Anda di halaman 1dari 21

TAJUK: TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN

DAN
PENGHASILAN MAKANAN

Disediakan oleh:

SABK MAAHAD AL-KHAIR LIL BANAT


SMK. KAMPUNG PERAK, BATU KURAU.

1
KERTAS 1

Arahan : Jawab semua soalan.

1. Pengasinan merupakan satu proses mengawet ikan atau telur dengan menggunakan garam
yang banyak. Apakah fungsi garam di dalam pembuatan telur masin?
A. Menambahkan warna kepada telur.
B. Memperbaiki tekstur telur.
C. Mengurangkan pertumbuhan bakteria.
D. Menyingkirkan air dari telur.

2. Sayur merupakan makanan yang mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan betul. Puan
Salmah hendak mengeksport sayur seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1

Apakah kaedah yang paling sesuai digunakan oleh Puan Salmah untuk mengekalkan
kesegaran sayur ini?
A. Pendehidratan.
B. Pendinginan.
C. Pengetinan.
D. Pembungkusan vakum.

3. Industri kecil dan sederhana yang terlibat dalam penghasilan kuih tradisional seperti
karipap dan kuih pau seringkali mengawet makanan tersebut secara
A. penyejukbekuan.
B. pempasteuran.
C. pengetinan.
D. pendehidratan.

4. Penyejukbekuan sering kali digunakan untuk mengekalkan kesegaran makanan agar tahan
lebih lama. Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang tujuan pemprosesan
makanan melalui kaedah penyejukbekuan?
A. Membunuh semua mikroorganisma di dalam makanan.
B. Dilakukan pada suhu antara -180C hingga -240C.
C. Ikan dan ayam boleh diproses menggunakan kaedah ini.
D. Makanan yang dikeluarkan daripada peti sejuk perlu dimasak dengan segera.

5. Antara berikut,yang manakah tidak benar mengenai makanan yang terproses?


A. Dihasilkan daripada bahan makanan yang mentah.
B. Mudah dipengaruhi oleh aktiviti mikroorganisma seperti bakteria.
C. Dibungkus atau ditin dengan supaya dapat bertahan lama.
D. Merupakan hasil makanan yang mudah diangka.

2
6. Alisa menyediakan ais krim dengan mencampurkan susu dan air serta bahan lain. Dia
juga meletakkan penstabil ke dalam ais krim itu. Perihalkan fungsi penstabil ini?
A. Memaniskan ais krim supaya sedap dimakan.
B. Mengemulsikan dua cecair yang tidak bercampur.
C. Menambahkan rasa dan bau harum ais krim.
D. Menjadikan ais krim tahan lebih lama.

bebola ikan bebola daging

mee kuning
mee kering
Rajah 2

7. Rajah 2 menunjukkan makanan yang mengandungi bahan kimia dan pewarna. Apakah
bahan kimia yang terdapat di dalam makanan tersebut?
A. Pemanis. C. Peluntur.
B. Antioksida. D. Asid borik.

8. Menambahkan bahan kimia ke dalam makanan yang tidak mengikut piawaian yang telah
ditetapkan akan mengundang risiko kanser kepada manusia. Apakah tujuan utama
menambahkan bahan kimia ke dalam makanan?

W – menambahkan kuantiti makanan.


X – menjadikan makanan tahan lebih lama.
Y – memperbaiki rupa makanan

A. W dan X.
B. W dan Y.
C. X dan Y.
D. W, X dan Y.

9. Berikut menunjukkan beberapa jenis bahan kimia yang ditambahkan ketika pemprosesan
makanan.

* Sakarin * Xilitol * Aspartame

Ciri-ciri sepunya yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga bahan kimia itu merupakan bahan
yang bertindak sebagai
A. peluntur. C. pemanis.
B. perasa. D. pewarna.

