Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYU ARA

71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN

MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA SESI 2018

Masa : 8.30 pagi – 11.30 pagi


Tarikh : 27 Disember 2016
Tempat : Makmal Komputer SK Kayu Ara

KEHADIRAN
1. En. Yahya Bin Mohamad (Guru Besar)
2. Pn. Hajjah Norsiah Binti Abd Majid (Guru Penolong Kanan Akademik)
3. Pn. Norashikin Binti Majid (Guru Penolong Kanan HEM)
4. En. Rizuwan Bin Che Razak (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
5. Pn. Hazlina Binti Mohamat (S/U Kurikulum)
6. En. Arian Smail
7. Pn. Rohana Binti Rain@Arbain
8. Pn. Zalina Binti Md. Jadi
9. Pn. Nor Faiza Binti Zakariya
10. Pn. Zaharah Binti Baharudin
11. Pn. Siti Faiznur Binti Norman
12. En. Mohd Syahidi Bin Razduan

AGENDA MESYUARAT

Bil Agenda Mesyuarat

1.0 UCAPAN GURU BESAR


1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan terima
kasih kepada semua guru kerana dapat melapangkan masa dan
bertanggungjawab dalam memikul tugas dalam membangunkan
kecemerlangan akademik sekolah ini.
1.2 Guru besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepaada semua guru yang
bertungkus – lumus mendidik murid-murid sekolah ini, khususnya murid
Tahun 6 yang menghasilkan kejayaan 6A dan pencapaian 100% bagi subjek
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains.
1.3 Guru besar berharap agar murid Tahun 6 2017 akan menghasilkan kejayaan
yang lebih cemerlang. Namun kerja keras perlu dilakukan oleh semua guru
Tahun 6 memandangkan prestasi murid tahun 5 tahun ini agak pasif.

1.4 Guru Besar menyatakan bahawa mesyuarat kali ini merupakan mesyuarat
terakhir beliau bersama guru-guru dan beliau meninggalkan sekolah ini
dalam kedudukan yang sangat baik dalam ranking Daerah Rembau.

1
Bil Agenda Mesyuarat

1.5 Guru besar juga memaklumkan bahawa apa apa sahaja kelemahan semasa
menjadi guru besar di sekolah ini adalah kelemahan beliau dan minta
dimaafkan.
1.6 Guru Besar juga menasihati semua guru agar sentiasa berganding bahu
mengukuhkan prestasi murid sedari Tahun 1 lagi. Teruskan usaha yang telah
dilakukan dan perbaiki kelemahan yang ada demi meningkatkan lagi
kecemerlangan murid pada masa akan datang.
1.7 Akhir sekali, guru besar mengucapkan selamat bertugas kepada semua guru
bagi sesi persekolahan 2017 serta memohon maaf sekali lagi di atas setiap
keterlanjuran beliau. Akhir kalam, “SELAMAT BERJUANG” kepada semua
guru guru.
Makluman semua guru

2.0 UCAPAN GURU PENOLONG KANAN AKADEMIK

2.1 GPK 1 mengucapkan terima kasih kepada guru besar atas ucapan dan nasihat
beliau serta mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya.
2.2 Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru di atas kejayaan
yang di perolehi sepanjang tahun 2016 ini.
2.3 Beliau menyatakan tujuan mesyuarat ini adalah untuk:-
1. Memantapkan lagi pengurusan sekolah pada sesi akan datang
2. Memberikan agihan tugasan sesi 2017
3. Membincangkan tentang perancangan tahun 2017.
2.4 Kesempatan ini juga beliau ingin menyampaikan pesanan Puan PPD untuk
semua warga pendidik;-
1. Kita sebagai guru adalah menawarkan perkhidmatan kepada
pelanggan iaitu murid. Maka kita hendaklah memberikan
perkhidmatan yang cemerlang supaya mendapat keberhasilan yang
baik sesuai dengan anjakan yang ke 10.
2. Permohonan ke luar Negara – tidak dibenarkan melangkaui cuti
sekolah. Permohonan cuti hendaklah dipohon 2 bulan sebelum tarikh
bercuti.
3. Cuti hari sabtu kedua dan keempat – sekiranya ada program yang
hendak dilaksanakan pada cuti tersebut, hendaklah dilaksanakan atas
kesepakatan bersama agar tidak menjadi isu di belakang hari.
4. CRK - hendaklah di mohon 3 hari sebelum tarikh bercuti dan dibuat
secara on-line.Bagi SKM, tidak dibenarkan diambil oleh 2 orang guru
pada hari yang sama.
5. LDP – bagi tahun 2017 ini, semua guru hendaklah melengkapkan
LDP sebanyak 7 hari. Jika ada sebarang perubahan akan
dimaklumkan kemudian.
6. Cuti sekolah pada bulan Mac 2017, guru-guru dikehendaki
membekalkan kerjarumah secara maya kepada murid melalui frog
VLE.
2
Bil Agenda Mesyuarat

7. Pemantauan 2017 – pihak PPD tidak akan memaklumkan tarikh


pemantauan, maka setiap guru perlu sentiasa bersedia terutamanya
yang berkaitan dengan PBS dan PdPc abad ke 21.

Makluman semua guru

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1 Setiausaha kurikulum membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

Pn. Zaharah Binti Bahrudin mencadangkan minit mesyuarat disahkan.


Disokong oleh Pn. Siti Faiznur Binti Norman.

Tindakan: SU Kurikulum

4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada

5.0 PERANCANGAN PENGURUSAN KURIKULUM 2017

5.1 Pengerusi memaklumkan berkaitan Dasar Pengurusan Kurikulum (rujuk


lampiran).
Tindakan: Semua Guru
5.2 Kurikulum merupakan tugas utama guru dan murid bagi memenuhi
kehendak, keperluan dan matlamat KPM serta JPNNS.

Tindakan: Semua Guru


5.3 Mesyuarat:-
1. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum dan Panitia perlu diadakan
sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
2. Minit perlu disiapkan dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat dan
dimasukkan ke dalam fail.
Tindakan: SU Kurikulum &
SU Panitia

6.0 LINUS
6.1 Penyelaras LINUS iaitu Pn. Rohana memaklumkan tentang pencapaian
LINUS sesi 2016, masih terdapat:-
1. 2 orang murid yang tidak melepasi LINUS BM iaitu Norrizky
(Thn 1) dan Muizzudin (Thn 2)
2. 9 orang murid yang tidak melepasi LINUS BI iaitu:

3
Bil Agenda Mesyuarat

TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3


1. Norrizky 1. Muizzudin 1. Azmil Izal
2. Muhd Hakimi 2. Ain Nur Syakirin 2. Siti Aisyah
3. Muhd Yusri 3. Mohd Nor Syazwan
4. Nur Alya Damia
6.2 Penyelaras mengucapkan terima kasih kepada semua guru guru yang terlibat
menjalankan LINUS dengan penuh sabar. Beliau mengharapkan agar
prestasi LINUS pada tahun hadapan akan lebih baik lagi.

Tindakan: Guru B.Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris Tahap 1

7.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa di samping kita mengejar kualiti
pencapaian UPSR, pencapaian PBS juga mestilah dititik beratkan.
7.2 Pihak sekolah mensasarkan Sifar LINUS dan pencapaian lulus 100% bagi
semua murid Tahun 1 hingga Tahun 5.
Tindakan: Guru mata pelajaran Tahun1 –Tahun 5
7.3 Pengerusi memaklumkan bahawa AJK Pementoran, Penyelarasan,
Pemantauan dan Pengesanan akan dilantik semasa mesyuarat PBS kali
pertama iaitu pada 8hb Januari 2017.
Tindakan: SU PBS
7.4 Guru-guru dimaklumkan supaya membuat catatan di dalam RPH setiap kali
ingin merekodkan pentaksiran yang telah dilaksanakan dalam PdPc supaya
maklumat tersebut dapat dipindahkan ke dalam rekod transit. Rekod transit
mestilah boleh ditunjukkan apabila diminta oleh pemantau.

Tindakan: Guru mata pelajaran

8.0 PLC
8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua panitia perlu melaksanakan PLC
dalam PdPc dan laporan aktiviti yang dilakukan hendaklah dihantar.
Tindakan: Semua Guru

9.0 HAL-HAL LAIN


9.1 Pengerusi mengingatkan semua guru agar menyediakan perancangan
strategik dan sasaran kerja tahunan masing-masing.
9.2 Pengerusi juga mengingatkan guru-guru agar membuat persediaan
secukupnya sebelum sesi persekolahan bermula. Pembelian buku tulis dan
peralatan lain akan dibuat pada 31 Disember 2016.
9.3 Kurikulum merupakan tunjang utama sekolah, PPD, JPN dan KPM. Hayati
kandungan kurikulum sebaik-baiknya sebelum melaksanakan PdPc.
4
Bil Agenda Mesyuarat

9.4 Pengerusi berharap guru-guru akan dapat menyempurnakan tugas dengan


cemerlang selagi berkhidmat di sekolah ini. Kejayaan sekolah merupakan
kejayaan semua guru, murid dan juga ibubapa.

Tindakan: Semua Guru

9.5 Pengerusi memaklumkan bahawa semua KP bagi matapelajaran teras mesti


mengumpulkan data analisis item, melaksanakan post mortem,
membincangkan intervensi matapelajaran masing-masing.

Tindakan: KP BM, BI, MT & SN

9.6 Semua guru mestilah menyemak semula SPI KSPK Bil 7, 2016 , SPI KSSR
Bil. 8, 2016 yang dikeluarkan pada 17 November 2016 dilaman sesawang
moe.gov.my. Pekeliling tersebut hendaklah di muatturun dan dicetak untuk
disimpan dalam fail.

Tindakan: Semua Guru

9.7 Pengerusi memaklumkan kepada GPK HEM dan GPK Ko-Kurikulum


supaya merekodkan semua kejayaan sekolah dan laporan tersebut hendaklah
dihantar ke PPD Rembau untuk perhatian Pegawai Perhubungan Sekolah
dengan kadar segera.

Tindakan: Semua GPK

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(HAZLINA BINTI MOHAMAT) (PN. NORSIAH BT ABD MAJID)


Setiausaha Mesyuarat Kurikulum Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kayu Ara Sekolah Kebangsaan Kayu Ara
71300 Rembau 71300 Rembau
Negeri Sembilan Negeri Sembilan

5
6