Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

BULAN PUSAT SUMBER


SK BUGAYA SEMPORNA SABAH
2017

1. PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin keberhasilan pelajar
dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan Pusat Sumber yang dimulai
dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan dan anjakan demi menjamin
keberkesanan dan fungsinya dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran yang
berkesan. Selain mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik, minat para
pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk dari
masa ke semasa. Pelbagai program dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dan Pusat Sumber
sendiri untuk menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber seterusnya
menggunakan Pusat Sumber sebagai salah satu sumber ilmu.

2. NAMA PROGRAM
Bulan Pusat Sumber SK. Bugaya Semporna

3. MATLAMAT
Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber
Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.

4. OBJEKTIF
i. Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah
ii. Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber
Sekolah dengan berkesan
iii. Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan
mengendalikan program.
iv. Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar sekolah.

5. TEMA
PUSAT SUMBER CEMERLANG PEMANGKIN GENERASI TERBILANG
6. TARIKH PELAKSANAAN
Sepanjang Bulan September

7. TEMPAT
PSS SK. Bugaya & Sekitar SK. Bugaya Semporna

8. SASARAN PESERTA
Semua pelajar SK. Bugaya Semporna

9. AKTIVITI DAN PROGRAM

BIL NAMA OBJEKTIF KAEDAH PELAKSANAAN


PROGRAM
1. Majlis ● Menghebahkan ● Majlis perasmian akan diadakan pada hari
Perasmian kepada semua pelajar Isnin 1 September 2017 ketika
mengenai bulan Pusat perhimpunan rasmi.
Sumber Sekolah

2. Kuiz PSS ● Menambahkan ilmu ● Dua soalan mengenai PSS akan diberikan
pengetahuan pelajar kepada pelajar pada waktu perhimpunan
mengenai PSS sekolah pada setiap hari khamis.
● Pelajar yang dapat menjawab dengan
tepat akan diberi hadiah.

3. Jejak Ilmu ● Mengeratkan ● Akan dijalankan pada hari Sabtu 9


hubungan antara September 2017.
Pengawas Pusat ● 10 kumpulan peserta terdiri daripada 3
Sumber dan pelajar orang pelajar akan dipilih berdasarkan
● Menambahkan ilmu penyertaan terawal.
pengetahuan pelajar ● Aktiviti akan diadakan di sekitar sekolah.
mengenai PSS Lima checkpoint akan diwujudkan dan
pelajar perlu melepasi semua check point
dan menyiapkan tugasan di setiap check
point.
● Hadiah akan diberi kepada 3 kumpulan
pertama yang berjaya menyiapkan
kesemua tugasan dengan tepat.

4. Pengunjung ● Menarik minat pelajar ● Semua pelajar yang mengunjungi PSS


bertuah untuk mengunjungi akan diberikan slip untuk diisikan
Pusat Sumber maklumat peribadi.
Sekolah ● Setiap hari, seorang pengunjung akan
dipilih secara rawak untuk menerima
hadiah.

5. Pertandingan ● Menarik minat pelajar ● Program ini akan berlangsung sepanjang


Menulis untuk menggunakan bulan PSS.
Ulasan Buku buku-buku di PSS ● Peserta dikehendaki meminjam sebuah
● Mencungkil bakat buku dan membuat ulasan mengenai buku
pelajar dalam tersebut.
penulisan. ● 3 peserta terbaik akan menerima hadiah.

6. Peminjam ● Menarik minat pelajar ● Setiap minggu, seorang pelajar yang


Terbanyak untuk meminjam meminjam buku paling banyak akan
Mingguan. buku dari Pusat dipilih sebagai pemenang.
Sumber Sekolah ● Dua kategori disediakan iaitu kategori
pelajar sesi pagi dan pelajar sesi petang.

7. Rekod ● Memupuk sifat suka ● Pelajar dikehendaki merekod semua


Bacaan membaca di kalangan bacaan di dalam buku Nilam mereka dan
Nilam pelajar menyerahkannya kepada guru PSS
Terbanyak ● Mencari calon untuk sebelum 29 September 2017
Pertandingan Nilam ● Hadiah akan diberikan kepada 3 peserta
Peringkat Daerah yang mempunyai rekod nilam terbanyak.
2018
8. Program ● Mengumpul semula ● Semua buku yang dipinjam tetapi sudah
Pengampunan buku-buku yang tidak melebihi tarikh pemulangan akan diterima
PSS dipulangkan oleh tanpa sebarang denda sepanjang bulan
pelajar September.
10. JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : En Marcelinus J Omar


(Guru Besar SK. Bugaya)
Pengerusi : Pn Helmah HJ. Hajih
(Guru Media dan Perpustakaan,
Sk. Bugaya)
Setiausaha : Pn Suriah Hj. Abdul Samad
Ahli Jawatankuasa :
i. Kuiz PSS : Pn. Masnourah Hj. Mohammad (Penyelaras Nilam)
ii. Treasure Hunt : En. Abdul Hafidz Abdul Hamid (KP BI)
Pn. Rafeah Hj Ali Besar (KP BM)
En. Awang Norazsmi Nordin (KP M3)
Cik Nazariah (KP Sains)
iii. Pengunjung Bertuah : AJK PSS
iv. Ulasan Buku : Pn. Helmah Hj. Haji
v. Peminjam Terbanyak : Pn. Suriah Hj. Abdul Samad
vi. Rekod Nilam Terbanyak : Masnourah Hj. Mohammad
vii. Minggu Pengampunan PSS : Pn. Helmah Hj. Haji & Pengawas PSS

11. ANGGARAN BELANJAWAN

Pendapatan
i. Pusat Sumber Sekolah RM 700.00

Perbelanjaan
i. Majlis Perasmian
● Banting RM 150.00
ii. Hadiah
● Kuiz PSS (10 x RM 5) RM 50.00
● Jejak Ilmu RM 150.00
● Pengunjung Bertuah (20 x RM 5) RM 100.00
● Ulasan Buku RM 100.00
● Peminjam Terbanyak (5 x RM 10) RM 50.00
● Rekod Nilam Terbanyak RM 100.00
JUMLAH RM 700.00
12. CARTA PELAKSANAAN PROGRAM

Program Majlis Kuiz Jejak Pengunjung Ulasan Pemin Rekod Bulan


Perasm PSS Ilmu Bertuah Buku jam Nilam Pengampunan
Tarikh
ian Terba Terbanyak PSS
nyak
01.09.2017
02.09.2017
03.09.2017
04.09.2017
05.09.2017
06.09.2017
07.09.2017
08.09.2017
09.09.2017
10.09.2017
11.09.2017
12.09.2017
13.09.2017
14.09.2017
15.09.2017
16.09.2017
17.09.2017
18.09.2017
19.09.2017
20.09.2017
21.09.2017
22.09.2017
23.09.2017
24.09.2017
25.09.2017
26.09.2017
27.09.2017
28.09.2017
29.09.2017 Penyamp
aian
hadiah
30.09.2017
13. PENUTUP
Besarlah harapan pihak penganjur agar Bulan Pusat Sumber SK. Bugaya ini dapat
berjalan dengan jayanya dan memberi impak seperti yang diharapkan. Semoga dengan
usaha yang sedikit ini akan menjadi titik permulaan kepada Pusat Sumber SK. Bugaya
Semporna yang lebih cemerlang dan gemilang.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

………………………………. ……………………………
Pn Helmah Hj. Haji
Guru Media dan Perpustakaan
SK. Bugaya Semporna, Sabah

Anda mungkin juga menyukai