Anda di halaman 1dari 10

POST IMPRESSSIONISME

DEFINISI
Aliran Post Impressionisme merupakan gerakan seni rupa pada tahun 1880-
an. Sesuai dengan namanya, gerakan itu merupakan kelanjutan dari
impressionisme. Seniman-seniman Post Impressionisme pertama kali
mendapat pengaruh dari gerakan Impressionisme, namun kemudian
menolaknya, kecuali beberapa unsurnya yang mendasar seperti penggunaan
warna yang cemerlang.

CIRI-CIRI
• Realiti itu sentiasa baru dan tegas
• Bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk.
• Bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.
• Melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai
kesatuan antara isi yang berkait rapat.
• Melukis sebagai pernyataan dan simbol diri.
• Perspektif,bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain
• Warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.

PELUKIS: PAUL CEZANNE

UNSUR SENI: BENTUK KON, SILINDER


EXPRESSIONISME

DEFINISI
Aliran Exspresionisme adalah suatu aliran yang memberikan kebebasan
distorsi bentuk dan warna untuk melahirkan emosi ataupun menyatakan
sensasi dari dalam (baik objeknya maupun senimannya).

CIRI-CIRI
• Menolak ciri-ciri tradisi klasik
• Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.
• Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.
• Penggunaan warna yang dramatik.
• Tidak ada imej yang jelas.
• Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.

•Ekspresionisme menjaga jiwa dan menemukan ‘Sturm und Drang' dan


pancarannya keluar merupakan media yang baik untuk melukiskan emosinya
kepada orang lain.

PELUKIS: WASSILY KANDISKY


SENI POP

DEFINISI
Aliran Seni Pop berkisar kepada hasil kebudayaan popular yang bersifat
komersil dan materialistic. Kalau sebelumnya terdapat tanggapan yang
membezakan ‘seni gunaan’, ‘seni dagangan’ dengan ‘seni tulen’ yang
dipamerkan di galeri, Seni Pop memihak kepada seni yang dianggap rendah.
Lantas lahirlah karya seni berdasarkan imajan-imajan biasa seperti komik,
kartun dan iklan. Jelasnya, subjek Seni pop bukan berdasarkan imajan-imajan
biasa seperti komik, kartun dan iklan.

CIRI-CIRI
• Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi
kotaraya New York dan London.
• Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti.
• Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.
• Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist.
• Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar.
• Konsep moden yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

PELUKIS: ANDY WARHOL


SUREALISME

DEFINISI
Aliran Surealisme adalah satu pergerakan pelukis dan penyair yang lahir
berdasarkan nilai-nilai Dadaisme, yang mencapai kemutlakan atau kenyataan
yang lebih (super-reality) dengan menggunakan unsur-unsur pengalaman alam
mimpi dan bawah sedar dalam berkarya. Sebagaimana Andre Breton, pengasas
Surrealisme ada menyebut,
“Untuk menghidangkan pengalaman-pengalaman alam mimpi dan realiti ke
arah kebenaran dan kenyataan yang lebih (super-reality)”(Osborne, Harold.
1979:115)

CIRI-CIRI
• Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah
sedar minda pelukis.
• Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.
• Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.
• Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.
• Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri.
• Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.

PELUKIS: SALVADOR DALI


KIUBISME

DEFINISI
Aliran Kubisme merupakan aliran seni lukis yang lahir selepas Fauvisme dan
dianggap sebagai salah satu aliran terpenting abad ke-20. Ia juga disebut
sebagai satu stail kepada satu revolusi estetik dan teknik dalam seni lukis.
Prinsip Kubisme berbeza dari Fauvisme dan Seni Ekspressionistik.
Kubisme dianggap sebagai ibu kepada semua sni lukis abstrak dan bermula
dengan usaha Picasso
(1881-1973) dan Braque (1882-1963) untuk menggantikan kesan visual
Impressionis dengan penukaran objek kea rah bentuk dan warn yang
berkonsep intelektual, walaupun pada zamannya ia dianggap ganjil.

CIRI-CIRI
• Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.
• Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak
peniruan.
• Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi.
• Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri.
• Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.
• Warna yang bertenaga

PELUKIS: MARCEL DUCHAMP


DADAISME

DEFINISI
Aliran Dadaisme yang dikatakan anti seni, anti perasaan dan cenderung
merefleksi kekasaran dan kekerasan. Karyanya aneh seperti misalnya
mengkopy lukisan Monalisa lalu diberi kumis, tempat kencing diberi judul dan
dipamerkan. Dilakukan juga metode kolase seperti misalnya kayu dan
rongsokan barang-barang bekas.Tahun lahir aliran seni ini adalah pada Perang
Dunia ke-I.

CIRI-CIRI
• Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata

• Seni adalah medium untuk melepaskan perasaan.

•Berpegang kepada konsep ‘kemusnahan juga merupakan penciptaan’.

•Lukisannya seni yang ketiadaan ilusi yang kemudian diungkapkan dalam


bentuk main-main, secara sederhana dan keanak-anakan.

PELUKIS : JUAN GROSS


REALISME

DEFINISI
Aliran Realisme merupakan aliran kesusasteraan yang melukiskan keadaan
atau kenyataan secara sesungguhnya. Istilah realisme ini meruju kepada fakta-
fakta nyata yang ada di sekitar kita.

CIRI-CIRI
•Tidak ada penambahan atau penyempurnaan pada objek lukisan, kerana
lukisan dibuat nyata dan mendekati aslinya.

•Lukisan realisme biasanya menggambarkan objek lukisannya sesuai dengan


apa yang dilihat, sesuai dengan fakta dan asli.

•Pada lukisan realisme juga terlihat menyatu antara satu objek dengan objek
lainnya yang tergambar dalam lukisan, dengan begitu lukisan realisme tidak
memiliki titik pusat interpretasi.

•Realisme menggambarkan masyarakat bawahan.

PELUKIS: KARL BRIULLOV


ABSTRACT EXPRESSIONISME

DEFINISI
Aliran Abstrak Exspressionisme merupakan aliran seni abstrak non-geometrik
yang bermula di New York selepasa Peperangan Dunia Kedua. Ia kemudianny
menjadi ekspresi internasional. Karya-karya Abstrak Ekspressionisme dianggap
sebgai catan non-figuratif, anti-formal, pengucapan tanpa perancangan,
dinamik, bertenaga dan berteknik bebas. Ia lebih bersifat meransang
penglihatan daripada memperkenalkan imej-imej biasa yang menarik. Abstrak
Ekspressionme juga disebut ‘New York School’ atau ‘Action Painting’.

CIRI-CIRI
•Cara penggunaan warna yang tidak konvensional.

•Menitis, sapuan , menggunakan dengan banyak dan tebalnya serta


menyemarakkan banyak catan ke atas permukaan kanvas

•Medan warna berhati-hati mengisi ruang gambaran dengan zon warna yang
membentuk aksi antara bentuk dan warna asas.

PELUKIS: SYED AHMAD JAMAL


HIMPUNAN JUBLI JERUSALEM BATAL
MELAKA 5 Jun - Selepas mendapat bantahan banyak pihak, penganjur
Himpunan Jubli Jerusalem yang dikaitkan dengan gerakan dakwah Kristian
dan Yahudi, membuat keputusan untuk membatalkan perhimpunan
tersebut di negeri ini setelah berbincang dan mendapat nasihat daripada
pihak polis.

Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Jalil Hassan berkata, pihaknya telah
memanggil penganjur dan hasil perbincangan mereka telah membuat
keputusan sendiri untuk membatalkan perhimpunan itu yang dijadual
diadakan di Cheng pada 15 hingga 18 Jun ini.

“Pihak polis telah memberikan nasihat sebaiknya kepada pihak penganjur


dan kemudian penganjur membuat keputusan untuk membatalkan program
tersebut,” katanya yang memberitahu sebanyak 33 laporan polis telah
dibuat berhubung himpunan itu dari sekitar negeri ini.

Baru-baru ini tersebar satu risalah penganjuran program Jubli Jerusalem


dalam media sosial yang difahamkan akan diadakan di Calvary Life
Assembly Chinese (CLAC).

Berikutan itu, bukan setakat pertubuhan bukan kerajaan (NGO), malah


kerajaan negeri sendiri membantah sekeras-kerasnya penganjuran
himpunan itu dan tidak mahu program itu diadakan di Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron selepas persidangan Dewan


Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini berkata, kerajaan negeri tidak
pernah menerima sebarang bentuk permohonan apatah lagi meluluskan
penganjuran program tersebut yang dilihat mempunyai agenda tersirat.

Menurutnya, perhimpunan seperti itu tidak boleh dilaksanakan kerana tidak


mendapat permit penganjuran dan itu dianggap melanggar peraturan serta
boleh diambil tindakan sekiranya tetap diadakan.

“Kita tidak mahu ia dijadikan acara di Melaka. Saya harap polis bawa
perkara ini kepada Kementerian Dalam Negeri untuk diperhalusi,” katanya.

Mengulas hal itu Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil memberitahu,
gerakan Kristianisasi yang berjalan secara menyeluruh itu dilihat
bertentangan dengan ritual harian masyarakat Kristian di negara ini, malah
program itu boleh dianggap untuk ‘menyerang’ masyarakat Islam dalam
bentuk dakwah.
“Penganjur himpunan ini dilihat tidak menghormati sensitiviti masyarakat
Islam selain melanggar prinsip Islam sebagai agama Persekutuan di
Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 33 NGO di seluruh Melaka mengadakan


perhimpunan aman membantah himpunan itu selepas membuat laporan di
Balai Polis Ayer Keroh di sini mulai pukul 1 petang.

Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Mohd. Nizam Omar yang mengetuai


bantahan secara aman itu mendesak polis supaya menghalang
perhimpunan itu daripada diteruskan.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi


Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Amini Amir Abdullah dalam satu
kenyataan berkata, Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang
sederhana dan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel
sepatutnya tidak dimanipulasi oleh pihak berkepentingan untuk me-
nganjurkan program berbaur hasutan itu.

Menurutnya, program itu dianggap menghina negara dan Islam kerana


dianjurkan sempena kejayaan Zionis Israel menjajah Palestin dan Perkasa
percaya itu ada kaitan dengan gerakan Evangelisme di Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/himpunan-jubli-


jerusalem-batal-1.490014#ixzz4kSczMk8b
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai