain ialah kita belajar dengan bersungguh-sungguh.


Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa sanggup bekerja membanting tulang dan
bersengkang mata untuk mencari rezeki yang halal bagi membesarkan kita. Hasil
yang diperoleh kemudiannya digunakan untuk membayar yuran sekolah, asrama
dan kelas tuisyen tanpa mengharapkan pulangan dari segi mata wang daripada kita.
Sebagai contohnya, ibu bapa tidak pernah mengharapkan harta berjuta ataupun
sagu dan emas untuk membalas jasa mereka tetapi pencapaian anak-anak
menggenggam segulung ijazah merupakan kegembiraan sebenar mereka. Dalam
aspek ini, kita boleh menunaikan harapan mereka dengan menjadi insan yang
berguna, berjaya dan bahagia di dunia mahupun di akhirat.

464
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


UNIT 3

TEMA BAHASA DAN KESUSASTERAAN

TAJUK CERPEN MUTIARA BONDA

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


HASIL
i. Menilai dan membuat refleksi terhadap bahan yang diberikan.
PEMBELAJARAN
ii. Membuat inferens dengan membandingkan teks.

i. Teknik Bacaan : ACID


STRATEGI / ii. KBAT : mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mencipta
PENDEKATAN
iii. Nilai: Kasih sayang

iv. Strategi PdP Abad ke-21 : Pembelajaran Kontekstual

i. Internet – youtube
ii. Gambar,
MEDIA
iii. Petikan sajak
*mengikut kesesuaian

SITUASI Peribadi dan Awam

FORMAT TEKS Pelbagai berurutan

JENIS TEKS Pendedahan

PROSES Membuat refleksi dan menilai


KOGNITIF

465
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1
Lampiran 1
d. Berdasarkan gambar, berikan pendapat anda. * Gambar
(i) Berikan pendapat anda tentang gambar?
(ii) Apakah perasaan anda sebagai anak apabila * Mengintegrasi dan
melihat gambar ini?
mentafsir

LANGKAH 2 Lampiran 2
a. Berdasarkan dua teks yang diberikan, kemukakan Teks Cerpen Mutiara Bonda
pendapat anda.
*Teknik Bacaan ACID
(i) Jelaskan sifat ibu seperti yang terdapat dalam
dalam kedua-dua teks tersebut. *Membuat refleksi dan
(ii) Mengapakah tindakan adik tidak wajar? menilai

LANGKAH 3 *Mengintegrasi dan


a. Dalam kumpulan, bincangkan empat cara menghargai mentafsir
ibu.
* Membina peta pemikiran
b. Catatkan maklumat hasil perbincangan kumpulan
anda dalam bentuk peta pemikiran.

c. Bentangkan hasil perbincangan anda.

466
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

LAMPIRAN 1

Laman web
(i) Berikan pendapat anda tentang gambar berikut.
(ii) Apakah perasaan anda sebagai anak apabila melihat gambar ini?

467
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

LAMPIRAN 2

A. Petikan Cerpen Mutiara Bonda

(i) Jelaskan sifat ibu seperti yang terdapat dalam


kedua-dua teks A dan B.

(ii) Mengapakah tindakan adik tidak wajar?

“Adik nak berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu. Mana boleh paksa-
paksa. Adik meluat betul dengan buku-buku dan cikgu yang semuanya garang.”
Begitulah lontaran ayat adik. Selamba.

“Kalau UPSR pun tak sempat nak ambil, nak buat apa? Jadi kuli? Makan
tidur, makan tidur? Sanggup turun ke bendang? Sanggup menoreh? Atau lebih
berminat nak jadi kutu merewang?”

“Hoi...Kak Cik apa tau? Orang dah malas nak belajarlah. Malas. Tak
fahamkah? Lagi pun kilang kan banyak? Susah apa?” jerkah adik biadab.

Bonda hanya menggelengkan kepalanya yang beruban.

“Adik...sedarkah keputusan ini boleh menghancurkan masa depan adik?


Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak.”