3
10. Pengurusan tanah yang cekap dan amalan sistem pertanian bersepadu merupakan satu
amalan yang memberi banyak faedah kepada petani. Antara pernyataan berikut yang
manakah tidak benar?
A. pelbagai jenis tanaman ditanam di lereng bukit.
B. penanaman tanaman yang berbeza selepas setiap tuaian.
C. tanaman tutup bumi ditanam di antara pokok getah.
D. hanya satu jenis tanaman sahaja ditanam setiap tahun.

11. Apakah kaedah yang paling sesuai untuk menghasilkan tanaman yang mempunyai ciri-
ciri berikut?

 lebih cepat matang


 tahan rintangan terhadap penyakit dan serangga
perosak.
A. Kejuruteraan genetik.
B. Tanaman bergilir.
C. Penggunaan baja kimia dan racun perosak.
D. Menggunakan peralatan pertanian moden.

12. Kita memerhatikan label pada bekas makanan atau minuman untuk mendapatkan info
tentang makanan atau minuman tersebut. Mengikut peraturan makanan 1985 apakah
maklumat yang perlu dinyatakan
A. Alamat penjual.
B. Berat bekas.
C. Nombor GST.
D. Kandungan makanan.

Rajah 3 menunjukkan satu label pada bekas minuman jus anggur.

JUS ANGGUR SEDAP

Bahan-bahan: Tee Pui Sdn. Bhd.


Vitamin C, gula, asid 444, Jalan Kucai,
sitrik, jus anggur dan 32010 Sitiawan,
bahan pengawet yang Perak
dibenarkan.
Guna sebelum: 30 Jun 2016

Rajah 3
13. Berdasarkan Rajah 3, apakah maklumat penting yang tertinggal pada label makanan ini
mengikut peraturan makanan 1985?
A. Nama pengilang.
B. Tarikh luput.
C. Kandungan bahan.
D. Isipadu bersih.

4
14. Sumbangan Teknologi dalam pengeluaran makanan telah dipertanggungjawabkan oleh
kerajaan kepada beberapa institusi untuk menjalankan kajian dan menambahbaik
peralatan produktiviti pertanian, antaranya adalah
A. PAMA
B. BRIM
C. MARDI
D. MARA

15. Pertambahan penduduk yang pesat dan tidak seimbangan dengan pertumbuhan dan
perkembangan teknologi pengeluaran makanan akan menyebabkan manusia mengalami
A. penyakit kulit yang serius
B. malnutrisi
C. kegendutan
D. inflasi

16. Akta Makanan 1983 diwartakan untuk


i. melindungi pengguna daripada ditipu oleh pengeluar makanan
ii. menghalang makanan tercemar daripada dijual
iii. meningkatkan pendidikan pengguna

A. i sahaja
B. i dan ii sahaja
C. i dan iii sahaja
D. i, ii, dan iii sahaja

KERTAS SOALAN TAMAT

5
KERTAS 2

BAHAGIAN A.

1. Seorang pelajar menjalankan satu eksperimen untuk menyiasat kesan suhu terhadap
pertumbuhan dan pembiakan bakteria dalam makanan. Dia meletakkan dua gelas susu A
dan B di dua lokasi yang berbeza. Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen ini
selepas dua hari.

Gelas Lokasi gelas Keadaan susu selepas dua hari


A di dalam peti sejuk masih segar
B di atas meja basi dan berlendir
Jadual 1
(a) Nyatakan inferens anda berdasarkan keputusan di dalam Jadual 1

..........................................................................................................................................
(1 markah)
(b) Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat

i). Pemboleh ubah yang dimalarkan : ............................................................................

ii). Pemboleh ubah yang dimanipulasikan: .....................................................................

(2 markah)

(c) Berikan alasan mengapa susu itu rosak apabila berada pada suhu bilik selama dua
hari?

........................................................................................................................................
(1 markah)

(d) Jika susu di atas meja dicampurkan dengan gula. Ramalkan keadaan susu itu selepas
dua hari.

........................................................................................................................................
(1 markah)

6
2. Satu eksperimen telah dijalankan di dalam makmal. Buah tomato M dan N disimpan
dalam dua situasi yang berbeza seperti yang ditunjukkan di bawah.

M N
Jadual 2 menunjukkan keputusan penyiasatan selepas satu minggu.

Buah tomato Pemerhatian


M (terdedah ) Buah tomato menjadi busuk dan lembik
N (dalam plastik steril) Buah tomato masih segar
Jadual 2

(a) Apakah tujuan eksperimen ini?

..........................................................................................................................................
(1 markah)

(b) Nyatakan satu inferens berdasarkan maklumat yang diberi.

..........................................................................................................................................
(1 markah)

(c) Berikan dua pemboleh ubah yang dimalarkan dalam eksperimen ini.

.........................................................................................................................................

.........................................................................................................................................
(2 markah)

(d) Ramalkan apa yang akan terjadi sekiranya terdapat lubang pada plastik pembungkus
buah tomato N?

..........................................................................................................................................
(1 markah)

7
3. Jadual 3 menunjukkan kaedah penyimpanan sayur kangkung dan pemerhatian selepas
dua hari.

Kaedah Pemerhatian selepas 2 hari

sebahagian batang dan daun


Sayur dibiarkan terdedah pada suhu bilik
melecuh dan busuk
Sayur dibungkus di dalam kertas surat khabar pada
Masih segar
suhu sejuk
Sayuran hijau dibungkus di dalam plastik pada suhu semua bahagian sayur
beku melecuh tetapi tidak busuk
Jadual 3

(a) Nyatakan dua inferens berdasarkan pemerhatian dalam Jadual 3.

i) ..............................................................................................................................

ii) ..............................................................................................................................
(2 markah)

(b) Nyatakan pemboleh ubah bagi eksperimen ini.

i) Pemboleh ubah dimanipulasikan: .............................................................................

ii) Pemboleh ubah bergerak balas : ...............................................................................


(2 markah)

(c) Cadangkan satu cara lain bagaimana sayur kangkung masih segar selepas dua hari
tanpa memasukkannya ke dalam peti sejuk?

.........................................................................................................................................
(1 markah)

8
4. Sekumpulan pelajar menjalankan eksperimen mengenai kegunaan bahan perisa buah-
buahan dan pewarna makanan dalam pembuatan puding buah-buahan. Mereka dibekalkan
dengan 200g serbuk agar-agar, serbuk susu, gula dan perisa mangga serta pewarna
kuning. Jadual 4 menunjukkan hasil keputusan tersebut.

Puding Rasa Warna

Agar-agar + perisa + pewarna sedap kuning dan menarik

Agar-agar tanpa perisa dan kurang sedap putih dan tidak menarik
pewarna
Jadual 4

(a) Nyatakan inferens anda berdasarkan keputusan di dalam Jadual 4.

..........................................................................................................................................
(1 markah)

(b) Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat

i). Pemboleh ubah yang dimalarkan : ............................................................................

ii). Pemboleh ubah yang dimanipulasikan: .....................................................................


(2 markah)

(c) Apakah peranan perisa makanan dalam pembuatan puding tersebut?

........................................................................................................................................
(1 markah)

(d) Nyatakan apakah masalah kesihatan yang mungkin dihidapi jika perisa dan pewarna
ini diambil dalam jangka masa yang panjang?

.........................................................................................................................................
(1 markah)

9
5. Satu eksperimen telan dijalankan untuk menyiasat kaedah terbaik untuk menyimpan jus
buah-buahan supaya tahan lama. Dengan meletakkan tiga bikar jus buah-buahan iaitu
bikar A di makmal pada suhu bilik, bikar B di ruangan dingin dalam peti sejuk dan bikar
C di bahagian sejukbeku dalam peti sejuk. Jadual 5 menunjukkan keputusan eksperimen
ini selepas 5 hari.

Bikar dan lokasi Pemerhatian selepas 5 hari

A : di dalam makmal (30 °C) Busuk, penuh tompok hitam

B : di dalam peti ais sejuk dingin (5 °C) Busuk, ada sikit-sikit tompok hitam

C : di dalam peti ais beku ( - 5 °C ) Baik dan masih segar

Jadual 5

(a) Nyatakan apakah tompok-tompok hitam yang kelihatan pada permukaan jus tersebut?

.......................................................................................................................................
(1 markah)

(b) Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat

i) Pemboleh ubah yang dimalarkan : .........................................................................

ii) Pemboleh ubah yang dimanipulasikan: ..................................................................


(2 markah)

(c) Berikan alasan mengapa jus buah-buahan itu busuk apabila berada pada suhu bilik
selama lima hari?

........................................................................................................................................
(1 markah)

(d) Ramalkan keadaan jus buah-buahan dalam bikar C jika bekalan elektrik terputus
selama 2 hari?

.........................................................................................................................................
(1 markah)

10
6. Jadual 6 menunjukkan pertambahan populasi penduduk dunia sehingga tahun 2018.

Tahun
0 1000 2000 2003 2006 2009 2012 2015 2018
Populasi
(juta) 0 0.5 1.0 1.5 2.00 2.05 3.00 3.08 4.05
Jadual 6

(a) Berdasarkan jadual di atas, anda dikehendaki membina graf untuk menunjukkan lekuk
pertambahan populasi penduduk dunia. (2 markah)

(b) Merujuk kepada lekuk peningkatan pertambahan populasi penduduk dunia yang
semakin meningkat, nyatakan tiga langkah yang perlu diambil oleh pemimpin
sesebuah negara untuk menambahkan bekalan makanan kepada penduduk negara
masing-masing menjelang tahun 2018?

i) ..............................................................................................................................

ii) ..............................................................................................................................

iii) ...............................................................................................................................
(3 markah)

11
BAHAGIAN B.

1. Ikan segar boleh diproses dengan pelbagai cara untuk menjadikannya tahan lebih lama.
Rajah 1 menunjukkan beberapa langkah untuk memproses ikan.

Langkah 1 Langkah 2

Langkah 3 Langkah 4
Rajah 1

(a) Namakan kaedah pemprosesan makanan yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

..........................................................................................................................................
(1 markah)

(b) Apakah langkah utama yang menyebabkannya berbeza daripada kaedah pemprosesan
makanan yang lain?

..........................................................................................................................................
(1 markah)

(c) Cadangkan dua kaedah lain dalam teknologi pemprosesan makanan yang boleh
dilakukan ke atas ikan tersebut. Wajarkan cadangan anda.

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

(4 markah)

12
2. Jadual 7 menunjukkan beberapa langkah dalam pemprosesan buah kering.

Langkah Pemprosesan buah kering

1 Buah betik dibasuh, dikupas dan dihiris panjang-panjang.

2 Buah itu dibubuh garam, dan gula, dibiarkan 2 hari

3 Buah itu disejat dan dikeringkan

4 ................................................

5 Setelah kering, buah itu dibungkuskan.


Jadual 7

(a) Apakah yang perlu dilakukan pada Langkah 4?

..........................................................................................................................................
(1 markah)

(b) Nyatakan satu jenis bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan buah kering
tersebut.

.....................................................................................................................................
(1 markah)

(c) Bagaimanakah jawapan anda di (b) membantu dalam pengawetan makanan ini?

......................................................................................................................................
(1 markah)

(d) Senaraikan satu kebaikan dan dua keburukan menggunakan kaedah pemprosesan buah
kering ini.

KEBAIKAN KEBURUKAN

(3 markah)

13
3. Rajah 2 menunjukkan label makanan pada sebuah tin gula-gula.

MOM’S BEST
CANDIES

Ramuan:
Mentega, tepung,
serbuk coklat, gula,
vanilla dan sunset
yellow
RM15.00
Berat bersih: 500 g

Rajah 2

(a) Apakah dua maklumat penting yang tidak dinyatakan pada label itu?

i) ................................................................................................

ii) ................................................................................................
(2 markah)
(b) Mengapakah maklumat dalam (a) i) perlu dipamerkan?

........................................................................................................
(1 markah)
(c) Apakah akta yang mewajibkan penggunaan label pada makanan?

........................................................................................................
(1 markah)
(d) Berdasarkan label itu, kenal pasti

i) Perisa makanan

.................................................................................................
(1 markah)
ii) Pewarna makanan

.................................................................................................
(1 markah)

14
4. Rajah 3 menunjukkan tiga jenis makanan K,L dan M

K L M

Rajah 3

(a) Nyatakan bahan awet yang digunakan di dalam makanan K, L dan M menggunakan
maklumat berikut:

Asid sorbik Asid benzoik Natrium nitrit

i) Makanan K : ..........................................................

ii) Makanan L : ..........................................................

iii) Makanan M : ...........................................................


(3 markah)

(b) Nyatakan fungsi

i) Bahan awet.

...................................................................................................................................
(1 markah)
ii) Antioksida.

...................................................................................................................................
(1 markah)

(c) Nyatakan satu kesan penggunaan pewarna yang berlebihan dalam pemprosesan
makanan.

..........................................................................................................................................
(1 markah)

15
5. Rajah 4 menunjukkan dua jenis makanan sup cendawan (P ) dan yogurt (Q) yang telah
diproses mengikut kaedah yang berbeza.

P Q

Rajah 4

(a) Apakah kaedah pemprosesan makanan bagi P dan Q? Tuliskan jawapan anda dalam
kotak yang disediakan pada Rajah 4.
(2 markah)

(b) Makanan P telah dipanaskan pada suhu yang tinggi iaitu 1210C. Apakah tujuan
pemanasan tersebut?

..........................................................................................................................................
(1 markah)

(c) Namakan satu jenis makanan lain yang boleh diawet menggunakan kaedah yang
sama dengan
i) Makanan P : ........................................................................

ii) Makanan Q : ........................................................................


(2 markah)

Rajah 5

(d) Nyatakan kaedah yang sesuai untuk mengawet makanan dalam Rajah 5. Tandakan (√)
pada kotak yang betul di bawah.

Pengetinan
Pendinginan
Pembungkusan vakum
Penyejukbekuan
(1 markah)

16
6. Jadual 8 menunjukkan ikan sardin diproses dengan berbagai cara.

PENGHIDRATAN
IKAN SARDIN
PEMBUNGKUSAN VAKUM
PENGETINAN
Jadual 8

(a) Nyatakan kebaikan bagi setiap cara pemprosesan ikan sardin di atas.
i) ........................................................................................................................
ii) ........................................................................................................................
iii) ........................................................................................................................
(3 markah)
(b) Cadangkan dua jenis makanan mentah yang sesuai diproses dengan menggunakan
cara yang sama seperti makanan di atas.

i) ....................................................................

ii) ....................................................................
(2 markah)

(c) Mengapakah sos ikan sardin kelihatan merah terang dan menarik walaupun telah
ditinkan untuk tempoh yang lama?

.........................................................................................................................................
(1 markah)

17
BAHAGIAN C.

1. Kaji pernyataan berikut:

Telur itik asin tahan lebih lama berbanding telur itik segar.

(a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan ini. (1 markah)

(b) Dengan menggunakan telur itik, garam kasar, bikar, dan radas-radas lain, huraikan
satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda berdasarkan kriteria berikut:

i) Tujuan eksperimen (1 markah)


ii) Mengenal pasti pembolehubah (2 markah)
iii) Senarai radas dan bahan (1 markah)
iv) Prosedur atau kaedah (4 markah)
v) Penjadualan data (1 markah)

2. (a) Terangkan bagaimana makanan dalam tin dan kacang dalam pembungkusan vakum
boleh menjadi rosak?
(4 markah)

(b) Rajah 6 menunjukkan satu kaedah pengumpulan susu segar.

