Anda di halaman 1dari 3
AL- NASHRAH Julai-Disember 2014 Sl D. AN G eno ory Cen car cai) Pee end UENTTUTTTTTTIT eencana PeNGARANG En sember 2014) Prof. Dr. Zulkiple Abd Ghani Prof. Madya Dr. Mohd Yahya Mohamed Arifin Prof, Madya Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni DrKhairunneezam Mohd Noor DrSofia Hayati Yusoff Puan Noor Adzrah Rami DrNurhafizah Mohd Sukor DrSiti Nurbailah Yusof En Sharrazmi Anas EnAlimran Azmi En Yusrizal En Al imran Azmi een Sa et diterbitkan di dalam buletin Artikel boleh dihantar kepa Ketua itor, Buletin Al-Nasheah Fakult Kepimpinan dan Penguruson Universi Sins islam Malaysia Bandar Baru Nila, 72800 Negeri Sembilan, Tel'06-7988279 Foks:06-7988244 Email: mohdyma@usimedumy Porta: to/Meousimedu.my Galea a alpina ‘Mutiara Kata ProfDr Sheikh Yusuf ‘Al-Qardhawi “Menggunakan Internet untuk ‘menyampaikan maklumat Islam, ‘menyampaikan suaralstam dan ‘memperlihatkan Islam merupakan satu JHAD UTAMA" Cea eer SNe uany Dalam kitab rove bertajuk Fighulhad- Cieenn ery Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah SWI. atas kudratNya, buletn Al-Nashrah els! Jula-Disember 2014 telah dapat diterbitkan, Kandungan buletin Kall ini dapat dipelbagaikan dengan adanya__penerbitan dan penulisan daripada_kakitangan akademik yang turut sama menyumbang ilmu untuk kebaikan ddan manfaat bersama. Terbitan kali ini berkisar mengenai su-isu yang berlaku sepanjang bulan Julai hingga Disember 2014 dan antara perkara yang penting ‘alah Pelencaran Kurs Kepemimpinan Islam Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) yang telah berlangsung pada 15 Oktober yang lal Selain ity, bagi kolum Resensi Buku, telah memberi peluang kepada kakitangan akademik untuk mewar-warkan buku yang telah diterbitkan samaada oleh penerbit USIM ataupun bersama peneit di luar USIM. Ini menunjukkan bahavra staf akaderik di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) semakin bergiat aktif_mempelbagaikan program dan sekaligus memperbanyakian sumbangan penulisan dan penerbitan iiman. Terbitan all ini juga memaparkan beberapa peristiva ‘menarik dan penting untuk dikongs! bersama tatu kejayzan Program Komunikasi_menganjurkan Seminar Kebangszan Media & Dakwah (SMED 2014) dan kejayaan beb fgraduan FKP yang telah dinobatkan sebagai penerims beberapa anugerah sempena Majlis Korvokesyen USIM kal ke-12. Adalah diharapkan kejayaan. demi kejayean baka diperolehi oleh para nelajar FKP melalui pelbagal platform sama ada di peringkat universiti atau kebangsaan dan Seterusnya ke peringkat antarabangsa. Ini secara_tidak langsung mengharumkan nama FKP dan menaikkan ime USIM di persada dunia, Semoga dengan penerbitan Al-Nashrahkall ini akan menjad bahan bacaan tetap satlap warga Fakultl dan universitl bag ‘mendapatkan maklumat terkini mengenal petkembngan dan emajuan fakulti ini, Kami di pihak editorial juga mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan daripada semua pembaca untuk menambah baik kandungen buletin |A-Nashrah dari semasa ke semasa, Akhir sekall, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada warga kerja buletin Al-Nashrah dan dengan kerjasama semua yang terlbat, buletin ini akan terus kekal diterbtkan dengan kualti kandungan yang lebih balk pada masa akan datang, Sekian, ADAB PENUNTUT ILMU PENGETAHUAN MENURUT IMAM AL-GHAZZALI RAHIMAHULLAHU TA‘ALA (450-505H) Oleh: Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali Dalam era pascamoden, ilmu pengetahuan serta bidang pendidikan telah dijadikan sebagai barang dagangan serta komersialisasi. Antara implikasi negatif daripada fenomena ini, rata-rata manusia telah meninggalkan adab-adab dalam menuntut ilmu pengetahuan terutamanya ketika bermuamalah dengan guru-guru dan