Anda di halaman 1dari 1

GPP1063 :PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

SOALAN : Nyatakan perbezaan pengertian pendidikan dari sudut pandangan timur,


barat dan islam. Jawapan mestilah di dalam bentuk penulisan ilmiah.
Pengertian Pendidikan dari sudut pandangan islam kebanyakannya menekankan
kepada aspek rohani dan jasmani yang seimbang. Pendidikan menurut islam boleh
dimaksudkan sebagai suatu proses bimbingan dan pengajaran yang dilakukan oleh guru
kepada muridnya berdasarkan konsep-konsep islam yang menuju ke arah pembentukan
peribadi muslim yang sempurna. Contohnya seperti ilmu-ilmu yang disampaikan kepada
murid adalah bertepatan dengan al-quran dan as-sunnah di samping ilmu kehidupan yang
lain. Menurut Gaffar Ismail (1986), beliau menyatakan bahawa islam adalah nama agama
yang dibawa oleh rasulullah yang berisi dengan segala jenis kelengkapan daripada pelajaran-
pelajaran kehidupan di dunia mahupun akhirat. Selain itu, menurut imam al ghazali, tujuan
pendidikan haruslah kearah merealisasikan tujuan keagamaan dan akhlak bukan sahaja untuk
mencapai kedudukan yang tinggi atau kemegahan di dunia semata-mata. Hal ini adalah
didasarkan daripada firman allah SWT “tidaklah aku menjadikan jin dan manusia melainkan
untuk beribadah kepadaku”(Al-Dzariyat:56)
Pengertian pendidikan dari sudut pandangan timur pula lebih kepada nilai-nilai murni
serta pencapaian terhadap duniawi tanpa mengambil kira unsur keakhiratan. Pendidikan
menurut timur boleh dimaksudkan sebagai proses membina tingkah laku manusia ke arah
yang baik serta membentuk ketaatan kepada pemerintah dan negara tanpa mengambil kira
status sosioekonomi (Confucius). Tujuan pendidikan ini adalah untuk membentuk masyarakat
yang dapat berbakti kepada raja dan negara dengan kebolehan yang dimiliki tanpa mengira
kedudukan. Setiap manusia harus memiliki visi ke depan yaitu menjadikan generasi yang
berikutnya menjadi lebih maju dan beradab. Confucius telah menunjukan hal ini selama
hidupnya. Dengan segala kemampuannya, dia telah meletakkan dirinya untuk membantu dan
mendidik masyarakatnya agar dapat membangun ke arah situasi yang lebih baik.
Seterusnya, pengertian pendidikan dari sudut barat pula adalah berkaitan dengan akal
yang berfikir secara logik dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan juga nilai-nilai murni.
Menurut barat, pendidikan boleh diertikan sebagai ilmu pengetahuan bagi mengetahui
sesuatu tindakan serta membentuk akhlak atau nilai-nilai murni (plato). Tujuan pendidikan
adalah untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia sahaja. Menurut John Dewey, manusia
adalah makhluk sosial sehinggakan segala perbuatannya sama ada baik atau buruk akan
diberi penilaian oleh masyarakat. Selain itu, manusia menurutnya juga adalah yang
menciptakan nilai bagi dirinya sendiri secara alamiah.
Kesimpulannya, pengertian pendidikan daripada timur,barat dan juga islam
sememangnya terdapat sedikit perbezaan tetapi kebanyakan daripada ciri-cirinya adalah
sama. Contohnya seperti aspek nilai murni dan berakhlak baik yang diketengahkan oleh
ketiga-tiga pandangan ini. Jelasnya,melalui pandangan inilah juga falsafah pendidikan
kebangsaan dicipta dan dibentuk oleh ahli-ahli falsafah bagi membentuk sistem pendidikan di
Malaysia pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai