Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TEMERLOH

PANITIA SEJARAH
KERTAS CADANGAN

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB KERTAS SEJARAH SPM TAHUN 2017

ANJURAN PANITIA SEJARAH

DIUSULKAN UNTUK:

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SBP INTEGRASI TEMERLOH

CATATAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

……………………………………………………………………………..

Kertas cadangan ini diluluskan / tidak diluluskan

………………………………………….

PUAN FARIDAH BINTI AHMAD

0
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan


Pengetua/Penolong kanan pentadbiran bagi menjalankan aktiviti.

2.0 PENGENALAN
Program ini adalah berdasarkan keprihatinan pihak panitia terhadap perkara-perkara
yang berikut:

i. Ceramah khusus untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam teknik


menjawab soalan kertas sejarah SPM.

3.0 OBJEKTIF
i. Meningkatkan penguasaan pelajar dalam memahami kehendak soalan.
ii. Mendedahkan pelajar dengan teknik menjawab setiap soalan dengan betul.
iii. Meningkatkan pencapaian dan kelulusan pelajar dalam kertas sejarah SPM.

4.0 JUSTIFIKASI
Program ini penting untuk dilaksanakan kerana pelajar perlu diberikan penekanan dan
peneguhan tentang keperluan dan teknik menjawab soalan yang betul. Program in
dirancang sebagai satu kesinambungan daripada PdP yang dilaksanakan oleh guru
mata pelajaran di dalam kelas. Program ini juga dilaksanakan sebagai satu
penghebahan dan perkongsian ilmu antara guru mata pelajaran luar yang pakar dalam
bidang yang berkenaan dengan guru mata pelajaran sejarah SBP Integrasi Temerloh.

5.0 BUTIRAN PROGRAM


Tarikh : 17 September 2017
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi – 1.30 petang
Tempat : Bilik Seminar, SBP Integrasi Temerloh

6.0 PENCERAMAH

1
Puan Hanita Ahmad, dari SMK Seri Raub.

7.0 KUMPULAN SASARAN


7.1 Semua pelajar Tingkatan 5, SBP Integrasi Temerloh yang akan menduduki
peperiksaan SPM tahun 2017.

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN


(Menggunakan wang bantuan PIBG SBPIT)
1. Bayaran penceramah = RM 200.00
2. Jamuan makan = RM 100.00
3. Perbelajaan lain (bahan murid) = RM 150.00

9.0 PENUTUP
Panitia Sejarah mengucapkan terima kasih atas pertimbangan pihak Puan untuk
mendapatkan kelulusan.

Disediakan oleh; Disemak oleh; Diluluskan oleh;

………………………………….. …………………………………. ………………………………..


(NUR QURATUAINI SIMA (ZULNAJMI B. ABDUL GHANI) (PUAN FARIDAH BT AHMAD)
BINTI MOHD SOFIAN) Guru Kanan Mata Pelajaran Penolong Kanan Pentadbiran
Ketua Panitia Sejarah Kemanusiaan

Anda mungkin juga menyukai