Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 1: ULASAN KRITIS

Berdasarkan video yang telah saya muat turun daripada internet, saya telah
mengenal pasti beberapa kekuatan dan kelemahan berkaitan dengan penggunaan kaedah
oleh kedua-dua pendekatan Kodály dan Orff.

Pendekatan Kodály (Kodály in Action 1 Warmup Entrance)

Pendekatan Kodály mengajar kanak-kanak untuk menjadi pemuzik yang lebih


berliterasi, terutamanya melalui nyanyian kerana suara merupakan instrumen yang dimiliki
oleh semua orang. Zoltan Kodály mempercayai bahawa kanak-kanak mestilah
berkemampuan untuk menyanyikan lagu rakyat (folk songs), dan mengetahui seni muzik
dalam budaya mereka. Pendekatannya adalah berdasarkan moveable “do” solfege atau
solfa ”do” bergerak (Do Re Mi Fa So La Ti Do), dan isyarat tangan Curwen untuk mewakili
solfa-solfa tersebut.

Berdasarkan video tersebut, didapati bahawa guru menerapkan proses pengajaran


dan pembelajaran menggunakan pendekatan Kodaly melalui tiga peringkat, iaitu persediaan,
persembahan dan latihan. Antara kekuatan yang didapati dalam video tersebut adalah
kanak-kanak diberi pengalaman muzik sebelum mempelajari notasi muzik. Dalam peringkat
persediaan kanak-kanak diajar konsep bunyi sebelum simbol (sound before symbol)
(Johami Abdullah, 1993). Semasa guru dan pelajar masuk ke dalam kelas, guru
memainkan gitar sambil melakukan lagu sapaan, yang mana guru tersebut menyanyi dan
kemudiannya murid akan menggunakan atau mengikuti melodi yang sama dan menjawab
guru tersebut dengan lirik yang berbeza.

s m s

Guru: Hel - lo, class!

s m s

Murid: Hel - lo, Vee!


Selain itu, murid juga diberi kebebasan untuk membuat pergerakan berdasarkan
kreativiti masing-masing melalui aktiviti chanting ataupun lagu yang dinyanyikan. Kemudian,
guru tersebut juga menggunakan teknik melolong pic-pic yang berbeza untuk membiasakan
murid dengan perbezaan pic yang dinyanyikan. Murid-murid akan mendapat pengalaman
secara langsung untuk mereka berupaya mengawal pic suara mereka. Dalam pada itu, guru
juga menggunakan pergerakan tangan, yang mana apabila mereka menyanyikan pic tinggi,
tangan digerakkan secara menaik, manakala apabila mereka menyanyikan pic rendah,
tangan dihayunkan ke bawah.

Kemudian, guru juga mengajar lagu secara berperingkat dengan skel pentatonik,
iaitu so – mi –so, so – la – so dan so – mi –mi –so – so –mi. Semasa murid-murid
menyanyikan lagu tonik solfa dengan menggerakkan tangan berdasarkan pic tinggi dan
rendah juga, guru telah menggalakkan murid-murid untuk memvisualisasikan ton atau not
lagu yang dinyanyikan. Guru kemudiannya mengajar menggunakan isyarat tangan Curwen
untuk menunjukkan jalinan dan hubungan antara ton lagu. Dalam pada itu, guru tersebut
juga telah memasukkan kemahiran berfikir secara kritis dalam aktiviti yang dilakukan,
misalnya guru tersebut menunjukkan isyarat tangan so – mi – so tanpa menyanyikan tonik
solfa dan kemudiannya, murid akan menunjukkan isyarat tangan yang ditunjukkan guru
sambil menyanyikan tonik solfa so – mi.

Kelemahan yang didapati berdasarkan video tersebut, adalah pada awal kelas
semasa guru menyanyikan lagu sapaan (greeting songs) guru tidak menekankan ketepatan
pic. Begitu juga semasa guru tersebut mengajar isyarat tangan dengan nyanyian tonik solfa,
pic murid-murid tersebut tidak ditekankan. Sepatutnya, guru juga memberi fokus terhadap
pic murid dengan memperbetulkan pic-pic yang kurang tepat daripada apa yang dinyanyikan
oleh guru tersebut.

Selain itu, kelemahan juga boleh didapati berdasarkan isyarat tangan yang
didemonstrasikan oleh guru tersebut. Isyarat tangan yang ditunjukkan adalah kurang tepat,
yang mana beliau menunjukkan isyarat tangan untuk tonik solfa so di atas kepala.
Sepatutnya, isyarat tangan untuk tonik solfa so ditunjukkan pada aras dada seperti berikut
(Choksy & et al., 2001):
Seterusnya, murid tidak membuat pergerakan berdasarkan detik yang betul semasa
menyanyikan lagu “This Old Man”. Murid membuat pergerakan berdasarkan perkataan-
perkataan yang boleh diaksikan. Namun demikian, pergerakan tersebut tidak sekata kerana
guru tidak mengutamakan detik lagu tersebut. Guru tersebut sepatutnya mengajar detik lagu
tersebut terlebih dahulu sama ada secara menepuk tangan, menghentak kaki atau
menggunakan sebutan notasi lidi.

