Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah, Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah

mengizinkan kami untuk berada dan menjayakan MAJLIS RESTU


ILMU sempena pepriksaan UPSR yang akan berlangsung pada 11 – 14
September 2017.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul


kerana-Mu, Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan
keredhaan-Mu. Ya Allah Ya Zal Jalaliwal Ikram, Maka ampunkanlah dosa
kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat
Islam yang berada di bumi Mu ini.

Lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah


hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami
terpedaya oleh apa yang Engkau haramkan kepada kami. Berkatilah usaha-
usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha ini) anak-anak didik
kami akan menjadi insan yang cemerlang, insan yang disegani dan
dihormati, sama ada dalam aspek akademik mahu pun keperibadian.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram, Kami memohon kekuatan


kehadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada pagi ini, akan
dapat melaksanakan segala kebajikan dan amalan soleh. Ya Allah Ya
Rahman Ya Rahim, kami mohon perlindungan daripada Mu agar terhindar
dan dijauhkan daripada melakukan kesilapan dalam segala urusan
khususnya semasa menjawab soalan peperiksaan UPSR ini.

Anda mungkin juga menyukai