para cendekiawan kerana diumpamakan proses pembelajaran dan pengajaran itu umpama suatu urusan jual bell atau trade sahaja Imam Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad Ibn Muhammad Al-Ashcari Al-Shafici Al-Tusi Al-Ghazzali (450 ~ 50SH) merupakan tokoh ulama yang tidak asing dalam kalangan umat Islam di Nusantara Melayu, malah dalam dunia Islam keseluruhannya. Sehingga ke hari ini, umat masih lagi menatap dan mengambil manfaat daripada pelbagai karya tinggalan beliau, terutamanya magnum opus yang diberi judul Ihya’ cUlum Al-Din iaitu‘menghidupkan ilmu-ilmu agama.’ Dalam menyusun panduan bagi epistemologi Islam, Imam Al-Ghazzali telah menyenaraikan sepuluh adab utama yang perlu dituruti oleh para penuntut Islam untuk memaksimumkan keupayaan intelektual sebagai salah satu ibadah akal di hadapan Tuhan Rabb Al-Jalil, Adab-adab itu adalah seperti berikut: 1. Mendahulukan kesucian batin diri daripada akhlak-akhlak yang tercela dan sifat-sifat terhina kerana ilmu pengetahuan itu adalah ibadat hati, solat batin dan pendekatan jiwa kepada Allah Ta’ala, 2. Hendaklah mengurangkan hubungannya dengan urusan duniawi, menjauhkan diri daripada kaum keluarga dan kampung halaman sebab semua hubungan itu akan mempengaruhi dan memalingkan hai daripada yang lain. 3. Janganlah menyombong dengan ilmunya dan menentang gurunya, tetapi menyerah seluruhnya kepada gurunya dengan keyakinan kepada segala nasihat guru 4. Pelajar pada tingkat permulaan hendaklah menjaga diri daripada mendengar pertentangan orang tentang ilmu pengetahuan, sama ada dalam ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. (yakni berpaling daripada mendalami perkara khilafiyyat yang membawa kepada keraguan dan kekeliruan) 5. Tidak meninggalkan suatu mata pelajaran pun dari ilmu pengetahuan yang terpuji dan tidak suatu macam pun daripada pelbagai jenisnya. (yakni mendalami segala macam jenis ilmu pengetahuan) 6. (Seseorang penuntut seharusnya) Tidak memasuki sesuatu bidang dalam bidang-bidang ilmu secara serentak tetapi perlulah memelihara tertib dan memulakan dengan bidang yang lebih penting 7. (Seseorang penuntut ilmu juga seharusnya) tidak berkecimpung dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan sebelum menyempurnakan bidang yang sebelumnya kerana ilmu pengetahuan itu tersusun dengan tertib sebahagiannya menjadi jalan menuju ke bahagian yang lain. 8. Hendaklah (seseorang penuntut) mengenal sebab untuk dapat mengetahui ilmu yang termulia. Maka yang demikian itu memerlukan dua perkara: yakni pertama, kemuliaan hasilnya. Dan kedua, kebolehpercayaan dan kekuatan dalilnya. 9. Hendakiah tujuan (seseorang penuntut itu) belajar pada waktu ini untuk menghiasi kebatinannya dan mencantikkannya dengan sifat-sifat utama yang terpuji. Adapun tujuan jangka masa panjangnya ialah mendekatkan diri kepada Allah Tacala, mendaki untuk mendekati alam yang tinggi dari para Malaikat dan para mugarrabin. 10.Haruslah diketahui hubungan pengetahuan itu kepada tujuannya, supaya pengetahuan yang tinggi dan dekat dengan jiwanya itu membawa pengaruh kepada tujuannya di dunia dan akhirat, Kesimpulannya, Imam Al-Ghazzali menekankan kepentingan adab seseorang pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan. Adab-adab ini digambarkan sebagai rukun-rukun utama dalam sebuah solat batin. Solat batin ini pula adalah bidang pendidikan. Oleh itu, Imam Al-Ghazzali telah mengangkat taraf pendidikan sebagai suatu ibadat yang sewajibnya ditunaikan dengan sebaik-baik perlakuan dan penghayatan untuk kesejahteraan seseorang penuntut, yang bukan sahaja di dunia, malahan di akhirat. Penulis merupakan Pensyarah di Program Pengajian Akidah dan Agama (cuti belajar)

Anda mungkin juga menyukai