(500 patah perkataan)


Pendekatan Orff (Fiddle Diddle Dee)

Kanak-kanak terlibat secara aktif dalam persembahan ensembel, yang memerlukan


pendengaran aktif dan kooridnasi fizikal serta improvisasi. Proses Orff melibatkan dua kunci
utama, iaitu eksplorasi dan pengalaman (Mark & Madura, 2010). Pendekatan Orff terbahagi
kepada empat komponen utama, iaitu penerokaan (eksplorasi), mengajuk balik (imitasi),
literasi dan improvisasi.

Antara kekuatan yang boleh didapati dalam video tersebut, murid-murid diberi
peluang untuk membuat pergerakan berdasarkan detik lagu “Fiddle Diddle Dee”. Mereka
berpeluang untuk mengeksplorasi ruang, iaitu pergerakan luaran seperti melompat,
meloncat dengan satu kaki, berlari setempat, dan menghayunkan badan. Ini membolehkan
murid untuk meluahkan ekspresi melalui pergerakan yang dilakukan.

Guru tersebut juga mengaplikasikan penggunaan instrumen muzik, iaitu metalofon


dalam pengajaran muzik menggunakan pendekatan Orff. Penggunaan alat perkusi dapat
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperkembangkan kepekaan dan senstiviti
mereka dalam pembelajaran muzik (Choksy & et al., 2001). Sebelum memainkan
metalofon, guru bersama-sama dengan murid menggunakan pergerakan atau aksi tangan
untuk mendapatkan detik lagu tersebut. Selain itu, pergerakan tangan tersebut juga
membantu mendisiplinkan murid kerana metalofon hanya dimainkan semasa menyanyikan
solfa “Mi, Re, Do”.

Instrumen yang paling penting dalam pembelajaran menggunakan pendekatan Orff


adalah badan, dan yang kedua penting adalah suara, kerana ia dilahirkan daripada badan
(Choksy & et al., 2001). Dalam video tersebut, guru banyak menekankan penggunaan
anggota badan sebagai perkusi dan disertai dengan nyanyian.

Kanak-kanak juga belajar daripada peringkat yang mudah kepada yang susah
melalui pergerakan yang dilakukan secara berperingkat dan berurutan. Pembelajaran muzik
lebih berkesan melalui pendekatan penerokaan dengan hanya dibantu oleh pendidik muzik
yang berfungsi sebagai pemudah cara atau fasilitator (Johami Abdullah, 1993). Pada
peringkat awal aktiviti membuat pergerakan (action songs), murid hanya melakukan
pergerakan mudah seperti menepuk tangan dan kemudiannya melakukan pergerakan yang
rumit seperti menepuk kepala dengan perlahan bagi detik pertama dan kedua, serta
seterusnya menepuk bahu pada detik yang keempat dan kelima. Menurut Choksy & et al.
(2001), perkusi badan digunakan untuk mengekspresikan empat jenis bunyi pada aras
spatial yang berbeza:

petik high

tepuk

pat
stamp
low

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga dapat ditingkatkan dalam diri kanak-kanak
melalui aktiviti muzikal yang dilaksanakan. Aktiviti muzikal yang dilakukan adalah
memindahkan token kepada rakan-rakan di sebelah. Apabila kanak-kanak menerima token
tersebut dan kumpulan telah berhenti menyanyi, kanak-kanak tersebut perlu menepuk corak
irama berdasarkan lagu “Fiddle Diddle Dee”. Kemudian, kanak-kanak yang lain perlu
mengaitkan corak irama melodi lagu yang ditepuk dengan lirik lagu tersebut.

Kelemahan yang didapati berdasarkan video tersebut, adalah tepukan yang


dilakukan berdasarkan detik lagu “Fiddle Fiddle Dee” adalah tidak konsisten. Terdapat murid
yang menepuk tangan dan menghentak kaki mereka tanpa mengikut detik lagu. Guru juga
tidak memperbetulkan kesalahan tersebut.

Dalam pada itu, semasa latihan bermain meneka corak irama lagu, guru tidak
menerapkan proses imitasi yang tepat dalam melakukan aktiviti fizikal. Terdapat kanak-
kanak yang menghadapi masa sukar untuk melakukan pergerakan yang dihasilkan oleh
guru. Dalam video tersebut, guru menepuk tangan berdasarkan irama melodi lagu tersebut
sambil menyebut lirik lagu. Walau bagaimanapun, guru tidak menggunakan proses yang
tepat, yang mana guru akan membuat pergerakan terlebih dahulu dan murid akan mengikuti
pergerakan tersebut. Murid menepuk tangan dengan serentak dan didapati terdapat murid
yang tidak dapat menepuk tangan bersama-sama. Sepatutnya, guru menggunakan imitasi
yang betul terlebih dahulu yang mana guru akan menepuk tangan berdasarkan corak irama
melodi lagu dan kemudian itu, murid-murid akan mengimitasi tepukan tangan guru tersebut.

(500 patah perkataan)