Sopan berhikmah pujukan bonda.

Adik mendengus kasar. Berlalu ke bilik menghempas kuat daun pintu sebagai
tanda protes.

Ada pendaman impian yang tersimpan di atma bonda. Bonda berhajat


menghantar adik ke sekolah agama setelah adik menamatkan sekolah rendahnya.
Bonda mahu adik mewarisi kealiman suaminya, Lebai Sidi. Bonda mahu adik
berjuang hingga Jiang Syahid seperti arwah ayahnya.

(Dipetik daripada cerpen Mutiara Bonda oleh Siti Hajar Mohd Zaki, antologi Harga Sebuah
Lukisan)

468
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

http://cikguazharrodzi.blogspot.my/2011/12/mutiara-bonda-cerpen-komsas-
tingkatan-3.html

B. Cerpen Mutiara Bonda

Adik langsung tidak menunjukkan kesungguhan dalam pembelajaran, bahkan


bergaul dengan budak liar. Dia pernah menghempas cawan kaca hingga kaki bonda
berdarah, gara-gara bonda enggan memberi RM5 seperti yang diminta. Namun,
bonda tidak pernah marah, bahkan tetap mendukung adik dari tingkat atas walaupun
usia adik sudah 12 tahun.

Apabila adik mahu berhenti sekolah setakat darjah 6, bonda tidak mampu menyekat.
malah, usaha kakak kembar dua beradik itu, Kak Long yang belajar di Texas dan
Kak Ngah di Monash, Australia juga buntu. Kesabaran Kak Cik terburai setelah adik
mengungkit tentang ayah mereka yang meninggal dunia di penjara akibat fitnah.

Bonda tidak kenal putus asa. Bonda hampir selesai membaca ulang surah as-
Syahid 297 kali, sedangkan Kak Cik lebih dikuasai jiwa muda yang mahu tindakan
lebih keras ke atas adik. Perubahan diri adik bermula setelah dia terlibat dengan
kemalangan (muka surat 70).

Adik tiba-tiba mahu menyambung persekolahan. Malah, dia berguru dengan Kak Cik
untuk menduduki peperiksaan PMR. Kemudian, adik lulus sekolah pondok hingga 4
Thanawi, di samping SPM, dan tahfiz al-Quran. Adik seterusnya menyambung
pengajian di Universiti al-Bayt, Jordan.

469
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

LAMPIRAN 3

Bincangkan empat cara menghargai ibu.

Cara-Cara Menghargai Ibu

470
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 19 : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

PROJEK PENILAIAN PEMBELAJARAN

ISU / PERSOALAN

Bahasa dan kesusasteraan ibarat irama dan lagu kerana mampu memainkan
peranannya yang tersendiri dalam sesebuah negara.Walau bagaimanapun,
kemajuan Sains dan Teknologi telah mempengaruhi nilai kesusasteraan dalam
kalangan masyarakat. Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang turut
memperjuangkan seni karya sastera sehingga setanding di pentas global.

Sebagai seorang pelajar yang telah mempelajari sastera kanak-kanak seperti


cerita Sang Kancil dan Sang Buaya , anda diminta untuk mencipta satu inovasi
baharu dalam memperkenal karya sastera kanak-kanak sehingga mampu
diiktiraf di pentas global.

Bil Perkara

1 a) Mengenal pasti jenis-jenis sastera kanak-kanak

2 a) Kumpulkan maklumat tersebut dari segi


i. Asal usul
ii. Nilai-nilai ketimuran yang ditonjolkan
iii. Keistimewaan dan kelebihan karya yang dipilih
iv. Cara-cara untuk memastikan karya sastera ini dapat
dikomersialkan di peringkat antarabangsa.
v. Cadangkan inovasi yang perlu dilakukan terhadap karya
sastera tersebut supaya masyarakat luar mengenali
kesusasteraan Negara.

Lengkapkan hasil tugasan anda menggunakan media yang


sesuai
Cadangan Jangka masa kajian : 2 (DUA) minggu

471

Anda mungkin juga menyukai