Anda di halaman 1dari 22

Kek Keju Jepun

Posted on January 13, 2013 by admin


Facebook

Bahan-bahan.

7keping cheddar cheese

200ml susu segar@susu cair

4 biji telur

75gm tepung naik sendiri

75gm butter

100gm gula halus

1/2 sudu teh cream of tatar

Cara-cara Menyediakan Kek Keju Jepun:

1. Koyakan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu.Masak dengan api


perlahan..Kacau selalu..
2. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan..
3. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan..
4. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan
meringue(bertanduk)..
5. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis)
6. Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati..
7. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati…
8. Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter..
9. Letak loyang dalam bekas berisi air panas…
10. Panaskan oven..boleh lah dibakar dalam 1 jam 30 minit atau mengikut kepanasan oven
masing-masing.
11. Selamat mencuba.
Kek Lapis Cheese
KEK LAPIS CHEESE
Sumber : www.facebook.com/buku resepi
Sukatan resepi ini telah diolah oleh saya.

Bahan-bahannya :
20 keping biskut marie ikut perisa apa yang anda suka (original/chocolate/coffe)
1 cawan susu segar
250g cream cheese
100g whipping cream non-dairy
3 sudu besar gula castor
1 sudu besar gelatin halal
50 ml air panas

Cara Membuatnya:
1) Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping cream
hingga kental. Campurkan kedua-duanya dan gaulkan bersama dengan spatula.
2) Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau
hingga rata dan sebati.
3) Sediakan bekas/loyang dengan dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya
agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.
4) Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejap jgn sampai lembik.
5) Lapiskan satu persatu dengan adunan cream cheese tadi sehingga habis.
6) Bekukan dalam 1-2 jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah dikeluarkan dan dipotong.
Sumber : resipi citarasawan

Chocolate Chiffon

Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40
minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4
lapisan.

Filling : Mousse Coklat Hitam :


200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Filling : Mousse Coklat Putih :


200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air

Topping Coklat Ganache


150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat
dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

*** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4
jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag
dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias
dengan coklat ke dalam peti sejuk.

*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak
lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam


1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti
mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat
yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Mousse Coklat Putih


1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair
diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat
yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul
dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di
buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula
hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya
dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di
dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.

Bahan2 CHOC MOIST CAKE KUKUS


kepada yang guna gm... convertkan 1 cawan=180gm

2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking soda


1 cawan serbuk koko
1 cawan serbuk milo
1 1/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
2 cawan fresh milk + 1 sudu kecil nescafe (dididihkan)
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil choc emulco

Bahan2 Lapisan Cheese:


(lapisan cheese ni rai guna resipi daripada mrsdayat myresipi.com
http://www.myresipi.com/top/detail/2159
tapi rai gandakan resipinya.. credit to mrsdayat...)

400gm Cream cheese


(kalau dekat malaysia cari jenama philadelphia atau tartura)
100gm gula castor
40 ml air
2 biji telur gred A

Bahan2 untuk CHOC GANACHE


(mesti buat semalaman dan simpan di luar sahaja..
baru dia akan dapat struktur mcm nutella dan bukan cair)

400gm choc masakan


300gm whipping cream
1 sudu besar butter
so kita buat awal ea...
cara buat choc ganache

1. Didihkan whipping cream + choc masakkan dengan kaedah double boiler cam atas nie...
kena kacau sentiasa bagi dia sebati cantik..
dah cair semua.. masukkan butter..
2.Biarkan dia sejuk pada suhu bilik..Lepas dia sejuk,wrapkan dengan cling plastic atau tutup..
letakkan di luar semalaman..
kira cam perap la..

Jom kita tengok cara2 membuatnya pula yea =)papepun...


TOLONG PANASKAN AIR KUKUSAN ANDA DAHULU....
AIR MESTI BETUL2 PANAS sebelum anda kukus adunan cake anda..

Buat choc moist cake punya lapisan dahulu...


1. Satukan semua bahan2 kering

2. Kemudian masukkan semua bahan2 cecair kecuali susu panas..

3. tak payah guna mixer... Guna Whisk untuk sebatikan dia...


4. Didihkan fresh milk + 1sudu kecil nescafe tadi

5. Akhir sekali masukkan susu panas tadi...


6. Kena kacau kuat2 tau dengan whisk untuk sebatikan dia..
sehingga dapat struktur camni...Ketepikan sekejap...

ok lepas tu buat lapisan cheese

1. Satukan semua bahan2 untuk membuat lapisan cheese kecuali telur


2. Putar guna mixer sehingga kembang

3. Masukkan telur... dan tak perlu putar lama lepastu..ckup sekadar telur dah sebati dalam adunan..

ok ..
kita dah ready nak melapis ...

sediakan loyang bulat saiz 26 cm atau


mcm rai guna loyang aluminum foil nie...
sebab rai nak bentuk segi empat ni sebenarnya...
dan mudah buang.bahahahahah.. bocor rahsia malas nak basuh.kui2..

make sure gris loyang/aluminium foil ni dengan butter/marjerin..


sebb xnak bagi lekat..
kalau guna loyang... alaskan bawah dia ngan baking paper then griskan keliling dia gak.
1. masukkan lapisan choc.. buh sedikit je tau adunan.. jangan bubuh tebal..

sebab confirm dia akan naik 2 kali ganda..

2.Tutup kukus
(sebab ada orang tanya rai ..rai tak tutup ke tutup pengukus masa kukus cake nie?)...
maybe tengok gambar camni kot..so confuse juga kan..
rai amek gambar camni supaya nak tunjuk camana sebenarnya bila dia dah masak...
yang loyang atau aluminium foil ni tak payah tutup dengan apa2....
cuma PENGUKUS mmg kena TUTUP ngan PENUTUP PENGUKUS yaaa kalau nak kukus apa2 pun..
supaya wap panas tu leh masakkan keseluruhan cake...
then Kukus 15-20 minit.. atau make sure atas dia ni dah kering camni...
3. Pastu tuang pulak lapisan cheese atas lapisan choc tadi..

4.Kukus lagi 15-20 minit atau sehingga atas dia nampak kering...
Jangan tak kering lagi pastu p bubuh lapisan ea.. nnti rosak lapisan dia..
atau nak bg make sure cucukkan lidi.. dan check..
Ikut korang nak lapiskan 1 atau 2 layer..
kalau nak lapiskan 1 layer je cheese + 2 layer choc cake.. tuang je semua lapisan cheese tu
(especially yang nak guna loyang bulat)
Kalau nak buat 2 layer cheese.. then bahagikan 2 bahagian cheese + 3 bahagian cake.....
5. Buat sampai habis dan make sure atas sekali lapisan choc...

6. Kukus 15-20 minit lagi atau sehingga lapisan betul2 masak..


check guna lidi... kalau kering means dah masak.. haaa dah naik menggebu dah..
7.Kalau ada adunan lebih atau nak letak dalam bekas kecik2 yang tahan cmni pun boleh..
lebih comel dan mudah makan...
nak jual pun boleh guna bekas cmni...

TIPS
ok.. tips untuk dapatkan choc moist cake sedapp dan moist...
sejukkan cake nie betul2 pada suhu bilik....
kemudian...
wrapkan dengan cling plastic....
masukkan dalam fridge biarkan semalaman dalam peti sejuk..
kalau cake choc moist kukus biasa tanpa lapisan cheese..
ckup after dah wrap tu.. letak je kat luar.. tak payah letak dalam fridge..
yang ada lapisan cheese kena letak dalam fridge.. sebab cheese akan rosak kalau letak di luar sahaja..
Guna bekas camni lagi senang simpan...
leh tutup kan aja.. then letak dalam fridge..

pastu... esok tu baru la kita make up kan cake kita dengan choc ganache..
hasil dia cake akan lebih moist dan jadi sedap...
sapukan aja choc ganache seluruh cake atau leh sapu kat bahagian atas je..
tabur dengan choc rice..simple.. tapi akan nampak menarik...
lepastu leh masuk dalam fridge kejap bagi choc ganache tu set..
cake yang dah diperapkan semalaman...
kemudian buka aluminium foil tu...

sapukan choc ganache keliling dia.. lepastu tabur choc rice...


nie kalau satu layer

Nie kalau versi cake guna loyang bulat....


Nie kalau 2 layer..
rai suka buat layer cheese nipis supaya tak rasa muak..
OM NOM NOM NOM NOM....
Selamat mencuba =)
siapa yang dah cuba...
boleh berikan rai gambar cake choc lapis cheese yang anda buat untuk kita berkongsi bersama..

hantarkan ke:
raihannavanilla@yahoo.com =)

Moist butter pandan cheese kek yg harum dan sedap

Bhn2
1 butter 250g
1 cawan gula
Mix smpai kembang betuka kuning jd cream putih
Masukkn 125g atau separuh tiub cream cheese tartura
Mix sebati baru masuk kan
5 bijik telur satu persatu
Mix sampai kembang
Ayak kan 2 cawan tepung tambah
1 sk baking powder

Ok masukkn dalam bahan mix td dan mix sekejap bg sebati


Bahagikan adunan pd dua bahagian
1 bahagian letak pes pandan 1 sk dan pewarna hijau sedikit
Kacau sebati 1 adunan lg original
Oleskan loyang dgn minyak lapik baking paper dan tuang adunan beselang pandan dan original
panaskan oven dan bakar suhu 160 api atas bawah masa 40 hnggs 45 mnt tgk oven masing2

Anda mungkin juga menyukai