Anda di halaman 1dari 2

Rujukan Kami :SKTA.

100-1/1/4
Tarikh : 13 Oktober 2017

Guru Besar,
SK Sunggala,
Rejimen Kedua Kor Armor Diraja,
Kem Sunggala,
71050 Si Rusa,
Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tuan/Puan,

MEMOHON PINJAMAN JUBAH GRADUASI MURID TAHUN 6 DAN GURU

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara tersebut di
atas.

2. Sekolah kami akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang Dan Graduasi Tahun 2017
pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh : 23 November 2017


Hari : Khamis

3. Sehubungan dengan itu pihak kami ingin memohon pinjaman jubah murid tahun 6
sebanyak 20 helai dan jubah guru sebanyak 2 helai pada ketetapan tersebut.

4. Kerjasama daripada tuan/ puan amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

...............................................
(ZURAIDAH BINTI AHMAD)
Guru Besar,
Sek. Keb. Tanjong. Agas

Anda mungkin juga menyukai