Anda di halaman 1dari 3

SEKTOR PERIKANAN

1. 1. TUTORIAL 3 SEKTOR PERIKANAN


2. 2. 1 (a) Bezakan maksud perikanan pinggir pantai dengan laut dalam. Perikanan pinggir
pantai – aktiviti perikanan yang dijalankan di kawasan pinggir pantai yang tidak melebihi
32 km dari pantai dan kedalaman tidak melebihi 180 m yang dilakukan oleh nelayan
pesisir pantai secara tradisional. Perikanan laut dalam – aktiviti perikanan yang
dijalankan di laut dalam yang melebihi 32 km dari pantai dan kedalaman laut melebihi
180 m. Perikanan ini meliputi ZEE. Dijalankan oleh kumpulan nelayan yang
menggunakan bot yang lebih besar dan peralatan moden.
3. 3. 1 (b) Mengapakah sumber perikanan pinggir pantai kian merosot? Tangkapan
berlebihan. Eksploitasi sumber perikanan oleh nelayan tempatan yang menyebabkan
kepupusan sumber perikanan. Ada sesetengah nelayan pinggir pantai menggunakan
kaedah menuba, mengebom dan renjatan elektrik dll. Pencerobohan nelayan laut dalam
dan nelayan asing di zon pinggir pantai. Zon pinggir pantai dicerobohi oleh nelayan laut
dalam dan nelayan asing khususnya dari Thailand. Pencerobohan ini menyebabkan
kemusnahan habitat dan sumber perikanan berlaku akibat penggunaan pukat yang
diharamkan. spt pukat tunda, pukat harimau dll oleh nelayan laut dalam/ nelayan asing.
4. 4. 1 (b) Mengapakah sumber perikanan pinggir pantai kian merosot? Peningkatan kadar
pencemaran pantai. Akibat tumpahan minyak dan pembuangan enap cemar dari kapal
tangki menyebabkan proses pembauran – menutupi permukaan laut, mematikan
plankton dan zooplankton di kawasan perikanan pinggir pantai. Selain itu pembuangan
sisa industri/ sisa toksid ke laut/ zon pinggir pantai meningkatkan kadar pencemaran
melalui pertambahan BOD. Mematikan hidupan akuatik.
5. 5. 1 (c) Selain daripada lokasi perikanan, jelaskan dua ciri utama perikanan pinggir
pantai. Teknologi atau peralatan tangkapan yang digunakan oleh nelayan pinggir pantai.
Amat bergantung kepada teknologi tradisional. Contohnya pukat tangkul, pukat tarik, jala,
pompang, bubu, bitol, pancing, dan kelong yang menghasilkan jumlah tangkapan yang
sedikit. Tempoh masa dan jenis tangkapan. Nelayan pinggir pantai turun ke laut pads
awal pagi dan pulang dengan hasil tangkapan pads waktu petang. Jenis-jenis tangkapan
seperti ikan bills, kembong, ikan parang, udang, ketam, sotong dll.
6. 6. 1 (d) Patutkah sektor perikanan laut dalam diusahakan secara besar-besaran?
Memang patut sektor perikanan laut dalam di usahakan secara besar-besaran. Ini
kerana: • la mendatangkan keuntungan yang besar kerana jumlah ikannya banyak dan
hasil tangkapannya bemilai tinggi seperti ikan tenggiri, ikan merah, kerapu dsb. •
Berupaya menampung kekurangan bekalan ikan dari zon pinggir pantai yang semakin
merosot. • Mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor perikanan yang
lebih moden menggunakan teknologi canggih seperti ekosonar, bilik sejuk beku di etas
kapal dsb.
7. 7. 1 (e) Jelaskan tiga halangan utama untuk memajukan sektor perikanan laut dalam
Malaysia. (6) Halangan buruh. Kekurangan tenaga buruh berlaku dalam perikanan laut
dalam. Masalah ini disebabkan oleh sektor perikanan yang menggunakan tenaga kudrat
tidak digemari oleh golongan muds. Keselamatan nelayan. Masalah semasa yang
dihadapi oleh nelayan laut dalam khususnya ialah ancaman lanun di laut antarabangsa
dan pencerobohan nelayan asing. Sesetengah nelayan tidak berani untuk meneroka
perikanan laut dalam kerana jaminan keselamatan di perairan antarabangsa yang
sentia6a diancam lanun.