SUSU SEGAR
Rajah 6

Susu segar menjadi cepat rosak jika terdedah kepada udara dalam jangka masa yang
lama. Wajarkan tindakan anda untuk mengatasi masalah ini.
(6 markah)

18
3. (a) Nyatakan satu perbezaan antara kaedah-kaedah pemprosesan makanan berikut dan
berikan satu contoh makanan bagi setiap kaedah.

i) Pendehidratan dan pembungkusan vakum


ii) Pengetinan dan penyejukbekuan kering
(4 markah)

Anda ingin membeli sebotol jus buah. Rajah 7 menunjukkan dua label pada jus buah
oren.

Guna sebelum : 15 Jan 2017


Guna sebelum : 15 JULAI 2016

1.5 litres 2.0 litres


sugar free
+ VIT
c Bahan:
Faris Company Sdn. Bhd, Farah Company Sdn. Bhd, ekstrak oren,
Lot 2, Jalan Tuaran 2, gula, asid sitrik,
84000 Inanam Bahan: Lot 10, Jalan Meru 10, vitamin, perisa
ekstrak oren, vitamin Ipoh, Perak dan pewarna
A, C dan E yang dibenarkan
RM10.00 RM 10.00

Rajah 7

(b) Pilih jus yang paling sesuai untuk kesihatan anda. Wajarkan pilihan yang telah anda
buat.
(6 markah)

19
4. (a) Nyatakan empat kelebihan makanan yang diubahsuai secara genetik. (4 markah)

(b) Rajah 8 menunjukkan beberapa jenis makanan yang telah diubahsuai secara genetik,
dan ianya menunjukkan rintangan yang tinggi terhadap serangga.

JAGUNG TOMATO UBI KENTANG

Rajah 8

Kaji maklumat yang diberikan dalam Rajah 8 di atas dan bina satu konsep tentang makanan
yang diubahsuai secara genetik.

i) Kenalpastikan tiga ciri sepunya.


(3 markah)

ii)Berikan satu tujuan untuk menjalankan ubahsuaian secara genetik terhadap sesetengah tanaman.

(1 markah)

iii) Namakan satu cara lain yang digunakan untuk memperbaiki kualiti dan kuantiti tanaman.
(1 markah)

iv) Hubungkaitkan ciri sepunya untuk membina konsep makanan yang telah diubahsuai secara
genetik.
(1 markah)

5. Pengurusan tanah yang cekap amat penting terutama sekali apabila sesebuah negara
mengalami proses urbanisasi terlampau menyebabkan keluasan tanah pertanian semakin
berkurangan.

(a) Apakah maksud pengurusan tanah yang cekap?


(1 markah)

(b) Anda selaku Pegawai Pertanian di sebuah negeri mendapati kawasan pertanian di
negeri tersebut semakin berkurangan. Jika dibiarkan berterusan, keadaan ini boleh
menyebabkan negeri itu akan mengalami krisis makanan yang teruk. Hal ini harus
diatasi. Wajarkan tindakan anda selaku Pegawai Pertanian yang bertanggungjawab
di negeri itu.
(6 markah)

(c) Senaraikan tiga teknologi moden yang digunakan dalam bidang pertanian untuk
meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan.
(3 markah)

20
6. (a)Senaraikan empat institusi yang terlibat secara langsung dalam bidang pertanian dan
terangkan fungsinya.
(4 markah)

(b)Teknologi moden yang diperkembangkan dalam bidang pertanian telah dapat


meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan di samping mengurangkan
masalah kekurangan tenaga pekerja. Huraikan kaedah dan penggunaan teknologi moden
tersebut.
(6 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

21

Anda mungkin juga menyukai