8. 8. 1 (e) Jelaskan tiga halangan utama untuk memajukan sektor perikanan laut dalam
Malaysia. (6) Kekurangan modal. la berlaku dalam kalangan nelayan masih di belenggu
kemiskinan. Keupayaan modal yang terhad menyebabkan nelayan tidak mampu untuk
memiliki bot-bot besar, pukat dan peralatan tangkapan moden dan sebagainya bagi
meneroka perikanan laut dalam.
9. 9. 1 (f) Bagaimanakah teknologi moden mempengaruhi kemajuan sektor perikanan di
Malaysia? (4) Penggunaan bot dan peralatan tangkapan yang berteknologi moden –
membolehkan nelayan menjalankan aktiviti perikanan laut dalam dan meningkatkan hasil
tangkapan. Penggunaan radar pengesan ikan (ecosonar), GPS – memudahkan nelayan
mengenal pasti lokasi perikanan dengan mudah – menjimatkan kos. Penggunaan
teknologi pembiakbakaan dalam akuakultur berjaya menghasilkan benih ikan yang
bermutu seterusnya meningkatkan pengeluaran akuakultur di Malaysia.
10. 10. 1 (g) Takrifkan maksud perikanan akuakultur. (3) Perikanan akuakultur merujuk
kepada aktiviti penternakan ikan air tawar sama ada di dalam kolam, tasik atau sungai. Ia
turut meliputi aktiviti penternakan marin kultur di kawasan air payau seperti di muara
sungai.
11. 11. 1 (h) Huraikan dua ciri perikanan akuakultur di Malaysia. (3) Lokasi kegiatan :
Akuakultur yang dijalankan di Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu; perikanan air
tawar dan perikanan air payau dan air masin (marinkultur). Perikanan air tawar banyak
dilakukan di dalam sungai, tasik, kolam, paya, dan sawah padi. Manakala marinkultur
pula dijalankan di muara sungai, paya bakau atau paya nipah, pinggir pantai, atau teluk
yang terlindung. Skala dan orientasi pengeluaran. Sebahagian besar skala pengeluaran
bagi pelaburan swasta adalah untuk pasaran dalam negara dan luar negara.
Penternakan kecil-kecilan pula biasanya berorientasikan pasaran dalam negara seperti
di pasar tani atau pasar malam. Penternakan ini dilakukan secara kecil-kecilan kerana
dijadikan sumber pendapatan sampingan.
12. 12. 1 (i) Mengapakah sektor perikanan akuakultur menjadi semakin penting pada masa
kini. (3) Untuk menampung bekalan sumber perikanan laut yang semakin berkurangan
dan bermusim. Pada musim tengkujuh misalnya bekalan ikan laut berkurangan. Oleh itu
produk akuakultur menjadi pilihan kepada penduduk. Memenuhi keperluan dan citarasa
penduduk yang semakin berubah menggemari produk akuakultur di samping
menyumbang kepada pendapatan eksport negara apabila hasil akuakultur seperti udang
harimau di pasarkan ke Taiwan, China dan Jepun.
13. 13. 2 (a) Bandingkan ciri aktiviti perikanan laut dalam dengan perikanan pinggir pantai di
Malaysia. (12) Perikanan Laut Dalam Perikanan Pinggir Pantal ' Lokasi – laut dalam
(ZEE) melebihi 30 batu nautika dari pinggir pantai. Pesisir pantai – kurang dari 30 batu
nautika dari pinggir pantai. Masa operasi – Berminggu-minggu di lautan dan dijalankan
secara berkumpulan. Harlan – ke laut pads waktu pagi dan pulang pada waktu petang.
Dijalankan secara individu. Orientasi tangkapan – Untuk pasaransepertipasaran ekspor t.
Kuantiti tangkapan banyak. Untukjualan harian–lebihan diguna untuk keperluan keluarga.
14. 14. 2 (a) Bandingkan ciri aktiviti perikanan laut dalam dengan perikanan pinggir pantai di
Malaysia. (12) Perikanan Laut Dalam Perikanan Pinggir Pantal ' Teknologi tangkapan –
moden seperti alai ecosonar dan bot berkuasa tinggi. Dijalankan oleh nelayan terlatih.
Janis tangkapan laut dalam – tenggiri, tuna, kerapu dsb Tradisional – jaring,
bubu,pancing – dijalankan oleh nelayan tradisional. Jenis tangkapan pesisir pantai –
selayang, kembong, bills dsb. Penggunaan modal – modal besar, dimiliki oleh syarikat
atau persatuan nelayan. Modal kecil – milik persendirian. Penggunaan Buruh- Tenaga
buruh mahir/ import, bilangan yang ramai. Tenaga Buruh sedikit, kalangan ahli keluarga
atau warisan.
15. 15. 2 (b) Sejauh manakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan berjaya memajukan
sektor perikanan di Malaysia. (13) 1. Memodenkan infrastruktur perikanan. • Menyedia
dan memperbaiki kemudahan pendaratan ikan di pelabuhan perikanan, menyediakan
tempat penyimpanan ikan tempat awet beku,kilang air batu dll. Sebagai contohnya,
komplek pendaratan ikan di Tok Bali, Kelantan, Cendering, Terengganu, Kuala Sedili,
Johor, dan Batu Maung, Pulau Pinang • Sistem pengangkutan dan telekomunikasi perlu
dipertingkatkan sebagai satu akses –jaringan jalan rays, kemudahan pemasaran dsb. •
Penilaian: Langkah ini amat berkesan dan berjaya membantu nelayan mendaratkan ikan
dan seterusnya menjual ikan terus kepada LKIM tanpa dibelenggu oleh orang tengah
16. 16. 2 (b) Sejauh manakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan berjaya memajukan
sektor perikanan di Malaysia. (13) 2. Memberikan bantuan/subsidi atau pinjaman •
Pinjaman modal untuk membeli bot-bot yang besar dan teknologi tangkapan moden
seperti ecosonar kepada nelayan tempatan untuk menceburi perikanan laut dalam. •
Subsidi disel nelayan untuk mengurangkan kos operasi • Penilaian: Bantuan modal
membeli Bot telah Berjaya memberi peluang kepada nelayan untukmemiliki bot-bot yang
lebih besar dan lebih balk berbanding secara sews-bell bagi membolehkan mereka
menangkap ikan di laut dalam. Namun begitu skim subsidi diesel kurang berkesan akibat
penyelewengan nelayan sandhi yang menjual diesel kepada orang lain.
17. 17. 2 (b) Sejauh manakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan berjaya memajukan
sektor perikanan di Malaysia. (13) 3. Memperkukuhkan rangkaian pemasaran. •
Menghapuskan peranan orang tengah untuk menguasai pasaran hasil perikanan melalui
kaedah pemasaran berpusat oleh LKIM dan koperasi perikanan. • Mewujudkan
persatuan nelayan dan koperasi nelayan. melalui Skim Permodenan Nelayan
Berkelompok yang diwujudkan pads tahun 2006. • Mengawal harga ikan di pasaran
tempatan. • Penilaian: Skim ini amat berjaya kerana ia membolehkan nelayan tempatan
berdaya saing dan tidak dibelenggu dengan kemiskinan. • Antara faedah skim tersebut
ialah nelayan tempatan yang menggunakan bot kecil akan bergabung menjalankan
aktiviti penangkapan ikan secara meluas dan mendatangkan keuntungan berlipat kali
ganda
18. 18. 2 (b) Sejauh manakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan berjaya memajukan
sektor perikanan di Malaysia. (13) 4. Memajukan akuakultur sebagai pendapatan
sampingan nelayan • Kerajaan menggalakkan nelayan agar mengusahakan ternakan
akuakultur sama ada di kawasan air tawar atau air payau. • Untuk membangunkannya,
kerajaan menyediakan bantuan modal, subsidi, dan khidmat nasihat yang berterusan
khususnya melalui LKIM. • Kerajaan juga bersedia untuk mengeksport hasil-hasil
akuakultur ke pasaran luar negara yang sudah pastinya menghasilkan pendapatan yang
lumayan kepada nelayan yang mengusahakannya. • Penilaian: Pada mass ini program
ini amat berjaya kerana ia mendapat bantuan sepenuhnya dari kerajaan. Malah konsep
industri akuakultur juga diperluaskan dan digabungkan dengan sektor pelancongan dan
dinamakan akuapelancongan. Sumber pendapatan nelayan pantai telah dipelbagaikan

Anda mungkin juga menyukai